Anda di halaman 1dari 23

1. Salam kesejahteraan kepada semua ahli mesyuarat/hadirin yg dihormati. 2.

Berikut akan dibentangkan beberapa maklumat penting berhubung peluasan Sistem pengurusan Sekolah (SPS) sebagai inisiatif KPM dalam usaha meyelesaikan 2 agenda penting dalam persekitaran pendidikan negara iaitu: 1. agenda menangani isu beban tugas guru dan 2. agenda pengintegrasian satu data pendidikan KPM yang dinyatakan seecara langsung PPPM 2013-2025.

1.

2. 3.

4.

Usaha meyediakan sekolah dengan satu sistem pengautomasian prosos-proses operasi harian sekolah bagi tujuan meningkatkan kecekapan pengurusan dan petadbiran sekolah serta keberkesanan proses pembelajaran dan pengajaran telah bermula sejak tahun 1996 apabila Projek Rintis Sekolah Bestari dilaksanakan. Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) yang menjadi ajenda mesyuarat hari ini merupakan kesinambungan usaha ini. SPS disediakan bagi tujuan mewujudkan satu aplikasi pengurusan maklumat di sekolah dan dengan itu membolehkan wujudnya satu pangkalan data yang standard/piawai disemua sekolah. Maklumat ini kemudiannya dapat disalurkan kepeda pihak lain seperti PPD, JPN dan bahagian-bahagian KPM bagi tujuan analisis dan pelaporan. Ini akan menjurus kepada penyediaan satu data KPM yang datang dari hanya satu sumber kemasukan iaiatu SPS. Melalui SPS pengisian data dibuat untuk kegunaan sekolah dan secara tidak langsung dapat disalurkan ke PDD, JPN dan KPN dan ini dapat mengurangkan beban tugas guru mengisi data secara berulang-ulang.

1.

2.
3.

Untuk makluman mesyuarat/hadirin sekelian, SPS merupakan aplikasi yang terdiri daripada 22 modul yang merangkumi semua operasi sekolah sedia ada, seperti pada paparan. Perlu diingatkan kepada mesyuarat/hadirin sekelian bahawa, SPS bukan seperti aplikasi KPM yang lain yang tujuan dan matlamat akhirnya adalah untuk membolehkan KPM membuat analisis, perangkaan dan keputusan. Pengisian data asas sekolah, staf dan murid dalam SPS adalah bagi membolehkan data-data ini digunakan dalam operasi sekolah seperti dalam jadual waktu, kehadiran, aktiviti kurikulum, panitia, kokurikulum dan banyak lagi operasi harian sekolah.

1.

2.
3. 4.

Untuk makluman mesyuarat/hadirin sekelian, isu beban tugas guru melaksanakan tugas-tugas perkeranian dan juga memasukkan data secara berulang memang menjadi perhatian pihak KPM. Selain dari itu, isu data yang tidak tepat kesan dari kemasukan data sama pada aplikasi yang berbeza telah juga menjadi perhatian pihak YAB Menteri Pelajaran. Oleh yang demikian, melalui agenda 1 data KPM dalam PPPM 2013-2025, maka SPS telah dijadikan sebagai single entry point bagi semua data untuk kegunaan KPM. Penggunaan SPS juga telah dilihat sebagai satu penyelesaian kepada beban tugas guru yang perlu memasukkan data yang sama di pelbagai aplikasi yang disediakan oleh bahagian-bahagian KPM, JPN dan juga PPD.

1.

2.
3. 4. 5.

Dengan menggunakan SPS untuk mengisi maklumat sekolah, maklumat staf dan maklumat murid, data-data ini akan di pindahkan kepada pangkalanpangkalan data sepunya KPM. Melalui data sepunya inlah bahagian-bahagian lain di KPM akan mengambil data asas yang diperlukan di peringkat bahagian. Data-data khusus yang lain akan secara berperingkat-peringkat dikutip melalui SPS dan kemudiannya dipindahkan ke pangkalan-pangkalan data bahagianbahagian lain KPM. Mengikut perancangan BPPDP(EPRD) dijangkakan pada semua data SPS akan dipadankan(map) kepada data EMIS ulai Oktober 2013. Bagaimanapun ini hanya akan dapat dilakukan sekiranya data yang dimasukkan dalam SPS tepat dan tidak diragui.

1. 2. 3. 4. 5. 6.

Untuk makluman mesyuarat/hadirin sekelian, pelaksanaan SPS di semua sekolah menjelang penghujung 2013 adalah berasaskan punca-punca kuasa berikut: Keputusan Jawatankuasa Pelaksanaan Bagi Menangani Isu Beban Tugas Guru yang dipengerusikan Tan Sri KPPM (ketika itu Dato Sri) Keputusan Mesyuarat JK Perancangan Pendidikan yang dipengerusikan YAB Menteri Pelajaran Mesyuarat Profesional KPM yang dipengerusikan TKPPM Pembangunan Profesionalisme Keguruan, dan Baru-baru ini, SPS menjadi inisiatif 43C, satu komponen bagi Inisiatif pengintegrasian 1 Data KPM yang di urus dan dikendalikan pihak PADU (Performance Delivery Unit) KPM. Dengan menjadi inisiatif PPPM, SPS kini merupakan agenda KPM yang perlu dilapor pada kadar mingguan kepada Tan Sri KPPM dan Datuk TKPPM.

1. 2. 3. 4.

Berasaskan kepada punca kuasa tersebut, beberapa makluman dan keputusan telah dibuta pengurusan tertinggi KPM iaitu: YAB Menteri pelajaran, dalam ucapan Hari Guru 2012, telah menyetakan secara jelas SPS sebagai aplikasi kemasukan data unggul di sekolah dan akan dilaksanakan di semua sekolah menjelang tahun 2013. Ini beliau nyatakan sekali lagi dalam perutusan tahun baru 2013 yang lalu. Pada Mesyuarat JK Pemandu SPS Bil.1/2013, Tan Sri KPPM telah menjadikan SPS sebagai KPI Pengarah JPN bagi tahun 2013.

1. 2. 3. 4.

Seperti yang telah dinyatakan sebelumnya, SPS merupakan aplikasi yang terdiri daripada 22 modul. Bagaimanapun, penggunaan modul-modul ini adalah bergantung kepada peranan pengguna dalam sistem. Jika dia seorang pentadbir sekolah atau seorang yang diberi tanggungjawab mengurus sekolah, maka kesemua 22 modul SPS adalah dalam capaiannya, seperti paparan pada skrin. Bagaimanapun jika mempunyai peranan-peranan lain, maka skrin capaiannya adalah seperti berikut. sebagai contoh,.

1. Ini adalah skrin atau modul-modul bagi seorang yang diberikan tanggungjawab sebagai GPK Kokurikulum,

1. Manakala ini adalah skrin atau modul yang disediakan untuk seorang Guru Kelas.

10

1. Ini pula adalah skrin atau modul capaian seorang yang diberi peranan sebagai guru disiplin sekolah.

11

1. Tidak ketinggalan, ibu bapa/penjaga juga mempunyai peranan atau modul disediakan bagi membolehkan ibu bapa/penjaga mendapat maklumat berhubung anak/jagaannys yang direkod di dalam SPS, dalam contoh ini murid bernama Muhammad Firdaus bin Mohd Nizam Basiron.

12

1. 2.

Sekiranya dilaksanakan mengikut tertibnya, ini adalah antara faedah-faedah besar yang bakal diperoleh oleh pihak pengguna di sekolah. Dipaparkan faedah penggunaan SPS serta hasil yang dijangkan diperoleh daripada penggunaan SPS

13

1. 2.

3.
4.

5. 6. 7. 8. 9. 10.

Berikut adalah perancangan peluasan SPS ke semua sekolah seluruh negara. Antara bulan Jan-Jun 2013, pihak BTPN akan bekerjasama dengan pihak JPN dan PPD untuk merancang pelaksanaan peluasan SPS di peringkat negeri. Dalam tempoh inilah Pengarah JPN akan menyatakan kesanggupan untuk melaksanakan SPS di negeri kendalian beliau melalui surat yang dihantar kepada Pengarah BTP . Dengan surat inilah pihak BTP akan membuat persediaan dari aspek kemudahan aplikasi SPS untuk kegunaan sekolah di negeri, pendedahan kepada semua peringkat pengurusan pendidikan di peringkat JPN, PPD dan sekolah, pengurusan latihan bagi pentadbir sistem di sekolah serta khidmat sokongan pengunaan serta teknikal bagi negeri tersebut. Pihak pengurusan tertinggi KPM juga akan mengeluarkan surat arahan pengunaan SPS kepada JPN negeri berdasarkan komitmen JPN negeri untuk melaksanakan SPS di sekolah-sekolah negeri tersebut. Mulai bulan Julai sehingga Oktober 2013, adalah menjadi tanggungjawab semua sekolah-sekolah seluruh negara untuk menggunakan 6 modul teras dalam SPS iaitu: Modul Pengurusan Maklumat Sekolah, Modul Pengurusan Kemudahan Sekolah, Modul Pengurusan Staf, , Modul Pengurusan Murid, Modul Pentadbir Sistem, dan Modul Takwim Sekolah. Mengikut perancangannya, mulai Oktober 2013, proses pengintegrasian data SPS-EMIS akan mula dijalankan bagi melihat keupayaan SPS untuk mengutip data EMIS KPM. Dengan kejayaan proses ini, EMIS akan secara berperingkat ditadakan di sekolah dan semua kemasukan hanya akan dilaksanakan melalui SPS. Begitulah seterusnya dengan sistem-sistem lain KPM yang ketika ini digunakan di sekolah.

14

1. 2. 3.

Inilah sebabnya 4 daripada 6 modul ini begitu penting dilaksanakan di sekolah. Ia merupakan asas kepada proses pengintegrasian 1 Data KPM. Jika SPS gagal dilaksanakan dengan jayanya di sekolah, maka pengintegrasian 1 Data KPM akan gagal dan dengan kata lain satu agenda gelombang pertama PPPM 2013-2025 gagal.

15

1.

2.
3. 4. 5.

6.

Untuk makluman mesyuarat/hadirin sekelian, peluasan SPS ke semua sekolah seluruh negara ini adalah berbeza dari model yang dilaksanakan sebelum ini di 88 sekolah bestari. Peluasan SPS tidak lagi memerlukan penyediaan infrastruktur di sekolah tetapi menggunakan sepenuhnya teknologi pengkomputeran awan (cloud computing) yang disediakan melalui kontrak 1BestariNet Pendekatan ini membolehkan pengguna mendapat perkhidmatan di sepanjang masa dari sumber yang sama di dalam sekolah atau di luar sekolah. Pendekatan teknologi ini membolehkan aplikasi SPS, pangkalan data SPS dan juga penyenggaraan SPS dibuat secara berpusat dan manfaatnya dirasakan oleh semua pengguna. Dengan kata lain, sekolah tidak lagi perlu memikirkan tentang pelayan yang perlu dipasang, ruang khas dengan penghawa dingin untuk menempatkan pelayan, pegawai yang akan mengurus dan menyenggara pelayan dan sistem, instalasi yang perlu dibuat dan banyak lagi proses-proses yang lazimnya dilakukan menggunakan pendekatan lama yang pernah kita gunakan. Apa yang pihak sekolah perlukan adalah URL bagi SPS, kata nama (username) dan juga kata laluan (password) untuk mula menggunakan SPS.

16

1. 2. 3.

4.

5. 6.

Bagi memastikan kelancaran pelaksanaan SPS, KPM mengambilsegala tindakan yang perlu bagi memastikan SPS dapat digunakan dengan baik. KPM akan memastikan bahawa SPS adalah baefungsi dan stabil. Juga KPM akan memastikan pelaksanaannya disokong sepenuhnya dari aspek kepenggunaan dan juga aspek teknikal. Dengan itu, pelaksanaan SPS adalah disokong oleh meja bantuan aras 1 di pusat, aras 2 di peringkat negeri/daerah dan aras 3 bagi memastikan segala gangguan aplikasi diselesaikan pada kadar segera. Pengguna juga akan diberikan sokongan kepenggunaan melalui bahan sokongan berbentuk teks serta video dalam talian yang dapat membantu pengguna di pelbagai aras merujuk kepada bagaimana sebaiknya menggunakan SPS. Pengguna juga akan dimaklumkan melalui surat arah atau pekeliling tentang perkara-perkara berhubung penggunaan SPS dari semasa ke semasa. Di peringkat KPM, segala isu berhubung pelaksanaan SPS akan dicari jalan penyelesaiannya melalui pertemuan berkala dengan Tan Sri KPPM.

17

1. 2.

3.

Sekali lagi, diingatkan bahawa SPS adalah sistem untuk operasi sekolah. Dilaksanakan sebaiknya, ia menjadi penyelesaian kepada sekolah, membantu dalam hampir setiap aspek pengurusan sekolah. SPS juga merupakan aplikasi untuk pentadbir sekolah, guru, staf, murid dan juga ibu-bapa/penjaga

18

1.

2.

Bagaimanapun harus diingatkan di sini, semua kelebihan yang dinyatakan di atas hanya akan dapat diperoleh jika, dan hanya jika SPS digunakan setiap warga sekolah mengikut peranannya dalam sekolah SPS juga buka beban tugas baru tetapi tugasan sedia ada sekolah yang diubah prosesnya dari bentuk manual kepada bentuk elektronik.

19

1.

Dengan kejayaan pelaksanaan 6 modul utama SPS, maklumat sepunya sekolah, staf dan murid yang serupa dengan EMIS, APDM/SMM dan SMG akan dapat diselarikan dan SPS kemudiannya akan digunakan sepenuhnya untuk menggantikan EMIS, APDM/SMM, SMG

20

1. Dipaparkan adalah dashboard pemantauan pelaksanaan SPS yang berbentuk live dalam talian yang akan merakam setiap yang berlaku pada aplikasi pusat. 2. Pihak berkepentingan berupaya mengetahui bilangan sekolah yang telah menggunakan dan yang belum menggunakan SPS mengikut negeri. 3. Jika diklik bilangan yang belum menggunakan SPS, maklumat sekolah, PPD yang mengurusnya dan PKG yang menyokongnya akan dipaparkan. 4. Diklik sekolah, maka akan terpapar modul-modul yang telah dan belum digunakan.

21

1. Untuk makluman mesyuarat, peluasan SPS adalah berbeza dari model yang dilaksanakan sebelum ini di 88 sekolah bestari. 2. Peluasan SPS tidak lagi memerlukan pnyediaan infrastruktur di sekolah tetapi menggunakan sepenuhnya teknologi pengkomputeran awan (cloud computing) yang disediakan melalui kontrak 1BestariNet 3. Pendekatan ini membolehkan pengguna mendapat perkhidmatan di sepanjang masa di dalam sekolah atau di luar sekolah. 4. Kemudahan 22 modul SPS untuk semua sekolah dijangka disediakan menjelang 3 Januari 2013. 5. Pendedahan dan latihan pengguna akan dilaksanakan melalui kaedah kombinasi pendekatan bersemuka dan bantuan dalam talian oleh pihak BTPBTPN-PKG serta pegawai/jurulatih utama yang dilatih di peringkat JPN dan PPD.

22

23