Anda di halaman 1dari 1

DOA AWAL PAGI PERSEKOLAHAN

Ya Allah Ya tuhan kami, tuhan yang menguasai langit dan bumi. Hanya
padamu sahaja kami panjangkan kesyukuran atas segala rahmat dan
berkatMu. Kami memohon inayah dan taufikMu agar kurniakanlah
kesejahteraan dan kebahagian serta kesihatan jasmani dan rohani.
Bukakanlah hati-hati kami, lapangkanlah dada kami untuk menerima
ilmu dan pengetahuan serta bimbingan para guru-guru kami yang kami
kasihi.
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kami memohon dengan kudratMu dan IradatMu. Berikanlah kekuatan
dan ketabahan menghadapi perjuangan kami menimba dan mencari
ilmu pengetahuan, anugerahkanlah kejayaan dan kecemerlangan
kepada kami dalam semua ujian dan pencapaian.
Ya Allah Ya Zal Jalali Wal Ikram,
Tambahkanlah kepada kami kecintaan kepada segala kebaikan,
Jadikanlah kami, guru-guru kami, pemimpin-pemimpin kami terus
beristiqamah berkhidmat menabur bakti membangunkan umat dan
masyarakat, bangsa dan agama.

Anda mungkin juga menyukai