Anda di halaman 1dari 28

Sertailah Parti Sosialis Malaysia, Jika anda ingin:

Kekayaan negara diagihkan secara adil Menghapuskan amalan rasuah, salahguna kuasa, nepotisme & penyelewengan kuasa Mendokong aspirasi kaum miskin dan tertindas Bergiat aktif dalam perjuangan rakyat tanpa mengharapkan habuan atau faedah-faedah istimewa Persamaan hak, pembangunan tulen dan demokrasi sejati Menentang sebarang cubaan memecah-belahkan rakyat berlandaskan perkauman dan keagamaan

Diterbitkan oleh Parti Sosialis Malaysia


22A, Jalan Vivekananda, Brickfields, 50470, Kuala Lumpur, Malaysia. Tel: 03-22747791 Fax: 03-87374772 Email: pusat@partisosialis.org Dicetak oleh Jutaprint 2, Solok Sungei Pinang 3, Sg. Pinang, 11600 Penang.

Udahlah tu! Tolak 56 Tahun UMNO-BN

Manifesto

Pilihanraya Umum 13
KERAJAAN YANG PRO-RAKYAT

KEPENTINGAN RAKYAT didahulukan bukan kepentingan korporat. Keperluan asas rakyat seperti kesihatan, perumahan, pendidikan dan pengangkutan awam harus disediakan oleh kerajaan dan bukan diperniagakan oleh segelintir kapitalis.

DEMOKRASI TULEN diamalkan. Rakyat biasa, terlibat pada setiap peringkat perancangan & pelaksanaan program kerajaan.

PEMULIHARAAN ALAM SEKITAR adalah tanggungjawab bersama kerajaan dan rakyat. Pembangunan mampan yang mengambil kira keseimbangan ekosistem menjaminkan kesejahteraan umat manusia. Eksploitasi sumber alam menggugat masa depan kita.

roni K / t a r o p r o K n ka Rakyat Dulu, Bu

Manifesto Pilihanraya Umum 13

Udahlah tu! Tolak 56 Tahun UMNO-BN

Perkara Utama
Agenda Perjuangan PSM
JAMINAN KERJA, GAJI YANG MUNASABAH DAN ADIL SISTEM PENDIDIKAN DAN PERUBATAN AWAM YANG PERCUMA DAN BERKUALITI PILIHANRAYA KERAJAAN TEMPATAN DAN KAMPUNG PENGANGKUTAN AWAM MURAH DAN BERKESAN JAMINAN PERUMAHAN TETAP DAN SELESA BAGI GOLONGAN PENDAPATAN RENDAH PEMELIHARAAN ALAM SEKITAR MELALUI PEMBANGUNAN MAMPAN YANG MENGUTAMAKAN KESEJAHTERAAN UMAT MANUSIA DAN KESEIMBANGAN EKOSISTEM

Pada pilihanraya 2008, rakyat Malaysia telah mengisytiharkan satu mesej yang berani dan jelas kepada Barisan Nasional yang memerintah negara kita sejak 1957. Buat pertama kali dalam sejarah pilihanraya, BN dikalahkan di lima buah negeri. Amaran kepada BN adalah sekiranya rakyat tidak berpuas hati dengan pemerintahan mereka, maka rakyat mampu dan berani menukarkan Kerajaan Persekutuan. Nampaknya mesej rakyat tidak dihiraukan oleh pihak BN. Kita dapat saksikan sejak pilihanraya 2008, kualiti hidup rakyat di bawah pemerintahan BN terus merosot.

Pencapaian Kerajaan BN 2008 hingga kini

Subsidi RM74 billion untuk rakyat ditarik balik, subsidi RM84 billion untuk korporat dikekalkan. Harga barang melambung tinggi. Wang rakyat sebanyak RM 28 billion lesap melalui kontrak dan sebutharga yang berat sebelah. Nilai wang berjumlah wang 20 kali ganda besar berbanding bajet tahunan negeri Selangor! Gaji minima RM900 yang diluluskan jauh lebih rendah daripada RM 1500 sebulan yang dituntut, dan gagal menyelesaikan kemiskinan di kalangan pekerja.

Manifesto Pilihanraya Umum 13

Udahlah tu! Tolak 56 Tahun UMNO-BN

Masih tidak ada tabung bantuan apabila pekerja dibuang kerja TAPI ada pula peruntukan wang untuk selamatkan korporat. Pemindaan Akta Kerja 1955 memudahkan kaedah kerja kontrak yang menghakiskan lagi hak pekerja. Perundingan FTA (Perjanjian Perdagangan Bebas) dengan Amerika Syarikat & EU diteruskan dan akan ditandatangani tidak lama lagi. Ianya akan menghancurkan industri tempatan & membebankan rakyat. Rumah kos rendah masih sempit (650 kaki persegi) dan harganya dinaikkan dari RM25 ribu ke RM45 ribu. Kini pula rumah mampu beli dinaikkan pada RM99 ribu dan luar kemampuan mereka yang memerlukannya. Rumah pangsa kos murah berkualiti rendah. Isu penyelenggaraan semakin teruk. Bantuan dana dari kerajaan untuk menyelenggaranya tidak mencukupi. Industri yang mencemarkan alam sekitar dan menjejaskan kesihatan rakyat biasa seperti Lynas diberi lesen untuk beroperasi.

BN merampas balik negeri Perak daripada PR secara haram! Undi rakyat Perak untuk perubahan, tidak dihormati. Video lucah sengaja ditayangkan untuk dikaitkan pemimpin PR, dan mengaibkan mereka. Isu perkauman dan sentimen agama sempit dipergunakan untuk memecah-belahkan solidariti rakyat. Dasar ekonomi terlalu bergantung kepada pelabur asing untuk membangunkan ekonomi Negara. BN membelakangkan pengeluaran makanan tempatan, tetapi sangat bergantung pada import. Penswastaan perkhidmatan awam & kemudahan asas air, elekrik, hospital, pendidikan dll berterusan! Kos naik, kualiti turun dan rakyat menderita. Hanya kroni yang untung.

Manifesto Pilihanraya Umum 13

Udahlah tu! Tolak 56 Tahun UMNO-BN

Barisan Nasional Tidak Layak Memerintah Lagi!


Sistem pemerintahan kapitalis BN, mengutamakan keuntungan untuk korporat. Tambahan pula, amalan dasar neo-liberal telah membuka dan menghambakan ekonomi kita kepada arus globalisasi. Kerajaan berlumba-lumba dengan negara lain untuk tarik pelaburan FDI (Foreign Direct Investment) dengan menawarkan gaji buruh yang murah sekali, undang-undang buruh amat longgar, dan meniagakan sektor perkhidmatan kemudahan asas seperti kesihatan dan pendidikan. Sistem kroni memastikan golongan elit politik hidup mewah hasil menganugerahkan kontrak dan lesen kepada diri sendiri & kroni.

Pemerintah hidup mewah, rakyat hidup menderita!


Akibatnya, sistem ini memperkayakan kapitalis dan sengsarakan kehidupan rakyat. Jurang antara kaya dengan miskin semakin melebar. Rakyat dipecah-belahkan oleh isu kaum dan agama. Kadar jenayah meningkat. Alam sekitar sedia digadaikan dan dihancurkan demi kepentingan korporat.

10

Manifesto Pilihanraya Umum 13

Udahlah tu! Tolak 56 Tahun UMNO-BN

UNDILAH PARTI SOSIALIS MALAYSIA DAN PAKATAN RAKYAT, TOLAK BN!


Dalam PRU 13, rakyat Malaysia secara kolektif berpeluang untuk melakukan perubahan di peringkat kerajaan persekutuan. Pada PRU 13, undilah PR di peringkat negeri dan persekutuan supaya PR menerajui kerajaan persekutuan. PR sedang mentadbirkan 4 buah negeri Kedah, Pulau Pinang, Kelantan dan Selangor. Tindakan kerajaan-kerajaan negeri PR jauh lebih pro-rakyat berbanding dengan kerajaan negeri BN. Pengurusan kewangan jauh lebih efisyen dan berjaya mengurangkan pembaziran berbanding dengan BN. Di samping itu, semua kakitangan kerajaan Negeri Selangor dibayar gaji minima RM1500 sebulan dan ibu mendapat cuti bersalin selama 90 hari. Maka dalam PRU 13 ini, bersamalah kita memilih PR mentadbir kerajaan Persekutuan dan setiap negeri. Tunjukkan kuasa rakyat dan tumbangkan BN pada pilihanr aya ini. Rakyatlah akan menentukan halatuju pembangunan Negara dan memastikan penyelewengan tidak berlaku.

Pastikan kuasa rakyat kuasa keramat. JOM UNDI UNTUK KERAJAAN PRO-RAKYAT!

11

12

Manifesto Pilihanraya Umum 13

Udahlah tu! Tolak 56 Tahun UMNO-BN

13

Manifesto Pil
Jamin Hak warga pekerja

Gaji minima RM1500 8 jam kerja dan OT (lebih masa) tidak boleh dipaksa Pindaan Akta Kerja yang menghakis hak pekerja ditarik balik Hadkan kerja kontrak kepada kerja-kerja bersifat bermusim, dan sementara sahaja Mulakan skim pencen untuk pekerja tempatan di sektor swasta. Sementara menunggu perlaksanaannya, berikan pencen RM200 sebulan untuk warga emas yang tidak terima pencen kerajaan

Pengiktirafan secara automatik kesatuan sekerja dan mudahkan lagi prosedur menubuhkan kesatuan sekerja (union)

Penubuhan

Tabung

Khas

Bantuan

Pekerja

yang

diberhentikan kerja Pekerja migran diberi hak yang sama seperti pekerja tempatan.

14

Manifesto Pilihanraya Umum 13

Udahlah tu! Tolak 56 Tahun UMNO-BN

lihanraya Umum 13 PSM


Hentikan Penswastaan Perkhidmatan Awam

Hentikan penswastaan hospital kerajaan dan perkhidmatan sokongan kesihatan Mantapkan Hospital Kerajaan dan kawal pertumbuhan Hospital Swasta yang hanya bermotif keuntungan maksima Perkhidmatan kemudahan awam, air, elektrik dibawa ke bawah pengendalian rakyat. Kawal kemerosotan kualiti pendidikan pertumbuhan akibat Institusi

Pengajian Tinggi Swasta

Pemberian konsesi tol kepada korporat dibubarkan. lebuhrayauntuk Miliknegarakan lebuhraya Negara

Batalkan

niat

implementasi cukai Barangan dan Perkhidmatan, GST

Hentikan FTA (Perjanjian Perdagangan Bebas)dengan Amerika Syarikat & EU; lindungi industri tempatan dengan kekalkan tarif impot.

15

Manifesto Pil
Perumahan Selesa Untuk Rakyat
3. Perumahan Selesa Untuk Rakyat

Hentikan pengusiran paksa peneroka bandar & tawarkan perumahan alternatif jika kawasan diperlukan untuk kegunaan awam Harga rumah rakyat dikawal agar ianya benar-benar mampu dimiliki oleh keluarga berpendapatan rendah. Kerajaan harus memberi subsidi dan kekalkan harga jualan pada RM25, 000.

Kerajaan mengambilalih penyelenggaraan rumah pangsa kos rendah. Penghuni flat kos rendah tidak boleh dibebankan dengan 2 cukai dan hanya perlu bayar satu cukai penyelenggaran sahaja.

Dilarang pembinaan rumah pangsa jika ada tanah yang mencukupi untuk pembinaan rumah teres. Pembinaan rumah rakyat model teres 1 atau 2 tingkat diutamakan.

Wujudkan sistem perumahan sewa beli untuk membantu golongan pendapatan rendah memiliki rumah sendiri. Mewajibkan majikan ladang melaksanakan skim perumahan milik sendiri untuk pekerja ladang dalam jangka masa 2 tahun apabila ladang dibangunkan.

Lot kediaman di Kampung Baru Cina harus diberi hak milik kekal dengan harga premium yang munasabah.

16

Manifesto Pilihanraya Umum 13

Udahlah tu! Tolak 56 Tahun UMNO-BN

lihanraya Umum 13 PSM


Hentikan Politik Kaum Dan Agama

Laksanakan program-program yang membantu keluarga-keluarga yang berpendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan tanpa mengira kaum.

Perluaskan penggunaan Bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan supaya rakyat marhein berbilang kaum dapat berkongsi pandangan. Jamin hak pendidikan bahasa ibunda setiap kaum secara bebas dan tanpa sekatan. Menjamin hak setiap rakyat kebebasan beragama, berdasarkan Perlembagaan Persekutuan agar mempraktikkan agama sendiri mengikut hasrat mereka.

Menggubal Akta Keterangkuman Sosial untuk menangani penyisihan serius dalam masyarakat Malaysia.

Hapuskan Rasuah Dan Salahguna Kuasa


Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysian (SPRM) distruktur semula agar bebas daripada arahan eksekutif dan Peguam Negara. Pulihkan semula Pilihanraya Kerajaan Tempatan. Semua Ahli Parlimen, ADUN dan Ahli Majlis Tempatan harus mengisytiharkan harta mereka setiap tahun Wakil Rakyat dilarang melibatkan diri dalam sebarang projek kerajaan untuk mengelakkan konflik kepentingan. Gubal Akta Kebebasan Maklumat yang membolehkan rakyat memperoleh maklumat tentang isu-isu awam.

17

Manifesto Pil
Jamin Pengeluaran Makanan Tempatan

Galakkan dan sokong industri pengeluaran makanan tempatan demi security) mewujudkan jaminan makanan (food

Kurangkan kebergantungan pada pihak korporat di negara lain untuk bekalan makanan asas. Memberikan hak milik tanah kepada semua peneroka pertanian yang sahih demi mempertingkatkan bekalan sayur dan buah-buahan tempatan.

Memberi sokongan konstruktif dan melindungi nelayan kecil serta melindungi industri perikanan daripada pencemaran laut dan amalan pihak perikanan korporat yang mengancam bekalan ikan.

Sediakan padang ragut dengan kemudahan asas untuk penternak kecil dan sederhana.

18

Manifesto Pilihanraya Umum 13

Udahlah tu! Tolak 56 Tahun UMNO-BN

lihanraya Umum 13 PSM


Iktiraf Masyarakat Orang Asal (Sabah, Sarawak & Semenanjung Malaysia)

Iktirafkan Tanah Adat Orang Asal dan memberikan geran tanah di atas nama komuniti kampung itu. Hentikan segala projek pembalakan di kawasan orang asal. Bekalkan semua perkhidmatan dan kemudahan asas untuk kampung orang asal seperti sekolah, klinik, jalanraya, bekalan air dan elektrik

Membantu

mereka

mengambil

alih

semua

projek

perladangan yang sedang berlaku di kawasan mereka. Membina kapasiti mereka untuk mengambil alih projekprojek ini.

Memberi Orang Asal kuasa penuh untuk memilih Tok Batin/ Tuai Rumah/Ketua Kampung mereka secara demokratik. Pastikan penglibatan Orang Asal dalam semua proses penentuan polisi, pembangunan, perancangan dan agihan bantuan kepada komuniti mereka.

Menghormati cara hidup Orang Asal termasuk hak mereka untuk mengamal adat istiadat dan agama mereka sendiri.

19

Manifesto Pil
Lindungi Alam Sekitar

Segala projek pembangunan mesti diluluskan dengan prasyarat ketat bagi menghalang kesan buruk terhadap alam sekitar Gazetkan semua kawasan lapang hijau, zon penampan dan hutan semulajadi agar ianya tidak dirampas dan ditukarmilik untuk tujuan pembangunan dengan sewenang-wenangnya. Khususnya, kawasan tadahan air perlu dilindungi.

Projek pembangunan setempat hanya dilaksanakan dengan persetujuan penduduk sekitar. Kajian impak alam sekitar (EIA) secara telus dan bebas daripada pengaruh pihak pemaju. Pakar melaksanakan kajian EIA harus dipilih dan diupah oleh Kerajaan sendiri dan bukan oleh Pemaju.

Perancangan serius perlu dijalankan. Pengangkutan awam yang efisien dan murah mesti disediakan untuk mengurangkan penggunaan kenderaan persendirian.

Implementasikan sistem yang menyeluruh untuk kitar semula sampah. Kaji secara serius penggunaan sumber kuasa alternatif dan batalkan cadangan menggunakan kuasa nuclear. Batalkan projek Lynas.

20

Manifesto Pilihanraya Umum 13

Udahlah tu! Tolak 56 Tahun UMNO-BN

lihanraya Umum 13 PSM


Mantapkan Institusi Demokrasi

Menjamin hak asasi manusia semua orang tanpa mengira keturunan, suku kaum, gender dan seksualiti Mansuhkan semua akta zalim Menjamin kebebasan media Menjamin pilihanraya yang bersih dan adil Mempertahankan kebebasan kehakiman. Buat reformasi terhadap sistem kehakiman supaya perlantikan dan kenaikan pangkat hakim bebas daripada pengaruh politik

21

Hubungan

PSM & PR
*Parti Sosialis Malaysia (PSM) melihat Pakatan Rakyat (PR) sebagai rakan seperjuangan dalam menewaskan musuh utama, iaitu UMNO-Barisan Nasional (BN) dalam PRU 13. PSM akan bekerjasama dengan semua parti pembangkang, NGO dan kumpulan masyarakat yang lain dalam melawan pemerintahan UMNO-BN yang berlanjutan selama 56 tahun. *Di Parlimen, Dewan Undangan Negeri dan Majlis Kerajaan Tempatan wakil-wakil PSM mengambil posisi menyokong PR (PR friendly parti) dan mengambil posisi bebas jika ada posisi yang bercanggah dengan dasar perjuangan PSM. *Walaupun ada perbezaan ideologi antara PSM dan PR sepertimana terdapat perbezaan fahaman antara komponen-komponen PR yang sedia ada, namun PSM dapat bekerjasama dalam isu-isu kepentingan bersama. *PSM juga terlibat dalam kempen bersama PR dan mempunyai jaringan dengan parti-parti lain dalam pelbagai gabungan seperti dalam isu Pengswastaan Hospital Awam, Kempen Menentang GST, Gabungan

22

Manifesto Pilihanraya Umum 13

Udahlah tu! Tolak 56 Tahun UMNO-BN

Membantah FTA, Gerakan Mansuhkan ISA, Gabungan Protes Menentang Kenaikan Harga Minyak dan sebagainya. *Kerjasama antara PSM dengan parti pembangkang utama seperti DAP, PAS dan PKR sudah terjalin lebih sepuluh tahun dan hubungan antara pemimpin dan ahli-ahli parti juga adalah baik. *PSM membuat pakatan pilihanraya dengan PR bagi memastikan: 1. 2. PSM menyokong semua calon PR PSM sedia menggunakan logo bersama PR jika ada, sempena PRU 13, dan jika tiada, akan menggunakan logo parti PSM, iaitu gengaman tangan 3. 4. PSM menerima/menyokong Manifesto PR dan buku jingga di samping mengeluarkan manifesto sendiri Sekiranya gabungan pilihanraya tidak dapat dilaksanakan atas sebab yang tidak dapat dielakkan, maka PSM akan menyokong calon-calon PR di semua kawasan kecuali kawasan yang dipertandingkan oleh PSM.

23

Janji

Calon PSM
Jika calon PSM menang di kawasan DUN/Parlimen anda, beliau akan: Membuka Pusat Khidmat Rakyat untuk menerima & bertindak segera dalam membantu pengadu. Melawat kawasan yang menghadapi kecemasan secepat mungkin. Menubuh Jawatankuasa Penduduk di setiap

kawasan yang menghadapi masalah, bekerja dan bersama penduduk demi mengatasi masalah mereka. Memulakan proses mewujudkan Majlis

Perundingan Rakyat (MPR - gabungan semua Jawatankuasa Penduduk/sektor) di kawasan DUN/

24

Manifesto Pilihanraya Umum 13

Udahlah tu! Tolak 56 Tahun UMNO-BN

Parlimen. Majlis Perundingan Rakyat akan bersidang sekurang-kurangnya 3 kali setahun. Mengisytiharkan harta wakil rakyat setiap tahun sekali Menerbitkan buletin setiap 4 bulan untuk

memaklumkan aktiviti dan isu yang diperjuangkan oleh wakil rakyat. Bertindak sebagai Wakil Rakyat sepenuh masa. Tidak akan memegang apajua jawatan dalam mana-mana badan korporat. Akan sentiasa transparen dan telus menjalankan tanggungjawab. Wakil rakyat sentiasa bersama rakyat biasa

memperjuangkan isu rakyat. Akan hidup secara sederhana dan tidak mengamalkan hidup mewah.
25

Pengakuan janji-janji dalam Manifesto PSM PRU 13


Kami meminta rakyat mendapatkan pengakuan hitam putih segala janji yang termaktub dalam Manifesto PSM. Saya, _______________________________, calon PSM bagi kawasan Parlimen/DUN ____________________________ berikrar dan membuat pengakuan bahawa saya akan berusaha dan mengambil segala langkah bagi menunaikan janji-janji seperti dalam manifesto PRU 13 PSM.
Tandatangan Calon Tandatangan Wakil

.. Nama: KP: Konstituensi:

.. Nama: KP: Konstituensi:

Tandatangan Saksi

.. Nama: KP:

26

Manifesto Pilihanraya Umum 13

Hubungi Kami Selangor


Pusat Khidmat PSM Cawangan Kota Damansara No. A-12-1, Blok A, Bistari De'Kota, Jalan Teknologi 3/9, Seksyen 3, Kota Damansara, Petaling Jaya, 47810 Selangor Tel: 012-398 7573 Email: nasirk.damansara@gmail.com Web: www.kotadamansara.net Pusat Khidmat PSM Cawangan Kajang No. 8, Tingkat 2, Jalan Balakong, Batu 11, Jalan Cheras, Kajang, 43000 Selangor

Perak
Pusat Khidmat PSM Cawangan Sungai Siput 20, Taman Orkid, 31100 Sungai Siput, Perak

Tel: 05-5972484 Web: parlisosialis.blogspot.com


Pusat Khidmat PSM Cawangan Bercham 26A Tingkat Jaya 1, Taman Tasek Jaya, 31400 Ipoh, Perak

Tel/Fax: 05-5484369
Pusat Khidmat PSM Cawangan Jelapang 29A Jalan Besar, 30020 Jelapang, Ipoh, Perak

Tel: 012-3762023, 016-3733692 Email: sevan23@yahoo.com


Pusat Khidmat PSM Cawangan Semenyih Shop No 12, Bandar Rinching, Jalan 5/12, 43500 Semenyih, Selangor

Tel: 016-5587144 Web: psmjelapang.blogspot.com


Pusat Khidmat PSM Cawangan Chemor 53B, Jalan Besar, 31200 Chemor, Perak Pusat Khidmat PSM Cawangan Buntong 871B, Jalan Klian Intan 30100 Buntong, Ipoh, Perak

Tel: 016-2578330, 012-2822404 Web: psmsemenyih.blogspot.com


CDC No. 72B, Taman Sri Langat, Jalan Reko, 43000 Kajang, Selangor

Tel/Fax: 03-87377066 Email: cdc1992@gmail.com

Negeri Sembilan
Pusat Khidmat PSM Cawangan Seremban 1273, Tingkat 2, Jalan Rasah, 70300 Seremban, Negeri Sembilan

Pahang
Pusat Khidmat PSM Cawangan Cameron Highlands 65B, Persiaran Camellia 3, Juta Villa, 39000 Tanah Rata, Cameron Highlands, Pahang

Tel: 012-2702624, 016-6606410

Johor
Cawangan Nusa Jaya Tel: 012-7540597

Tel: 019-5696964, 016-5172760 Email: sukucomp@gmail.com Web: psmcameron.blogspot.com

Penang
Cawangan PSM Bayan Baru Tel: 019-5669518, 016-2290460

Anda mungkin juga menyukai