Anda di halaman 1dari 19

HBEF 2803 740819015758001

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER/TAHUN: SEPTEMBER / TAHUN 2012 HBEF 2803 PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN


TAJUK TUGASAN: PERAYAAN TAHUN BARU CINA

NAMA NO. MATRIKULASI E-MEL PUSAT PEMBELAJARAN TUTOR

: RAHIMAH BT ROBI : 740819015758001 : rahimahrobi74@yahoo.com.my : BATU PAHAT : DR NATHESAN SELLAPPAN

HBEF 2803 740819015758001

KANDUNGAN Prakata Objektif Kajian 1.0 Pendahuluan 2.0 Sejarah Tahun Baru Cina. 3.0 Sambutan Tahun Baru Cina. 4.0 Persediaan Sebelum Tahun Baru Cina. 5.0 Pakaian Tradisional. 6.0 Juadah utama Perayaan Tahun Baru Cina. 7.0 Amalan-Amalan Yang Dilakukan Sewaktu Tahun Baru Cina. 7.1Pemberian ang pau. 7.2 Mercun dan bunga api. 7.3 Tarian Singa dan Tarian Naga. 7.4 Ziarah menziarahi. 7.5 Ucapan. 8.0 Hiasan Dalaman Dan Luaran. 9.0 Pantang Larang Sewaktu Tahun Baru Cina. 10.0 Kesimpulan. 11.0 Rujukan.

HBEF 2803 740819015758001

PRAKATA

Syukur Alhamdulillah ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izin dan rahmat-Nya, dapat saya menyiapkan tugasan ini. Keupayaan yang terbatas selaku manusia biasa serta cabaran dan dugaan yang dihadapi telah dilalui, meskipun memerlukan ketabahan dan kesabaran. Setinggitinggi penghargaan dan jutaan terima kasih saya ucapkan kepada tutor saya iaitu Dr Nathesan Sellappan di atas segala sumbangan ilmu, kepakaran dan tenaga beliau dalam memberi tunjuk ajar, bimbingan dan nasihat sehingga saya berjaya menyempurnakan tugasan HBEF 2803 ini.. Terima kasih yang tidak terhingga juga saya ucapkan kepada semua rakan-rakan seperjuangan yang telah menyumbang ilmu yang tidak ternilai harganya sepanjang semester ini. Penghargaan ini juga buat keluarga tercinta kerana memahami serta membantu saya di dalam meneruskan cabaran untuk membawa pulang segulung ijazah. Sesungguhnya segala kesabaran dan penat jerih lelah pastinya ada hikmah disebaliknya.Terima Kasih. Disediakan Oleh, Rahimah Bt Robi Sem.Sept 2012

HBEF 2803 740819015758001

OBJEKTIF KAJIAN
Tujuan kajian ini ialah untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang perayaan pelbagaiu kaum di Malaysia serta cara mereka merayakan.Terdapat beberapa objektif dalam menyempurnakan kajian ini. Pertama,dapat mengetahui cara sebenar menulis tugasan yang bermutu dan sempurna serta mengetahui cara masyarakat cina menyambut perayaan Tahun Baru Cina. Seterusnya, mengenal pasti sumber-sumber sejarah yang sahih. Ini akan dapat membantu saya membuat satu kajian ilmiah dengan tatacara yang betul, jelas dan tepat. Selain itu,saya dapat menanam sifat bertanggungjawab dan gigih dalam menghasilkan tugasan yang bermutu. Saya dapat menyemai perasaan cinta kepada bangsa dan tanah air saya apabila mengetahui cara menyambut pelbagai perayaan dalam masyarakat di Malaysia terutamanya perayaan Tahun Baru Cina. Selain itu juga dapat menanamkan semangat patriotisme di dalam diri saya dan juga kalangan generasi muda melalui kajian ini.

HBEF 2803 740819015758001

PENDAHULUAN Malaysia merupakan sebuah negara yang beraneka budaya, bahasa, agama, makanan dan sebagainya. Hal ini disebabkan oleh keunikan Malaysia yang mempunyai pelbagai kaum, seperti kaum Melayu, Cina, India dan sebagainya.Masyarakat Malaysia hidup bersama dengan harmoni. Pelbagai kaum yang berbeza budayanya menggabungkan budaya Malaysia yang unik, seperti perayaan yang berada di Malaysia. Budaya masyarakat Malaysia dapat dilihat melalui perayaan yang disambut oleh kaum tertentu. Perayaan-perayaan dan pelbagai kaum dalam negara kita turut menjadi daya tarikan kepada pelancong dari seluruh pelosok dunia. Negara Malaysia yang terdiri daripada tiga kaum majoriti iaitu kaum Melayu,Cina dan India pastinya berpeluang untuk menyambut perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri, Hari Raya Korban, Tahun Baru Cina, Deepavali dan sebagainya.Di samping itu,masyarakat negara ini mengamalkan amalan berkongsi "perayaan" dan menghormati perayaan kaum lain. Tambahan pula,melalui perkongsian perayaan, perpaduan dan kesepakatan masyarakat di negara kita sedikit sebanyak dapat diutuhkan.Langkah ini juga menyumbang kepada Malaysia untuk terus membangun dan menuju kearah maju dan makmur.Sememangnya, Malaysia merupakan negara yang unik dengan masyarakatnya yang berbilang kaum dan bangsa.Malaysia bukan setakat sahaja terdiri daripada kaum utama seperti Melayu,Cina dan India,malahan Malaysia juga diduduki oleh kaum-kaum minoriti seperti Kadazan, Iban dan sebagainya. Setiap daripada kaum ini mempunyai pelbagai keunikan dalam menyambut perayaan masingmasing. Kesemua perayaan di Malaysia disambut bersama-sama tidak mengira bangsa dan agama.Hal ini kerana wujudnya kesefahaman dan perpaduan yang utuh dalam masyarakat majmuk di Malaysia. Salah satu perayaan yang disambut di Malaysia ialah perayaan Tahun Baru Cina bagi masyarakat yang berbangsa cina.

HBEF 2803 740819015758001

SEJARAH TAHUN BARU CINA Sebelum Dinasti Qin, tarikh perayaan permulaan sesuatu tahun adalah tidak jelas. Barangkalinya, awal tahun ini bermula dengan bulan 1 ketika Dinasti Xia, bulan 12 ketika Dinasti Shang, dan bulan 11 ketika Dinasti Zhou di China. Namun, adalah diketahui bahawa "bulan lompat" yang dipakai untuk memastikan kalendar qamari selari dengan matahari, sentiasa ditambah selepas bulan 12 ketika Dinasti Shang (menurut catatan tulang orakel yang masih wujud) dan Zhou (menurut Sima Qian). Maharaja pertama China Qin Shi Huangmenukar dan menetapkan awal tahun pada bulan 10 pada 221 SM. Sama ada Tahun Baru diraikan pada awal bulan 10 atau bulan 1, atau kedua-duanya, itu tidak diketahui. Pada104 SM, Maharaja Wu yang memerintah sewaktu Dinasti Han menetapkan bulan 1 sebagai awal tahun, yang masih kekal sampai masa ini. Menurut legenda, pada zaman dahulu, Nin ialah seekor raksasa pemakan manusia dari pergunungan (dalam versi-versi lain, dari bawah laut), yang muncul setiap 11 tahun, sekitar musim sejuk, untuk memburu manusia. Orang ramai kemudiannya percaya bahawa raksasa Nian sukar menahan bunyi bising dan warna merah, maka mereka mengusirnya dengan letupan, bunga api dan penggunaan warna merah secara meluas. Adat-adat inilah yang membawa kepada perayaan Tahun Baru yang sulung. Gu nin , yang bermaksud "menyambut tahun baru", membawa erti harfiah "meredah raksasa Nian".

HBEF 2803 740819015758001

SAMBUTAN PERAYAAN TAHUN BARU CINA Sambutan Tahun Baru Cina ditandakan oleh penziarahan ahli kelaurga saudara-mara dan sahabat, serta penggunaan warna merah yang berlebihan. Ang pau diberi kepada orang muda dan kanak-kanak oleh orang tua dan yang telah kahwin. Sebelum Tahun Baru Pada hari-hari sebelum Tahun Baru, keluarga-keluarga Cina membersihkan rumah mereka secara menyeluruh, kerana mereka percaya bahawa pembersihan ini menghalau nasib malang dan musibah yang menimpa pada tahun yang berlalu serta menyediakan rumah mereka untuk menjemput nasib baik. Penyapu dan pengumpul habuk disimpan pada malam sebelum Tahun Baru dan hari pertama agar nasib baik itu tidak boleh disapu keluar. Ada orang yang mengecat rumah, pintu dan sisi tingkap dengan warna merah. Rumah dihiasi potongan kertas yang ditulis pepatah mengucap kebahagiaan dan kemakmuran dalam bahasa Cina. Acara terbesar pada malam Tahun Baru Cina ialah jamuan pertemuan semula. Hidangan yang terdiri daripada ikan terdapat di atas meja makan untuk tujuan paparan sempena jamuan ini. Di China utara, adalah juga menjadi adat untuk memakan ladu untuk jamuan ini. Ladu melambangkan kemewahan kerana bentuknya berupa tongkol emas Cina. Ang pau bagi ahli terdekat dalam keluarga kadang-kadang diberi sewaktu jamuan pertemuan semula. Paket ini sering mengandungi duit dalam bilangan nombor tertentu yang mencerminkan tuah dan kehormatan. Hari pertama adalah hari bagi mengundang dewa-dewi dari kayangan dan bumi. Kebanyakan orang yang meraikannya, terutamanya penganut agama Buddha, menghindari diri daripada memakan daging pada hari ini kerana adalah dipercayai bahawa ini memastikan mereka akan lanjut usia. Paling penting sekali, hari pertama Tahun Baru Cina merupakan masa apabila keluarga Cina menziarahi orang tua mereka dan ahli keluarga paling senior dalam seluruh keluarga mereka, biasanya ibu bapa, datuk nenek atau moyang. Terdapat juga keluarga yang mengundang tarian singa sebagai upacara simbolik untuk menyambut tahun baru sambil menghalau puaka dan musibah dari rumah.

HBEF 2803 740819015758001

Hari kedua Tahun Baru Cina atau hari "membuka tahun menyaksikan anak perempuan yang telah kahwin untuk menziarahi ibu bapa kandung mereka. Menurut tradisi, anak perempuan yang telah kahwin mungkin tidak banyak berpeluang menziarahi keluarga kandung sendiri. Hari ketiga perayaan ini dipercayai ramai sebagai hari yang tidak sesuai untuk menziarahi saudara mara atas kepercayaan berikut: Hari ini dikenali sebagai "mulut merah", yang bermaksud bahawa adalah amat mudah untuk terlibat dalam pergaduhan, maka hari ini tidak sesuai untuk ziarah-menziarahi, sebaliknya berdiam di rumah sahaja Keluarga yang mengalami kematian ahli terdekat dalam jangka masa tiga tahun lalu tidak akan menziarahi rumah sesiapa sebagai tanda penghormatan kepada si mati. Hari ketiga Tahun Baru wajar dijadikan hari menziarahi kubur. Di bahagian utara China, ladu dijadikan sarapan pada pagi "pecah lima" .Ini juga merupakan ulang tahun hari lahir Cai Shen, dewa kekayaan Cina. Di Taiwan, perniagaan biasanya dibuka semula pada hari tersebut dan diserikan oleh pemetik api. Hari ketujuh dikenali sebagai hari jadi orang ramai iaitu hari yang mana usia setiap orang ditambah lagi setahun menurut pengiraan kalendar qamari Cina. Inilah harinya bila salad ikan mentah lambung, yee sang, dimakan. Kaum sekeluarga berkumpul untuk melambung salad berwarna-warni dan menyampaikan hajat bagi menambahkan kekayaan dan kemakmuran. ini merupakan adat resam yang terutamanya diamalkan oleh kaum Cina di rantau Asia Tenggara, seperti Malaysia dan Singapura, tetapi jarang diamalkan oleh kaum Cina di merata dunia selain rantau tersebut. Hari kesembilan tahun baru merupakan hari bagi kaum Cina untuk menyembah Maharaja Jed di Kayangan di tokong agama Tao. Tambahan pula, hari ini dianggap sebagai "tahun baru" suku kaum Hokkien. Apabila tibanya tengah malam pada hari kelapan tahun baru, suku Hokkien menyembahkan doa syukur kepada Maharaja tersebut. Penyembahan ini termasuk tebu kerana tebu pernah digunakan untuk melindungi suku Hokkien dari ancaman penghapusan beberapa generasi lalu. Teh dituang sebagai adat bagi menghormati orang ternama. Hari ke limabelas.Ini adalah hari terakhir perayaan Tahun Baru Cina yang diraikan sebagai Chap Goh Mei dalam bahasa Hokkien, versi Cina bagi Hari Valentine. Jamuan pertemuan semula .Jamuan pertemuan semula diadakan pada malam sebelum Tahun Baru, ketika semua ahli keluarga, sama ada tinggal di rumah atau jauh dari kampung halaman, bertemu untuk perayaan. Jamuan ini biasanya diadakan di rumah yang didiami anggota keluarga paling tua. Jamuan ini amat kaya dengan makanan yang lazimnya merangkumi daging ayam dan ikan.

HBEF 2803 740819015758001

Ikan sebagai makanan penting, tidak dimakan sampai habis (sebaliknya, bakinya disimpan semalaman), bak pepatah yang bermakna "semoga ada lebihnya setiap tahun", yang sama bunyinya dengan "semoga ada ikan setiap tahun."

PERSEDIAAN SEBELUM TAHUN BARU CINA. Pada hari-hari sebelum Tahun Baru, keluarga-keluarga Cina membersihkan rumah mereka secara menyeluruh, kerana mereka percaya bahawa pembersihan ini menghalau nasib malang dan musibah yang menimpa pada tahun yang berlalu serta menyediakan rumah mereka untuk menjemput nasib baik. Penyapu dan pengumpu lhabuk disimpan pada malam sebelum Tahun Baru dan hari pertama agar nasib baik itu tidak boleh disapu keluar. Ada orang yang mengecat rumah, pintu dan sisi tingkap dengan warna merah. Rumah dihiasi potongan kertas yang ditulis pepatah mengucap kebahagiaan dan kemakmuran dalam bahasa Cina. Masyarakat cina juga memasang hiasan bunga mei yang menjadi simbol adanya harapan pada saat susah dan penuh tentangan.Mereka juga menyediakan pakaian baru untuk semua ahi keluarga dan membuat kuih muih tradisionl untuk dihidangkan sempena tahun baru. Segala hutang-piutang dikutip atau dibayar agar mereka tidak sentiasa dikelilingi hutang sepanjang tahun yang baru. SEMASA TAHUN BARU CINA Pada malam Tahun Baru , kaum keluarga sama ada dekat atau jauh akan berkumpul di rumah ibu bapa untuk upacara makan besar. Ini simbol eratnya ikatan kekeluargaan yang menjadi tunjang masyarakat harmoni. Hidangan makan malam tahun baru ini biasanya adalah tradisi turun temurun seperti itik panggang, sup, taukua, ikan ,khinzir,yu shang, tiram berkicap, dan lapan jenis sayuran yang dimakan bersama arak. Selesai makan, semua ahli keluarga akan berdoa dan menjalankan upacara shou sui , yang dipercayai akan memanjangkan umur seseorang. Bagi yang tua, malam tahun baru akan dihabiskan dengan bermain mah jong sebagai hiburan untuk merapatkan hubungan antara ahli keluarga. Tepat detik tengah malam, mercun dan bunga api akan dibakar, menandakan sambutan tahun baru bermula.

HBEF 2803 740819015758001

PAKAIAN TRADSIONAL MENYAMBUT TAHUN BARU CINA. Pemakaian yang melebihkan warna merah sering dipakai sepanjang Tahun Baru Cina kerana dipercayai warna merah akan menakutkan roh jahat dan nasib malang. Tambahan, orang yangmemakai baju baru dari kepala hingga kaki pula melambangkan permulaan baru pada tahun baru.Pakaian tradisional yang terkenal dalam kalangan wanita kaum Cina ialah Cheong Sam. Cheong Sam diperkenalkan semenjak revolusi Negara China pada tahun 1911 dan ia membawa maksud baju labuh dalam dialek kantonis. Baju ini asalnya labuh tetapi lama-kelamaan disingkatkan hingga ke paras lutut. Pada mulanya, kolar baju antara 3 hingga 4 cm sahaja tetapi kemudiannya ditinggikan sehingga menjadi 7 cm. Lazimnya, Cheong Sam mempunyai leher yang tinggi, butang pada bahagian bahu, bentuk yang sendat pada pinggang dan belahan di kiri dan kanan kain. Cheong Sam biasanya diperbuat daripada kain sutera, satin dan lain-lain jenis kain lembut. Cheong Sam merupakan baju yang angggun serta sering dilihat pada hari ini semperna Tahun Baru Cina.Pakaian Jubah Labuh merupakan lagi satu jenis baju tradisional yang biasa dipakai oleh lelaki bangsa Cina semasa Tahun Baru Cina. Kebanyakannya masih dihasilkan dari negeri China menggunakan fabrik sutera dan broked yang berwarna terang dengan ragam hias benang emas dan perak.

Jubah Labuh

Cheong Sam

HBEF 2803 740819015758001

JUADAH UTAMA PERAYAAN TAHUN BARU CINA. Kuih bakul Kuih Bakul atau Nian Gao ialah sejenis kuih tradisional cina yang melekit dan kenyal seperti dodol yang dibuat daripada tepung pulut dan gula untuk meraikan perayaan Tahun Baru Cina oleh masyarakat Cina. Memakan kuih bakul dipercayai membawa tuah pada perayaan ini kerana namanya Nian Gao di mana Perkataan gao bermaksud kuih dalam nama kuih ini berbunyi sama seperti perkataan gao bermaksud tinggi melambangkan erti semakin tahun semakin tinggi atau ringkasnya setahun lagi kehidupan,setingkat lagi kemajuan. Yee sang Menurut sejarah,idea menghasilkan yee sang muncul kerana terdapat lebihan makanan seperti lobak putih,lobak merah,limau bali,keropok udang cina ,halia dan sebagainya selepasnya Tahun Baru Cina.Menurut tradisi,semakin tinggi yee sang terangkat dengan penyepit di atas piring apabila disuruh , maka semakin baik pula peruntungan di tahun yang baru. Yee sang dilambung ke udara bersama-sama oleh saudara-mara yang berkumpul di sekeliling meja sambil melaungkan ucapan untuk menandakan bermulakan tahun yang makmur. Tradisi mengaduk yee sang dan mengangkatnya tinggi-tinggi disebut lo hei. Luohan Zhai Luohan Zhai ialah sejenis hidangan vegetarian yang terkenal dalam masakan Cina. Hidangan ini kadang-kala juga dikenali sebagai Luhn ci Hidangan ini secara tradisinya dinikmati oleh sami Buddha yang mengamalkan pemakanan vegetarian, tetapi juga semakin laris di seluruh dunia sebagai hidangan yang biasa dijumpai sebagai pilihan vegetarian di restoran Cina.Makanan ini terdiri daripada pelbagai sayur-sayuran dan ramuan-ramuan vegetarian yang lain (serta adakala juga makanan laut dan telur), yang dimasak dalam cecair berkicap dengan perasa-perasa lain sehingga lembut. Penggunaan ramuan-ramuan tertentu banyak berbeza di dalam dan luar Asia.

HBEF 2803 740819015758001

Jiaozi Jiaozi biasanya terdiri daripada daging kisar dan/atau isian sayur yang dibalut dalam

kepingan doh nipis yang digulung, kemudian ditutup dengan menekan sisinya agar rapat atau mengeriting. Jiaozi tidak patut dikelirukan dengan wantan: jiaozi mempunyai kulit yang lebih tebal dan bentuk piring berganda yang lebih leper dan oblat (serupa bentuknya dengan ravioli), dan lazimnya dimakan dengan sos celup cuka soya (dan/atau sos cili pedas); wonton pula kulitnya lebih nipis, berbentuk-sphera, dan biasanya disajikan dalam kuah. Doh untuk pembungkus jiaozi dan Wonton juga terdiri daripada bahan lain.

Kuih Bakul

Yee Sang

Itik Panggang

Limau Mandarin

Luohan Zhai

Jiaozi

HBEF 2803 740819015758001

AMALAN-AMALAN YANG DILAKUKAN SEWAKTU TAHUN BARU CINA. Pemberian Ang pau.

Secara tradisi, ang pau atau sampul merah diedarkan sepanjang sambutan Tahun Baru Cina, oleh pasangan suami isteri atau orang tua kepada muda-mudi yang belum berkahwin. Adalah satu kebiasaan untuk orang dewasa memberi sampul merah ini kepada kanak-kanak. Sampul merah ini sentiasa mengandungi wang, sama ada dua ataupun seratus ringgit. Jumlah wang dalam angpau sepatutnya bermula (bukan berakhir) dengan angka genap, kerana angka ganjil dikaitkan dengan wang tunai yang ditukarkan dalam upacara pengebumian .Oleh sebab angka 4 dianggap membawa sial, kerana perkataan untuk empat sama bunyinya dengan mati, maka wang dalam angpau tidak boleh berjumlah 4 ringgit. Sementara itu, angka 8 dianggap bertuah (kerana sama bunyinya dengan "kaya"), maka 8 ringgit selalu didapati dalam angpau. Kadang-kala syiling coklat dimasukkan dalam angpau.

HBEF 2803 740819015758001

Bunga api Pada zaman silam, batang buluh yang berisi serbuk meriam dan dibakar untuk menghasilkan letupan kecil pernah digunakan di China untuk mengusir puaka. Pada zaman moden pula, kaedah ini berubah menjadi penggunaan mercun pada musim perayaan. Mercun biasanya diikat pada tali panjang berlakur yang digantung. Setiap batang mercun digulungkan dalam kertas merah kerana warna merah itu bertuah, dan berisi serbuk merian dalam terasnya. Apabila dibakar, mercun melepaskan bunyi meletup-letup yang kuat. Oleh sebab mercun biasanya berangkai dalam bilangan ratusan, mercun menghasilkan letupan memekakkan yang dipercayai boleh mengusir roh-roh jahat. Penyalaan mercun juga melambangkan peristiwa yang ria dan menjadi satu aspek penting dalam sambutan Tahun Baru Cina. Tarian singa dan tarian naga. Sepanjang Tahun Baru Cina, tarian singa dan tarian naga dimainkan kerana dapat memberi tuah dan kesejahteraan. Adalah dipercayai bahawa pukulan gendang yang kuat dan bunyi simbal yang memekakkan serta wajah singa yang menari dengan agresif boleh mengusir puaka jahat.

HBEF 2803 740819015758001

Tarian Singa

Tarian Naga

Ziarah menziarahi. Ziarah menziarahi ialah amalan yang selalu dilakukan sepanjang Tahun Baru Cina.Semasa berkunjung, mereka akan membawa buah tangan dan akan dibalas oleh orang yang menerimanya. Proses saling bertukar buah tangan ini telah menjadi budaya dikalangan orang cina dan sentiasa diamalkan setiap kali menyambut perayaan. Buah limau mandarin dan kuih bakul yang menjadi lambang perayaan sering menjadi buah tangan utama semasa berkunjung ke rumah saudara atau sahabat handai. Ucapan. Semasa Tahun Baru Cina, perkataan Gong Yi Fa Chai adalah ayat yang wajib diucapkan semasa bertembung yang bermaksud tahniah dan semoga mendapat rezeki.Selamat Tahun Baru adalah ucapan kontemporari yang mencerminkan pengaruh barat. Pasar Tahun Baru Pada kebiasaannya, Pasar Tahun Baru akan didirikan oleh para peniaga Tiong Hua ketika menjelangnya sambutan Tahun Baru Cina. Pasar ini selalunya berbentuk pasar terbuka yang menjual barangan perhiasan rumah seperti bunga di samping busana yang sesuai untuk dipakai pada hari sambutan perayaan Tahun Baru Cina.

HBEF 2803 740819015758001

Hiasan Selalunya masyarakat Cina meletakkan perhiasan berupa gambar ikan . Ikan melambangkan lebihan atau simpanan tambahan supaya ada lebih untuk hidup pada baki tahun. Jongkong Yuanbao- melambangkan wang dan/atau kemewahan. Tanglung- Tanglung ini berwarna merah dan selalunya berbentuk bujur. Tanglung-tanglung yang digunakan pada hari ke-15 Tahun Baru Cina untuk Pesta Tanglung, dinyala terang-terang, berwarna-warni, dan berbagai-bagai saiz dan bentuknya. Poster kaligrafi Cina memaparkan peribahasa Cina. Hiasan-hiasan lain termasuk gambar Tahun Baru, simbul Cina, keratan kertas dan gurindam.Tarian singa - Tarian singa sering diadakan pada Tahun Baru Cina. Adalah dipercayai bahawa pukulan gendang yang kuat dan bunyi simbal yang memekakkan serta wajah singa yang menari dengan agresif sekali boleh mengusir puaka jahat. Tarian singa juga dipamerkan pada upacara pembukaan perniagaan orang Cina.

ADAT RESAM ,KEPERCAYAAN DAN PANTANG LARANG TAHUN BARU CINA Sepanjang lima belas hari Tahun Baru Cina berlangsung, terdapat pantang larang yang mesti diikuti oleh masyarakat cina. Pantang larang ini ada yang membawa maksud baik dan ada yang membawa maksud buruk. Antara pantang larang yang membawa tuah baik ialah: Membuka pintu dan tingkap dianggap menjemput tuah masuk pada tahun baru. Membiarkan lampu menyala semalaman dipercayai menghalau hantu dan puaka pembawa musibah yang mampu mempengaruhi nasib sekeluarga sepanjang tahun. Gula-gula dan manisan dimakan untuk "memaniskan" nasib sepanjang tahun bagi pemakannya. Pembersihan rumah di setiap sudut wajib dilangsungkan sebelum hari tahun baru agar mudah menerima tuah bagi tahun yang menjelang. Ada orang yang percaya bahawa apa yang berlaku pada hari pertama mencerminkan peristiwa yang akan berlangsung sepanjang tahun. Maka, orang Asia mengambil kesempatan untuk berjudi pada hari pertama ini bagi menaruh harapan untuk menambah kekayaan. Memakai selipar baru yang dibeli sebelum tahun baru bermaksud memijak orang yang bergosip tentang pemakainya.

HBEF 2803 740819015758001

Nasib Malang (Tuah buruk) : * Membeli kasut baru dianggap pembawa malang bagi sesetengah orang Cina kerana perkataan bahasa Kantonis bagi "kasut" sama bunyinya dengan perkataan "kasar" atau "sukar". Membeli seluar baharu juga dipandang sebagai pembawa malang kerana perkataan Kantonis bagi "seluar" sama bunyinya dengan"pahit". (Namun ada yang menganggapnya sebagai positif, kerana perkataan bagi "seluar" dalam dialek itu juga sama bunyinya dengan "kaya".) Menggunting rambut juga ditegah kerana perkataan bagi rambut sama bunyinya dengan hasil. Maka menggunting rambut juga dipandang sebagai "memotong hasil dalam bahasa Kantonis". Mencuci rambut juga dianggap sebagai mencuci keluar kekayaan(namun perihal kebersihan sering telah mengatasi tradisi ini.) Menyapu lantai juga dilarang pada hari pertama kerana ini akan menyapu keluar tuah bagi tahun baru. Perbualan mengenai kematian juga kurang sesuai bagi beberapa hari terawal Tahun Baru Cina kerana ini turut dianggap tidak bagus. Membeli buku juga membawa malang kerana perkataan sesetengah dialek Cina bagi "buku" sebunyi dengan perkataan bagi "kalah".

HBEF 2803 740819015758001

KESIMPULAN Perayaan Tahun Baru Cina mempunyai daya tarikannya yang tersendiri. Selain dapat menambah lagi pengetahuan sedia ada ia juga dapat memberi pengajaran dan nilai-nilai murni daripada akitiviti-aktiviti yang dijalankan sebelum,semasa dan selepas perayaan Tahun Baru Cina ini diraikan.Antaranya ialah wujudnya sifat kerjasama, hormat-menghormati, kekeluargaan dan semangat persaudaraan. Sebagai rakyat Malaysia, kita seharusnya berbangga kerana negara kita mempunyai pelbagai perayaan yang menarik. Walaupun menganut agama dan menjalani kehidupan yang berbeza , setiap perayaan yang disambut dapat memupuk semangat kekitaan disamping mengukuhkan dan mengeratkan lagi hubungan sosial dengan masyarakat setempat. Walaupun kehidupan kini serba moden, adat resam masih dikekalkan dan tetap diamalkan sehingga kini.Malah, kebanyakan remaja Cina masih mempercayai dan mengamalkan adat berkenaan supaya ia dapat dipertahankan sepanjang zaman. Antara yang masih dipertahankan ialah pantang larang ketika sambutan perayaan terbabit iaitu tidak boleh menyapu rumah padahari pertama sambutan kerana menganggap ia boleh membuang segala keuntungan yangada.Sama seperti masyarakat lain, kaum Cina juga menyambut kedatangan tahun baru dengan meriah yang diyakini dapat memberikan lebih kemakmuran dan kekayaan kepadamereka. Mereka akan pastikan tidak akan melakukan perkara yang boleh merosakkan pembawaan keuntungan dalam kehidupan untuk satu tahun mendatang

HBEF 2803 740819015758001

RUJUKAN 1.Buku Teks Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan tingkatan 3, Abdul Aziz bin AbdulRahman, muka surat 92 hingga 95, Percetakan Rina Sdn. Bhd 2.Jasman Ahmad dan Nora Hj Samad.(2001).Perayaan Pelbagai Kaum.Kuala Lumpur:Image Design Interprise 3.http://cikgurazak.blogspot.com/2010/05/elemen-2-tahun-baru-cina-draf.html 4.www.scribd.com/kerjakursussejarah 5. http://anizyn.blogspot.com/2012/01/adat-resam-kepercayaanpantanglarang.html#ixzz2DSw559am 6. http://ms.wikipedia.org/wiki/Hari_Tahun_Baru_Cina. 7. http://www.iptho.edu.my/jtp2011/galeri_perayaan_cny.html