Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
Ni aku salin balik resipinya. Bahan-bahan ( 750 biji ) 1 bungkus kecil susu tepung * 1 bungkus kecil Nestum ( d blendar hgga halus dan d ayak)* gula halus yg sudah d ayak (secukup rasa) * 2 bungkus kulit popia (besar) 1 biji telur ( utk pelekat) Cara-cara -Gaulkan bhn2 * hingga sebati, dan simpan ke dlm bekas kedap udara.. -gulung kulit popia sekeping demi sekeping, dan d bahagian hujungnya, sapukan sedikit kuning telur -kemudian, gunting secara menyerong dan goreng dengan mengunakan api yg sederhana dengan menggunakan minyak yg banyak dan panas. -toskan, dan biarkan ianya sejuk sedikit dan gaulkan dengan bhn2 *
1 ekor ikan siakap (dibersihkan) 1 labu bawang besar holland (dimayang) 5 ulas bawang putih (dihiris) 2 inci halia (dihiris) 1 batang lobak merah saiz kecil (dihiris halus) 5-6 biji cili padi (dihiris) - boleh kurangkan jika tak suka pedas 1 tangkai cili merah (dihiris)
bahan sos :
1-2 sudu makan taucu 50 ml air atau lebih 1 sk minyak bijan 1 sudu makan sos tiram 1 sudu makan kicap cair sedikit gula
lain-lain : jus limau nipis dan hirisan daun sup. Cara-cara : 1. Sediakan pengukus. Jerangkan airnya hingga mendidih. Sediakan bekas tahan panas. Letak ikan di dalamnya. Susunkan bahan-bahan hirisan di atasnya. 2. Sementara itu, satukan semua bahan sos dan kacau. Siramkan ke atas ikan tadi hingga rata. Kemudian dikukus hingga masak lbh kurang 20-25 minit. 3. Buka penutup kukus, perahkan jus limau nipis dan kacau sedikit kuahnya. Taburkan sedikit daun sup. Kukus lagi lbh kurang 2-3 minit. 4. Setelah masak, hidangkan panas2.
Bahan2nya 1 ekor ayam ( di potong 4-12, kemudian dibersihkan dan di tos ) 1 cawan yogurt/tairu 3 sudu makan minyak zaitun atau minyak sayuran 2 1/2 sudu makan jus lemon - k.nor letak 1 sudu besar jer 1 sudu makan garam 2 3 sudu makan gula ikut citarasa sedikit perasa jika suka 1 sudu makan serbuk cili 3/4 sudu makan campuran jintan kasar dan halus ditumbuk 3/4 sudu makan biji ketumbar ditumbuk 3/4 sudu makan lada hitam ditumbuk 1/2 serbuk kayu manis 4 ulas bawang putih ( di goreng dulu hingga kekuningan ) ditumbuk 1 sudu makan halia yang telah di tumbuk
Cara penyediaan 1. Satukan semua bahan2 di atas. 2. Kemudian perap dalam peti sejuk semalaman atau 1-3 jam pada suhu bilik. Ikut suka nak perap lama mana lebih lama kita perap ayam tu lebih sedap. 3. Susun ayam dalam tray kemudian bakar ayam dalam ketuhar/oven selama 45 minit-1 jam, ikut saiz ayam. 4. Semasa bakar tu, jangan lupa balik2kan ayam tadi agar rata masaknya. 5. Boleh jugak jika nak bakar dengan arang.
nota : kalau kat dapur tak de yogurt atau tairu jangan risau!! kita boleh buat sendiri caranya dengan mencampurkan 1 cawan susu cair dengan 4 5 sudu jus limau kasturi/nipis. Susu tadi akan menjadi pekat seperti yogurt dan bolehlah dicampurkan dengan ayam dan bahan2 lain.
Yang kat atas tu entri cerita tengah fed up pasal line internet slow...haaaaa yang ni seperti yang dijanjikan, jeng jeng jeng....
Kak ina selalunya guna tepung pulut hitam dalam peket je..tapi kalau nak lagi sedap, beras pulut hitam korang blend sampai halus betul2...
Yang ni yang dah diuli campur dengan air...tepung pulut hitam tu letak sikit je..
Letak intinya..
Tutupkan elok2...
Panaskan air...bila dah menggelegak baru masukkan bola2 koci yang dah siap disikan inti..
Bila dah timbul bola2 koci tu, masukkan ke dalam bekas yang dah disi dadih tadi...
Ambik sebiji letak kat daun pisang yang telah di layor...Sebelum tu sapu minyak sikit kat daun pisang tu ye...
OK dah siap...dah boleh makan...kalau nak buat frozen pun boleh..kalau nak tahan lama, kukus sekejap pun boleh...
Jom kita lihat bahan bahan nya sebelum itu cik an nak berkongsi teknik semasa mengukus apam. Tudung periuk pengukus perlu dibalut dengan kain seperti pocong isk seram pulak..cik an..hehehe supaya air kukusan tidak jatuh ke atas apam..guna kan api yang sederhana..panas kan kukusan dan acuan lompang perlu di sapu minyak dahulu..ok Bahan-bahan 2 cwn nasi* 1 cwn tepung gandum 3 cwn tepung beras 1 1/2 cawan gula 1 peket yis ( 11gm) 3 cawan air* kelapa parut dgn sedikit garam Cara Penyediaan 1. Blend nasi* dan air* sehingga hancur (masukkan air sedikit-sedikit..blend sampai halus) 2. Dlm bekas lain,satukan tepung gandum,tepung beras dan yis. 3. Selepas itu,masukkan bahan cecair tadi ke dlm bekas tepung. Kacau sehingga sebati. 4. Perap selama 1 jam. 5. Panaskan pengukus dan balut penutupnya dengan kain. 6. Sapukan sedikit minyak pada acuan kecil. 7. Masukkan dlm acuan kecil dan kukus selama 15 minit.. 8. Hidang bersama kelapa yg telah di gaul dengan sedikit garam.. atau enak dimakan begitu saja.
anak dara cik an kemain suka bermain dengan warna berbagai warna dia campurkan..si
Haa... ni la dia.. projek 2 in 1... Projek memuding dan projek memecah dara silicon mould yg menjadi idaman hati ni. Sangat2 senang kalau buat puding atau agar2 bila menggunakan SM. Mudah amat nak keluarkan puding yg kita buat tu. Tak perlu cungkil, tak perlu jolok2.. tarik2 jer bahagian tepi acuan tu, insyaallah ia lekang dr puding atau agar2 yg dihasilkan.. Mekasih ya pemberi baik hati yg hadiahkan K.Nor SM ni ya.. mmmmmmmmuuuah!! Cayang dia .. :)
Cun tak? Sengaja diberikan sentuhan kaler lain dr yg sebelum ni sbb duk tengok situ sini semua dgn kaler kuning dan hijau.. hehe
Bagi yg dah mencuba Puding Balqis ni, tentu dah tau keenakkan puding ni kan. Lembut, tekstur yg halus (macam makan sponge hehe) dan manisnya sedang2 jer. Biasalah kan, tuan resipi tak suka manis2, jadi resipi dia pun tak manis meleting la..hehe.. Jom la mencuba Puding Balqis ni bagi yg belum mencuba dan bagi yg dah mencuba tu, terima kasih ya...
1 paket agar2 serbuk (10gm) 450ml air 150ml susu cair 2 biji telur gred A 5 sudu besar gula pasir 3 sudu besar butter 1 sudu teh esen vanila pewarna mengikut citarasa masing2 Masakkan serbuk agar2 dgn air dan gula hingga mendidih dan masukkan butter dan susu cair. Masak lagi hingga mendidih sambil dikacau. Masukkan vanila dan padamkan api. Biarkan seketika (lebih kurang 15 - 20 minit) sehingga agar2 suam2 panas. Pukul telur hingga betul2 kembang (buang tali pusat telur utk menghilangkan bau hanyir telur) dan masukkan adunan agar2 kedalam bekas berisi telur td dengan perlahan2. Kacau hingga sebati. Bahagi adunan kepada 2 atau 3 bahagian dan masukkan pewarna yg disukai. Kacau hingga serata warna adunan puding td. Sendukkan adunan puding ke dalam bekas atau loyang secara selang seli hingga habis. Untuk meletakkan lapisan yg kedua tu pastikan diletak perlahan-lahan di bahagian tepi dan jgn dibahagian tengah supaya ia tak terus masuk dalam lapisan yg pertama. Sejukkan dalam peti ais sebelum menghidang.