Anda di halaman 1dari 10

JALA ITIK

Disediakan oleh : Lam Pui Yee 2 PISMP RBT 2

PENGENALAN
Permainan ini bertujuan menentukan pasukan mana yang mempunyai bilangan ahli yang paling ramai. Tiada peralatan yang diperlukan. Memerlukan sebuah lagu yang menarik dinyanyikan untuk mengiringi setiap langkah permainan.

Cara Bermain
Permainan ini menjadi kegemaran kanakkanak lelaki dan perempuan. Malah mereka bermain bersama-sama. Dua orang pemain dilantik sebagai ketua dan mereka dikehendaki mencari ahli kumpulan masing-masing.

Setiap ketua memilih nama samaran masingmasing. Hanya mereka berdua sahaja yang mengetahuinya. Kedua-dua ketua berdiri secara berhadapan sambil memegang tangan masing-masing dan diangkat sedikit ke atas.

Sambil mendendangkan nyanyian, kanakkanak berjalan di bawah tangan kedua ketua tersebut. Pemain yang ditangkap dikehendaki memilih nama samaran. Jika pemain memilih nama samaran ketua pertama, maka pemain ini menjadi ahli kumpulannya.

Setelah setiap kumpulan mempunyai ahli masing-masing, kemudian melakukan adu kekuatan. Kumpulan yang berjaya menarik masuk kumpulan lawan ke kawasannya dianggap sebagai pemenang.

FIZIKAL
-- Kanak kanak menjadi lebih ekstrovet dan lebih suka kepada aktiviti luar bilik darjah ini selain dapat dimainkan dalam bilik darjah. -- Fizikal kanak-kanak lebih kuat dan aktif serta bertindak cepat.

Sosioemosi
Kanak-kanak dapat mengawal emosi yang bercampur baur. --misalnya : gembira, sedih, marah dan sbg. Kanak-kanak yang mental terganggu sewaktu proses P&P dapat ditangani melalui permainan ini.

Intelek
Apabila keupayaan fizikal kanakkanak meningkat maka intelek mereka akan juga dapat berfungsi dengan lebih elok. Lagu yang didendang turut memberi impak terhadap perkembangan intelek kanakkanak.