Anda di halaman 1dari 2

Ayam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Ayam

Ayam jantan (kiri) dan ayam betina (kanan)

Status pemuliharaan Dibelajinakkan Pengelasan saintifik Alam: Filum: Kelas: Order: Keluarga: Genus: Haiwan Chordata Burung Galliformes Phasianidae Gallus

Spesies:

Gallus gallus

Subspesies: Gallus gallus domesticus (Linnaeus, 1758) Sinonim


Telur ayam berwarna berbeza-beza bergantung pada ayam betina, biasanya berwarna putih terang ke perang dan juga biru, hijau, dan baru-baru ini ungu (ditemui di Asia Selatan) (varietiAraucana).
Ayam (Gallus gallus, Gallus gallus domesticus) merupakan sejenis burung peliharaan yang seringkali diternak bagi telurnya. Ia dipercayai berasal daripada Ayam Hutan Merah Asia (Asian Red Junglefowl). Ayam merupakan burung paling biasa di dunia. Dianggarkan terdapat 24 bilion pada tahun 2003, menurut Firefly Encyclopedia of Birds. Ayam merupakan haiwan maserba. Ia makan hampir apa sahaja, dari bijian ke daunan dan dari serangga ke tikus.

Ayam : Ayam jantan (m), Ayam betina (f)

Ayam goreng
Namun ayam ternakan biasanya diberi makanan khas seperti bijirin dan sumber protein. Ayam ternakan biasanya tidak dapat terbang begitu jauh. Ayam merupakan makanan yang sangat digemari dan boleh digoreng untuk dimakan begitu sahaja ataupun sebagai lauk untuk dimakan bersama nasi yang sudah pasti enak dimakan. Ayam juga boleh dimasak dengan masak kari, masak kurma, masak merah, masak gulai, rendang ayam dan sebagainya.