Anda di halaman 1dari 6

3 AMALAN YANG MENGHAPUS DOSA: 1.Menyempurnakan wuduk 2. Memeperbanyakkan langkah ke masjid. 3.

Menunggu waktu solat _________________ Tanda-tanda Cintakan Allah: -Cinta kepada kematian -Bermunajat kepada Allah -Sentiasa berzikir kepad Allah -Berjuang ke jalan Allah _________________ ZIKIR HARIAN : 1000 kali. Jumaat -Rahmat allah hampir dan jauh dari azab Allah. Sabtu -Dihapuskan dosa anggotanya yang tujuh. Ahad -Dipelihara imannya oleh Allah. Isnin -Dihapuskan sifat-sifat yang tercela. Selasa -Dapat syafaat Nabi Muhamad SAW. Rabu -Dihapuskan 1000 dosa. Khamis -Tumbuh tanaman syurga baginya. ___________________ Doa yang paling mustajab ialah : Doa ibubapa Doa orang yang dizalimi. Doa orang yang dalam kesusahan. __________________

( Riwayat Abu Daud ) Nabi s.a.w. bersabda maksudnya : " Orang yang beriman, dengan budi pekerti yang baik akan dapat mencapai martabat setaraf dengan orang yang tekun bersembahyang pada malam hari dan berpuas di siang hari." ________________ 8 AKIBAT BURUK TERHADAP PENDENGKI 1. Terjerumus kepada melakukan kemaksiatan. Ini disebabkan pendengki biasanya tidak sepi dari mengumpat, mencela dan bergembira melihat kesusahan orang lain. 2. Rosak ketaatannya kepada Allah sebagaimana hadis Rasulullah SAW bermaksud:Hindarilah olehmu sekelian dari rasa dengki, kerana dengki itu memakan kebaikan sebagaimana api memakan kayu bakar. 3. Tidak mendapat syafaat. Rasulullah bersabda bermaksud: Tidak tergolong sebagai umatku, pendengki, pengadu-domba danpenenun nasib. 4. Masuk neraka. Dalam hadis Rasulullah ada menyatakan :Ada enam orang yang akan masuk ke neraka sebelum dihisab iaitu:1, Pemimpin kerana kezaliman, 2.Orang arab kerana fanatik kesukuan, 3. Orang yang sombong. 4. Peniaga yang menipu. 5. orang-orng dusun keran kebodohannya. 6. Orang Alim kerana dengki. 5. Mereka sanggup melakukan sesuatu yng merbahayakan orang lain. 6. Mereka akan keletihan dan sering dalam kesusahan. 7. Mereka akan but hati sehingga tidak dapat memahami hukum-hukum Allah. 8. Mereka tidak akan menang, malah mereka akan kalah di sisi Allah. Jauhi perasaan hasad dengki Rasulullah s.a.w bersabda: Orang mukmin sentiasa di ambang 5 dugaan yang susah: i. Mukmin yang dengki kepadanya. ii. Munafiq yang benci kepadanya. iii. Syaithan yang menyesatkan. iv. Kafir yang memeranginya. v. Nafsu yang sering bertarung untuk mengalahkannya. ___________________ ( Al-Mumin : 60 ) Sesungguhnya orang yang menyombongkan diri daripada menyembah tuhan akan masuk neraka jahanam dalam keadaan hina dina. _________________

Rasulullah bersabda yang bermaksud; Barang siapa melakukan solat berjemaah dan duduk dalam majlis ilmu serta mendengar firman Allah lalu mengamalkannya, maka Allah Taala akan memberinya 6 perkara iaitu:

i. Rezeki dari usaha yang halal 11. Selamat dari azab kubur iii. Menerima kitab dengan tangan kanan 1v. Melalui sirat bagaikan kilat yang menyambar v. Dihimpun bersama para nabi. vi. Allah membangun untuknya sebuah gedung disyurga dari permata merah yang mempunyai empat puluh pintu. _______________

Jalan ke syurga dihampiri oleh kesusahan manakala jalan ke neraka dihampiri oleh keghairahan syahwat.


Ya Allah, Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang lehermusuh-musuh kami, Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan-kejahatanmereka, Ya Allah, Leburkanlah kumpulan-kumpulan mereka, Pecah belahkanlah dan kacau bilaukanlah persatuan mereka, Goncangkan pendirian mereka,Dan hantarkanlah anjing-anjing kamu kepada mereka, Wahai Tuhan yang gagah perkasa, Wahai Tuhan yang maha menghukum, Wahai Tuhan yang bersifat murka, Ya Alah, Ya Allah, Ya Allah, Wahai Tuhan yang menurunkan kitab, Wahai Tuhan yang menggerakkan awan, Wahai Tuhan yang menewaskan bala tentera Al-Ahzab, Kalahkan mereka,Kalahkan mereka,Kalahkan mereka, Dan menangkan kami ke atas mereka. Amin... ~Melangkah dan terus melangkah menyelamatkan saudaraku di Palestin~

"Ya Allah.. Entah apa yang ingin aku katakan.. terlalu banyak dosa yang telah aku himpunkan.. terlalu jahil untuk aku untuk mengerti keEsaan-Mu.. terlalu payah untuk aku mengecapi redha-Mu.. dan terlalu gundah hatiku untuk mengerti.. membelai diriku dengan segala kekeliruan.. Ya Allah.. berilah aku nur-Mu yang terang.. bergermerlapan agar aku tidak lagi dalam kegelapan.. hilang segala ketakutan.. bermulanya aku untuk meniti setiap titis kerinduan-Mu.. ketenangan yang bukannya terlihat pada hiburan.. tetapi pada ayat-ayat suci-Mu yang mencoretkan segala pujukan.. mengajar aku erti kebenaran dan kesahihan.. Ya Allah.. tetapkanlah keimanan yang telah Engkau wujudkan dalam diriku.. suburkannya dengan tinta-tinta sunnah Nabi-Mu.. mekarkannya dengan wangian keredhaan-Mu.. anugerahkannya dengan kemanisan iman-Mu.. Ya Allah.. sesungguhnya aku merindui setiap bibit kasih-Mu.. yang bukannya sementara tetapi untuk selama-lamanya.. aku akui Engkaulah yang punyai sifat yang syumul.. yang tidak ada pada kami.. maka Kau ampunilah kami Ya Allah.. atas segala keterlanjuran yang telah kami lakukan.. dan sejahterakanlah nabi junjungan, Muhammad S.A.W.. Amin..amin..Ya Rabbala'lamin.. "DOA merupakan senjata bagi orang Islam. Ini sebenarnya adalah hadiah Allah untuk kita. Allah Maha Mendengar, Maha Pengasih, Maha Pemurah. Ada kalanya kita rasa kita telah berkali-kali berdoa tapi Allah belum memperkenankannya. Selain itu adalah ujian dari Allah ingin menguji keikhlasan dan keimanan kita. kita juga perlu mengkaji di mana silapnya kita. Sebenarnya banyak perkara yang boleh menjadi hijab atau penghalang kepada doa-doa kita itu. Biasanya terhijab doa adalah kerana dosa-dosa besar yang pernah kita lakukan dan salah satu cara untuk mengatasinya dengan bertaubat nasuha yakni taubat yang sungguh-sungguh. Di sini dibentangkan lapan belas perkara yang menjadi hijab atau penghalang doa:

1. Orang yang membunuh orang lain tanpa tujuan. 2. Orang yang menaburkan cerita yang belum tentu sahih 3. Orang yang melakukan pekerjaan yang serupa binatang. 4. Orang yang mengekalkan minum arak atau benda-benda lain yang boleh memabukkan. ALLAH telah berfirman: Sesungguhnya syaitan itu bermaksud hendak menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu lantara (meminum) khamar dan berjudi itu dan menghalangi kamu dari mengingati ALLAH dan sembahyang, maka berhentilah kamu dari mengerjakan pekerjaan itu. AI Maidah: 91. Keterangan di atas sesuai dengan Hadis Rasulullah SA W yang bermaksud Semua minuman yang memabukkan adalah arak dan semua arak adalahharam. Riwayat Muslim 5. Orang yang mengekalkan zina, iaitu dosa besar yang tidak akan diampunkan selamalamanya. 6. Orang yang menderhakai ibubapanya atau salah seorang daripadanya. ALLAH telah berfirman; Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain dari-Nya dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibubapa. Jika seseorang di antara keduanya atau kedua-duanya telah tua jangan kamu keluarkan perkataan kasar terhadap keduanya dan hendaklah kamu ucapkan perkataan yang mulia (lemahlembut).Rendahkanlah sayap kehinaan kerana cinta kepadanya dan hendaklah engkau katakan Wahai Tuhan kasihilah kedua ibubapa kami dan berilah Rahmat-Mu. Biasanya terhijab doa adalah kerana dosa-dosa besar.....Untuk mengatasinya bertaubatlah dengan taubat nasuha; taubat yang sungguh-sungguh kepada keduanya, sebagaimana mereka mendidik kami di waktu kecil.Al Israk: 23-24 7. Orang yang mengerjakan suatu pekerjaan yang menyalahi syariat eperti bermain silap mata. 8. Ahli nujum yang mengkhabarkan nasib orang lain sedangkan kehidupan kita dari alam roh hingga ke akhir hayat telahpun ALLAH tetapkan sejak azali lagi. 9. Orang yang hasad dengki sesama umat Islam. Dia suka orang lain ALLAH timpakan bala malah mencemburui seandainya orang lain yang dikurniakan nikmat Tuhan. 10. Orang yang suka mengadu domba, memukul canang kepada orang lain supaya timbul pecah-belah antara kedua belah pihak. Kadangkala mengakibatkan kedua-dua pihak itu tidak bertegur sapa selama lebih dari tiga hari tanpa keuzuran syarie. 11. Orang yang suka mengumpat hal orang lain terutama terhadap orang-orang alim yang cinta dengan ALLAH

12. Orang yang mengambil cukai dari harta manusia tanpa redha mereka. Inilah perkara yang paling ditakuti kerana ketika di dalam kubur lagi akan ditimpakan azab yang pedih. 13. Orang yang menjual barang dengan cara yang haram, mengangkat jual beli dengan sumpah yang dusta, contohnya menaikkan harga barang-barang dua tiga kali gandanya dari harga asal. Menipu dalam sukatan dan timbangan dan memakan harta riba. 14. Orang yang membenci para sahabat Rasulullah SAW. 15. Orang yang menunjuk-nunjuk diri dengan gayanya yang lemah-longlai seperti mayang di depan orang lain supaya mereka merasa kagum dengan kecantikkannya. 16. Orang yang bermain catur dan judi. 17. Orang yang bermain gendang yang kecil di tengahnya, luas di kedua tepinya tetapi tepi yang ada kulit itu lebih luas daripada yang tiada berkulit. Kalau di zaman sekarang ini kompang dan gendang yang dibubuh lingkaran rotan di dalamnya supaya terdengar bunyi gentanya yang mengasyikkan. 18. Orang yang bermain rebab, biola dan seruling (serunai). Oleh itu sebagai nasihat kepada kita bersama, jika kedapatan perkara-perkara yang dibentangkan itu pada diri kita, bertaubatlah segera dengan taubat nasuha. Agar kita mendapat falah (kemenangan) di Akhirat sebelum datangnya maut. Tinggalkanlah perkara-perkara yang boleh melalaikan kita dari mengingati ALLAH juga perkara-perkara yang menjauhkan diri kita dari-Nya. Semuga ALLAH SWT menggantikan dengan sebesar-besar kurnia dan RahmatNya sebagai penutup segala perbuatan jahat yang lampau. Allah telah berfirman; Sesungguhnya segala amal yang baik menghapuskan akan segala perbuatan yang jahat.

Anda mungkin juga menyukai