Anda di halaman 1dari 9

GERAKAN KAKI.

Dalam permainan bola jaring, gerakan kaki merupakan salah satu kemahiran yang penting. Untuk kemahiran ini, seseorang pemain hendaklah boleh berlari dengan laju dan pada jarak yang berubah-ubah. Selain itu , perlu menukar haluan secara serta merta sambil memecut juga secara serta merta. Gerakan kaki di sini bermaksud apabila seseorang pemain itu menerima bola, dia melompat atau melonjak semasa menghantar dan menjaringkannya. Pemain-pemain yang dapat mengamalkan kemahiran dengan mudah dapat mengelak diri dari pemain lain samaada semasa membuat hantaran , menerima bola dan membuat jaringan. Terdapat 2 cara yang boleh dilakukan oleh pemain setelah menerima bola samaada daripada hantaran rakannya atau hasil daripada hantaran pihak lawan. Pertama mendarat menggunakan sebelah kaki dan kedua mendarat menggunakan kedua belah kaki.

MENDARAT ATAS SEBELAH KAKI 1. Pemain boleh mendarat dengan kaki kanan manakala kaki kiri dibawa ke tanah . untuk mengimbangi badan , pemain hendaklah membaling bola sebelum kaki yang mula mendarat tadi memijak semula. 2. Selepas menangkap bola, pemain akan mendarat pada sebelah kaki, dan melompat dari kaki yang sama ke kaki yang satu lagi, dan melompat semula ( ini akan memberi peluang untuk bergerak jauh) 3. Selepas menangkap bola, pemain hendaklah mendarat atas sebelah kaki , dan memijak serta melompat sebelum melepaskan bola.

MENDARAT ATAS DUA BELAH KAKI. 1. Mendarat atas dua belah kaki, melangkah dengan sebelah kaki dan membaling bola. 2. Mendarat atas dua belah kaki serentak, dan terus melompat dengan dua belah kaki tetapi mestilah membalingkan bola sebelum mendarat semula. 3. Menggunakan sebelah kaki sebagai paksi dan berputar beberapa kali , tetapi jika kaki itu terperangkap , maka pemain mestilah membaling bola sebelum memijak kaki itu semula.

MASALAH DALAM GERAKAN KAKI 1. Larian kurang laju. 2. Lemah dalam lompatan dan pendaratan. 3. Lompatan tidak tinggi. 4. Badan tidak seimbang ketika mendarat.

GERAKAN UNTUK MENDAPATKAN BOLA


A ) MENANGKAP Terdapat 2 cara menangkap bola, iaitu menangkap dengan sebelah tangan dan menangkap dengan dua belah tangan. Apabila menangkap bola, sebaiknya pemain menggunakan kedua-dua tangan, atau jika menggunakan satu tangan hendaklah segera diikuti oleh sebelah tangan lagi. Kemudian , peganglah bola itu dengan betul iaitu sebelah tangan memegang atas dan belakang bola , sementara sebelah tangan lagi memegang bahagian bawah dan atas bola. Pemain mestilah bersedia dan boleh bertindak pantas walaupun pada ketikaketika di luar dugaan. Langkah-langkah menangkap bola : 1. Mata mengikuti arah dan haluan lontaran bola dan cubalah mengagak kelajuan , arah dan tinggi lontaran. 2. Kedudukan kaki hendaklah seimbang . sebaiknya diatas dua belah kaki. Jarak antara dua belah kaki mestilah selesa dan mestilah kaki kiri dihadapan. 3. Apabila menangkap bola, kedua-dua tangan hendaklah dihulurkan ke hadapan.

4. Apabila menerima bola, gunakan kedua-dua belah tangan dengan jari dibuka renggang. 5. Bola yang ditangkap hendaklah diselaraskan dengan badan. 6. Jika melompat untuk menangkap , jatuhkan kaki kanan dahulu dan ikuti dengan kaki kiri. Apabila menangkap bola. Dua masalah utama yang timbul : 1. Kelemahan menangkap. Sebabnya tangan tidak dihulurkan dengan betul semasa hendak menerima bola, iaitu pemain tidak berada dalam kedudukan bersedia. 2. Hantaran bola tidak kemas. Sebabnya semasa membuat hantaran,lutut tidak dibengkokkan dan badan tidak dicondongkan. B ) MENGHANTAR Terdapat pelbagai-bagai cara menghantar dan melontar bola, dan ia bergantung kepada beberapa jarak antara pemain , kedudukan penghalang dan kecekapan pemain. Bola boleh dihantar dalam keadaan bergerak atau berdiri dengan menggunakan sebelah atau dua belah tangan. Hantaran bola boleh dilakukan secara menolak, melontar, meleret atau melalui kepala. Apabila menghantar bola, mestilah ada persefahaman diantara penghantar dan menerima lontaran. Jika bola yang dihantar tidak dapat ditangkap , bererti lontaran kurang baik.

A ) HANTARAN ATAS BAHU Hantaran ini sering dilakukan. Sebabnya bola hantaran atas bahu ini akan dilontarkan jauh dan tinggi. Ia tidak akan terperangkap dan direbut dengan mudah oleh pemain lawan. Hantaran ini akan menjadi lebih kuat dan tepat. Hantaran ini boleh dibuat dihadapan penerima.

Gerak pemain : 1. Setelah menerima bola dengan dua belah tangan, pemain akan menggerakkan tangan yang memegang bola ke belakang aras bahu manakala siku dibengkokkan. 2. Berat badan pemain berada pada kaki kanan ( kaki kiri di hadapan) . Badan dipusingkan agar bersedia untuk membuat hantaran. 3. Tangan yang memegang bola ditolak ke hadapan dan kaki kanan membantu dengan cara meluruskan lutut. Manakala berat badan dipindahkan ke kaki kiri. 4. Tapak tangan dikias dan jejari menolak bola kearah yang dituju. 5. Pemain hendaklah menumpukan perhatian kepada penerima bola pada setiap masa sebelum membuat lontaran.

B ) HANTARAN ATAS DADA Hantaran aras dada ialah satu hantaran yang kuat , cepat dan untuk jarak yang tidak begitu jauh. Hantaran ini sesuai untuk keadaan yang pantas dan memerlukan tindakan segera. Gerak pemain : 1. Jari tangan pemain dibuka untuk melingkungi bola. 2. Bola mestilah berdekatan dengan badan. Tangan dibengkokkan dan siku juga hendaklah berdekatan dengan badan. 3. Badan pemain hendaklah dalam keadaan seimbang dengan kaki kiri ke hadapan. 4. Pemain hendaklah mengambil satu langkah ke arah lontaran.

5. Siku dan jejari hendaklah diluruskan serentak dan dengan kuat melontar bola.

C ) HANTARAN LANTUN Hantaran lantun sering digunakan apabila terdapat ramai pemain berkumpul di satusatu kawasan gelanggang, terutama yang hampir dengan kawasan jaringan. Hantaran ini rendah sahaja dan dilakukan apabila pemain penghalang lebih tinggi daripada pemain yang membuat atau menerima hantaran. Hantaran lantun boleh dibaling dengan satu atau dua tangan tetapi dengan selalunya dua tangan. Gerak pemain : 1. Dua belah tangan memegang bola atas dada. 2. Pemain melangkah setapak ke hadapan dan menghulurkan tangan ke bawah dan ke hadapan, lalu menolak bola ke bawah.

3. Apabila menggunakan sebelah tangan , gerakan sama seperti hantaran bahu, tetapi pemain hendaklah merendahkan badan dengan cara membengkokkan lutut. Tujuannya ialah menghantar bola ke bawah atau kesebelah / sisi lawan.

D) HANTARAN ATAS KEPALA Hantaran ini adalah serupa dengan lontaran masuk yang dilakukan dalam sukan bola sepak , kecuali kedudukan kaki pemain yang agak longgar dalam lontaran bola jaring. Hantaran ini digunakan apabila pemain yang terlibat diandang atau dihalang oleh pemain lawan. Gerak pemain: 1. Setelah menerima bola, ianya diangkat tinggi ke aras kepala sambil siku dibengkokkan supaya bola dibawa ke belakang aras bahu.

2. Pemain akan menolak bola ke atas dan mengayun tangan ke hadapan sambil siku diluruskan. 3. Pemain melepaskan bola semasa siku diluruskan dan tangan masih diatas. 4. Kaki pemain berada sama ada dalam kedudukan selari atau salah satu daripadanya di hadapan . ini mengikut keselesaan pemain.

E) HANTARAN SISI Hantaran ini boleh dibuat rendah atau ke bawah jika penghalang meluruskan tangannya ke hadapan untuk menghalang. Hantaran ini boleh dibuat dengan menggunakan satu atau dua tangan. Cara hantaran hampir sama dengan cara melontar bola boling. Bagaimanapun hantaran ini jarang digunakan kerana kurang tepat dan kadang-kadang sukar menerimanya. GERAK PEMAIN :

1. Kedua-dua tangan pemain dibawa ke belakang ( tangan kiri melintangi badan), siku diluruskan dan lutut di bengkokkan. 2. Bola hendaklah berada di atas pinggang. 3. Bola diayun ke hadapan dan dilepaskan selepas melintasi sisi kaki.

Anda mungkin juga menyukai