Anda di halaman 1dari 10

SKRIP PENGACARA MAJLIS PERASMIAN PENUTUP

PROGRAM HAFLAH AL JAUHAR GLOCAL FRIENDSHIP 2013

Mahani Abu Talib


GURU CEMERLANG BAHASA INGGERIS SMKA MAAHAD HAMIDIAH

5/21/2013

SKRIP PENGACARA MAJLIS PERASMIAN PENUTUP

1. PENGUMUMAN Hadirin sekelian, Majlis akan bermula sebentar lagi. Sukacita sekiranya para hadirin dapat mengambil tempat duduk masing-masing.

Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia, Puan Faridah binti Mohamed Zain, Ketua Penolong Pengarah, Sektor Pengurusan Kebitaraan Akademik, Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh & Sekolah Kecemerlangan, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Yang Berusaha Puan Hajah Wan Ruhayah binti Wan Yaacob, Pengetua Cemerlang, SMKA Maahad Hamidiah Merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana Program Haflah Al Jauhar Glocal Friendship.

Yang Dihormati, Ustaz Hishamuddin bin Ahmad, Penolong Pengarah Pengurusan SMKA, Sektor Pendidikan Islam, JPN Selangor.

Yang Dihormati, Tuan Haji Ir. Jazlan bin Ahmad, Yang Dipertua PIBG, SMKA Maahad Hamidiah.

Bapak Abdul Jalil Nasution Ketua Rombongan SMA As-Syafiiyah Internasional, Medan, Indonesia.

5/21/2013

SKRIP PENGACARA MAJLIS PERASMIAN PENUTUP

Bapak Riza Arif, Koordinator Sunday School, SMP Muhammadiyah 2, Surabaya, Indonesia.

Wakil-wakil pengetua, wakil Pegawai Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Langat, barisan panel hakim, guru-guru pengiring, para peserta Program Haflah Al Jauhar Glocal Friednship 2013, guru-guru serta para pelajar yang dikasihi dan dihormati sekelian

Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku diikuti dengan lagu Indonesia Raya.

Hadirin dijemput duduk. Majlis dimulakan dengan bacaan ummul kitab Al Fatihah.

5/21/2013

SKRIP PENGACARA MAJLIS PERASMIAN PENUTUP

2. ALU-ALUAN Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Sirih berlipat sirih pinang Sirih berasal Pulau Mutiara Salam hormat selamat dating Awal bismillah pembuka bicara

Bismillah hirrahman nirrahim Alhamdulillah hirabbil alamin Wassalatu wassalamu ala ashrafil ambia iwalmursalin Waala alihi wasahbihi ajmain

Alhamdulillah, setinggi ucapan kesyukuran kita panjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah Ramhat dan Izin Kasih-Nya pada pagi ini kita telah pun berjaya melaksanakan Program Haflah Al Jauhar Glocal Friendship 2013. Bagi pihak jawatankuasa pengelola, majlis mengalu-alukan kehadiran Puan Faridah binti Mohamed Zain, Ketua Penolong Pengarah, Sektor Pengurusan Kebitaraan Kokurikulum, Sekolah Kluster Kecemerlangan, Kementerian Pelajaran Malaysia, bagi menyempurnakan Majlis Perasmian Penutup dan seterusnya menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

3. DOA Alhamdulillah, segala pujian dan keagungan ke hadrat Allah swt. Tuhan semesta alam. Selawat dan Salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Selawat dan salam juga ke atas keluarga baginda dan seterusnya para sahabat.

Cantik sungguh bunga disemat Hiasan sanggul nak dara sunti Doa dibaca memohon rahmat Moga majlis diberkati Ilahi.

Bagi memula dan memuliakan majlis, marilah sama-sama kita menadah tangan bermunajat, memohon berkat agar segala urusan mendapat rahmat. Untuk itu,

5/21/2013

SKRIP PENGACARA MAJLIS PERASMIAN PENUTUP

majlis mempersilakan Al Fadhil Ustaz Syed Mohd Annas bin Syed Abd. Hamid, untuk memimpin bacaan doa.

Doa

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Al Fadhil Ustaz Syed Mohd Annas bin Syed Abd. Hamid, atas bacaan doa sebentar tadi.

4. PERSEMBAHAN MULTIMEDIA Hadirin yang dihormati sekelian,

Haflah Al Jauhar Glocal Friendship 2013 adalah program yang julung kalinya dianjurkanoleh SMKA Maahad Hamidiah, yang melibatkan beberapa buah sekolah kluster kecemerlangan dan sekolah-sekolah jemputan dan Medan dan Surabaya, Indonesia, yang bermatlamat berkongsi maklumat dan budaya dalam aspek pendidikan. Bagi mengikuti perkembangan berlangsungnya aktiviti sepanjang program, sama-samalah kita saksikan persembahan multimedia yang disediakan oleh Kelab Media SMKA Maahad Hamidiiah. Persembahan Multimedia Majlis mengucapkan terima kasih atas persembahan multimedia sebentar tadi.

5. UCAPAN PENGETUA Tak molek, jika ada alu tiada lesungnya Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya Tak lengkaplah majlis jika tiada yang berbicara

Sebagai pembuka bicara, sebagai pembuka kata, majlis dengan hormatnya mempersilakan Puan Hajah Wan Ruhayah binti Wan Yaacob, Pengetua Cemerlang, SMKA Maahad Hamidiah, untuk memberi sepatah dua kata dalam majlis yang gilang-gemilang ini. Dengan hormatnya dipersilakan.

Ucapan Pengetua

5/21/2013

SKRIP PENGACARA MAJLIS PERASMIAN PENUTUP

Majlis merakamkan jutaan terima kasih atas ucapan alu-aluan Puan Pengetua sebentar tadi.

6. UCAPAN VIP DAN PERASMIAN Hadirin yang dihormati,

Majlis diteruskan lagi dengan mempersilakan Yang Berusaha Puan Faridah binti Mohamed Zain, Ketua Penolong Pengarah, Sektor Pengurusan Kebitaraan Kokurikulum, Sekolah Kluster Kecemerlangan, Kementerian Pelajaran Malaysia untuk menyampaikan ucapan sekaligus merasmikan Penutup Program Haflah Al Jauhar Glocal Friendship 2013. Dengan hormatnya dipersilakan.

Ucapan Perasmian

GIMIK PERASMIAN Terima kasih diucapkan kepada Puan Faridah binti Mohamed Zain, atas kesudian merasmikan Majlis Anugerah Al Jauhar sebentar tadi.

Cantik sungguh si bunga melati, Hiasan indah taman larangan, Kasih disulam abadi dihati, Moga tersemat kekal berpanjangan.

7. PENYAMPAIAN HADIAH SESI 1 (IPA)

Kini tibalah kita ke acara yang dinanti-nantikan, iaitu pengumuman keputusan dan penyampaian hadiah kepada para pemenang acara Musabaqah Amal Islami. Dengan segala hormatnya majlis mempersilakan Yang Berusaha Tuan Haji Ir. Jazlan bin Ahmad, YDP PIBG SMKA Maahad Hamidiah, diiringi oleh Encik Zaiazman bin Mohd Zainuddin, PK Kokurikulum SMKA Maahad Hamidiah, untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

(MC membaca keputusan)

5/21/2013

SKRIP PENGACARA MAJLIS PERASMIAN PENUTUP

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha Tuan Haji Ir. Jazlan bin Ahmad.

Seterusnya majlis mempersilakan Encik Zaiazman bin Mohd Zainuddin, PK Kokurikulum SMKA Maahad Hamidiah, untuk menyampaikan cenderahati kepada Tuan Haji Ir. Jazlan bin Ahmad, YDP PIBG SMKA Maahad Hamidiah. Dengan hormatnya dipersilakan.

(Cenderahati)

Majlis mengucapkan terima kasih.

8. PERSEMBAHAN JOHAN TILAWAH

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekelian,

Seterusnya marilah kita memperdengarkan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran daripada Johan Tilawah Program Haflah Al Jauhar Glocal Friendship 2013, adik _____________________ dari SMKA _________________________. Terima kasih diucapkan di atas bacaan ayat-ayat suci Al-Quran itu tadi.

5/21/2013

SKRIP PENGACARA MAJLIS PERASMIAN PENUTUP

9. PENYAMPAIAN HADIAH SESI 2 (MEMANAH)

Majlis diteruskan lagi dengan pengumuman keputusan dan penyampaian hadiah kepada para pemenang Festival Sukan Memanah. Dengan segala hormatnya majlis mempersilakan Yang Berusaha Puan Faridah binti Mohamed Zain, Ketua Penolong Pengarah, Sektor Pengurusan Kebitaraan kokurikulum, Sekolah Kluster

Kecemerlangan, KPM, diiringi oleh Puan Hajah Wan Ruhayah binti Wan Yaacob, Pengetua Cemerlang, SMKA Maahad Hamidiah, untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

(MC membaca keputusan)

10. PENYAMPAIAN SIJIL PENGHARGAAN KELUARGA ANGKAT

Seterusnya majlis sekali menjemput Yang Berusaha Puan Faridah binti Mohamed Zain, untuk menyampaikan sijil penghargaan kepada ibu bapa angkat para peserta program lawatan pelajar-pelajar dari SMA Perguruan As-Syafiiyah, Medan, ke SMKA Maahad Hamidiah.

(MC membaca senarai nama ibu bapa angkat atau wakil)

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang Berusaha Puan Faridah binti Mohamed Zain, atas penyampaian sijil penghargaan itu tadi.

Seterusnya majlis mempersilakan Puan Hajah Wan Ruhayah, Pengetua Cemerlang, SMKA MAAHAD HAMIDIAH, untuk menyampaikan cenderahati kepada Puan Faridah binti Mohamed Zain. Dengan hormatnya dipersilakan.

(Cenderahati)

Majlis mengucapkan terima kasih.

5/21/2013

SKRIP PENGACARA MAJLIS PERASMIAN PENUTUP

11. PERSEMBAHAN TERBAIK JOHAN NASYID Hadirin dan hadirat yang dihormati sekelian,

Seterusnya marilah kita menikmati alunan merdu Persembahan Terbaik Johan Nasyid Program Haflah Al Jauhar Glocal Friendship 2013, Kumpulan

_____________________ dari SMKA _________________________.

Terima kasih diucapkan di atas pesembahan nasyid yang sangat bertenaga itu tadi.

12. SESI FOTOGRAFI Hadirin dan hadirat sekelian,

Majlis dengan segala hormatnya menjemput Yang Berusaha Puan Faridah binti Mohamed Zain, Tuan Haji Ir. Jazlan bin Ahmad, Wakil PPD Hulu Langat, Puan Hajah Wan Ruhayah binti Wan Yaacob, para pentadbir SMKA Maahad Hamidiah, johan bagi setiap kumpulan untuk naik ke pentas bagi sesi fotografi.

13. PENUTUP DAN JAMUAN Hadirin yang dihormati sekelian,

Dengan berakhirnya upacara penyampaian hadiah sebentar tadi, maka majlis kita sudah sampai ke penghujungnya. Tahniah dan syabas diucapkan kepada para pemenang dan diharapkan kejayaan ini akan terus berpanjangan di peringkat yang lebih tinggi. Hadirin sekalian, kita telah pun berada di penghujung acara. Gugur menguning buah kuini, Menghijau pohon subur dibaja, Majlis kita berakhir di sini, Salah dan silap lupakan saja, Sebarang kelemahan harap dimaafi, Segala kerjasama sangat dihargai, Terima kasih sekalung budi, Kenangan nan indah simpanlah di hati, Semoga kita berjumpa lagi.

5/21/2013

SKRIP PENGACARA MAJLIS PERASMIAN PENUTUP

Kami bagi pihak ahli jawatankuasa Program Haflah Al Jauhar Glocal Friendship 2013, ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang memberikan kerjasama dalam menjayakan program ini. Seterusnya, majlis menjemput para hadirin sekalian untuk menikmati jamuan yang te lahdisediakan. Jamuan VIP disediakan di khemah di bahagian hadapan Dewan As-S yafie manakala jamuan untuk tetamu dan semua hadirin yang hadir turut disediakan di koridor dewan.

Majlis disudahi dengan bacaan tasbih kafarah dan surah al Asr. Sekian, wabillahitaufik walhidayah. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Teks disediakan oleh, MAHANI BINTI ABU TALIB GURU CEMERLANG BAHASA INGGERIS

USTAZ SAUDI BIN ABDULLAH GURU CEMERLANG BAHASA ARAB