Anda di halaman 1dari 10

Soalan1Topik 2 Bincangkan bahaya yang mungkin terjadi apabila melakukan aktiviti sains dalam bilik sains dan tindakan

yang perlu diambil untuk mengurangkan bahaya Bahaya yang mungkin terjadi apabila melakukan aktiviti sains dalam bilik sains kebakaran, letupan, kejutanelektrik, kebocoran gas kebocoranbahankimia.

Tindakan yang perlu diambil untuk mengurangkan bahaya Guru memberi arahan yang jelas dan terperinci mengenai langkah-langkah keselamatan semasa menjalankan eksperimen. Guru mengawasi murid semasa menjalankan eksperimen. Murid hendaklah mematuhi arahan guru dan peraturan makmal dan biliksains. Murid menunjukkan kesungguhan semasa menjalankan eksperimen. Murid sentiasa menggunakan alat keselamatan dan alat perlindungan yang dibekalkan. Mempunyai maklumat yang lengkap mengenai bahaya eksperimen. Menyusun langkah aktiviti dengan baik dan mematuhi prosedur kerja yang ditetapkan. Meningkatkan kemahiran asas dalam pengendalian dan pengoperasian alat radas. Mengetahui sifat-sifat utama bahan kimia serta langkah keselamatan semasa menggunakannya. Mematuhi prosedur keselamatan penggunaan peralatan di dalam makmal dan bilik sains.

-SAITugasan Topik 2 Soalan 2: Terangkan kaedah pengendalian bahan biologi yang betul. A. Pengendalian Mikroorganisma Murid haruslah berhati-hati semasa melakukan ekperimen yang melibatkan mikroorganisma kerana setengah-tengah mikroorganisma boleh membawa penyakit. Penerangan/Prosedur Balutkan sebarang luka yang terdapat di badan murid. Jangan buka penutup ceper petri atau penyumbat tabung uji yang mengandungi bakteria atau mikroorganisma yang sedang membiak di dalamnya. Jangan simpan ceper petri atau tabung uji yang mengandungi mikroorganisma atau bakteria di dalam peti sejuk yang digunakan untuk menyimpan makanan. Semua permukaan kerusi dan tempat bekerja hendaklah dibersihkan dengan bahan pencuci antiseptik sebelum meninggalkan makmal sains. Jangan makan semasa menjalankan eksperimen dengan bakteria. Basuh tangan dengan sabun yang banyak selepas eksperimen dengan mikroorganisma/ bakteria. Bahan pencemar yang berbahaya tidak boleh dibiarkan begitu sahaja kecuali setelah ditutup dan dikedapkan dengan pita selofan serta dilabel dengan jelas. Setelah bahan pencemar selesai digunakan hendaklah dimasukkan ke dalam beg politena dan diikat dengan kemas sebelum dibuang ke dalam tong sampah. Peti sejuk serta alat-alat yang digunakan untuk menyimpan medium kultur mestilah dibersihkan dengan bahan antiseptik. Peti sejuk tidak boleh digunakan untuk menyimpan bahan makanan dan minuman kecuali untuk tujuan eksperimen Semasa melakukan pembersihan, kot makmal, sarung tangan dan gogal perlu digunakan. Untuk mengurangkan berlakunya pencemaran melalui tumpahan, semua bekas yang mengandungi bahan jangkitan hendaklah diletakkan di dalam dulang yang besar. Selepas setiap eksperimen melibatkan mikroorganisma, permukaan meja mestilah dilap dengan bahan disinfektan serta merta. Tangan hendaklah dicuci bersih dengan sabun dan antiseptik selepas eksperimen dan keringkan tangan dengan tisu tuala dan buangkan ke dalam tempat buangan yang bertutup.

B. Pensterilan radas dan bahan Radas eksperimen (seperti ceper petri dan tabung uji) dan bahan-bahan eksperimen (seperti agar-agar zat makanan dan kapas) yang digunakan dalam eksperimen kultur mikroorganisma/bakteria mestlah disterilkan terlebih dahulu. Pensterilan boleh dilakukan seperti berikut: Langkah 1 Ceper petri dan tabung uji dibalut dengan kertas aluminium diletakkan didalam ketuhar pada suhu 160C-170C selama setengah jam. 2 Ceper petri dan tabung uji boleh juga disterilkan dengan memanaskan didalam periuk tekanan selama 20 minit. 3 Sup berzat makanan dan agar-agar zat makanan boleh diletakkan di dalam bikar besar dan ditutup dengan kertas aluminium dan disterilkan di dalam periuk tekanan selama 20 minit. Penerangan/Prosedur

C. Pelupusan bahan kultur dan bahan tercemar. Bahan kultur dimusnahkan menggunakan stim di bawah tekanan atau rendam dalam bahan disinfektan selama beberapa jam sebelum dilupuskan. Semua radas yang tercemar dengan mikroorganisma atau bahan buangan mestilah dirawat dengan cara yang sama sebelum dilupuskan. Ceper petri dan tabung uji boleh direndamkan di dalam: a. alkohol 30%. b. formalin 2%. c. detergen yang digunakan di rumah seperti Chlorox 2%. Basuh tangan dengan sabun dan air yang banyak selepas memegang tabung uji dan ceper petri yang mengandungi bakteria.

D. Pengendalian Tumpahan Bahan Mikroorganisma Tumpahan kultur mikroorganisma mestilah dilaporkan dan dikendalikan oleh guru atau pembantu makmal

Ketika pembersihan tumpahan, sarung tangan, kot makmal dan pelindung muka mestilah dipakai. Gunakan alat pernafasan untuk mengelakkan tersedut wap yang terbentuk daripada tumpahan. Jangan menyedut wap yang terbentuk. Tumpahan mesti ditutup dengan tuala yang direndam dalam disinfektan. Biarkan tuala di tempat tersebut selama 15 minit kemudian lap dan masukkan ke dalam bekas yang sesuai. Bahagian yang tercemar mestilah disterilkan dengan bahan yang sesuai. Sekiranya kulit terkena tumpahan, basuh dengan cecair sabun dan air serta merta. Dapatkan bantuan perubatan jika perlu. E. Persediaan agar-agar zat makanan a. Agar-agar zat makanan boleh disediakan dengan melarutkan bahan- bahan berikut:
Marmite Pepton Natrium klorida Agar-agar 3.0g 10.0g 5.0g 15g

Air

1000cm

b. Agar-agar zat makanan juga boleh disediakan dengan mendidihkan jumlah agar-agar yang sesuai ke dalam sup berzat makanan. Agar-agar zat makanan boleh juga disediakan dengan menggunakan pil-pil nutrient/makanan yang dijual oleh pembekal saintifik. F. Pengendalian Serengga dan Haiwan Kecil Semasa menggendalikan serangga dan haiwan kecil, langkah keselamatan berikut perlu diambil:
Serangga atau haiwan kecil perlu diletakkan dalam bekas yang selamat seperti sangkar atau akuarium. Pakai sarung tangan dan tutup mulut dengan mask semasa menggendalikan haiwan kajian yang mungkin membawa patogen.

Sebarang gigitan dan cakaran oleh haiwan kajian hendaklah dirawat dengan bahan antiseptik dan rawatan lanjut dengan pegawai perubatan hendaklah diambil.

Bangkai haiwan kajian hendaklah dilupus dengan cara yang selamat seperti ditanam atau dibakar sehingga hangus Sebarang gigitan dan cakaran oleh haiwan kajian hendaklah dirawat dengan bahan antiseptik dan rawatan lanjut dengan pegawai perubatan hendaklah diambil. Lupuskan haiwan kajian sebaik sahaja selepas tugasan atau kerja kajian tamat. Jika haiwan tidak cedera lepaskan ke habitat asal. Hentikan kerja atau tugasan jika didapati haiwan tersebut berpenyakit dan lupuskan haiwan tersebut dengan cara yang betul. G. Pengendalian peralatan pembedahan organisma/haiwan Semua peralatan pembedahan seperti gunting, pisau, forsep dan sebagainya harus disimpan di dalam serkup kaca yang mengandungi silica gel (pengering udara/desikator) untuk mengelakan pengaratan.

H. Pengendalian model-model Biologi Model Biologi dibuat daripada plastik dan getah perlu disimpan didalam almari berkaca supaya tidak berhabuk setelah digunakan. Ia mesti berada dalam keadaan bersuhu bilik. Bahagian-bahagian model mesti dipasang balik jika ditanggalkan semasa pengajaran dan pembelajaran

TOPIK 2 SOALAN 3 (a) Jelaskan bahagian-bahagian mikroskop dan fungsinya. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. Kanta mata membesarkan imej spesimen Pelaras kasar/pelaras halus memfokuskanimej specimen Kanta objek kuasa tinggi/kanta objek kuasa rendah Pentas memegang sisip kaca Diafragma mengawal cahaya Cermin memantulkan cahaya kearah specimen Sisipkaca memegang specimen Klip memegang sisip kaca

(b) Jelaskan kaedah pengendalian, penjagaan dan penyimpanan mikroskop. PENGENDALIAN 1. 2. 3. 4. 5. 6. Sentiasa memegang mikroskop dengan kedua belah tangan Letakkan mikroskop di atas meja dengan berhati-hati Lihat menerusi kanta mata dan ubah cermin supaya cahaya dipantul kepentas Letakkan sisip kaca keatas pentas Ubah difaragma untuk pencahayaan yang terbaik Fokuskan specimen dengan kanta objektif kuasa rendah dahulu sebelum menggunakan kanta objektif kuasa tinggi

PENJAGAAN 1. Pentas mikroskop haruslah sentiasa bersih. 2. Sebarang tumpahan di atas pentas mikroskop perlu dibersihkan dengan segera. (contoh: Canada Balsam dan minyak tumpahan). 3. Xylene boleh digunakan untuk tujuan pembersihan. 4. Hanya guna tisu kanta. 5. Bahan-bahan lain seperti kertas tisu biasa dan kain akan mencalarkan kanta / meninggalkan serbuk halus di atas kanta. 6. Jangan guna tapak jari untuk membersihkan kekotoran atau debu pada permukaan kanta. Minyak dan gris pada jari akan melekat pada permukaan kanta dan mengurangkan kualiti imej. 7. Jangan biarkan lubang pemasangan kanta objectif atau tiub kanta mata dalam keadaan terbuka (untuk mengelakkan debudan kekotoran memasuki mikroskop). 8. Kanta di dalam mikroskop tidak perlu sentiasa dibersihkan jika langkah ini dilakukan.

PENYIMPANAN 1. Perlu disimpan dalam cabinet khas yang dilengkapi dengan pemanas dan thermostat untuk mengawal suhu di dalam cabinet untuk mengelak pembiakan kulat / mikroorganisma. 2. Setiap mikroskop mesti berlabel dan mempunyai buku log penggunaan. 3. Mesti diselenggara oleh juruteknik yang bertauliah.

Topik 2 Soalan 4 Bincangkan bagaimana bahan-bahan kimia dan peralatan sains disimpan dengan sempurna dalam makmal sains. Bahan Kimia Bahan organik Bahan kimia organik biasanya disimpan mengikut abjad di tempat yang berasingan daripada bahan lain. Semua bahan organik seperti metanol, etanol, propanol dan butanol mempunyai takat didih yang rendah dan mudah meruap. Bahan-bahan ini perlu disimpan di tempat yang mempunyai pengudaraan yang baik. Bekas mestilah ditutup rapi apabila tidak digunakan. Cara terbaik

menggendalikan cecair ialah dalam kebuk wasap.

Logam alkali Logam mesti sentiasa disimpan di dalam rendaman parafin. Logam akan bertindak balas cergas dengan air. Logam mesti dipegang menggunakan forcep.

Bahan kimia peka cahaya Bahan seperti argentum nitrat, hidrogen peroksida dan air bromin peka kepada cahaya. Bahan-bahan ini mesti disimpan dalam botol gelap.

Format melabelkan botol reagen Label pada botol reagen bagi bahan kimia yang pekat atau mengakis mestilah dicetak dengan warna merah.

Peralatan Sains Radas Kaca Radas kaca perlu dibersihkan sebelum diseimpan. Simpan dalam almari tertutup.

Elak menyimpan radas kaca pada tempat yang terlalu tinggi. Susun semua radas yang bersaiz sama pada tempat yang sama. Radas kecil seperti tabung specimen, piring petri, slaid mikroskop boleh disimpan dalam during, kotak, atau laci yang tertutup dan dilabel.

Radas Optik Radas optik seperti prisma, kanta optik, dan kanta pembesar elok disimpan dalam kepingan stirofoam yang mempunyai ruang yang sepadan atau dalam kotak asal supaya senang dipindahkan. Mikroskop dan binokular perlu disimpan dalam kotak atau almari yang kering. Keadaan yang kering boleh diwujudkan dengan menggunakan gel silika atau disimpan dalam almari yang dipasang mentol berpanjangan. Ini bertujuan untuk mengelakkan kan daripada pertumbuhan kulat pada permukaan optik.

Radas Elektrik Mesti diselenggarakan dengan baik dan selamat. Sebarang kerosakkan yang dapat dikesan harus dibaiki atau diganti dengan sempurna.