Anda di halaman 1dari 50

Malaysia: Kesepaduan dalam Kepelbagaian

HASIL PEMBELAJARAN
Menjelaskan konsep perpaduan dalam kepelbagaian. Menjelaskan konsep kesepaduan sosial. Menjelaskan dinamika hubungan etnik di Malaysia.

PENGENALAN

Di Malaysia, sepanjang 55 tahun merdeka, yang digembar gemburkan adalah konflik. Namun hubungan etnik yang positif sebenarnya lebih banyak. Oleh itu, konsep kesepaduan sosial diutarakan untuk menjelaskan fenomena yang berlaku di Malaysia.

Konsep Perpaduan Dalam Kepelbagaian


Maksud perpaduan dlm kepelbagaian (unity in diversity) dari perspektif :

Psikologi Sosial - rasa kesatuan yg merentas pemisahan fizikal & psikologikal, yg meliputi juga konteks metafizikal Antropologi-sosiologi - suatu rumusan yg menyimpulkan & mengartikulasikan bagaimana manusia mengurus & menyusun, dari segi abstrak & nyata, perbezaan sosial yg sedia ada dlm kalangan mrk Ontologikal - perlunya mengurus & menyusun perbezaan ini , pada umumnya, atas keinginan untuk mewujudkan keadaan aman dan stabil dalam sesebuah masyarakat yg rencam keanggotaan kelompok sosialnya agar dpt meraih kesenangan & mungkin juga kemewahan material.

Samb.

Maksud Perpaduan: Proses yg menyatupadukan seluruh masyarakat & negara supaya setiap anggota masyarakat dpt membentuk satu identiti & nilai bersama serta memiliki perasaan cinta dan bangga kepada tanah air. unity is uniformity atau 'perpaduan ialah keSAMAan atau keSATUan -- satu bangsa, satu agama, satu bahasa, satu negara, yg juga merupakan kata2 slogan. unity is uniformity hanyalah suatu gambaran ttg suatu masyarakat yg sempurna yg tidak boleh menjadi kenyataan

Konsep Kesepaduan Sosial

Suatu fenomena sosial yang dipacu oleh idaman mendalam terhadap perpaduan yang seharusnya mempengaruhi para anggota masyarakat tersebut untuk merungkai pelbagai ikhtiar dan kegiatan yang dianggap sebagai prasyarat mencapai perpaduan.

Samb

Memahami konsep kesepaduan sosial menerusi pemahaman konsep takrifan harian (everyday define), sebelum perpaduan dapat dicapai.
'takrifan harian' lebih berkesan drpd 'takrifan autoriti', krn setiap anggota masyarakat majmuk bebas utk bertindak & berprilaku prokeamanan, prokeharmonian & antikeganasan demi survival diri, keluarga dan kelompok sosialnya. sekiranya timbul sebarang konflik, anggotanya akan segera mencari jalan penyelesaian melalui perundingan dalam pelbagai cara dan bentuk

Samb

Konsep kesepaduan adalah lebih realistik dalam konteks Malaysia.


Oleh itu, konsep kesepaduan sosial diutarakan untuk menjelaskan fenomena yang berlaku di Malaysia.

Perbandingan: Malaysia & Sri Lanka


1.

Cerita Malaysia: umumnya aman dan stabil tapi ranjau sepanjang jalan tetap ada
Era Konflik 1945-1960

Era Tegang tapi Stabil 1961-1970


Era Kesepaduan Sosial 1971- 2011
2.

Punca Kesepaduan Sosial

3.

Rakyat yang matang

A | ERA KONFLIK (1945 60)

Pasca Perang Dunia Kedua (PD2) Rusuhan etnik - konflik etnik antara etnik Cina dengan Melayu yang tercetus daripada tindakan Bintang Tiga selama 14 hari selepas tamatnya penaklukan Jepun Huru-hara Buruh - Pemimpin kesatuan sekerja yang terlibat mengorganisasi rusuhan dan mogok ini telah ditangkap dan pertubuhan mereka diharamkan dan Penglibatan Bintang Tiga dengan membunuh tiga orang pengurus ladang keturunan Eropah di Sungai Siput sehingga diisytiharkan darurat dan tamat pada 1960. Penubuhan Communities Liason Commite (GLC) pd 1949: terdiri drpd ketua etnik Melayu, Cina & India bertanggungjawab menjernihkan konflik ant etnik. Bermula lah konsep perkongsian kuasa di Msia.

Samb.
Peranan GLC secara tidak langsung a- Perundingan dgn parti Komunis b- Menggubal Perlembagaan C- Draf Development Plan 1950-55 (Rancangan 5 Tahun) Era ini dianggap cukup kritikal dr semua segi terutama asas pembentukan negara Malaysia iaitu sistem pemerintahan, pengagihan kuasa, sistem perundangan dll.

B | ERA TEGANG TAPI STABIL (1961 70)

Pembentukan Malaysia 1963: Perjanjian 20 perkara dengan Sabah dan Perjanjian 18 Perkara dengan Sarawak

Konfrontasi 1963-66 Malaysia-Indonesia (neo-colony)


Konflik etnik terbuka 1964 & 1969 Julai& September 1964, Singapura (dlm Malaysia) 13 Mei 1969, di Kuala Lumpur & 3 tempat lain Singapura & Malaysia berpisah 9 Aug. 1965 Cara atasi: Majlis Perundingan Rakyat Jabatan Perpaduan, Rukun Negara Dasar Ekonomi Baru

C | ERA KESEPADUAN SOSIAL (1971-2011)

40 tahun keamanan dan kestabilan, kecuali pada 2011 peristiwa Kg. Medan yang mengingatkan bahawa faktor ekonomi sangat penting untuk kesepaduan sosial. Harapan untuk perpaduan tetap ada: 1Malaysia

Apakah anak kunci kesepaduan sosial Malaysia: Hubungan stabil, sama ada di Peringkat Masyarakat, Negara, Pasaran = M+N+P- meskipun sewaktu krisis global.
Masyarakat Malaysia yang matang: Suka bertikam lidah tetapi tidak berparangan melalui blog,You Tube, SMS dll Konflik wujud, namun masih hidup dalam kesepaduan

ANTARA KONFLIK SOSIAL & KESEPADUAN SOSIAL| perbandingan Malaysia & Sri Lanka (1945-2011)
MALAYSIA

1948 - 1960

1964

1969

2001

1945

2011

1940-1950

1951-1960

1961-1970

1971-1980

1981-1990

1991-2010

SRI LANKA
KEAMANAN ditakrif sebagai the absence of violence (GPI 2011). Konflik berdarah berlaku di Malaysia dan Sri Lanka semenjak 1945. Bukti menunjukkan bahawa keadaan kesepaduan sosial mendominasi hidup di Malaysia di Sri Lanka didominasi oleh pertumpahan darah, meragut lebih dari 100,000 nyawa. Untuk sebuah analisis perbandingan terbaik sila lihat, Sirimal Abeyratne, Economic Development and Political Conflict: Comparative Study of Sri Lanka and Malaysia, South Asia Economic Journal 9:2(2008): 393-417

MASYARAKAT PELBAGAI ETNIK MALAYSIA

Kumpulan etnik, Subetnik, Suku, Kumpulan Bahasa & Dialek Semenanjung

Kumpulan etnik, Subetnik, Suku, Kumpulan Bahasa & Dialek Sabah

Kumpulan etnik, Subetnik, Suku, Kumpulan Bahasa & Dialek Serawak

Potret Hubungan Etnik di Malaysia

Negara Malaysia dengan kerencaman demografi terus kukuh, maju dan membangun malah disegani oleh jiran tetangga dalam konteks negara berbilang etnik. Keadaan yang aman damai telah melahirkan suatu bentuk kestabilan politik, ekonomi dan sosial yang baik.

Malaysia berjaya mencapai tahap negara berpendapatan sederhana dalam tempoh kurang daripada 50 tahun.
Keunikan tadbir urus negara mengurus perpaduan

Global Peace Index (2011)


Negara Kedudukan Negara Paling Aman di Dunia New Zealand 1 Iceland 2 Jepun 3 Denmark 4 Republik Czech 5 Austria 6 Finland 7 Kanada 8 Norway 9 Slovenia 10 Ireland 11 Qatar 12 Sweden 13 Belgium 14 Jerman 15 Switzerland 16 Portugal 17 Australia 18 Malaysia 19

Hubungan Etnik dari Perspektif Konflik

Terdapat pandangan - masyarakat yang memiliki kerencaman budaya, bahasa, agama seperti di Malaysia akan terpisah dan terasing mengikut kumpulan etnik masing-masing. Perbezaan etnik akan melahirkan persaingan antara kumpulan etnik dan berlaku kepupusan ciri-ciri etnik.

Etnik yang dominan menguasai etnik minoriti.


Media massa kerap memotretkan hubungan etnik di Malaysia dalam perspektif yang sempit membangkitkan sentimen etnik atau agama dalam laporan berita.

Kebanyakan kajian tentang hubungan etnik di Malaysia menggunakan paradigma konflik untuk menganalisis dan memahami setiap permasalahan yang wujud dalam masyarakat. Pandang sedemikian mengandaikan masyarakat Malaysia sentiasa berada dalam persengketaan, saling bersaing khususnya antara kumpulan yang berlainan etnik dan agama. Hakikat mengangkat paradigma konflik sebagai teras memahami permasalahan masyarakat di Malaysia adalah kurang tepat kerana realitinya,

MASYARAKAT HIDUP DALAM AMAN DAN STABIL.

Menelusuri Hubungan Etnik daripada Perspektif Konflik

Pembentukan ilmu kolonial yg sarat dgn nuansa ideologi orientalisme pada asasnya adalah utk membezakan kumpulan dlm masyarakat agar wujud sempadan binari yang jelas antara mereka yang menjajah dengan mereka yang terjajah. Mereka yang terjajah pula dikategorikan secara pukul rata melalui perbezaan yang berdasarkan ciriciri fisiologi, budaya, bahasa, agama dan etnik yang diesensialisasi dan diitlakkan secara mudah dan cetek.

Memahami Hubungan Etnik daripada Perspektif Kesepaduan Sosial

Masyarakat Malaysia terhasil daripada perkongsian sejarah membina struktur sosial, ekonomi, politik dan budaya. Masyarakat Malaysia bersifat dinamik membina kesepaduan sosial melalui interaksi dan amalan harian secara langsung dan tidak langsung secara berterusan. Kesepaduan sosial juga terbina menerusi proses akomodasi, akulturasi, amalgamasi dan asimilasi mekanisme untuk mengekalkan toleransi.

Samb.

Paradigma alternatif ini bukan bertujuan untuk menafikan bahawa tiada konflik tetapi sebagai satu cara pandang yang memberi tempat yang lebih wajar kepada sisi positif dalam menganalisis dan memahami hubungan etnik.

Pemahaman terhadap situasi ini adalah wajar kerana hakikatnya aspek yang lebih dominan dalam kehidupan seharian dalam kalangan masyarakat awam di Malaysia bukan berasaskan konflik tetapi didasari oleh kesepaduan sosial.

Hubungan Saling Terkait dan Saling Bergantungan

Jalinan hubungan sosial secara berterusan terbina dalam kalangan anggota masyarakat Malaysia merentas etnik, agama, budaya dan bahasa menerusi interaksi sesama mereka. Umpamanya, nasi yang dimakan oleh pelajar selepas keluar dari bilik kuliah melibatkan pelbagai etnik

Takrifan Autoriti dan Takrifan Harian

Paradigma kesepaduan sosial lebih memberi tumpuan kepada takrifan terhadap interaksi seharian yang dibentuk oleh anggota masyarakat itu sendiri berbanding dengan takrifan yang dibentuk oleh autoriti Takrifan autoriti seperti negara, misalnya, cenderung bersifat tetap dengan sempadannya yang tidak boleh diubah. contohnya, takrifan Melayu oleh negara sebagaimana yang termaktub dalam Artikel 160.

Samb

Takrifan harian oleh masyarakat awam kemungkinannya lebih anjal, cair, rencam, pelbagai dan terdapat tolak ansur, akomodasi serta saling memahami dalam kalangan mereka untuk memastikan kehidupan seharian mereka dapat diteruskan dengan aman tanpa sebarang konflik. Kesepaduan sosial memberi pengiktirafan terhadap takrifan harian oleh anggota masyarakat dan takrifan harian dalam konteks hubungan etnik ialah pelekat sosial yang menjadikan masyarakat Malaysia yang majmuk, pelbagai dan rencam ini secara sosialnya bersepadu.

Kesepaduan Sosial Melalui Akomodasi, Akulturasi, Amalgamasi dan Asimilasi

Dalam proses rundingan sosial, unsur-unsur seperti akomodasi, akulturasi, amalgamasi dan asimilasi sentiasa berlaku di peringkat yg berbeza sebagai mekanisme untuk terus mengekalkan toleransi etnik, penerimaan terhadap perbezaan dan kesepaduan sosial yang wujud pada hari ini. Rakyat Malaysia di peringkat masyarakat awam tidak mudah terpengaruh untuk bertindak secara melulu, emotif dan menggunakan kekerasan terhadap isu-isu yang ditimbulkan. Masyarakat Malaysia di peringkat awam telah pun sedikit sebanyak terikat dengan suatu bentuk kesepaduan sosial yang baik dan organisasi sukarelawan masyarakat dan individu daripada pelbagai etnik dan agama

Samb.

takrifan yang diberikan oleh anggota masyarakat dalam acuan besar bercirikan Malaysia adalah merujuk kepada interaksi dan hubungan sehari-hari yang berlaku antara mereka melalui proses rundingan sosial yang berterusan. Proses ini ditunjangi oleh unsur-unsur akomodasi, akulturasi, amalgamasi dan asimilasi yang merupakan inti pati penting untuk memahami hubungan etnik di Malaysia

dari perspektif kesepaduan sosial.

KONSEP SEGREGASI

Segregasi merupakan pemisahan atau pengasingan antara satu kumpulan etnik dengan kumpulan etnik yang lain dalam sesubuah negara.

Pemisahan berlaku dalam beberapa keadaan, antaranya dari segi kawasan tempat tinggal, sistem persekolahan, pengangkutan dan kemudahan awam.
Segregasi wujud sama ada didasari oleh undangundang atau sebaliknya seperti Dasar Aparteid di Afrika Selatan yang dilaksanakan antara tahun 1948-1994

KONSEP AMALGAMASI

Amalgamasi merupakan satu proses yang terjadi apabila budaya atau ras bercampur untuk membentuk jenis budaya dan ras baru. Cara utama dalam menentukan proses amalgamasi adalah dengan terjadinya perkahwinan campur antara kumpulan etnik.

Teori amalgamasi dinyatakan dalam bentuk formula A+B+C=D, disini A,B, dan Cmewakili kumpulan etnik berlainan dan D mewakili amalgam, satu kumpulan baru terhasil daripada penyatuan A,B dan C. Sebagai contoh, kumpulan-kumpulan etnik yang sedia wujud mengamalkan parkahwinan campur lalu membentuk satu genarasi baru atau budaya baru tanpa menuruti budaya asal mereka.

Akomodasi.

Keadaan apabila satu kelompok yg berkonflik setuju utk menghentikan @ mengelakkan konflik dengan adanya interaksi secara aman.

Proses di mana etnik-etnik menyedari norma & nilai mereka di antara satu sama lain, namun mereka tetap mempertahankan budaya hidup masingmasing.

Samb Akomodasi

Mereka hidup secara harmoni & menghormati antara satu sama lain. Di peringkat pemerintahan pusat, setiap etnik menghantar wakil yang mewakili etnik masing-masing.

Namun dlm institusi-institusi tertentu seperti ekonomi & pendidikan mereka saling bergantungan antara satu sama lain. Cth: negara Switzerland.

Samb Akomodasi

Negara ini mempunyai hubungan etnik bersifat akomodasi, di mana etniketnik di dlmnya spt etnik Jerman, Perancis & Itali saling membuat penyesuaian antara satu dengan yang lain & hidup dalam keadaan yang aman.

KONSEP AKULTURASI

Modifikasi terhadap budaya satu-satu kelompok atau individu akibat kontak dengan budaya lain (The modification of the culture of a group or individual as a result of contact with a different culture)

SambKONSEP AKULTURASI

Proses meminjam atau menerima unsur budaya dari kelompok majoriti tanpa [atau budaya dominan] tanpa mengubah unsur budaya asal tersebut (Process of borrowing or accepting cultural elements of the majority group [of dominant culture] without changing the original cultural elements)

SambKONSEP AKULTURASI
Apabila tret budaya asing diterapkan ke dalam masyarakat secara besar-besaran, maka akulterasi berlaku. Budaya masyarakat penerima tidak banyak berubah. Akulterasi tidak semestinya menyebabkan tret budaya asing itu mengganti tret budaya tempatan atau budaya pribumi seluruhnya.
Ia merupakan satu proses yg kadang kala dikenali sebagai asimilasi budaya. Ia terjadi apabila manusia dlm kumpulan minoriti menerima norma, nilai dan pola-pola tingkah laku (budaya) golongan majoriti. Proses ini merupakan proses meminjam atau menerima unsur-unsur budaya golongan majoriti, tanpa mengubah unsur-unsur budaya asal.

KONSEP ASIMILASI
Proses di mana kelompok minoriti menerima serta mengamalkan adat resam dan sikap budaya majoriti secara beransur-ansur
Proses mentakrif dan menyerap di mana individu atau kelompok menerima ingatan, sentimen, dan sikap individu atau kelompok lain, dan dengan berkongsi pengalaman dan sejarah, menyatukan semuanya dalam kehidupan budaya yang dikongsi bersama.

Kesimpulan

Kesepaduan sosial boleh wujud dan bercambah, terutama jika terdapat usaha sedar berpunca daripada tindakan authority-defined dan topdown yang dapat melengkapkan dan menjamin kelangsungannya dan meningkatkan daya ketahanan dalam sesebuah masyarakat majmuk itu

adalah lebih tepat untuk kita mengungkapkan keadaan ini sebagai kesepaduan dalam kepelbagaian (cohesion in diversity) dan bukan perpaduan dalam kepelbagaian (unity in

SUDAAA ABISSS DAAAAAAAA