Anda di halaman 1dari 3

Kanak-kanak suka bermain. Bagi kanak-kanak yang sedang membesar, bermain merupakan satu keperluan.

Bermain di definisikan sebagai sesuatu yang dilakukan oleh seseorang untuk bersenang-lenang dan bersuka-suka dengan menggunakan alatan ataupun tidak. Perkembangan pula di definisikan sebagai perihal atau proses berkembang menjadi maju atau tersebar, membiak, meluas, pertumbuhan, kemajuan dan sebagainya. (Kamus Dewan, 2005)

Dalam membincangkan kepentingan bermain dalam perkembangan awal kanak-kanak, sebenarnya, melalui bermain kanak-kanak dapat belajar pelbagai perkara. Semasa bermain mereka menggunakan pancaindera dan minda, yang secara tidak langsung menuju ke arah pembelajaran menyelesaikan masalah. Menurut pendapat Montessori, apabila seseorang kanak- kanak itu bermain, secara tidak langsung mereka dapat belajar dan mengalami sesuatu pengalaman yang baru apabila melalui proses pembelajaran yang menarik dan bermakna. Keadaan ini membuktikan bahawa bermain merupakan satu proses belajar secara semula jadi dan juga spontan.
Perkembangan fizikal merupakan suatu aspek penting dalam pendidikan awal kanakkanak. Dengan bermain terutamanya dalam permainan aktif, kanak-kanak belajar mengawal pergerakan dan mengimbangi tubuh mereka. Aktiviti seperti memanjat dan menuruni gelongsor, bermain buaian dan sebagainya dapat membantu perkembangan fizikal kanakkanak. Froebel dalam teorinya menyatakan permainan biasanya melibatkan aktiviti fizikal yang berhubung rapat dengan perkembangan kanak-kanak dari aspek motor kasar dan motor halus. Dari segi perkembangan sosio emosi, terdapat pebagai cara untuk memupuk perkembangan sosio emosi kanak-kanak. Contohnya melalui aktiviti main peranan, menyanyi dan aktiviti berpasangan. Aktiviti seperti ini membantu memupuk sikap yakin diri dan berani dalam diri kanak-kanak selain daripada menanamkan sikap berkasih sayang dan mengajar kanak-kanak cara berinteraksi dengan kanak-kanak lain dan orang dewasa dalam kehidupan mereka.. Froebel (1782-1852) berpendapat perkembangan sosial amat penting dalam kehidupan manusia dan harus dipelajari sejak daripada kecil lagi.

Melihat kepentingan bermain dari segi perkembangan bahasa pula, Menurut Montessori, pengalaman belajar yang tidak formal dapat dihasilkan bukan sahaja melalui interaksi dengan guru tetapi juga dengan sesama rakan. Antara contoh aktiviti yang boleh memupuk perkembangan bahasa di kalangan kanak-kanak ialah bercerita, nyanyian,

meniru sebutan guru dan lain-lain. Melalui aktiviti ini, kanak-kanak belajar perkataan baru

dan mula memahami maksud perkataan-perkataan yang selalu di gunakan di sekeliling meraka. Dari segi kognitif, aktiviti-aktiviti seperti mengira dan menaakul membantu kanak-kanak berfikir dengan sudut yang lebih luas. Melalui aktiviti sebegini minda kanak-kanak di didik untuk memahami logik. Piaget memandang bahawa kanak-kanak memainkan peranan aktif didalam menyusun pengetahuannya mengenai realiti.

Melihat dari segi peranan yang dimainkan oleh orang dewasa dalam menggalakkan bermain untuk kanak-kanak, Jean Piaget (1896-1980) turut mempunyai pendapat yang hampir sama dengan Montessori iaitu bagi beliau, kanak- kanak belajar melalui interaksi dengan orang lain atau pun masyarakat. Semakin ramai orang kanak- kanak tersebut berinteraksi, semakin banyak ilmu yang akan dipelajarinya. Bandura (1976) pula menyatakan bahawa perkembangan kanak-kanak diperoleh dengan cara peniruan. Beliau berpendapat kanak-kanak meniru tingkah laku yang diperhatikannya dan cuba untuk melakukan gerak balas yang belum pernah mereka cuba.

Menurut Vygotsky

(1896-1934), kanak-kanak tidak boleh belajar sendiri untuk

mencapai prestasi yang baik, tetapi boleh melakukannya dengan bantuan orang dewasa. Orang dewasa bertanggungjawab dalam membimbing, dengan demikian anak akan menjadi lebih kreatif. Montessori dalam pendapat beliau turut menyatakan bahawa persekitaran yang menggalakkan perkembangan kanak- kanak adalah persekitaran yang lengkap dengan pelbagai bahan yang akan menyokong pembentukkan konsep dan pengetahuan kanakkanak apabila mereka memerlukannya. Jadi, menjadi tanggungjawab orang dewasa untuk menyediakan persekitaran yang lengkap ini untuk memberi galakan kpd kanak-kanak.

Sebagai kesimpulan, bermain adalah penting dalam perkembangan awal kanak-kanak dan orang dewasa adalah golongan yang mempunyai peranan yang paling penting dalam mewujudkan suasana yang menggalakkan kanak-kanak untuk bermain.hal ini bagi

memastikan

proses

bermain

menjadi

proses

yang

bermakna

dalam

membantu

perkembangan kanak-kanak .

Kamus dewan edisi 4, 2005