Anda di halaman 1dari 2

Bilangan Jurnal Minggu Praktikm Tarikh Peristiwa / kejadian Tajuk Jurnal

:2/4 : Kedua : 8 April hingga 12 April 2013 : Masalah pengurusan masa

1. Masalah / Peristiwa Hari ini (8 April 2012), saya telah menghadapi masalah pegurusan masa yang tepat sebagaimana yang telah dirancangkan dalam rancangan pengajaran harian. Saya menghadapai masalah pengurusan masa pada bahagian gerak kerja kelas. Terdapat aktiviti yang dijalankan tetapi tidak mempunyai masa yang cukup dan menyebabkan langkah pengajaran terganggu. Masa yang tidak mencukupi, mungkin disebabkan diri saya sendiri ataupun kesilapan teknikal. Masalah dari segi pengurusan masa ini bukan sahaja menganggu langkah pengajaran saya yang lain malah menganggu tahap tumpuan saya. Sebagai guru pelatih yang pertama kali menjalani praktikum, biasanya kami sangat mengambil berat tentang masa dan menyebabkan tumpuan terganggu sedikit apabila masa yang diperuntukkan itu terlebih atau terkurang dengan waktu pendidikan jasmani hanya 30 minit.

2. Analisis Setelah saya menganalisis dan meneliti pengajaran saya, masalah

pengurusan masa ini timbul kerana aktiviti perbincangan secara berkumpulan yang saya jalankan mengambil masa yang lebih daripada sepatutnya. Dari pembahagian kumpulan lagi, terdapat beberapa orang murid yang agak lambat memahami arahan saya. Selain itu, didapati murid-murid mengambil masa yang agak lama untuk melakukan perlakuan kemahiran. Semasa gerak kerja kumpulan, terdapat beberapa orang murid yang masih menghadapi masalah dalam melakukan perlakuan kemahiran dengan betul. Kelemahan murid dari segi penguasaan perlakuan kemahiran sedikit sebanyak mengambil sedikit masa untuk membolehkan semua murid menguasai kemahiran yang diajar. Setiap murid mempunyai tahap kemampuan yang berbeza dan saya mestilah mengambil kira setiap perbezaan itu.

3. Cadangan Tindakan Susulan a) Bagi memastikan bahawa aktiviti gerak kerja berkumpulan tidak melebihi masa yang telah ditetapkan, saya akan sentiasa mengingatkan pelajar tentang masa yang ada dan memastikan murid betul-betul melaksanakan setiap teknik perlakuan yang di ajar. b) Saya akan menyediakan perancangan yang lebih teliti supaya objektif pembelajaran saya dapat dicapai oleh semua murid. c) Saya akan lebih banyak membaca buku tentang cara penyediaan rancangan pengajaran harian yang betul dan menitikberatkan setiap aspek yang ada dalam rancangan pengajaran harian lebih-lebih lagi aspek yang berkaitan tentang masa. d) Saya akan mendapatkan bimbingan dan nasihat yang lebih daripada guru dan pensyarah pembimbing untuk terus berada pada garis panduan yang betul. Setiap kolaborasi bersama guru dan pensyarah pembimbing ini akan lebih mematangkan saya dalam proses pengajaran dan pembelajaran. e) Perbincangan bersama rakan guru pelatih yang lain juga sangat membantu saya kerana saya dapat memgukuhkan lagi kefahaman tentang rancangan pengajaran harian.

4. Tempoh Masa Tindakan Susulan Setelah mengenal pasti masalah dalam pengajaran dan pembelajaran saya, masalah ini akan cuba saya atasi dalam masa seminggu. pengurusan masa yang baik adalah sangat perlu bagi memastikan kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran. Sekiranya masalah ini tidak dapat diatasi secepat mungkin, sudah tentu ianya akan menganggu objektif yang telah saya rancangkan dan seterusnya objektif pembelajaran tidak dapat dicapai. Disemak oleh Guru Pembimbing Tandatangan : .................................. Nama Tarikh : .................................. : .................................. Disahkan oleh Pensyarah Penyelia Tandatangan : .................................. Nama Tarikh : .................................. : ..................................