Anda di halaman 1dari 1

Assalamualaikum, Penyakit gangguan was-was/ragu-ragu ini dalam istilah medical dikenali sebagai Obsessive Compulsive Disorder (OCD).

Ianya merupakan salah satu daripada penyakit psikiatri (gangguan jiwa). Saudari perlu mendapatkan rawatan dari pakar jiwa, Silalah buat satu appointment dengan mana-mana hospital berdekatan, hubungi unit perubatan jiwa, sebagai salah satu ikhtiar untuk sembuh. OCD ini tidak boleh dibiarkan terlalu lama tanpa apa2 perawatan kerana ia akan boleh merebak hingga menjadikan situasi saudari lebih kompleks. Antara rawatan adalah terapi, ubat-ubatan seperti zoloft, aniphranil dll. Apa yang berlaku sebenarnya ialah terdapat blockage (saraf tersekat) yang menghalang maklumat dari saraf impuls dari menghantarkan maklumat ke otak saudari. Apabila ini berlaku, maka otak saudari hanya mampu untuk 'scan' sesuatu situasi tetapi tidak dapat 'register' situasi itu dengan menyeluruh, menyebabkan saudari merasakan sesuatu itu tidak lagi selesai, walaupun rasionalnya hal itu sudah selesai. saudari sedia maklum bahawa air memang telah rata, tetapi akibat dari sekatan2 saraf tersebut, otak saudari tidak dapat membuat pengesahan dengan rasional. Pesakit OCD akan merasakan ada satu 'alien ego' (ego asing) yang bukan diri mereka yang mengawal pemikiran mereka untuk mengatakan sesuatu pekerjaan itu belum sempurna. Dan akibat blokage yang terjadi ini juga, saraf impuls akan terus-terusan cuba menghantar maklumat. Ini menyebabkan terdapat pengulangan pengulangan fikiran itu. Ini lah yang menyebabkan saudari menjadi asik terfikir tentang hal itu sahaja hingga tak mampu untuk keluar dari memikirkan hal tersebut. Biasanya, OCD mudah menyerang seseorang yang mempunyai perangai 'perfectionist' atau terlalu cenderung dengan disiplin2 tertentu seperti susunan buku mesti serong ikut ketinggian, lipatan kain atau kemasan katil mesti licin dll. Atau pun ia akan dihidapi oleh seseorang yang mengalami sesuatu trauma dimasa lalu, seperti penderaan diwaktu kecil (bukan hanya penderaan fizikal) tapi mungkin juga tidak dihiraukan oleh keluarga atau seolah dianak tirikan. Ia juga dihidapi oleh wanita yang mengalami trauma selepas bersalin seperti 'meroyan'. Apa jua senario yang membawa kepada kerisauan yang lama dan juga kemurungan. Buat masa ini, apa yang boleh saya sarankan ialah, saudari perlu cukup rehat, cukup tidur, jangan tidur selepas asar, banyakkan membuat senaman yang mengeluarkan peluh, ambil makanan tambahan yang mempunyai omega 3, (ia telah disahkan sangat baik utk OCD). Amalkan membaca Surah Annas dan memahami dgn tepat maksudnya, banyakkan beristigfar, cari seorang rakan yang benar2 saudari percaya, dan selalulah berkongsi dgn dia apa jua yang saudari rasakan. Biarkan dia memberikan rasional sesuatu keadaan. Cara yang terbaik ialah dengan memahami dgn betul apakah yang sedang berlaku dalam diri saudari dan jangan berfikir yang bukan2. Apabila keadaan urat saraf saudari telah mengalami blokage ini, maka gangguan syaitan akan lebih mudah dan kuat mempengaruhi, walaupun gangguan tersebut sama sahaja dgn orang lain, tetapi mereka tidak terganggu dengan hebat kerana struktur saraf mereka yang sihat. Untuk saudari lebih faham akan OCD ini, sila lawati link dibawah ini. http://eigenzone.blo...ml#comment-form Saya doakan semoga saudari akan segera sembuh dan beroleh jalan untuk keluar dari keadaan ini dengan segera dari Allah. Tun asyraf tun mussa

Anda mungkin juga menyukai