Anda di halaman 1dari 17

MODEL ASSURE

REKA BENTUK PENGAJARAN BILIK DARJAH

AHLI KUMPULAN
Asma

Azyyati Binti Abusenie Hanim Binti Amran

Maizatul Nura

Atiqa Binti Amran

Nur

Hajati Binti Anwar

HASIL PEMBELAJARAN

Mengenal pasti kaedah perancangan, pemilihan, dan penilaian media pengajaran. Memilih media pengajaran yang sesuai untuk pengajaran- pembelajaran pendidikan rendah. Mengaplikasi model ASSURE dalam merancang, memilih, dan menilai media pengajaran. Menunjukkan kebolehan memilih, mengubah suai, dan mereka bentuk bahan mengikut prosedur asas.

PETA MINDA
MODEL ASSURE

A Analyse Learners

S State Objectives

S Select Methods, Media, and Materials

U Utilize Media and Materials

R Require Learner Participation

E Evaluate and Revise

4.1 PERANCANGAN PENGAJARAN PEMBELAJARAN

9 peringkat penyampaian pengajaran (Gagne)


Tarik perhatian pelajar Beritahu pelajar objektif pembelajaran Cungkil dan kaitkan pengetahuan sedia ada pelajar Sampaikan isi pelajaran / bahan pengajaranpembelajaran Bimbing pembelajaran pelajar Uji penguasaan pembelajaran pelajar melalui aktiviti Beri maklum balas tentang penguasaan pembelajaran pelajar Taksir pencapaian pembelajaran Tingkatkan ingatan dan pemindahan pembelajaran

Pengenalan Model ASSURE


Model

ASSURE dapat membantu guru merancang pengajaran yang memanfaatkan penggunaan media. Model ASSURE memberikan fokus kepada perancangan pengajaran pembelajaran sebenar dalam bilik darjah. Model ini dapat membantu guru merancang pengajaran berasaskan media dalam bilik darjah masing-masing.

6 langkah dalam Model ASSURE


1.

2.
3. 4. 5. 6.

A Analyse learners (Analisis pelajar) S State objectives (Nyatakan objektif / hasil pembelajaran) S Select methods, media, and materials (Pilih kaedah, media, dan bahan sumber) U Utilize media and materials (Gunakan media dan bahan sumber) R Require learner participation (Libatkan pelajar dalam pembelajaran) E Evaluate and revise (Nilai dan semak semula)

1. Analisis Pelajar
Menganalisis

kumpulan sasaran atau pelajar kita adalah penting untuk membantu kita merancang pengajaran pembelajaran yang sesuai bagi mereka. Pelajar dapat dianalisis berdasarkan aspek-aspek berikut:

Ciri ciri umum pelajar Pengetahuan / pengalaman sedia ada Gaya belajar

2. Nyatakan Objektif / Hasil Pembelajaran

Pernyataan objektif pengajaran-pembelajaran yang jelas dan spesifik dapat membantu guru menyediakan perancangan pengajaran yang sesuai dan berkesan. Pernyataan objektif yang baik mengandungi empat kriteria berikut:
1. 2. 3. 4.

Siapakah yang hendak capai (kumpulan sasaran) Apakah yang hendak dicapai (apa bentuk perlakuan baharu) Bagaimanakah hendak dicapai (apakah syarat perlakuan) Apakah tahap pencapaian minimum (standard pencapaian yang dianggap sudah dikuasai)

3. Pemilihan Kaedah, Media dan Bahan Sumber.

Setiap perancangan pengajaran yang baik akan memerlukan pemilihan media, kaedah, dan bahan sumber dibuat secara sistematik dan terancang juga. Proses pemilihan tersebut merangkumi 3 langkah berikut:

Membuat keputusan tentang kaedah yang paling sesuai dengan objektif yang hendak dicapai. Memilih format media yang sesuai dengan kaedah yang dipilih. Memilih, mengubah suai atau mereka bentuk bahan sumber pembelajaran.

Penentuan Kaedah
Penentuan

kaedah hendaklah diasaskan kepada ciri-ciri pelajar, pengalaman sedia ada pelajar, gaya pembelajaran pelajar serta objektif pembelajaran yang hendak dicapai. Contoh kaedah: Keadah simulasi, tunjuk cara, kaedah bermain, lakonan, kaedah kontekstual dan sebagainya.

Pemilihan Format Media


Format media merujuk kepada bentuk fizikal sesuatu maklumat yang dipaparkan. Format media termasuk kertas sebak, iaitu gambar, petikan, slaid, audio, video, grafik, dan tayangan komputer multimedia. Untuk memilih format media, guru hendaklah mengambil kira beberapa kriteria . Antaranya bentuk audiens (kumpulan pelajar: kelas/kumpulan/individu), keupayaan pelajar, domain objektif, serta bentuk maklum balas yang akan dihasilkan.

Pemilihan Bahan Sumber

Bahan sumber pengajaran pembelajaran merujuk kepada isi pelajaran yang menjadi fokus pembelajaran. Bahan ini boleh dalam bentuk petikan, artikel, teks dan sebagainya. Kriteria pemilihan bahan sumber melibatkan 3 langkah berikut:

Memilih bahan sumber sedia ada Mengubahsuai bahan sumber sedia ada Mereka bentuk bahan sumber baharu

4. Gunakan Media dan Bahan Sumber

Bagi memastikan kejayaan penggunaan media dan bahan sumber, tindakan-tindakan berikut perlu dilakukan oleh guru.
1. 2.

3.
4. 5.

Semak/pratonton/kaji bahan sumber sebelum menggunakannya dalam kelas. Sediakan bahan untuk penggunaan dalam kelas. Sediakan persekitaran yang sesuai untuk penggunaan bahan sumber. Sediakan pelajar untuk mendapat manfaat daripada bahan sumber. Sediakan pengalaman pembelajaran bagi pelajar.

5. Libatkan Pelajar Dalam Pembelajaran


Libatkan

murid dalam pembelajaran melalui aktiviti berpusatkan pelajar berasaskan bahan yang dapat memotivasikan dan mengekalkan tingkah laku pelajar. Latihan dalam bentuk perbincangan, latih tubi, latihan bertulis, permainan bahasa, dan sebagainya dapat mengekalkan penglibatan pelajar dalam aktiviti pembelajaran.

6. Nilai dan Semak Semula


Langkah akhir dalam model ASSURE ialah penilaian dan menyemak semula perancangan. Langkah terakhir menyentuh 2 aspek penilaian iaitu penilaian pembelajaran dan penilaian pengajaran. Bentuk penilaian pembelajaran terbahagi kepada dua iaitu penilaian formal dan penilaian informal. Penilaian formal merujuk kepada ujian manakala penilaian informal dibuat melalui hasil kerja pelajar, pemerhatian, soal jawab, aktiviti kumpulan, pembentangan dan sebagainya. Penilaian pengajaran boleh dibuat setelah selesai proses pengajaran pembelajaran melalui amalan refleksi.

RUMUSAN

Terdapat 6 langkah dalam model ASSURE, iaitu analisis pelajar, penentuan objektif, pemilihan media dan isi pelajaran, penggunaan media dan pelaksanaan pengajaran, penglibatan pelajar dalam pembelajaran, dan penilaian pengajaranpembelajaran. Guru hendaklah merujuk model ASSURE untuk membuat rancangan persediaan mengajar (RPM) agar pengajaran efektif dapat dihasilkan.