Anda di halaman 1dari 15

Bab 1 Pengurusan Organisasi Bengkel dan Keselamatan

i)

Pengurusan bengkel bertujuan untuk memastikan kelancaran pelaksanaan tugasan, peraturan, kebersihan dan mengelakkan kemalangan.

ii) Carta pengurusan yang baik adalah seperti berikut :-

iii) Formen akan menyelaraskan kerja-kerja yang dilakukan oleh pelajar secara berkumpulan.

iv) Semasa membuat kerja-kerja amali, aspek yang perlu dititikberatkan adalah ;

a) b) c) d)

pastikan bengkel sentiasa kemas dan bersih amalkan nilai-nilai? murni dalam diri, seperti bertanggungjawab, bekerjasama dan mematuhi peraturan sentiasa mematuhi peraturan keselamatan bengkel pastikan tugasan dijalankan dengan teratur dan sistematik

v) Mengamalkan? langkah-langkah keselamatan amat penting untuk mengelakkan kemalangan

vi) Buku rekod kemalangan dan kecederaan harus disediakan dan diletakkan di dalam bengkel

vii) Etika dan budaya kerja mesti diamalkan

viii) Etika kerja bermaksud? disiplin dan sikap sesorang terhadap kerja yang dibuat, seperti menepati waktu, bertanggungjawab dan amanah

ix) Budaya kerja ialah peradaban yang menjadi amalan semua pekerja dalam sesebuah organisasi

x) Contoh budaya kerja adalah :

a) b) c) d)

mempunyai hubungan baik dikalangan pekerja menjamin mutu kerja yang baik dan produktif sentiasa mengamalkan tabiat kerja yang baik meningkatkan daya keintelektualan dan disiplin diri

Amalan 4 M ( Membersih , Menyusun atur, Mendisipilin, Menilai)

Jadual Kerja Bengkel Kemahiran Hidup Bersepadu

Tugas Menyusun dan memeriksa alatan Menyapu lantai dan membuang sampah Menutup tingkap, suis lampu, kipas dan

Minggu 1 A B C 2 B C D 3 C D A 4 D A B

memadam papan tulis Mengumpul dan meyimpan baki bahan kerja dan projek

Jenis Bahan Pemadam Api

Jenis Bahan Pemadam Api Punca Api/Bahan Bakar Air Buih Debu Kering Karbon Dioksida Kayu, sampah sarap, plastik,kain Minyak, cat, petrol, lekar, thinner, gas Semua Jenis Bahan Minak, cat, petrol, lekar, gas, peralatan elektrik

Label A B ABC BC

Isikan tempat kosong dengan jawapan yang betul .

bengkel?????? ??????basah? ??????????????????beracun ?Formen ???????????????????direkodkan ????????? kecederaan????????? kebakaran kecil???????? keselamatan????????? kerja amali?????? kotak pertolongan cemas?????? ? membersih?????????? menyusun atur???????? mendisiplin????????? menilai????????????? ?????????terbakar

1.

Pengurusan _____________________ yang baik dapat membantu kelancaran pelaksanaan tugasan semasa kerja amali

2.

Peraturan ?________________________ semasa didalam bengkel mestilah dipatuhi

3.

Semangat bekerjasama semasa melakukan ??___________________ dan membersihkan bengkel harus dipupuk di dalam diri

4.

_________________ dilantik oleh guru dan terdiri daripada pelajar

5.

Bahan yang mudah ?___________________ ?dan ______________________ mestilah diasingkan dan disimpan di dalam almari yang berkunci

6.

Amalan 4M yang mesti dipatuhi semasa bekerja di bengkel Kemahiran Hidup ialah ___________________ ,

____________________ , ______________________ dan _____________________________

7.

Pastikan tangan tidak _______________________________ ?apabila menggunakan peralatan letrik

8.

Sebarang kehilangan atau kerosakan alatan atau bahan perlu dilaporkan kepada guru untuk _______________

9.

_____________________________________ perlu diletakkan di tempat yang mudah dilihat dan mudah

??????? diambil apabila berlaku kemalangan atau ____________________________

10.

Alat pemadam api digunakan untuk memadam _______________________ sebelum merebak menjadi besar.

Jawab semua soalan dibawah .

1 Namakan 4 jenis bahan yang terdapat di dalam kotak pertolongan cemas

a) ______________________________________?????? b) ____________________________________

c) ______________________________________?????? d) ____________________________________

2. Berikan konsep 4M yang perlu diamalkan semasa bekerja di bengkel

a) ______________________________________?????? b) ____________________________________

c) ______________________________________?????? d) ____________________________________

3. Namakan bahan-bahan yang mudah terbakar dan perlu disimpan di dalam almari yang berkunci dan diasingkan daripada sumber api

a) ______________________________________?????? b) ____________________________________

c) ______________________________________?????? d) ____________________________________

4.Tuliskan langkah-langkah menggunakan alat pemadam api berdasarkan rajah yang diberi

............................................................................................... ........ ............................................................................................... ....... ............................................................................................... ......

............................................................................................... ........ ............................................................................................... ....... ............................................................................................... ......

............................................................................................... ........ ............................................................................................... ....... ............................................................................................... ......

5. Lengkapkan carta organisasi maklumat dibawah

Bab 2 Pengenalan Reka Bentuk dan Teknologi

i) ii)

Reka bentuk ialah susunan bahan yang dirancang untuk menghasilkan produk baru Teknologi ialah pengajian dan pengetahuan dalam usaha masnusia mencipta dan menggunakan pelbagai alat, sumber, teknik dan sistem untuk menguruskan kehidupan

Faktor Reka Bentuk

Jenis Bahan dan Pengikat

i)

Jenis-jenis bahan yang digunakan adalah seperti kayu, papan lapis, MDF dan mounting board

Kayu Papan tebal

Tebal (mm) 38 - 100

Lebar (mm) melebihi 150 3-6

Panjang (mm)

Papan nipis Beroti Jerjak

10 - 38 38 - 100 20 - 38

melebihi 76 antara 75-100 25 hingga 76

3-6 3-4 3-6

Kayu terbahagi kepada 2, iaitu a) kayu keras seperti cengal dan jati untuk kegunaan pembuatan perabot dan b)kayu lembut seperti meranti dan nyatoh. Papan lapis diperbuat daripada beberapa lapisan kayu nipis yang dinamakan vernier. MDF ialah jenis gentian yang diperbuat dari serat kayu lembut, sementara mounting board dihasilkan dari kertas.

ii) Pengikat digunakan untuk mencantumkan bahan kayu atau papan lapis. Jenis-jenis pengikat adalah seperti paku, skru, glu dan ribet.

Paku kepala rata dibuat darupada keluli lembut dan digunakan untuk kerja am. Paku panel diguna dalam kerja perabot. Tukul kuku kambing dan tukul warrington diguna untuk membenam paku kedalam kayu. Saiz paku ditentukan oleh panjang batangnya. Skru digunakan bersama pemutar skru rata atau Philips. Skru yang biasa digunakan ialah skru kepala benam dan skru kepala bulat

Glu digunakan untuk mencantumkan bahan projek supaya kukuh dan ketat. Diantara jenis glu yang digunakan adalah glu sentuh untuk mencantum dua bahan yang berlainan jenis seperti kayu dan logam. Glu PVA ( polyvinyl

acetate) untuk cantuman kayu tetapi tidak kalis air.

Alatan Tangan dan Mesin

Ciri-ciri pemilihan alatan tangan ; a) b) c) d) kesesuaian saiz alatan dengan bahan kemahiran menggunakan alatan mudah diperolehi faktor keselamatan

Jenis alatan tangan ialah pita pengukur, pembaris keluli, sesiku L, tolok penanda, tolok serong, gergaji puting gergaji lengkung halus, gergaji tangan, tukul kuku kambing, kikir parut, tukul warrington dan gandin kayu.

Mesin gerudi digunakan untuk menggerudi kayu, logam nipis atau plastik lembut. Jenis mesin gerudi ialah mesin gerudi mudah alih, mata gerudi pintal dan mesin gerudi lantai

Soalan Latihan 1

Proses Reka Bentuk

i) ii)

Proses reka bentuk melibatkan lukisan projek yang menggambarkan reka bentuk projek dan saiz sebenar projek Lukisan projek dibuat dalam bentuk lakaran tiga dimensi (3D) atau dua dimensi (2D)

iii) Lakaran 3D ialah gambaran sebenar projek ; contohnya lukisan oblik dan lukisan isometrik iv) v) vi) Lakaran 2D ialah lakaran objek sebenar dalam 2 atau 3 sudut pandangan, Contohnya lukisan ortografik Pembinaan projek melibatkan proses mengukur, menanda dan memotong Kemasan merupakan proses akhir dalam penghasilan sesuatu produk. Syelek, cat, cat sembur dan perekat boleh digunakan

vii) Jenis tanggam ialah tanggam temu, tanggam parit dan tanggam lekap viii) ?Bahan pemasangan yang biasa digunaka ialah engsel, breket dan penyangkut

Reka Bentuk Projek

i)

Pendokumentasian projek dibuat setelah projek siap. Maklumat yang dikumpulkan perlu direkodkan dan disimpan dengan rapi Mengira kos projek perlu untuk mengetahui kos pengeluaran

ii)

iii) Kos pengeluaran ialah jumlah wang yang dibelanjakan untuk menghasilkan sesuatu projek iv) Kos pengeluaran terdiri daripada kos bahan, kos upah dan kos overhead

Anda mungkin juga menyukai