Anda di halaman 1dari 16

PENGENALAN Kejohanan sukantara diperkenalkan bertujuan memberi peluang kepada semua pelajar yang mengganggotai pasukan rumah sukan

masing-masing menyumbang sejumlah pungutan mata. Pungutan mata terkumpul kemudiannya ditambah dengan sejumlah mata dalam kejohanan Padang & Balapan yang dijadualkan berlangsung pada 25 Februari 2013. Pelbagai acara telah disusun khusus menguji kemampuan mental dan fizikal para peserta untuk memunggut sebanyak mungkin mata bagi disumbang kepada pasukan rumah masing-masing. Pengelolaan sesuatu kejohanan sukantara sememangnya diakui agak rumit. Justeru, penghasilan kertas cadangan ini diharap dapat memberi garis panduan kepada semua ahli jawatankuasa pengelola agar penganjuran sukan kali ini berlangsung dengan jayanya. OBJEKTIF i. ii. iii. iv. Murid dapat melaksanakan larian 60 meter dari garisan permulaan hingga ke garisan penamat dengan baik. Murid dapat melakukan acara lontar peluru dengan menggunakan teknik permulaan dan lungsuran yang betul. Murid berjaya mengawal keseimbangan badan bagi lonjakan penerbangan dan pendaratan yang baik dalam acara lompat jauh. Murid mampu berlari dengan kelajuan maksimum yang terkawal untuk membuat pendaratan secara berdiri dengan baik bagi acara lompat jauh berdiri. SASARAN Murid Tahun 5 dan Tahun 6 seramai 208 Orang Rumah Sukan Rumah Merah - Temenggung Rumah Biru - Bendahara Rumah Hijau - Tun Sri Lanang Rumah Kuning Laksamana Tarikh 25 Februari sehingga 26 Februari 2013

Masa Pagi: 8:00 pagi-11:00 pagi Petang: 3:00 petang- 6:00 petang Tempat Padang Sekolah Kebangsaan Tengku Mariam,Batu Pahat, Johor SENARAI AHLI JAWATANKUASA Pengerusi : Tn. Hj Yaakob bin Abdul Karim ( Guru Besar ) Timbalan Pengerusi : Tn. Hj. Mohd Rosdi bin Dahlan ( Guru Pen. Kanan 1 ) Setiausaha: Pn. Che Hamidah binti Che Osman ( Guru Pen. Kanan HEM ) Naib Setiausaha: Pn. Lily Chan Hee Ming ( Ketua Bidang ) Bendahari : Pn. Siti Aminah binti Ahmad AJK Makanan Minuman 1. En. Tan Sen Heng 2.Pn. Zanariah binti Ismail 3.Pn. Lim Kok Siang 4.Pn. Jamilah Zahira binti Ali 5.En. Hamidi bin Zaid Syah AJK Tempat 1. Ustaz Ibrahim Hanafi bin Kamal 2.En. Mohd Asyraf bin Abdul Halim 3. Cik Nurfatin Ayuni binti Rosli 4. Pn. Fazura Alisya binti Ariffin AJK Peralatan 1. En. Tuan Razlan bin Tuan Hanafi 2. Ustaz Amran Raziman bin Amar 3. Pn. Dahlia binti Daiman 4. Pn. Siew Lei Pan 5. En. Tan Chian Lau

AJK Keselamatan 1. En. Jason Lau Han 2. En. Mohammad ZulFitri bin Idris 3. En. Mohd Hafizi Hamidun bin Kamisan 4. Pn. Zaleha Atikah binti Maimon AJK Tugas-tugas Khas 1. En. Tengku Ryan Danial bin Tengku Yusuf 2. Cik Izzati binti Hashim 3. En. Mahendran a/l Mahendrem 4. En. Kim Joong Kook 5. Pn. Sarah Maisarah binti Ishak AJK Dokumentasi 1. Ustazah Ilya Aqiela Natasha binti Abdul Samad 2. En. Amirul Hakimi binti Hakim 3. En. Muhammad Asyraf Alfi Syah binti Azran Syah 4. En. Che Nasyawi Aslan bin Che Mahmood 5. En Izlan Hazwan bin Nasir AJK Publisiti 1. En Hamidi Haziq bin Fakhrul 2. Tn.Hj Zahari bin Latif 3. Pn. Siti Ilhamin binti Ilham 4. Pn. Yabaya a/p Ganesh

BIDANG TUGAS JAWATANKUASA PENGELOLAAN KEJOHANAN SUKANTARA SK TENGKU MARIAM,BATU PAHAT,JOHOR. Pengurus Kejohanan Pengurus Kejohanan bertangungjawab dalam pengendalian dan menentukan kejohanan berjalan dengan lancar Memastikan semua pegawai telah melapor untuk bertugas Penolong Pengurus Kejohanan Bertanggungjawab membantu Pengurus Kejohanan Bertanggungjawab menguruskan mesyuarat jawatankuasa kerja atau induk dan penyediaan laporan kejohanan Setiausaha Bertanggungjawab kepada pengerusi dalam bidang pengurusan dan pentadbiran Mengumpul semua maklumat dan merekodkan semua fail-fail sebagai rujukan Bertanggungjawab untuk hadir dalam setiap mesyuarat dalam perlaksanaan program Memanggil ahli jawatankuasa untuk mesyuarat Menguruskan urusan surat-menyurat kepada pihak yang berkenaan Menyedia dan mengedarkan catatan minit mesyuarat dan surat pekeliling kepada yang berkenaan Bersama pengerusi menentukan tempat, masa, tarikh dan agenda mesyuarat Menyediakan kertas kerja yang diperlukan program Menyusun dan menyediakan tempat dan kemudahan mesyuarat Publisiti dan Buku Program Menyediakan buku program/cenderamata Mengedarkan buku program kepada setiap guru dan tetamu. Menyediakan kain rentang kejohanan Menyediakan senarai nama peserta Perasmian dan Penutupan Mengatur aturcara perasmian penutupan kejohanan. Menguruskan latihan/raptai perasmian penutupan (termasuk bacaan ikrar) Menguruskan pertandingan perbarisan. Menyediakan bendera, papan tanda untuk pasukan yang mengambil bahagian. Membuat surat jemputan dif kehormat.

Kepegawaian Mengatur dan melatih pembantu padang. Memastikan persediaan petugas-petugas berjalan dengan lancar

Teknikal Menguruskan dan menyediakan semua alatan pertandingan untuk acara padang dan balapan. Memastikan persediaan balapan dan padang berjalan dengan lancar Memastikan alatan untuk pertandingan mengikut spesifikasi rasmi Menyediakan dan mengedarkan borang yang diperlukan dalam pertandingan. Menyusun aturcara bagi saringan pertandingan dan akhir kejohanan. Hadiah dan Cenderamata Menyediakan senarai hadiah dan cenderamata Menyusun hadiah, piala pusingan dan cenderamata. Menghias meja hadiah Melatih pembantu untuk upacara penyampaian hadiah. Menyediakan senarai pemenang hadiah. Juruacara Menyediakan skrip mengikut susunan aturcara dan program Memaklumkan kepada hadirin bagi setiap acara dan maklumat berkaitan Keputusan bagi setiap acara perlu diumumkan dengan segera Mengumumkan pemenang bagi upacara penyampaian hadiah Jurugambar dan Dokumentasi Bertanggungjawab merakam dan merekod segala aktiviti yang berlangsung sepanjang program. Membuat laporan atau dokumentasi setelah program berakhir Rekod dan Statistik Menyelia papan markah (Score board) Mengira jumlah markah yang diperolehi daripada pengacara atau pencatat Menyelia markah dari sukantara Penjaga Masa Memastikan bilangan penjaga masa yang mencukupi bagi semua peserta yang bertanding Mengagihkan tugas-tugas kepada setiap penjaga masa Penyelia Peserta Menyemak kehadiran dan kesediaan peserta-peserta yang bertanding. Mengumpul pemenang untuk upacara penyampaian hadiah Pengadil Lorong Memerhati dan memastikan peserta yang bertanding tidak melanggar peraturan. Memutuskan sebarang bantahan peserta Memastikan peserta berlari mengikut lorong

Menunjukkan bendera merah jika berlaku pelanggaran peraturan Menunjukkan bendera putih jika semua peserta sudah bersedia Pelepas Mempunyai kawalan sepenuhnya terhadap peserta-peserta yang sedang dalam keadaan sedia Sebelum memulakan pelepasan pastikan Penjaga masa dan Pengadil lorong sudah bersedia Pastikan berdiri di tempat yang boleh dilihat sepenuhnya oleh peserta sebelum memulakan pelepasan Pelepas panggil balik Bertanggungjawab dalam membantu tugas-tugas Pelepas Pastikan berada dalam kedudukan yang sepatutnya supaya dapat memerhati setiap peserta dengan jelas Penolong pelepas Memastikan semua peserta dalam saringan atau larian yang betul dan memakai nombor Menempatkan semua peserta di lorong atau di tempat permulaan masing-masing Mengumpul semua peserta lebih kurang 3m di belakang garisan permulaan Memberikan syarat kepada Pelepas sekiranya semua peserta sudah bersedia Hakim Penamat Memastikan dan mencatat pemenang bagi setiap acara yang dipertandingkan Menghantar keputusan kepada Pencatat untuk direkod Pencatat Menerima dan mencatat keputusan setiap acara ke dalam borang keputusan rasmi Memaklumkan kepada juruacara untuk tindakan selanjutnya Refri Refri yang berasingan dilantik bagi setiap acara Menentukan segala Peraturan dan membuat keputusan terhadap sebarang perkara ketika kejohanan Setelah selesai sesuatu acara, kad keputusan hendaklah dilengkapkan segera, ditandatangani oleh Refri yang berkaitan dan diserahkan kepada Setiausaha Pertandingan

KEWANGAN DAN PERBELANJAAN BIL 1 PERKARA HADIAH 1.1 SIJIL 208 X RM 1.00 1.5 PIALA PUSINGAN JAMUAN(TERMASUK VIP) 100 X RM 4.00 MAKANAN PELAJAR 208 X RM 2.00 SUMBANGAN RUMAH SUKAN 4 X RM 50.00 3.1 KAIN / KERTAS NOMBOR PESERTA 3.2 PEN MAKER / PELAKAR 3.3 BENDERA RUMAH SUKAN MINUMAN PEGAWAI KEJOHANAN 4.1 AIR MINERAL 5 KOTAK X RM 10.00 4.2 PELAJAR AIR SIRAP BENDERA KEJOHANAN KAIN RENTANG TIANG BENDERA BENDERA KEPEGAWAIAN 8.1 KAIN PUTIH 8.2 KAIN MERAH 8.3 KAIN HIJAU 8.4 KAYU ROLLER 5 X RM 3.00 CAT PUTIH 1 LITER X RM 15.00 KAD HAKIM MINYAK HITAM TALI RAFIA BUKU PROGRAM CENDERAHATI GURU 100 X RM 1.50 KHEMAH 6 X RM 100 RUNCIT PASIR JUMLAH JUMLAH(RM) SUMBER/ CATATAN

2 3

RM RM RM RM RM RM RM RM

208.00 400.00 416.00 200.00 50.00 100.00 100.00

Sekolah Sudah Ada PIBG PIBG Sekolah (Disediakanoleh penganjur) Sekolah Sekolah SUMBANGAN PEMBEKAL PIBG Sudah ada

RM 50.00 RM 100.00 RM RM 50.00 50.00

5 6 7 8

Sudah ada

9 10 11 12 13 14 15 16 17

RM 15.00 RM 20.00 RM 50.00 RM 20.00 RM 100.00 RM 100.00 RM 100.00 RM 400.00 RM 1 767.00

Sekolah Sekolah Sekolah Sekolah Sekolah Sumbangan Sumbangan Sekolah

SISTEM PERTANDINGAN PERATURAN PERTANDINGAN Peraturan lari 60 Meter 1. Blok permulaan hendaklah tegar dan diperbuat tanpa spring yang boleh membantu pelari. 2. Sebelum permulaan, pelari hendaklah memanaskan badan terlebih dahulu. 3. Semasa berada di garisan permulaan, pelari tidak dibenarkan menyentuh garisan permulaan atau kawasan di depan garisan ini dengan tangan atau kaki. 4. Apabila memulakan larian dengan cara gaya dekam, kedua-dua tanah hendaklah

menyentuh tanah. 5. Pelumba yang memulakan larian sebelum tembakan pistol pelepas oleh pegawai pelepas dikira batal. 6. Pelari hanya dibenarkan melakukan permulaan yang batal sekali sahaja. Jika dia melakukan kesalahan kali kedua, dia akan dibatalkan terus. 7. Pelari hendaklah berlari dalam lorong sendiri dari awal hingga akhir. 8. Peserta yang terlebih dahulu mencecah torsonya pada pita penamat dikira Pemenang Peraturan lontar peluru 1. Akhirnya, pada tahun 1950-an, seorang atlet lontar peluru telah menonjol dalam acara ini. Beliau ialah Perry O`Brien dari Amerika Syarikat. Beliau telah mencipta teknik lontaran baru, yang akhirnya dijadikan teknik lontaran yang diterima dan kekal sehinggahariini. 2. Atlet lontar peluru haruslah mampu mengenal pasti dan mengaplikasi teknik dan gaya lontaran yang baik, melalui latihan ansur maju dan kaedah yang bersistematik bagi menempa sesuatu jarak lontaran yang cemerlang dan terbaik. Namun begitu, acara lontar peluru ini dapat menyebabkan bahaya jika kita tidak berhati-hati sebelum,semasa,dan selepas melakukan aktiviti. 3.Persediaan atlet,kekuatan tubuh badan, dan anggota lain terutamanya tangan,pinggang, dan kaki memainkan peranan utama. Ini bermakna persediaan fizikal dan mental adalah menjadi agenda utama untuk menjamin keselamatan diri atletitusendiri. 4. Kedua, perlakuan yang sempurna semasa melakukan aktiviti melontar, iaitu sebelum, semasa, dan selepas. Fasa perlakuan berkait rapat dengan koordinasi pelontar, yang mana perlakuan yang licin dan sempurna akan banyak membantu atau mencipta sesuatu kejayaan. Peraturan lompat jauh/lompat jauh berdiri 1.Kawasan Lari Landas Kawasan lari landas mestilah berukuran antara 1.22 meter hingga 1.25 meter lebar dan sekurang-kurangnya 40 meter hingga 45 meter panjang. 2.Papan Lonjakan Diperbuat daripada kayu atau bahan tegar yang sesuai. Berukuran 1.21 meter hingga 1.22 meter panjang dan lebar 198 milimeter hingga 202 milimeter serta ketebalan 100

milimeter. Papan ini mestilah dicat putih dan diletakkan antara 1 hingga 3 meter dari kawasan permulaan mendarat. 3.Papan Penanda Plastesin Diperbuat daripada kayu tegar berukuran antara 98 milimeter hingga 102 milimeter lebar dan 1.21 hingga 1.22 meter panjang yang diselaputi plastesin atau bahan yang sesuai di atasnya. Papan penanda ini berfungsi mengesan tapak kaki atlet bila melakukan lompatan. 4.Kawasan Mendarat Kawasan ini mestilah berukuran antara 2.75 meter hingga 3 meter lebar.Terletak di penghujung kawasan lari landas dan selari dengan bahagian tengah kawasan mendarat. 5.Peraturan Umum Jika terdapat lebih daripada lapan orang peserta, setiap peserta diberi tiga kali percubaan lompatan.Hanya lapan peserta yang terbaik akan diberi tambahan tiga kali percubaan mengikut susunan terbaik berdasarkan pencapaian.Jika terdapat lapan peserta atau kurang, mereka diberi enam kali percubaan lompatan.Setiap peserta diberi masa satu minit untuk melakukan lompatan.Sebarang keputusan seri dirujuk kepada lompatan kedua terbaik.Jika masih sama,rujuk lompatan ketiga terbaik.Jauh lompatan diukur dari sentuhan pasir terdekat dengan bahagian penghujung papan lonjak

BORANG PEMARKAHAN

Acara: .. Rumah Sukan:

Bil. 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21

Nama

Mata Pemarkahan 1 2 3

JADUL PERTANDINGAN Hari / Waktu Isnin Selasa Pagi Rumah Merah / Biru Rumah Hijau Petang Rumah Acara / Lari 60m / Lompat jauh Lompat Jauh /

Kuning

Hijau Kuning / Rumah Merah / Biru

Lontar Peluru

SENARAI PEGAWAI PERTANDINGAN JAWATANKUASA KECIL BALAPAN/TREK Penjaga Masa 1. 2. Pn. Wizana Binti Mokhtar Pn. Lailani binti Shamsul

10

Hakim Penamat 1. Abdul Rahman bin Mohd Noor 2. Pn.Lee Da Hi Pelepas 1. En. Mohd Kamarul Ariffin Basri 2. En. Tuan Faizul Bahri bin Salam JAWATANKUASA KECIL ACARA PADANG Hakim Lontar Peluru(L) 1. En. Ahmad Che Yunus 2. Pn. Norliza Pamuji 3. En. Sabri bin Joned Hakim Lontar Peluru (P) 1. En. Nazaruddin Bin Samori 2. Che Radziah binti Che Zamri 3. Pn. Umi Kalsom binti Kazim Hakim Lompatan Lompat Jauh (L) 1. En. Nizam Hairi bin Mat 2. Pn. Mazwilla binti Said Rusydi 3. En. Lee Hui Jan Lompat Jauh (P) 1. En. Rosli Bin Abdullah 2. Pn. Nur Juliana Binti Abdullah 3. En. Mahmud Zamani bin Zakaria PENUTUP Diharapkan agar kemajuan sukan disekolah dapat dipertingkatkan sekaligus dapat

mencungkil bakat-bakat baru dalam kalangan murid-murid tahun 5 dan tahun 6.

11

Disediakan oleh, (ZATIL AQMAR BT ZAKARIA)

Disahkan oleh, .. (SITI SYAFIQA BT SAIPOL)

Diluluskan oleh, .... (AISYAH BT MAHAT) Ulasan : Bahawasanya dengan ini saya: meluluskan/tidak meluluskan.

REFLEKSI Nama : AISYAH BINTI MAHAT No. I/C : 910709 - 12- 5314 Alhamdulillah, pertama-tamanya saya ingin memanjatkan kesyukuran ke hadrat ilahi kerana telah memberikan saya peluang dan ruang untuk menyelesaikan kerja kursus Olahraga ini hingga ke akhirnya walaupun terpaksa melalui beberapa cabaran dan halangan sepanjang menyiapkan kerja kursus ini. Sekalung ucapan terima kasih ditujukan kepada pensayarah Olahraga saya iaitu En. Sulizi bin Che Awang kerana telah meluangkan masa untuk menerangkan bagaimana hendak membuat kertas kerja ini walaupun beliau kesuntukan masa.Ucapan terima kasih juga tidak lupa ditujukan kepada rakan-rakan sekumpulan yang banyak membantu dalam menyiapkan kerja kursus ini. Usaha mereka amat saya hargai dan kami telah bersama-sama Berjaya menyiapkan kerja kursus dengan penuh sabar.

12

Kerja kursus ini juga memerlukan penerangan yang tepat dan terperinci.Pada mulanya kami tidak dapat menangkap perkara penting iaitu perkara apa yang perlu ada di dalam kertas kerja ini.Kami tidak mendapat gambaran yang jelas mengenai susunan isi dan perkara yang perlu dilakukan di dalam kertas kerja kerana sebelum ini saya dan rakan-rakan tidak pernah membuat kertas kerja mengenai kejohanan sukantara,mungkin ia mempunyai perbezaan dengan kertas kerja yang lain.Oleh itu,saya agak konfius dan tidak dapat menginterpretasi maklumat yang disampaikan dengan betul dan jelas dan kami menghadapi kesukaran untuk membuat pada mulanya.Untuk mengatasi masalah ini, kami telah membaca soalan tersebut berkali-kali dan merujuk kepada rakan-rakan serta pensyarah kami sendiri iaitu En.Sulizi bin Che Awang untuk mendapat penjelasan mengenai kerja kursus ini dengan lebih jelas dan terperinci. Sepanjang saya dan rakan-rakan menjalankan kerja kursus olahraga ini, banyak juga masalah dan cabaran yang timbul dan menyebabkan agak sukar bagi kami untuk memastikan kerja kursus ini sempurna kesemuanya. Terdapat juga beberapa kelemahan yang tidak dapat kami atasi dan ada juga kelemahan yang dapat kami atasi. Kesukaran untuk mencari format kertas kerja kejohanan sukantara sepertimana yang terdapat di dalam soalan. Untuk soalan kerja kursus kali ini, kami semua dikehendaki untuk membuat kertas kerja mengenai kejohanan sukantara sekolah. Kami dikehendaki untuk merangka satu kertas kerja yang berkaitan dengan kejohanan tersebut dengan mengikut format yang betul. Oleh itu, kami telah mencari format kertas kerja tersebut di internet dan telah berjaya mencarinya.Dengan bantuan bahan rujukan tersebut di internet , kami berjaya menyiapkan kertas kerja dengan mudah dan mengikut format yang betul. Selain itu, maklumat mengenai peraturan dan sistem pertandingan lompat jauh terutamanya lompat jauh berdiri dan lari 60 meter tidak banyak di internet. Resolusinya, kami juga merujuk bahan daripada buku untuk mendapatkan maklumat mengenainya dengan lebih banyak dan terperinci. Kami juga bertukar-tukar maklumat dengan rakanrakan yang lain dan mendapatkan kefahaman daripada rakan-rakan dan pensyarah untuk mendapat lebih banyak maklumat yang berkaitan. Di samping itu juga, berkenaan dengan pengumpulan maklumat mengenai kertas kerja olahraga ini, kami telah menjumpai sumber rujukan yang agak bersamaan di internet.Tetapi masalahnya terdapat banyak bahan rujukan tetapi format setiap kertas kerja itu tidak sama dan berbeza.Ini agak menyukarkan saya dan rakan-rakan untuk

13

memilih mengikut format yang betul-betul dan tepat untuk membuat kertas kerja.Akhirnya, kami telah memutuskan untuk mengikut format daripada SK Batang Kali. Oleh yang demikian, setelah maklumat dikumpul dan di satukan, maka terhasillah kertas kerja olahraga ini dan semoga kertas kerja dalam kerja kursus ini dapat memberi serba sedikit panduan dan perintis untuk membuat kertas kerja yang sebenar semasa berada di sekolah nanti.Saya berharap agar kertas kerja ini diterima dan membuka minda kami mengenai bidang sukan ini.

REFLEKSI
NAMA : ZATIL AQMAR BINTI ZAKARIA NO IC : 911125-03-5512 Alhamdulillah dengan izin dan rahmat-NYA akhirnya saya dapat menyiapkan Kerja Kursus Pendek yang diberikan dalam tempoh yang ditetapkan. Pada semester ini, saya diamanahkan untuk menyediakan kerja kursus bagi mata pelajaran Budaya dan Pembelajaran. Kerja kursus ini merangkumi penulisan akademik tentang pengaruh dan kesan adat resam dalam kehidupan seharian masyarakat. Saya telah memilih adat resam perkahwinan kaum melayu. Selain itu, tugasan ini juga mengandungi ulasan jurnal akademik secara analitikal.

14

Tidak dinafikan pada peringkat awal, saya menghadapi pelbagai kesulitan dan cabaran untuk menyiapkan kerja kursus ini. Pada peringkat awalnya saya telah mengalami kesulitan untuk memahami kehendak soalan bagi kerja kursus ini memandangkan saya kurang pengalaman dalam menyediakan kertas kerja. Selain itu, memandangkan ini adalah kali pertama saya melakukan tugasan yang berkaitan dengan penyediaan kertas kerja, jadi kefahaman saya tentang hal ini agak kabur. Namun, Alhamdulillah dengan pertolongan dan tunjuk ajar daripada pensyarah saya iaitu Encik Sulizi dan rakan-rakan sekelas, saya dapat mengatasi masalah-masalah yang timbul sepanjang melaksanakan tugas ini. Bagi saya inilah peluang untuk saya meningkatkan pengetahuan saya dalam menyediakan kertas kerja ini. Berdasarkan semua perkara yang telah saya lakukan untuk menghasilkan tugasan ini, saya mulai sedar betapa pentingnya dan perlu bagi saya untuk memperluaskan lagi ilmu pengetahuan dalam bidang-bidang yang belum pernah saya terokai. Selain itu, setelah mengkaji dan bertanya kepada rakan-rakan berkaitan dengan format penulisan kertas kerja ini, saya dapat mengetahui dengan lebih mendalam dan tentang selok belok untuk menghasilkannya. Selain itu, saya berpeluang untuk bekerjasama dengan dua orang rakan dalam menyiapkan kerja kursus ini. Saya dapat mengutip banyak maklumat yang dikongsikan daripada mereka dan berguna bagi menyempurnakan tugasan ini. Saya merasakan ianya wajar dititikberatkan oleh saya selaku bakal guru dalam usaha untuk menjadi seorang guru yang serba boleh. Selain itu, selepas melakukan tugasan ini, saya lebih memahami dan mendalami tentang peraturan-peraturan bagi acara padang dan balapan seperti larian pecut, lontar peluru, lompat jauh dan lompat jauh berdiri dengan lebih terperinci. Sebelum ini secara jujurnya saya tidak mengambil berat mengenai hal ini kerana merasakan ianya tidak ada kaitan dengan diri saya. Tetapi kini saya merasakan saya perlu untuk mendalaminya kerana sebagai seorang guru, kita perlu meluaskan ilmu pengetahuan samada ianya adalah dalam bidang yang kita pelajari ataupun tidak supaya dapat disampaikan kepada generasi-generasi yang akan datang. Sebagai kesimpulannya, saya merasa berbesar hati kerana dapat menyiapkan kerja kursus ini. Walaupun terpaksa menghadapi pelbagai kesukaran dan kepayahan dalam melaksanakanya, namun saya percaya ia telah meninggalkan ilmu pengetahuan yang tidak ternilai dan pengalaman yang berguna untuk saya.

15

Sekian, terima kasih.

16