Anda di halaman 1dari 33

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

MOD PENDIDIKAN JARAK JAUH

IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN

MODUL PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG) MZU3107

MUZIK DI DALAM BILIK DARJAH

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA ARAS 1, ENTERPRISE BUILDING 3, BLOK 2200, PERSIARAN APEC, CYBER 6, 63000 CYBERJAYA Berkuat kuasa pada Jun 2011

Falsafah Pendidikan Kebangsaan Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat, dan negara.

Falsafah Pendidikan Guru Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu, dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif, dan berdisiplin.

Cetakan Jun 2011 Kementerian Pelajaran Malaysia


Hak cipta terpelihara. Kecuali untuk tujuan pendidikan yang tidak ada kepentingan komersial, tidak dibenarkan sesiapa mengeluarkan atau mengulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan apa-apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Rektor Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia.

MODUL PEMBELAJARAN INI DIEDARKAN UNTUK KEGUNAAN PELAJAR-PELAJAR YANG BERDAFTAR DENGAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAGI MENGIKUTI PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG) IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN. MODUL PEMBELAJARAN INI HANYA DIGUNAKAN SEBAGAI BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAGI PROGRAM-PROGRAM TERSEBUT.

Cetakan Jun 2011 Institut Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia

ii

KANDUNGAN

MUKA SURAT

Falsafah Pendidikan Kebangsaan Falsafah Pendidikan Guru Panduan Pelajar Pengenalan

Tajuk Pembelajaran Tajuk 1 xxxxxxxxxx 1.0 Sipnosis 1.1 Hasil Pembelajaran 1.2 Kerangka Tajuk . . Tajuk 1 xxxxxxxxxx 2.0 Sipnosis 2.1 Hasil Pembelajaran 2.2 Kerangka Tajuk . .

Bibliografi Panel Penulis Modul Ikon Modul

PANDUAN PELAJAR

PENGENALAN Modul pembelajaran ini disediakan untuk membantu anda menguruskan pembelajaran anda agar anda boleh belajar dengan lebih berkesan. Anda mungkin kembali semula untuk belajar secara formal selepas beberapa tahun meninggalkannya. Anda juga mungkin tidak biasa dengan mod pembelajaran arah kendiri ini. Modul pembelajaran ini memberi peluang kepada anda untuk menguruskan corak pembelajaran, sumber-sumber pembelajaran, dan masa anda.

PEMBELAJARAN ARAH KENDIRI Pembelajaran arah kendiri memerlukan anda membuat keputusan tentang pembelajaran anda. Anda perlu memahami corak dan gaya pembelajaran anda. Adalah lebih berkesan jika anda menentukan sasaran pembelajaran kendiri dan aras pencapaian anda. Dengan cara begini anda akan dapat melalui kursus ini dengan mudah. Memohon bantuan apabila diperlukan hendaklah dipertimbangkan sebagai peluang baru untuk pembelajaran dan ia bukannya tanda kelemahan diri.

SASARAN KURSUS Pelajar Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian yang mendaftar dengan Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia (IPG KPM) di bawah Program Pensiswazahan Guru (PPG).

JAM PEMBELAJARAN PELAJAR (JPP) Berdasarkan standard IPG KPM yang memerlukan pelajar mengumpulkan 40 jam pembelajaran bagi setiap jam kredit. Anggaran peruntukan jam pembelajaran adalah seperti dalam Jadual 1:

vi

Agihan Jam pembelajaran Aktiviti-aktiviti Pembelajaran 3 Kredit


Tanpa Amali (3+0) Ada Amali (2+1) (1+2) (0+3)

Mengikut Kredit Kursus 2 Kredit


Tanpa Amali (2+0) Ada Amali (1+1) (0+2)

1 Kredit
Tanpa Amali (1+0) Ada Amali (0+1)

Membaca modul pembelajaran dan menyiapkan latihan / tugasan terarah / amali Menghadiri kelas interaksi bersemuka (5 kali) Latihan Amali* Perbincangan Atas Talian Kerja Kursus Ulangkaji Amali/Peperiksaan Jumlah Jam Pembelajaran 10 7 20 10 2 120 10 10 7 20 10 2 5 5 20 10 2 80 5 8 5 20 10 2 5 5 15 5 2 40 5 5 5 15 5 2 70 60 70 62 70 65

* Latihan amali akan dijalankan pada hari Ahad atau melalui kursus intensif.

SUSUNAN TAJUK MODUL Modul ini ditulis dalam susunan tajuk. Jangka masa untuk melalui sesuatu tajuk bergantung kepada gaya pembelajaran dan sasaran pembelajaran kendiri anda. Latihan-latihan disediakan dalam setiap tajuk untuk membantu anda mengingat semula apa yang anda telah pelajari atau membuatkan anda memikirkan tentang apa yang anda telah baca. Ada di antara latihan ini mempunyai cadangan jawapan. Bagi latihan-latihan yang tiada mempunyai cadangan jawapan adalah lebih membantu jika anda berbincang dengan orang lain seperti rakan anda atau menyediakan sesuatu nota untuk dibincangkan semasa sesi tutorial. Anda boleh berbincang dengan pensyarah, tutor atau rakan anda melalui email jika terdapat masalah berhubung dengan modul ini. IKON Anda akan mendapati bahawa ikon digunakan untuk menarik perhatian anda agar pada sekali imbas anda akan tahu apa yang harus dibuat.

vii

PEPERIKSAAN DAN PENTAKSIRAN Anda juga diperlukan untuk menduduki peperiksaan bertulis pada akhir kursus. Tarikh dan masa peperiksaan akan diberitahu apabila anda mendaftar. Peperiksaan bertulis ini akan dilaksanakan di tempat yang akan dikenal pasti. Soalan peperiksaan akan meliputi semua tajuk dalam modul pembelajaran dan juga perbincangan

Tip untuk membantu anda melalui kursus ini. 1. Cari sudut pembelajaran yang sunyi agar anda boleh meletakkan buku dan diri anda untuk belajar. Buat perkara yang sama apabila anda pergi ke perpustakaan. 2. Peruntukkan satu masa setiap hari untuk memulakan dan mengakhiri pembelajaran anda. Patuhi waktu yang diperuntukkan itu. Setelah membaca modul ini teruskan membaca buku-buku dan bahan-bahan rujukan lain yang dicadangkan. 3. Luangkan sebanyak masa yang mungkin untuk tugasan tanpa mengira sasaran pembelajaran anda. 4. Semak dan ulangkaji pembacaan anda. Ambil masa untuk memahami pembacaan anda. 5. Rujuk sumber-sumber lain daripada apa yang telah diberikan kepada anda. Teliti maklumat yang diterima. 6. Mulakan dengan sistem fail agar anda tahu di mana anda menyimpan bahanbahan yang bermakna. 7. Cari kawan yang boleh membantu pembelanjaran anda.

viii

Pengenalan Memberikan penerangan ringkas dan padat mengenai kursus ini serta tajuk-tajuk dipilih untuk dimodulkan. Perkara-perkara yang perlu ditulis merangkumi aspek yang berikut: 1. 2. 3. 4. Penerangan ringkas kursus berkenaan; Tajuk-tajuk dalam modul; Keperluan kursus ( Nature of Subject) berkenaan; Bahan sokongan atau kemudahan yang dapat membantu pembelajaran kendiri modul itu; 5. Maklumat tentang aktivit atau latihan dalam modul ini.

AGIHAN TAJUK

Kod & Nama Kursus: MZU3107 Muzik Dalam Bilik Darjah

Kandungan modul ini dibahagi kepada 5 tajuk/topik. Jadual di bawah menjelaskan agihan tajuk-tajuk untuk interaksi bersemuka atau pembelajaran melalui modul.

INTERAKSI

TAJUK/TOPIK

JUMLAH JAM MENGIKUT PRO FORMA KURSUS

Suara kanak-kanak dan remaja

1
Pengembangan repertoire untuk meningkatkan penghargaan estetik

5 4 3

Peneguhan konsep Muzik melalui aktiviti kreatif penciptaan/ penerokaan/ improvisasi/ amali

Pengembangan dan pengumpulan bahan pengajaran dan pembelajaran Amali Kemahiran teknik rekorder soprano dan alto

Amali Kemahiran teknik rekorder soprano dan alto

Amali Kemahiran teknik rekorder soprano dan alto

Amali Kemahiran Teknik Iringan Menggunakan Gitar/Kibod/Piano

Amali Kemahiran Teknik Iringan Menggunakan Gitar/Kibod/Piano

JUMLAH

45

MZU3107 Muzik Dalam Bilik Darjah

TAJUK 1 Suara Kanak-Kanak Dan Remaja Pengembangan Repertoire Untuk Meningkatkan Penghargaan Estetik
SINOPSIS Kursus ini memberi pendedahan kepada pelajar tentang jenis dan ciri-ciri suara kanak-kanak dan remaja, langkah-langkah dalam pengajaran nyanyian, masalah dalam nyanyian kanak-kanak dan cara-cara mengatasinya, pemilihan pelbagai repertoire yang merangkumi lagu sesuara, lagu lapisan, teknik pengendalian alat iringan, teknik bermain rekoder soprano, alto digabungkan dengan iringan alat perkusi, penyediaan dan penghasilan skor perkusi.

HASIL PEMBELAJARAN 1. Mengenalpasti jenis suara kanak-kanak dan remaja. 2. Mengaplikasikan teknik pengajaran dan pembelajaran nyanyian dalam bilik darjah. 3. Mengenalpasti masalah nyanyian di kalangan kanak-kanak dalam bilik darjah. 4. Mengendalikan nyanyian satu suara dan lapisan suara dalam nyanyian solo dan berkumpulan. 5. Meneroka aktiviti kreatif muzikal yang sesuai untuk memperkukuhkan kefahaman konsep muzik.

MZU3107 Muzik Dalam Bilik Darjah KERANGKA TAJUK-TAJUK

Suara Kanakkanak

Perkemba ngan vokal kanakkanak dan remaja

Melatih teknik vokal untuk kanakkanak dan remaja

Menyanyi mengikut pic yang tepat

Mengenalpa sti dan menangani masalah nyanyian dalam kelas

Membuat koleksi repertorie nyanyian sesuara dan berlapisan suara untuk sekolah rendah

Pengembangan repertoire untuk meningkatkan penghargaan estetik

Perkembangan pendengaran perseptif

Mengintegrasi aktiviti pendengaran secara aktif dalam pengenalpastian konsep muzik

Membuat koleksi repertoire untuk meningkatkan persepsi estetik

Membina repertoire Muzik Malaysia yang sesuai untuk pelaksanaan aspek

MZU3107 Muzik Dalam Bilik Darjah

KANDUNGAN ISI Perkembangan Vokal Kanak-Kanak Dan Remaja


Suara adalah satu anugerah tuhan kepada setiap manusia. Setiap manusia mempunyai suara yang unik dan tersendiri dan tidak sama antara satu degan yang lain. Suara juga berbeza diantara lelaki dan perempuan. Disamping itu juga ia juga berbeza diantara lelaki dewasa, lelaki remaja dan lelaki kanakkanak serta diantara wanita, remaja perempuan dan kanak-kanak perempuan. Suara akan berubah menjadi lebih garau bagi kanak-kanak lelaki apabila meningkat dewasa.

Renj suara berbeza mengikut individu yang berbeza. Suara lelaki adalah lebih rendah picnya dari suara wanita. Suara kanak-kanak lelaki pula lebih tinggi dari suara lelaki dewasa.

Adalah sukar untuk mendapatkan suara bes dalam pasukan koir di kalangan pelajar lelaki di sekolah rendah dan di kalangan wanita. Adalah sukar juga untuk mendapatkan suara soprano di kalalangan lelaki dewasa.

Renj dan Tesitura suara Kanak-kanak 6 hingga 9 tahun Sumber: Campbell & Kassner, 1995: 130

MZU3107 Muzik Dalam Bilik Darjah

Melatih Teknik Vokal Untuk Kanak-Kanak Dan Remaja


Untuk menghasilkan vokal yang baik, latihan yang betul adalah amat diperlukan. Mutu vokal dan renj akan dapat diperbaiki dan dipertingkatkan melalui latihan menggunakan teknik yang betul.

Semasa menyanyi, postur adalah amat penting. Ia mempengaruhi cara pernafasan, pengeluaran suara dan keseluruhan nyanyian seseorang penyanyi. Kedudukan postur yang batul akan memudahkan penyanyi dan menjadikannya lebih selesa. Pemanpilan di pandangan mata penonton juga menjadi lebih baik. Ini adalah kerana tubuh badan adalah berfungsi ibarat alat muzik semasa nyanyian.

Dalam keadaan yang normal, sesebuah persembahan nyanyian adalah dalam bentuk postur duduk dan postur berdiri sahaja. Terdapat beberapa teknik yang boleh dipraktikkan untuk mendapatkan postur yang betul dan seterusnya menghasilkan mutu vokal yang lebih baik.

Bagi postur nyanyian semasa duduk, beberapa langkah perlu dipraktikkan. Penyanyi perlu duduk tegak dengan kaki diregangkan sedikit. Jangan bersandar dan duduklah di separuh bahagian kerusi sahaja dengan berat badan kehadapan. Kedua-dua kaki hendaklah diletakkan dengan selesa di atas lantai dengan sebelah kaki dikehadapankan. Elakkan dari mengangkat bahu sementara tangan diletakkan di atas paha. Elakkan dari mendongak kepala

semasa menghasilkan not yang tinggi atau menunduk semasa menghasilkan not yang rendah. Kebabasan kepala adalah penting dan ia perlu rileks. Pandang kehadapan ke arah penonton. Penyani juga perlu mengelakkan dari mengangkat bahu. Ini adalah kerana ia akan mengganggu perjalanan udara dan menghalang penghasilan ton. Semasa menarik nafas, elakkan dada yang tidak selesa kerana ia akan nyanyian frasa lagu dengan baik.

MZU3107 Muzik Dalam Bilik Darjah Seperti juga postur nyanyian semasa duduk, postur nyanyian semasa berdiri juga mempunyai teknik yang tersendiri. Namun begitu terdapat persamaan postur secara berdiri dan secara duduk pada bahagian atas badan. Yang membezakannya hanyalah bahagian kaki sahajadan tangan sahaja. Tangan perlu diletakkan di belakang badan atau di sisi badan dalam keadaan selesa. Kaki juga dalam keadaan selesa dengan imbangan berat badan diletakkan di kedua-dua kaki. Ia juga perlu diregangkan sedikit dengan sebelah kaki di ke hadapankan sedikit. Perletakan kaki adalah dalam bentuk V.

Pernafasan yang lancar akan menjamin udara yang cukup untuk membatu menghasilkan mutu suara yang berkualiti.terdapat empat fasa dalam menarik nafas iaitu tarik nafas, tahan mengeluarkan nafas dan pemulihan. Fasa ini akan terus berulang dan berluang lagi. Suara akan dikeluarkan semasa fasa menghembus nafas. Suara akan keluar bersama-sama udara yang terhembus. Frasa lagu yang panjang memerlukan nafas yang panjang.

Terdapat beberapa teknik yang perlu dipraktikkan untuk menjadikan mutu suara lebih baik. Penyanyi perlu bernafas melalui mulut dan bukannya melalui hidung. Semasa bernafas, penyanyi akan dapat merasakan bahagian dadanya akan membesar. Pernafasan yang baik ada berhubungkait dengan postur badan yang betul samada secara berdiri atau secara duduk. Mulut perlu dikukan dengan besar supaya suara yang dikeluarkan adalah lebih jelas.

Bebepapa perkara perlu dielakkan iaitu jangan naikkan dan menarik ke belakang bahagian bahu serta jangan naikkan bahagian dagu. Jangan juga

mendongakkan kepala terutamanya semasa menyanyikan lagu yang mempunyai pic yang tinggi.selalu gunakan udara dari perut semasa menyanyi.

Terdapat beberapa latihan ringkas untuk latihan pernafasan yang boleh dipraktikkan di dalam bilik darjah atau oleh seseorang penyanyi. Antara latihan yang boleh dijalankan ialah menghembus dan menarik nafas, bernafas secara 5

MZU3107 Muzik Dalam Bilik Darjah mengejut, bernafas secara stacato, bernafas secara legato dan bernafas secara forte.

Antara aktiviti lain yang boleh untuk memperbaiki pernafasan

ialah aktiviti

berlari, bersenam, menyelam, menghembus air di dalam baldi, meniup belon, mencium bunga dan lain-lain lagi.

Menyanyi Mengikut Pic Yang Tepat


Pic ialah unsur muzik yang menggambarkan tinggi atau rendah sesuatu bunyi. Ia melibatkan bunyi dari alat muzik dan juga vokal serta lain-lain bunyi dan diukur dengan hertz berasaskan kepada bilangan getaran per saat.

Pic yang tepat memerlukan latihan yang khursus. Latihan yang terbaik ialah latihan pic latihan lagu solfa, latihan lagu fonasi dan latihan nyanyian lagu

Sila buat latihan pada lagu-lagu berikut dan repertorie lagu-lagu yang lain.

MZU3107 Muzik Dalam Bilik Darjah

MZU3107 Muzik Dalam Bilik Darjah

Latihan Skill

MZU3107 Muzik Dalam Bilik Darjah

MZU3107 Muzik Dalam Bilik Darjah

Latihan nyanyian

10

MZU3107 Muzik Dalam Bilik Darjah

Mengenalpasti Dan Menangani Masalah Nyanyian Dalam Kelas


Antara masalah-masalah yang sering dihadapi oleh guru sewaktu persembahan nyanyian sama ada kumpulan atau pun individu adalah pic yang tidak tepat dimana masalah pic yang tidak tepat biasanya berkait rapat dengan pendengaran pelajar. Pelajar didapati tidak memberi tumpuan sepenuhnya kepada ketepatan bunyi yang dihasilkan dari nyanyian mereka. Ia berlaku apabila pelajar menghadapi masalah seperti kebolehan menyanyi yang baik, kelemahan membaca notasi muzik serta faktor persekitaran yang sering menganggu para pelajar.

Hearing is an involuntary physical act that happens through our primary sense organ when sound waves impinge upon the ear. Everyone with healthy ears can hear. Listening takes cultivation and evolves through one's lifetime. (Pauline Oliveros, 2001). Berdasarkan penyataan diatas dapat kita lihat bahawa latihan

pendengaran merupakan latihan yang paling penting apabila mempelajari muzik kerana ia dapat menerangkan dengan jelas terhadap konsep untuk

mendapatkan pic yang tepat. Konsep ini perlu difahami oleh semua murid. Kematangan pendengaran perlu dipertingkatkan dan diperkembangkan dari masa ke masa dan ia hanya dapat dicapai melalui latihan yang berterusan serta komitmen yang tinggi. Kemahiran pendengaran yang kurang baik sudah pasti akan membebankan pelajar untuk memahami dan menguasai kemahiran nyanyian. Pelajar tidak akan dapat mengetahui sama ada mereka telah menyanyi dengan betul atau salah. Jika ini berlaku, sudah pasti mereka tidak dapat menikmati apatah lagi menghayati lagu yang dinyanyikan. Kesilapan membuat anggaran kelajuan, tekanan dan jumlah udara inilah merupakan antara punca yang menyebabkan pic berubah dan akan memberi kesan yang ketara pada pic, harmoni, dan sebagainya. Kesimpulannya, kesemua faktor ini diakibatkan oleh kelemahan pendengaran yang membawa kepada kelemahan untuk melakukan perkiraan yang tepat untuk menghasilkan pic yang tepat.

11

MZU3107 Muzik Dalam Bilik Darjah Masalah seterusnya adalah intonasi dan kualiti ton yang kurang baik. Ini menyebabkan bunyi yang dihasilkan tidak tepat. Pic yang dihasilkan mungkin berbunyi sedikit rendah atau tinggi. Jika ini berlaku maka bunyi yang dihasilkan akan menyebabkan berlakunya masalah intonasi. Masalah ini juga boleh berlaku sekiranya ton yang dihasilkan oleh alat vokal itu tidak mencerminkan ton yang sewajarnya. Tambahan lagi kualiti ton yang dihasilkan oleh seseorang penyanyi memberi kesan pada lagu yang dimainkan. Terdapat pelajar-pelajar yang tidak dapat menghasilkan ton yang berkualiti seperti menyanyi terlalu kuat dalam ensembel atau sering menyanyi di luar piawaian pic atau sumbang, ton yang kasar dan keras.

Selain daripada itu, masalah dinamik dimana ketepatan dinamik adalah sesuatu yang subjektif dalam persembahan nyanyian. Aras dinamik tidak boleh dikurangkan pada sesuatu ukuran desibel (kekuatan bunyi) kerana ianya berkaitan dengan kebolehan menginterpretasi skor, kemahuan jurulatih dan mood sesuatu lagu. Selalunya masalah yang timbul kerana penyanyi tidak dapat merasai kekuatan sebenarnya sesuatu dinamik seperti piano (p) atau forte (f). Semuanya ditentukan oleh berbagai aspek seperti, register, stail, pencipta, zaman, kawalan bunyi daripada penyanyi, kehendak konduktor dan citarasa seseorang. Kegagalan penyanyi mengamati tanda dinamik yang ditulis akan memberi kesan pada bunyi atau kemerduan sesuatu lagu dan sudah pasti kekurangan warna atau kecantikan kepada lagu yang dipersembahkan.

Masalah ekspresi sering berlaku kepada pelajar yang kurang pengalaman muzik dan kurang diberi pendedahan oleh jurulatih mengenai kehendak atau karektor nyanyian yang ingin dihasilkan. Mereka gagal menterjemahkan karektor-karektor yang ditulis dalam skor kepada bunyi yang bermakna seperti mood lagu, kualiti ton, ketepatan irama, keseimbangan, intonasi, dinamik, frasa lagu dan berbagai aspek estetika yang terkandung didalam lagu tersebut. (Middleton, James, et. all,1998 )

12

MZU3107 Muzik Dalam Bilik Darjah Masalah pengfrasaan juga sering berlaku dalam nyanyian. Pengfrasaan biasanya ditandakan dengan satu garisan yang menunjukkan pengfrasaan tersebut. Bahagian ini perlu dimainkan dengan licin tanpa putus. Untuk mengelak daripada kesan terputus, maka ia dimainkan dengan satu pernafasan bagi satu frasa. Namun demikian, permasalahan ini timbul apabila skor lagu tidak dilengkapi dengan tanda frasa. Jika tanda frasa tidak dilengkapkan maka guru perlu meletakan tanda frasa tersebut. Ada kalanya permasalahan ini timbul disebabkan oleh kecuaian guru dan pelajar mengesan frasa lagu. Oleh itu, proses penganalisisan perlu dilaksanakan dan guru perlu menandakan pengfrasaan yang sesuai. Ini merupakan satu keperluan bagi mengelak daripada berlakunya masalah pengfrasaan. Pengfrasaan juga berkait rapat dengan tempat pernafasan iaitu tempat di mana pemuzik alat tiupan mengambil kesempatan untuk mengambil nafas sebelum memulakan permainan mereka.

Pengfrasaan

yang

tidak

betul

akan

memberi

kesan

terhadap

persembahan keseluruhan. Persembahan akan kedengaran seperti terputusputus dan tidak lancar. Sedikit sebanyak ia akan mengganggu konsentrasi para pemuzik dan menyebabkan pemuzik hilang konsentrasi serta tidak dapat mengeluarkan ekspresi yang terbaik pada persembahan.

Harmoni juga merupakan salah satu masalah yang sering terjadi dalam persembahan ensemble. Kebanyakan pelajar kurang memahami harmoni dan peranan atau karektor bagi setiap alat untuk menghasilkan pic yang tepat, keseimbangan dan harmoni yang bermutu. Terdapat juga pelajar yang tidak memahami keseimbangan di antara melodi, kaunter melodi dan pergerakan kord dalam lagu. Masalah ini dapat diatasi dengan berbagai kaedah dan latihan yang perlu diberi kepada pelajar agar mereka dapat meningkatkan kemahiran mendengar dan memahami pergerakan harmonik yang terdapat dalam lagu.

13

MZU3107 Muzik Dalam Bilik Darjah Setiap masalah yang timbul pasti mempunyai jalan penyelesaian. Bagi mengatasi masalah kekangan masa, guru ataupun pengarah muzik boleh menyediakan prosedur latihan yang lebih jelas dengan menyediakan satu jadual terperinci berkaitan dengan prosedur dalam latihan. Prosedur yang disediakan secara teliti dapat membantu mereka dalam menyediakan rancangan mengajar dan melatih dengan lebih baik dan berkesan. Perancangan yang baik ini akan membantu dalam menyediakan segala keperluan termasuklah bahan-bahan dan peralatan yang diperlukan dalam menyampaikan pengajaran. Ini dapat menjimatkan masa yang banyak sekali gus mengelakkan daripada timbulnya pelbagai masalah kelak.

Seterusnya, masalah corak irama juga dapat dikurangkan jika guru menjadikan latihan corak irama sebagai salah satu aktiviti wajib semasa warmup. Perkenalkan beberapa corak irama pada setiap kali latihan yang dijalankan. Ia perlu diperkenalkan mengikut urutan serta tahap pelajar iaitu daripada mudah kepada tahap yang lebih mencabar. Terdapat pelbagai bahan seperti buku dan skor latihan telah diterbitkan untuk tujuan tersebut. Ia juga boleh didapati menerusi laman web yang boleh diterokai menerusi Internet. Latihan ini telah disediakan mengikut tahap-tahap tertentu oleh golongan profesional.

Guru juga boleh menganalisa nilai bagi corak irama tersebut agar pelajar faham dari segi teorinya. Perkenalkan corak irama bahagian demi bahagian. Misalnya bar demi bar dengan menggunakan tempo yang lambat dan lajukan tempo apabila kemajuan telah dicapai. Proses ini perlu diulang sehingga pelajar dapat menguasainya secara praktikal. Cara penyelesaiannya lain ialah corak irama ditulis pada papan hitam dan dibahagikan kepada quarter note kepada empat bahagian yang sama. Kemudian bilang dengan tempo yang lambat setiap bahagian. Jurulatih perlu membimbing pelajar supaya menepuk irama dengan betul.

14

MZU3107 Muzik Dalam Bilik Darjah Selain itu, penggunaan audio visual mampu membantu pelajar bermain dengan ton yang baik. Kaedah ini memerlukan kepada beberapa arahan yang perlu dipatuhi oleh setiap pelajar. Oleh itu, ia perlu dimulakan dengan memberi arahan atau panduan kepada pelajar. Arahan dan panduan guru perlu jelas serta mudah difahami. Ini penting agar pelajar tahu apa yang harus didengar dan diperhatikan. Pelajar perlu diminta untuk membuat komen terhadap

persembahan tersebut sebaik sahaja persembahan tamat.

Bagi mengatasi masalah berkaitan sinkopasi pula, satu kaedah yang digunakan untuk mendapat ketepatan irama sinkopasi ialah melatih pelajar menyanyi dan menepuk irama pada keratan-keratan irama yang terdapat sinkopasi. Selain itu, pelajar perlu menanda downbeats dengan pensel pada skor. Cara ini dapat membantu pelajar jika mereka menghadapi masalah percampuran not dan tanda rehat. Menconteng skor dengan berbagai tanda adalah penting dan berkesan untuk mengingatkan pelajar mengenai berbagai aspek yang terdapat dalam skor seperti pertukaran dinamik, artikulasi dan tempat yang sesuai untuk menarik nafas. Ianya membantu pelajar mencapai tahap ketepatan irama yang diperlukan dalam skor.

Pic yang tidak tepat sememangnya suatu masalah yang agak rumit sekiranya tidak diatasi dengan baik. Untuk mengatasinya, dicadangkan agar latihan pendengaran dijadikan latihan wajib bagi setiap sesi latihan. Latihan ini akan memberi fokus kepada ketepatan pic. Latihan ini juga boleh diperkukuhkan semasa melakukan warm-up.

Memberi

arahan

semasa

permainan

ensembel

bertujuan

untuk

memperbaiki persembahan terutamanya dari segi keseimbangan bunyi, mula dan akhir, frasa, dinamik, artikulasi dan sebagainya. Terdapat dua kaedah yang digunakan semasa latihan nyanyian. Kaedah pertama memberi arahan dengan menggunakan suara. Kaedah kedua ialah memberi arahan menerusi gerak 15

MZU3107 Muzik Dalam Bilik Darjah badan dan tangan dengan disertakan ekspresi wajah. Kaedah ini sememangnya berkesan jika pelajar telah dilatih dengan betul. Ia memerlukan latihan yang berterusan sehingga ia menjadi satu kebiasaan bagi semua murid.

Ekspresi juga merupakan salah satu elemen yang harus diberi perhatian di dalam nyanyian. Konduktor perlu memainkan peranan yang penting untuk membantu penyanyi menyanyi dengan ekspresi. Ia dapat dilakukan dengan menggunakan gerakan badan dan melakonkan ekspresi wajah mengikut ekspresi yang diinginkan. Konduktor perlu memberi penerangan mengenai bagaimana dan kenapa ekpresi sangat penting semasa persembahan. Demonstrasi adalah cara yang paling berkesan untuk membantu pelajar mendapat ekpresi yang betul. Penerangan secara lisan perlu diberi dengan jelas, tepat dan mudah difahami. Jurulatih perlu menerangkan secara teliti apa yang perlu dilakukan untuk menghasilkan bunyi yang ekpresif.

Selain itu, untuk mengelakkan masalah-masalah sampingan berkaitan kumpulan penyanyi yang akan dibentuk di sekolah, uji bakat perlu dilaksanakan. Uji bakat adalah bertujuan mendapatkan ahli-ahli yang benar-benar mempunyai potensi dan kemampuan dalam nyanyian. Dalam hal ini, kita sebagai guru muzik perlu tahu berapa bilangan ahli koir atau pemuzik yang diperlukan. Jumlah ahli akan mempengaruhi bunyi keseluruhan yang dihasilkan nanti. Ini memudahkan proses keseimbangan bunyi. Melalui uji bakat juga kita dapat memilih ahli yang betul-betul berdisiplin dan komited terhadap tanggungjawab dan peranan masing-masing.

Membuat Koleksi Repertorie Nyanyian Sesuara Dan Berlapisan Suara Untuk Sekolah Rendah
Anda dikendaki Membuat Koleksi Repertorie Nyanyian Sesuara Dan Berlapisan Suara Untuk Sekolah Rendah.

16

MZU3107 Muzik Dalam Bilik Darjah

Perkembangan Pendengaran Perseptif


Suara terjadi apabila terdapatnya getaran. Secara umum kekuatan suara berkaitan dengan amplitud gelombang suara dan nada berkaitan dengan prekuensi (jumlah gelombang per waktu). Semakin besar suara semakin besar amplituo, semakin tinggi frekuensi dan semakin tinggi nada. Namun nada juga ditentukan oleh faktor-faktor lain. Gelombang suara memiliki pola berulang, walaupun masing - masing gelombang bersifat kompleks, didengar sebagai suara muzik. Walau bagaimanapun jika ia tidak disusun maka ia akan menghasilkan bunyi bising. Telah diketahui bahawa adanya suatu suara akan menurunkan

kemampuan seseorang mendengar suara lain. Fenomena ini dikenal sebagai masking (penyamaran). Fenomena ini disebabkan oleh refrakter relative atau absolute pada reseptor dan urat saraf pada saraf audiotik yang sebelumnya teransang oleh ransangan lain. Tingkat suatu suara menutupi suara lain berkaitan dengan nadanya. Kecuali pada lingkungan yang sangat kedap suara, kesan penyamaran suara latar akan meningkatan keupayaan pendengaran dengan besar yang tertentu dan dapat dilatih. Penyaluran suara prosesnya adalah telinga mengubah gelombang suara di lingkungan eksternal menjadi potensi aksi di saraf pendengaran. Gelombang diubah oleh gendang telinga dan tulang-tulang pendengaran. Gerakan ini menimbulkan gelombang dalam cairan telinga dalam. Kesan gelombang pada organ di dalam telinga menimbulkan keupayaan serat-serat saraf. Pendengaran perseptif ialah keupayaan kita memilih suatu bunyi dari gabungan beberapa bunyi untuk didengar, dihayati dan dianalisa. Sebagai contoh kita boleh memilih uuntuk mendengar bunyi gitar dari sebuah lagu yang dimainkan walaupun lagu itu menggunakan pelbagai alat muzik dan vokal di dalam gubahannya.

17

MZU3107 Muzik Dalam Bilik Darjah Untuk merpertingkatkan perkembangan pendengaran perseptif latihan yang dicadangkan ialah latihan pendengaran menggunakan kibod. Anda perlu memainkan muzik dengan menggunakan sebarang rentak dan menggunakan auto accompaniment. Cuba pilih sejenis alat muzik dan cuba dengarkan dengan te;iti. Anda akan dapati bahawa anda akan dapat mendengar bunyi alat muzik trsebut dengan jelas bebanding alat-alat muzik yang lain. Cuba [ula dengan alat muzik yang lain.. lakukan aktiviti ini berulang-ulang kali untuk mempertingkatkan kemahiran anda.

Mengintegrasi Aktiviti Pendengaran Secara Aktif Dalam Pengenalpastian Konsep Muzik


Muzik adalah gabungan melodi, irama, ekspresi, tekstur, warna ton, dinamik dan bentuk. Rajah rajah di bawah akan dapat menerangkan elemen-elemen muzik dengan lebih jelas.

Melodi Pic kontour Frasa

Irama Detik Meter Tempo Sinkopa

Ekspresi Dinamik 18 Mud

MZU3107 Muzik Dalam Bilik Darjah

Tekstur Monofoni Polifoni Homofoni


\

Warna Ton

Cerah

Gelap

Kaya

Lantang

Malap
\

Dinamik

Bentuk Teneri Binari

19

MZU3107 Muzik Dalam Bilik Darjah Berdasarkan elemen-eleman muzik di atas, anda dikendaki mendengar beberapa buah lagu dan sila mengintegrasi aktiviti pendengaran secara aktif dalam pengenalpastian konsep muzik.

Membuat Koleksi Repertoire Untuk Meningkatkan Persepsi Estetik


Anda dikehendaki Membuat Koleksi Repertoire Untuk Meningkatkan Persepsi Estetik.

Membina Repertoire Muzik Malaysia Yang Sesuai Untuk Pelaksanaan Aspek Penghargaan Estetik Dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Muzik Sekolah Rendah.
Anda dikendaki membina repertoire Muzik Malaysia yang sesuai untuk pelaksanaan aspek penghargaan estetik dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Muzik Sekolah Rendah.

20

BIBLIOGRAFI
Abdul Fatah Karim (1999). Panduan harmoni asasdalammuzik.KualaLumpur: PenerbitUniversitiMalays. Cambell & Kassner (1995). Music In Childhood. New York: Schirmer Books. Choksky, L. (1986). Teaching music in the twentieth century. New Jersey: Prentice HallInc. Choksy,L. Abraham,R.M., Gillespie, A..E., & Woods, D. (2001,1986) Teaching Music In the Twentieth Century, New Jersey, Prentice Hall Inc Christy. Van A & Paton, John Glenn (1997). Foundations in Singing, New York: The Mcgraw-Hill Companies.Inc Flohr, J.W. (2004). Musical lives of young children. New Jersey: Prentice-Hall inc. Herrold, R. M. (1997). Mastering the fundamentals of music. New Jersey: Prentice HallInc. Herrold, R.M. (2001). New approaches to elementary classroom music, 3/E. New Jersey: Prentice-Hall inc. Kamien, R. (1996). Music:An appreciation (7th.Ed).New York:McGraw Hill Companies,Inc. Kennedy, Michael. (2004). Oxford Consice Dictionary of Music. Oxford: Oxford University Press. Loh,P.K.(1991).Ahandbookofmusictheory.KualaLumpur:PenerbitMuzikal. Nye, R.E., & Nye, V.T (1999). Music in the Elementary School. New Jersey: Prentice-Hall inc. Taylor, E. (1989). The AB guide to music theory, (Part 1). Great Britain: AssociatedBoard. William M. Anderson, Joy E. Lawrence (1991) Integrating Music Into The Classroom, 2nd Edition Belmont, California, Wadsworth Publishing Company Wright, C. (2000). Listening to Music (3rd ed.). Canada: Wadsworth, Thomson Learning Inc Zimmeran Marilyn P., (1971). Musical Charactersitics of Children. Reston, Va: Music Educators National Conference.

PANEL PENULIS MODUL PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PENDIDIKAN MUZIK PENDIDIKAN RENDAH)
NAMA ENCIK ASRI BIN HAJI CHE MAT Pensyarah, IPG Kampus Ipoh, 31150 Hulu Kinta, Ipoh, Perak Darul Ridzauan. asri@ipip.edu.my KELAYAKAN Kelulusan: Sarjana Pendidikan (Kepimpinan Pedagogi) Sarjana Muda Pendidikan (Pendidikan Muzik) Diploma Perguruan Asas

Pengalaman: Pensyarah IPG (4 Tahun) Guru Sekolah Menengah (7 Tahun) Guru Sekolah Rendah (4 Tahun)

Anda mungkin juga menyukai