Anda di halaman 1dari 33

KUPASAN KAJIAN NOVEL TINGKATAN 4

NAMA: MUHAMMAD IQBAL BIN IDRIS KELAS: 4 NO KAD PENGENALAN: 971108-38-5531

ISI KANDUNGAN

BIL
1 2 3 4 5 6 7 8

PERKARA
SINOPSIS TEMA DAN PERSOALAN WATAK DAN PERWATAKAN PLOT LATAR GAYA BAHASA NILAI PENGAJARAN

MUKA SURAT

SINOPSIS
1. Takut: Ketika rakan-rakannya menumpukan perhatian terhadap pembelajaran Kimia, Azfa Hanani diburu rasa takut sekiranya namanya dipanggil pengetua kerana mencuri buku dari perpustakaan. Padanya, dia bukan bertujuan untuk mencuri sebaliknya hanya "meminjam" untuk mengulang kaji pelajaran kerana tidak mampu untuk membeli buku rujukan tersebut. Dia takut dibuang sekolah kerana perbuatannya mencuri, sekali gus namanya akan tercemar. Semua terjadi disebabkan kemiskinan keluarga pak long yang memeliharanya sejakkedua-dua ibu dan bapanya meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya. Diasemakin takut apabila pengetua mahu menemuinya. 2. Siapa Mereka?: Di bilik pengetua, terdapat tetamu yang begitu asing baginya, iaitu Tengku Mazran, Syafinaz dan Syarifah Rozan. Mereka memberitahu dirinya kembar seiras Tengku Murni, seorang remaja yang meninggal dunia dalam suatu kemalangan empat bulan lalu. Tengku Mazran dan Syafinaz memberitahu bahawa dia berkunjung ke rumah Syarifah Rozan semalam dan ternampak gambarnya dalam album. Gambarnya seiras wajah adiknya, Tengku Murni. Azfa Hanani ditawarkan menjadi anak emas keluarga kaya dan menyamar sebagai Tengku Murni kerana wajah mereka seiras, umpama kembar. Datin Maziah tidak dapat menerima hakikat bahawa anak gadis tunggalnya telah meninggal dunia. Dia menuduh anak-anak lelakinya telah melarikan Tengku Murni. Oleh sebab itu, mereka bercadang untuk mengambil Azfa Hanani menggantikan Tengku Murni bagi menenangkan hati Datin Maziah. Azfa Hanani agak risau untuk menerima tawaran itu walaupun dijanjikan dengan pelbagai kemewahan. Namun begitu, dia akan mencuba jika diizinkan oleh pak longdan mak longnya.

3. Kerana Terdesak: Tengku Mazran dan Syafinaz yang ditemani oleh Abang Norman dan Pak Haji Arshad tiba di rumah pak long untuk berbincang dengan pak long dan mak long. Pak Haji Arshad menjadi orang tengah dalam perbincangan itu. Tengku Mazran menceritakan kemalangan yang menimpa adiknya, Tengku Murni. Menurut Tengku Mazran, apabila ibunya, Datin Maziah tersedar daripada koma, yang ditanya ialah Tengku Murni. Puas mereka berdalih dengan mengatakan Tengku Murni mengikuti program pertukaran pelajar di Jepun. Dia tidak mampu berterusan menipu dan tidak mahu ibunya menghadapi tekanan jiwa. Tengku Mazran meminta keizinan pak long dan mak long untuk membawa Azfa Hanani ke Kuala Lumpur. Sebagai balasan, sekiranya Azfa Hanani mahu menggantikan tempat "Tengku Murni", kos perubatan anak pak longnya, Zuraini yang hampir lumpuh akan ditanggung. Azfa Hanani berfikir, sekiranya dia masih kekal di Sekolah Menengah Sri Dian, dia akan dibuang sekolah kerana mencuri buku di perpustakaan. Selain itu, bila-bila masa sahaja pak longnya akan memberhentikan persekolahannya kerana kesempitan hidup. Setelah memikirkan masalah dirinya dan penyakit Zuraini boleh disembuhkan, akhirnya dia menerima tawaran Tengku Mazran 4. Seawal Kehadiran: Di Hotel Universe, Tengku Mazran dan isterinya, Syafinaz mengajar cara-cara bertutur, makan dan bergaul dengan Datin Maziah. Apabila tiba di banglo yang dimaksudkan, dia dibawa ke bilik Tengku Murni ketika hayatnya dahulu. Tengku Mazran dan Syafinaz memujuk Azfa Hanani akan sikap kasar Tengku Muzaffar yang mengungkapkan katakata menyakitkan hatinya. Azfa Hanani kemudian berehat di dalam bilik itu. Ketika itu, dia teringat akan kata-kata Nordin sebelum dia bertolak ke sini, bahawa bukan dia yang dituduh mencuri buku, sebaliknya yang mencari beberapa orang pelajar

lelaki. Apabila Datin Maziah sudah terjaga daripada tidur, Azfa Hanani dibawa bertemu. Dia mengikut arahan seperti yang diajar oleh Tengku Mazran dan Syafinaz. 5. Sebagai Murid Baharu: Azfa Hanani dihantar belajar di Sekolah Menengah Taman Sari. Di sekolah itu, dia berkenalan dengan saudara dua pupu Tengku Murni, iaitu Tengku Ellina. Dia juga berkenalan dengan rakan-rakan Tengku Murni yang lain seperti Adriani, Ekran, selain 'musuh' Tengku Murni, iaitu Laili, Syafikah, dan Fauziana yang dipanggil Budak Glamor. Tengku Ellina menyatakan kehairanannya kerana sehingga kini kadpengenalan, kad ATM dan dompet Tengku Murni belum ditemukan lagi. 6. Imbalan Budi: Sekembalinya Azfa Hanani dari sekolah, dia telah disambut oleh Datin Maziah. Dia makan bersama-sama dengan Datin Maziah dan Kak Finaz. Dia kekok makan menggunakan sudu dan garpu. Azfa Hanani bertanyakan tentang dompet Tengku Murni yang hilang itu kepada KakFinaz. Kak Finaz menyatakan mungkin dompet itu telah diambil orang. Azfa Hananibimbang rahsianya terbongkar. Kak Finaz meyakinkannya bahawa mayat yang dikebumikan itu memang mayat Tengku Murni. Di dalam bilik, Azfa Hanani menemukan diari Tengku Murni dan dibaca diari itu untuk mengetahui peribadi Tengku Murni. Tengku Datuk Makmur datang menemui Azfa Hanani di biliknya.Dia akan membayar RM500 sebulan kepada Azfa Hanani sebagai upah kerana menyamar sebagai Tengku Murni. Azfa Hanani tidak menyangka budinya akan dibalas dengan wang ringgit. Namun dia terpaksa menerima wang itu demi membantu pak long di kampung. 7. Kerenah Laili: Azfa Hanani ke sekolah untuk menghadiri majlis perjumpaan pelajar tingkatan 5 bagi membincangkan projek Hari Sumbangsih. Program yang diatur meliputi pasar ria, kejohanan sukan terbuka, dan pameran. Pada tahun lalu program tersebut telah Berjaya mengumpul wang sebanyak RM 16 ribu. Laili tidak berpuas hati dan mendakwa kononnya terdapat ketidakadilan dalam pengagihan slot.

Dia tidak berpuas hati kerana tidak diberikan slot mengendalikan Malam Bakat Sumbangsih. Laili turut mempertikaikan kejujuran dan keikhlasan jawatankuasa yang terlibat. Dakwaan Laili dibantah oleh Ekran dengan menjelaskan bahawa agihan slot dibuat melalui undian. Setiap ketua tingkatan mengambil bahagian dalam undian tersebut dan seharusnya soal ketidakadilan tidak sepatutnya ditimbulkan. 8. Tertanya-tanya: Azfa Hanani tertanya-tanya mengapa dia tidak dapat berbual panjang dengan Ekran. Lidahnya menjadi kelu kala berhadapan dengan Ekran. Dia juga tertanya-tanya mengapa Ekran menjual burger berhampiran dengan Plaza Cahaya sedangkan gayanya tidak membayangkan kesusahan hidupnya. Di perpustakaan, Fauziana dan Syafikah menawarkan Azfa Hanani sebagai pengacara Malam Bakat Sumbangsih kerana suaranya sesuai. Azfa Hanani tahu bahawa majlis itu diuruskan oleh pelajar Tingkatan 5 Sastera II, jadi dia menganggap tidak perlu masuk campur. Azfa Hanani menolak dengan baik kerana menyedari niat mereka tidak ikhlas. Penolakannya itu membuatkan mereka begitu marah. 9. Ekran: Azfa Hanani mengikuti kelas bahasa Inggeris dan bahasa Jepun di Institut Lingua Franca. Dia pergi ke Institut untuk meminjam beberapa buah buku. Sebenarnya dia cuma beralasan untuk keluar rumah. Hasrat hatinya adalah untuk menemui Ekran. Ketika berada di tempat tersebut, Iskandar mahu menghantarnya pulang dengan menaiki motorsikal. Azfa Hanani menolak kerana dia tidak mengenali lelaki itu. Azfa Hanani berpeluang bertemu Ekran yang menjual burger pada hari itu.Ekran menjelaskan minatnya untuk menjadi akauntan. 10. Meluah Rasa: Azfa Hanani meluahkan perasaannya kepada Ekran dan menjelaskan bahawa dia bukan Tengku Murni. Dia hanya seorang budak kampung yang hidup dalam serba kekurangan. Dia bukan anak manja Tengku Datuk Makmur dan Datin Maziah. Azfa Hanani hanya menyamar sebagai Tengku Murni untuk memenuhi janjinya kepada

Abang Mazran dan Kak Finaz. Dia juga menerima tawaran mereka kerana tidak mahu keciciran dalam pelajaran. Selain itu dia ingin membalas budi pak long dan mak longnya. Abang Mazran dan Kak Finaz telah berjanji untuk menanggung segala kos rawatan Zuraini yang lumpuh. 11. Bukan Dirancang: Azfa Hanani tidak merancang untuk ke rumah Tengku Ellina. Tengku Ellina mengajaknya ke rumah kerana pasukan Forum Remaja Sekolah Menengah Taman Sari akan mengadakan sesi perbincangan dan latihan. Datin Maziah memberikan persetujuan akan hasrat Azfa Hanani ke rumah rakannya, Tengku Ellina. Azfa Hanani berasa bersalah kerana berbohong kepada Datin Maziah. Datin Maziah mengingatkan Azfa Hanani agar memberikan fokus terhadap SPM supaya memperoleh keputusan cemerlang seperti "abang-abangnya". Tengku Muzaffar menghantar Azfa Hanani dengan menaiki motosikal berkuasa tinggi. Setibanya di rumah Tengku Ellina, rakan-rakannya telah sedia menunggu. Tengku Ellina meminta Azfa Hanani menggantikan tempatnya sebentar sebagai

Pengerusi Forum Remaja,sementara dia mengendalikan mesyuarat sekretariat pameran luar untuk Hari Sumbangsih. Setelah ahli-ahli pasukan Forum Remaja melihat kepetahan dan kelancaran Azfa Hanani sebagai pengerusi, mereka memutuskan bahawa Azfa Hanani akan kekal mempengerusikan Forum Remaja. 12. Melulu: Pertandingan Forum Remaja yang akan diadakan di dewan besar sekolah bakal berlangsung sebentar lagi. Azfa Hanani membuat persiapan; memakai tali leher dan menghafal skrip. Azfa Hanani mendapat khabar gerai burger Ekran telah dibakar orang menyebabkan dia bergegas ke bilik persatuan untuk mendapatkan penjelasan daripada Ekran. Ekran tidak ditemui sebaliknya dia bertemu dengan Laili yang tidak berpuas hati akan sikapnya menarik diri sebagai pengacara Malam Bakat Sumbangsih. Kata-kata

menghina yang diucapkan Laili telah menggetarkan perasaan Azfa Hanani sebelum melangkah ke pertandingan Forum Remaja.

13. Hadiah Bererti: Pasukan yang disertai oleh Azfa Hanani dalam pertandingan Forum Remaja telah Berjaya menjadi johan dan Azfa Hanani diumumkan sebagai Pengerusi Forum Terbaik. Ramai yang memuji suara Azfa Hanani amat lunak dan sesuai menjadi pengacara televisyen. Seterusnya, Datin Maziah telah mengadakan majlis ulang tahun yang ke-17 untuk Tengku Murni. Azfa Hanani, walaupun mengambil peranan sebagai Tengku Murni, tetapi berasa terharu kerana diraikan dalam majlis yang begitu meriah. Ekran datang lewat dan hanya menyerahkan hadiah melalui pintu pagar rumah. Azfa Hanani meluahkan perasaan rindunya terhadap pak long sekeluarga di kampung kepada Abang Mazran. Abang Mazran berjanji akan membawa Azfa Hanani pulang bertemu dengan keluarganya di kampung. Abang Mazran juga meminjamkan telefon bimbitnya kepada Azfa Hanani agar dia dapat menghubungi kawan-kawannya di kampung. 14. Misteri Yang Tersimpan: Azfa Hanani memanfaatkan sepenuhnya peluang yang diberikan oleh Abang Mazran untuk menghubungi rakan-rakannya di kampung. Azfa Hanani mengimbau

perbualannya dengan rakan-rakan sekampungnya, Falina dan Aini. Kak Finaz memberitahu Azfa Hanani bahawa Abang Mazran bersetuju untuk memasang talian telefon di rumah pak long. Abang Mazran juga akan membelikan Azfa Hanani telefon bimbit yang baharu. Azfa Hanani membuka hadiah yang diberikan oleh Ekran. Azfa Hanani terkejut apabila mendapati hadiah itu berupa dompet milik arwah Tengku Murni dan di dalamnya terdapat sejumlah wang, beberapa keping kad, dan sehelai kertas catatan.

15 Kunjungan Mengejut: Azfa Hanani menyuarakan hasratnya kepada Kak Finaz untuk menyambut kepulangan pak long dan Zuraini daripada menjalani rawatan di Indonesia. Kak Finaz berjanji untuk membawa Azfa Hanani pulang ke kampung semasa cuti semester pertama nanti. Sekembalinya daripada mengikuti kelas bahasa di Institut Lingua Franca, Azfa Hanani terkejut melihat pak long dan Zuraini berada di rumah Datin Maziah. Kerinduan Azfa Hanani terubat kerana dapat berbual-bual dengan pak long dan Zuraini. Menurut Zuraini, Tengku Datuk Makmur seakan-akan sudah mengenali keluarga mereka sebelum ini. 16. Hari Sumbangsih: Hari ini berlangsungnya Hari Sumbangsih di Sekolah Menengah Taman Sari. Sambutan Hari Sumbangsih pada tahun ini lebih meriah. Ekran yang menjadi pengerusi persatuan pelajar tingkatan lima sibuk mengendalikan program sempena Hari Sumbangsih. Ada khabar angin yang mengatakan bahawa MalamBakat Sumbangsih akan dipulaukan oleh pelajar yang tidak berpuas hati. Azfa Hanani mengambil kesempatan untuk berjumpa dengan Ekran di bilik persatuan. Azfa Hanani mendesak Ekran untuk berterus-terang tentang punca dia menjauhkan diri daripadanya. Akhirnya Ekran membuat pengakuan yang mengejutkan. Ekran mengakui mempunyai hubungan istimewa dengan Tengku Murni. Namun hubungan itu terpaksa diputuskan atas sebab-sebab tertentu. Pada pertemuan terakhir sebelum kemalangan itu, dompet Tengku Murni tertinggal dan dia menyimpan dompet tersebut. 17. Terusir: Azfa Hanani masih lagi tertanya-tanya tentang hubungan antara Ekran dengan Tengku Murni. Azfa Hanani membuat tekaan bahawa Datin Maziahlah punca hubungan Tengku Murni dengan Ekran terputus. Dengan menggunakan teknik yang tertentu, Azfa Hanani berjaya membaca rahsia yang terkandung di dalam diari Tengku Murni.

Azfa Hanani lantas bersemuka dengan Tengku Muzaffar untuk mendapatkankepastian. Tengku Muzaffarlah rupa-rupanya yang menjadi dalang yang merosakkan hubungan yang terjalin antara Tengku Murni dengan Ekran. Tengku Muzaffar memberitahu bahawa dia menghalang hubungan antara Tengku Murni dengan Ekran kerana ingin menjaga nama baik keluarga disebabkan Ekran daripada keluarga miskin. Azfa Hanani berasa terhina kerana dirinya juga daripada keluarga Miskin. Azfa Hanani tidak berpuas hati kerana kini Tengku Muzaffar melarangnya berkawan dengan Ekran pula. Akhirnya berlakulah pertengkaran antara mereka dan didengari pula oleh Datin Maziah. Datin Maziah amat marah apabila mendapati Azfa Hanani selama ini menyamar sebagai Tengku Murni. Azfa Hanani ditampar, kemudian dihalau keluar dari rumah itu. 18 Hakikat: Azfa Hanani mahu terus pulang ke kampung, tetapi Tengku Muzaffar meletakkan Azfa Hanani di rumah Tengku Ellina. Akhirnya, Azfa Hanani dapat kembali tinggal di rumah pak longnya di Kampung Merpati. Namun, pak long dan mak longnya masih belum mengetahui bahawa Azfa Hanani sebenarnya telah diusir keluar dari rumah Datin Maziah. Sebelum ini, Abang Mazran dan Kak Finaz berjanji untuk memujuk Datin Maziah untuk menerima Azfa Hanani kembali. Namun, Azfa Hanani telah membuat keputusan untuk terus tinggal di kampung. Azfa Hanani terkejut apabila keluarga Tengku Datuk Makmur datang mencarinya di kampung. Akhirnya terbongkar rahsia apabila Tengku Datuk Makmur menceritakan bahawa dialah yang telah melanggar teksi yang dinaiki oleh Azfa Hanani sekeluarga sehingga mengakibatkan kematian ibu dan bapa Azfa Hanani. Datin Maziah tidak sampai hati apabila melihat Azfa Hanani yang ketika itu masih bayi menangis kelaparan lalu menyusuinya. Selama 16 tahun, Tengku Datuk Makmur berusaha untuk menjejaki Azfa Hanani. Pencariannya berhasil setelah berbual-bual dengan pak long yang kebetulan berkunjung ke rumahnya sekembalinya dar ipada menemani anaknya, Zuraini yang mendapatkan rawatan di Indonesia.

19. Segala-galanya Berakhir: Azfa Hanani kembali tinggal di banglo Tengku Datuk Makmur dan Datin Maziah. Kali ini dia mahu dikenali dengan identiti sebenar, bukan sebagai Tengku Murni lagi. Tengku Muzaffar pula semakin mendekatkan diri dengan agama. Aktiviti Hari Sumbangsih telah berjaya mengumpul sebanyak RM16,655.00. Syafikah dan Fauzana bersikap baik terhadap Azfa Hanani. Motosikal yang ditunggang oleh Iskandar terlibat dalam kemalangan jalan raya dan Iskandar telah terbunuh. Manakala Laili yang membonceng motosikal tersebut telah cedera parah dan kini di wad ICU. Pasukan yang menyertai Forum Remaja telah menjadi johan peringkat negeri dan Azfa Hanani telah diumumkan sebagai Pengerusi Forum Terbaik. Pada suatu hari, Azfa Hanani menaiki teksi ke rumah Ekran. Ketika Azfa Hanani tiba, dia melihat Tengku Muzaffar sedang membantu Ekran menyiapkan sebuah gerai. Akhirnya Azfa Hanani mengetahui kedudukan perkara yang sebenar iaitu, Tengku Muzaffarlah yang membakar gerai burger Ekran. Sementara itu, Ekran bukanlah daripada keluarga yang susah. Ayah dan ibuny bekerja sebagai pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia yang kini sedang melanjutkan pelajaran di peringkat doktor falsafah di Amerika Syarikat. Adik-adik perempuannya ikut serta manakala adik lelakinya menuntut di sebuah sekolah berasrama penuh. Dia selesa tinggal dengan datuk dan neneknya

TEMA
Novel ini bertemakan pengorbanan dan kemuliaan hati seorang gadis dalam menghadapi desakan hidup. Contohnya, Azfa Hanani sanggup menyamar sebagai Tengku Murni kerana tidak mahu membebankan pak long yang terpaksa menanggung pembelajarannya. Dengan menyamar sebagai Tengku Murni, dia juga dapat membantu mendapatkan kos rawatan untuk Zuraini yang lumpuh. Selain itu, penyamaran Azfa Hanani sebagai Tengku Murni juga dapat membuatkan Datin Maziah kembali pulih daripada menghadapi tekanan perasaan kerana Datin Maziah tidak dapat menerima hakikat bahawa anak perempuan tunggalnya telah terbunuh dalam satu kemalangan jalan raya.

PERSOALAN
1. Pengorbanan dalam menempuh kehidupan a. Azfa Hanani sanggup menerima tawaran Abang Mazran dan Kak Finaz bagi menggantikan tempat Tengku Murni.Kesanggupannya itu juga membolehkan

sepupunya mendapat rawatan penyakit lumpuhnya sebagai balasan. b. Azfa Hanani berkorban dengan meninggalkan rakan-rakannya dan keluarga di kampung. c. Azfa Hanani sanggup mengorbankan perasaannya yang tidak selesa tinggal di rumah Datin Maziah. Hal yang demikian kerana Azfa Hanani dapat merasakan bahawa Tengku Muzaffar dan Tengku Datuk Makmur seakan-akan tidak menyukai

kehadirannya di rumah itu.

2. Berani mengambil risiko a. Azfa Hanani seorang gadis yang baru berusia 17 tahun tetapi berani mengambil risiko dengan menyamar sebagai Tengku Murni. b. Azfa Hanani berani mencuba suasana yang baharu, iaitu di rumah baharu, sekolah baharu dan kawan-kawan yang baharu. 3. Kegigihan dan tidak berputus asa dalam menjalani kehidupan seharian a. Azfa Hanani yang berasal daripada keluarga miskin tetap gigih belajar dengan tujuan untuk membaiki masa depan keluarga dan hidupnya. b. Selepas dihalau oleh Datin Maziah dan kembali tinggal di kampung, Azfa Hanani masih bersikap optimis dan tidak berputus asa. 4. Sikap manusia yang mementingkan darjat atau pangkat a. Datuk Tengku Makmur menganggap Azfa Hanani sanggup untuk menyamar kerana tamakkan harta. b. Tengku Muzaffar tidak membenarkan arwah adiknya berkawan dengan Ekran kerana Ekran berasal dari keluarga yang susah. c. Sikap Laili yang sombong dan angkuh kerana berasal daripada keluarga yang kaya. 5. Berpegang kepada janji a.Datuk Tengku Makmur tetap menunaikan janjinya untuk membayar upah kepada Azfa Hanani kerana menyamar sebagai Murni. b.Tengku Mazran menunaikan janjinya dengan membiayai kos rawatan Zuraini. c. Datuk Tengku Makmur dan Datin Maziah berpegang kepada janji mereka 16 tahun yang lalu untuk menjaga Azfa Hanani dengan penuh kasih sayang sebagai menebus kesalahan mereka.

WATAK
Jenis Watak 1. Watak utama / watak protagonis - Watak utama memainkan peranan penting dalam sesebuah karya -Watak utama muncul dalam sebahagian besar peristiwa penting sesebuah novel -Watak utama dalam novel ini ialah Azfa Hanani. 2. Watak sampingan - Watak sampingan menyokong tindak-tanduk watak utama untuk melengkapkan cerita - Kemunculan watak sampingan tidak sekerap watak utama - Antara watak sampingan dalam novel ini ialah Tengku Mazran, Kak Syafinaz, Datin Maziah, Tengku Datuk Makmur, Tengku Ellina, Tengku Muzaffar dan Ekran. 3. Watak Antagonis - Watak antagonis sentiasa menimbulkan konflik dengan watak utama. - Watak antagonis dalam novel ini ialah Laili yang memusuhi Azfa Hanani. 4. Watak Bulat / Watak Bundar - Watak ini merupakan watak utama yang menepati sifat manusia dalam kehidupan sehari-hari. - Dalam novel ini, Azfa Hanani merupakan watak Bundar,

- Azfa Hanani memiliki sifat-sifat yang ada pada manusia biasa. Misalnya, dia berasa takut/malu jika tindakannya sering meminjam buku-buku rujukan SPM dari perpustakaan akan diketahui orang. - Azfa Hanani juga berasa tersinggung apabila dihina. Contohnya, tindakan Datuk Tengku Makmur mencampakkan wang upah penyamarannya itu ke atas kat il telah menyinggung perasaan Azfa Hanani. 5. Watak Pipih - Watak ini merupakan watak sampingan yang hanya dipusatkan pada suatu aspek sifat atau fikirannya. - Watak ini tidak kompleks dan tidak berkembang. - Antara watak pipih dalam novel ini ialah Tengku Ellina yang merupakan saudara dua pupu Tengku Murni dan menolong Azfa Hanani menyesuaikan diri di Sekolah Menengah Taman Sari. 6. Watak Dinamik - Watak dinamik berubah, sama ada dari segi psikologi atau dari segi aksi-aksi yang berlaku dalam plot. - Perubahan yang berlaku mungkin daripada kurang baik menjadi yang baik atau sebaliknya. - Contoh watak dinamik dalam novel ini ialah Tengku Muzaffar. Dia pada mulanya sering menunjukkan sikap syak wasangka terhadap Azfa Hanani. Dia juga memandang rendah terhadap orang yang kurang berada. Namun akhirnya, dia telah berubah dan insaf atas perbuatannya terhadap Azfa Hanani. Tengku Muzaffar mula berjinak-jinak dengan masjid dan mengikuti pengajian agama di situ. 7. Watak Statik - Watak statik tidak mengalami sebarang perubahan tingkah laku atau fikiran dari awal hingga ke akhir cerita.

- Contoh watak statik dalam novel ini ialah Kak Finaz (Syafinaz)

Watak dan Perwatakan


Watak Utama Azfa Hanani

-dua orang tuanya. Madi dan Mak Long Diah dalam serba kekurangan.

up menyamar sebagai Tengku Murni supaya Datin Maziah pulih daripada masalah tekanan perasaan.

Watak Sampingan Datin Maziah

Tengku Mazran,Tengku Muzaffar, dan Tengku Murni.

Murni.

ngan seorang gadis muda. Tengku Murni

a disenangi oleh rakan-rakannya.

Tengku Muzaffar.

Tengku Muzaffar

undang

Makmur

Datin Maziah dan seorang wanita muda

Seorang yang berpegang pada janji kerana menerima semula Azfa Hanani setelah mengetahui identiti sebenarnya

PLOT
Plot ialah jalan cerita iaitu rentetan peristiwa yang ada sebab dan akibat. Plot novel ini disusun secara kronologi iaitu mengikut urutan masa. Permulaan cerita Eksposisi. Pembaca diperkenalkan dengan watak Azfa Hanani yang berasa takut setelah mengetahui bahawa orang yang selalu mencuri buku rujukan di perpustakaan telah dikenal pasti dan akanditangkap. Azfa Hanani berkenalan dengan Tengku Mazran dan Kak Finaz yang memintanya menyamar sebagai Tengku Murni kerana muka mereka seiras.

Perkembangan. Azfa Hanani diajar cara bertutur, makan dan bergaul seperti Tengku Murni dan kemudiannya dihantar ke Sekolah Menengah Taman Sari untuk bersekolah. Azfa Hanani belajar menyesuaikan diri menjalani kehidupan mewah sebagai Tengku Murni. Di sekolah dia mengalami konflik kerana kadang-kadang dia menjadi Azfa Hanani dan TengkuMurni. Kumpulan Budak Glamor benci akan Azfa Hanani kerana sebelum ini mereka tidak sependapat dengan Murni. Azfa Hanani diminta menjadi pengerusi forum

menggantikanEllina. Dia berjaya menjalankan tugas itu dengan baik dan muncul sebagai pengerusi terbaik. Tengku Muzaffar yang pada mulanya membenci Azfa Hanani kini mula menunjukkan perasaan sayang seperti seorang adik setelah sering mendengar Azfa Hanani membaca surah Yasin.

Berdasarkan diari Tengku Murni, Azfa Hanani mengetahui bahawa Tengku Muzaffarlah menjadi punca putusnya hubungan antara Murni dan Ekran. Klimaks/Puncak Cerita Azfa Hanani bertengkar dengan Tengku Muzaffar kerana sikap Tengku Muzaffar yang membenci, menghina dan menghalang Azfa Hanani daripada berkawan dengan Ekran. Pertengkaran mereka didengar oleh Datin Maziah dan rahsia penyamarannya terbongkar. Datin Maziah begitu marah kerana berasa tertipu lalu menampar dan menghalau Azfa Hanani dari rumah. Peleraian Cerita Penyakit lumpuh Zuraini telah sembuh setelah menjalani rawatan di Jakarta. Datuk Tengku Makmur menemui orang yang dicari selama ini dan mengakui bahawa dialah yang melanggar teksi yang dinaiki oleh ibu bapa Azfa Hanani sehingga mereka terbunuh. Akhirnya Azfa Hanani diterima sebagai anggota keluarga mereka dan kembali ke banglo Datin Maziah. Syafinaz menyambung kerjayanya sebagai arkitek. Iskandar terbunuh dalam kemalangan jalan raya dan Laili cedera parah. Program Hari Sumbangsih berjaya mengumpul dana melebihi sasaran yang ditetapkan. Pasukan Forum Remaja Azfa Hanani menjadi johan peringkat negeri dan dia diumumkan sebagai pengerusi terbaik. Kumpulan budak glamor dibubarkan.

Teknik Plot / Teknik Penceritaan


1. Pemerian Pengarang memerihalkan perasaan Azfa Hanani sewaktu mula-mula tiba di rumah Datin Maziah.Contohnya , Begitu, aku terasa seperti berjalan di awang-awangan semasa mula- mula tiba di situ. Banglo itu terlalu besar,berganda ganda kalau mahu dibandingkan dengan teratak buruk yang pernah kuhuni.

2. Dialog Dialog antara Azfa Hanani dengan Ekran.Contohnya, Saya nak Tanya satu pekara lagi. Abang Mus datang ke mari ni ada kaitan dengan gerai burger Ran yang terbakar dulu ke ? Saya tak perlu beritahu,sebenarnya. Setakat saya tahu dan Nani juga tahu, cukuplah, jawab Ekran .

3. Imbas Kembali. Afza Hanani teringat akan pak long, mak long, dan sepupu- sepupunya di kampung.Contohnya Masakan mama memang sedap, Aku menokok bersahaja kerana wajah Zahidin melintas di ruang mata.Dia akan kecur liur kalau sesekali mak long menggoreng ayam.dia akan makan nasi dengan sayur sahaja dahulu agar dapat meratah ayam goreng selepas itu.

4. Suspens. Ketika Syafinaz memberitahu Azfa Hanani bahawa Datin Maziah sudah sedar dan dia mengajak Azfa Hanani turun menemui Datin Maziah. Azfa Hanani berdebar- debar semasa menuruni anak tangga. Pembaca tertanya-tanya tentang apakah reaksi Datin Maziah apabila melihat Azfa Hanani buat kali pertama.

Latar
Latar Tempat Azfa Hanani berasa bimbang setelah mendapat tahu perbuatannya mencuri buku-buku rujukan dari perpustakan telah diketahui dan dia mungkin akan dihukum atas kesalahannya itu.

Tengku Mazran, Kak Finaz, dan Kak Rozan.

Tengku Murni makan, bercakap, dan Iain-lain lagi.

menetap di banglo ini. -pelajar tingkatan lima bagi berbincang tentang projek Hari Sumbangsih.

Latar Masa

Dian dan kemudiannya meneruskan persekolahannya di Sekolah Menengah Taman Sari selepas berpindah ke rumah Datin Maziah. -sungguh membaca dan mengkaji diari Tengku Murni dalam usahanya mendapatkan jawaban siapakah yang menjadi penghalang hubungan antara Ekran dengan Tengku Murni.

lahir Azfa Hanani/Tengku Murni yang ke-17.

hidupannya sebagai pelajar sekolah.

Latar Masyarakat

kelangsungan masa depannya. Contohnya, Azfa Hanani sanggup memenuhi tawaran Abang Mazran bagi membantu sepupunya, Zuraini yang lumpuh mendapatkan rawatan.

Datuk Makmur yang memandang hina terhadap Azfa Hanani kerana berasal dari kampung dan miskin. a, masyarakat pelajar di Sekolah Menengah Sri Dian tempat Azfa Hanani melanjutkan pelajarannya dalam Tingkatan Lima Kenanga.

sedaya

upaya

membantu

sepupu

Azfa

Hanani

mendapatkan

rawatan

bagi

menyembuhkan penyakit lumpuhnya dengan menghantar Zuraini ke Indonesia.

menghadapi tekanan jiwa. Contohnya, Azfa Hanani sanggup menyamar menjadi Tengku Murni supaya Datin Maziah kembali pulih daripada tekanan perasaan sebagai akibat kematian anak perempuan tunggalnya.

Gaya Bahasa
Peribahasa. Contohnya, cempedak menjadi nangka, hidung tinggi, beraja di mata, bersultan di hati, melukut di tepi gantang, rusa masuk kampong, kais pagi makan pagi kais petang makan petang, serkap jarang, panjang tangan dan ke manalah tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi . i Penggunaan bahasa Inggeris. Contoh, problem, special boyfriend, We go straight to the point. Simile. Contohnya, Mereka bagaikan kembar, dia seperti juara semasa perlumbaan motosikal 500 cc dunia, tapak kakiku seperti melekat di lantai simen dan aku umpama peragawati apabila diminta bergaya seperti Murni Sinkope. Contohnya, ku, ni, tu, tak, nak. Metafora. Contohnya pintu ilmu, batas kemelut Penggunaan bahasa Arab. Contohnya Insya Allah , Alhamdulillah

Nilai
1.Nilai pengorbanan. Contohnya, Azfa Hanani sanggup berkorban dengan menerima tawaran Tengku Mazran untuk menyamar sebagai Tengku Murni demi menjaga kebahagiaan semua pihak termasuklah keluarga Pak Longnya dan keluarga Datuk Tengku Makmur. 2.Nilai kegigihan dan tidak mudah berputus asa. Contohnya, walaupun Azfa Hanani berasal daripada keluarga miskin, namun dia tidak menjadikan kemiskinan itu sebagai alasan untuk tidak meneruskan persekolahan. Sebaliknya, dia gigih dan tekun belajar demi masa depannya dan keluarga pak longnya. 3.Nilai kasih sayang. Contohnya, Datin Maziah amat menyayangi Tengku Murni/Azfa Hanani. Dia begitu menyayangi anak gadisnya sehingga tidak membenarkan Azfa Hanani menaiki has ke sekolah kerana bimbang akan keselamatannya. 4.Nilai kerajinan. Contohnya, Ekran menjalankan perniagaan burger pada waktu petang dengan tujuan mencari duit poket bagi perbelanjaan hariannya, selain mempraktikkan segala teori yang telah dipelajarinya di sekolah. 5.Nilai kesyukuran. Contohnya, Azfa Hanani bersyukur kerana sepupunya, Zuraini dapat berjalan semula selepas mendapatkan rawatan di Indonesia dengan bantuan keluarga angkatnya.

Pengajaran
1.Kita hendaklah berkorban demi kebahagiaan orang lain. Contohnya, Azfa Hanani sanggup menerima tawaran Abang Mazran dan Kak Finaz untuk menyamar sebagai Tengku Murni semata-mata kerana tidak mahu Datin Maziah terus tertekan sehingga mengganggu kesihatannya.

2.Kita perlu gigih berusaha dan tidak mudah berputus asa. Contohnya, Azfa Hanani sanggup berulang alik sejauh 30 kilometer semata-mata ingin melanjutkan pelajarannya dalam aliran sains.

3.Kita janganlah bersikap sombong atas kekayaan dan pangkat yang ada. Contohnya, Tengku Muzaffar tidak dapat menerima hubungan adiknya, Tengku Murni dengan Ekran kerana menyangka Ekran berasal daripada keluarga yang miskin. Sebaliknya, Tengku Mazran begitu sederhana sifatnya walaupun berasal daripada keluarga elit.

4.Kita hendaklah bersedia membantu orang yang memerlukan pertolongan. Contohnya, Abang Mazran bersusah payah mendapatkan rawatan bagi Zuraini yang lumpuh, sehingga akhirnya Zuraini dapat berjalan semula.

5.Kita hendaklah sentiasa bersikap sederhana dan merendah diri. Contohnya, Azfa Hanani sentiasa bersederhana dalam segala hal walaupun keluarga angkatnya adalah golongan yang elit dan berada.

6.Kita hendaklah sedar akan asal usul kita. Contohnya, Azfa Hanani tidak pernah melupakan asal usulnya yang datang dari kampung serta berasal daripada sebuah keluarga yang miskin. Dia tidak pernah mengambil kesempatan atas kebaikan Abang Mazran ataupun Datin Maziah.

SINOPSIS

TEMA DAN PERSOALAN

WATAK DAN PERWATAKAN

PLOT

LATAR

GAYA BAHASA

NILAI

PENGAJARAN