Anda di halaman 1dari 3

PELAKSANAAN Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS) mulai murid tahun satu 2011 diyakini dapat melahirkan modal insan

yang holistik serta seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek seperti yang diaspirasikan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Ketika ini, sistem pendidikan yang berorientasikan peperiksaan dan terlalu mengiktiraf pencapaian akademik menyebabkan penglibatan pelajar kurang dalam kokurikulum serta memberi tekanan kepada guru, ibu bapa dan pelajar berkenaan. Tekanan ke atas guru-guru untuk menghabiskan sukatan pelajaran menyebabkan fokus kepada produk akhir dan bukannya proses pembelajaran. Tambahan pula, di sesetengah negara maju, sistem pentaksirannya telah banyak berubah dan ada yang langsung tidak mempunyai peperiksaan awam sama ada di peringkat sekolah rendah mahupun menengah. Justeru mulai 2016, Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) akan dibuat berdasarkan nisbah 60:40 iaitu 60 peratus Pentaksiran Berasaskan Pusat (PBP) dan 40 peratus PBS. Manakala peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) pula bermula pada 2014. PBP di peringkat UPSR sama seperti yang diamalkan sekarang akan dilaksanakan oleh Lembaga Peperiksaan (LP) yang melibatkan mata pelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains. Dalam PBS pula terdapat empat komponen iaitu Pentaksiran Pusat, Pentaksiran Sekolah, Pentaksiran Psikometrik dan Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK). Pentaksiran Pusat dan Pentaksiran Sekolah bersifat akademik manakala Pentaksiran Psikometrik dan PASJK pula bersifat bukan akademik. Bagi Pentaksiran Pusat, ia dilaksanakan oleh sekolah menggunakan instrumen dan garis panduan yang disediakan oleh Lembaga Peperiksaan. Pentaksiran ini melibatkan kerja khusus dan projek lisan. Pentaksiran Sekolah pula melibatkan mata pelajaran teras dan elektif. Ia dilaksanakan sepenuhnya oleh pihak sekolah. Manakala Pentaksiran Psikometrik pula dilaksanakan di peringkat sekolah dan/atau pusat untuk mengukur kebolehan semula jadi, kemahiran berfikir, kemahiran menyelesaikan masalah, minat, kecenderungan, sikap dan personaliti murid. PAJSK adalah pentaksiran yang dijalankan untuk mendapatkan maklumat tentang kapasiti dan potensi jasmani, sukan dan kokurikulum yang dikawal secara harmoni oleh kapasiti dan proses mental seseorang individu murid supaya pertumbuhannya dapat dipantau dan diperbaiki. - UTUSAN, 14 Disember 2011

Penilaian berasaskan sekolah Penilaian Berasaskan Sekolah


Rasional - Rasionalnya Penilaian Berasaskan Sekolah ialah : i. Mengesan perkembangan murid secara menyeluruh. ii. Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid dalam pembelajaran lebih awal dari semasa ke semasa. iii. Mengetahui keberkesanan pengajaran guru.

iv. Guru dapat merancang dan mengubahsuai pengajarannya. v. Guru juga dapat menjalankan tindakan susulan yang sesuai dengan serta - merta. CIRI CIRI Penilaian Berasaskan Sekolah merupakan satu bentuk pentaksiran dan penilaian yang dilaksanakan di sekolah. Ianya diurus dan ditadbirkan secara terancang mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia. PBS terbahagi kepada dua (2) bentuk format pentaksiran iaitu: Kerja kursus / PEKA Pentaksiran Lisan Berasaskan Sekolah 1. Kerja kursus / PEKA Calon melaksanakan tugasan di sekolah yang dikendalikan sepenuhnya oleh guru sewaktu pengajaran dan pembelajaran LPM membekalkan dokumen pentaksiran LPM/JPN/PPD melantik pemantau / penyelaras Penskoran dan pelaporan oleh sekolah Markah dihantar kepada LPM Sekolah mengeluarkan sijil 2. Pentaksiran Lisan Berasaskan Sekolah Calon ditaksir kemahiran berlisan menerusi pelbagi konteks dalam situasi pengajaran dan pembelajaran. LPM membekalkan panduan LPM/JPN/PPD melantik pemantau / penyelaras. Penskoran dan pelaporan oleh sekolah. Sekolah mengeluarkan sijil. Prinsip Penilaian Berasaskan Sekolah Dirancang di peringkat sekolah merujuk kepada perancangan berikut:

Murid yang akan ditaksir, bila pentaksiran dibuat, kekerapan pentaksiran, siapa yang terlibat dalam pentaksiran, pemilihan atau pembinaan instrumen pentaksiran, penskoran, pengredan dan pelaporan dibuat oleh pihak sekolah dengan berpandukan kepada Panduan PBS bagi matapelajaran berkenaan.

Ditadbir diperingkat sekolah merujuk kepada usaha mengumpul maklumat pentaksiran dan dilaksanakan oleh guru pentaksir yang terlibat dalam pembelajaran murid dan pengurusan evidens. Diskor di peringkat sekolah merujuk kepada proses pemberian skor kepada perkara ditaksir berdasarkan skema penskoran. Dilaporkan diperingkat sekolah merujuk kepada perumusan skor oleh guru pentaksir bagi mendapatkan tahap penguasaan pelajar. Perumusan skor akan dibuat berdasarkan prinsip rumusan yang telah ditetapkan oleh peraturan penggredan yang telah dibina.

Kerangka yang ditetapkan merujuk kepada prinsip dan konsep Pentaksiran Berasaskan Sekolah.

Pelaporan positif. Skor yang dilaporkan menunjukkan tahap penguasaan murid dan ini boleh diperbaiki dan dipertingkatkan dari semasa ke semasa. Aspek PenilaianBerasaskan Sekolah - Dalam penilaian berasaskan sekolah, aspek-aspek yang dinilai ialah : i. Daya kreatif contoh; mereka cipta, melukis. ii. Kemahiran proses sains contoh; memerhati, membuat inferens. iii. Perlakuan dan amalan nilai contoh; membantu, berdikari. iv. Sikap contoh; bersemangat untuk belajar, gigih bekerja. v. Kesihatan dan kecergasan contoh; sihat, cergas dan aktif. vi. Kemahiran kinestetik contoh; bersukan, bergerak secara kreatif. vii. Bakat dan minat contoh; kesungguhan membuat sesuatu, kelebihan dalam sesuatu bidang.

Anda mungkin juga menyukai