Anda di halaman 1dari 7

Praktikal 5 Tujuan

: Ammonia, Asid Sulfurik dan Asid Nitrit :

Untuk menyediakan baja garam ammonia Penyata Masalah :

Adakah baja garam ammonia boleh dihasilkan melalui proses peneutralan ammonia dengan asid yang berlainan? Hipotesis :

Baja garam ammonia boleh dihasilkan melalui tindak balas antara larutan ammonia dan asid. Teori : Dalam industri , ammonia NH3 disediakan dengan perpaduan secara langsung 1 bahagian hydrogen dan 3 bahagian hidrogen. Proses ini dikenali sebagai proses Haber. Sumber utama nitrogen adalah dari penyulingan berperingkat cecair udara. Sumber hydrogen ialah dengan memproses gas air atau pengoksidaan separa metana. Mula mulanya gas hydrogen dan nitrogen dicampurkan dengan nisbah 3:1. Selepas itu, campuran gas ini ditulen dan dikeringkan, ia dimampatkan kepada tekanan 200 atmosfera dan dipanaskan hingga 450-550
o

C. Selepas itu, campuran

gas dibiarkan melalui kebuk mangkin yang mengandungi serbuk besi dan molybdenum (sebagai pemangkin) serta aluminium oksida (sebagai penggalak). Dalam kebuk mangkin ini tindak balas berbalik berlaku untuk menghasilkan gas ammonia.

Asid Sulfurik adalah asid yang kuat yang mempunyai formula molekularnya H2SO4. Asid sini larut dalam air dengan kepekatan yang berlainan. Asid sulfurik merupakan bahan yang penting dalam industri kimia yang mempunyai pelbagai

kegunaan. Asid nitrit (HNO3) adalah asid yang kuat dan bertoksik. Asid nitri ini digunakan dalam penghasilan ammonium nitrat dan kalium nitrat disediakan daripada pengoksidaan ammonia. Ammonia yang disediakan melalui proses Haber merupakan bahan asas bagi pengilangan baja-baja bernitrogen seperti urea, ammonium nitrat dan ammonium sulfat Bahan / Radas :

1) Larutan ammonia (2M) 2) Larutan asid sulfurik cair (1M) 3) Bikar 4) Rod kaca 5) Penunu Bunsen 6) Tungku kaki tiga 7) Kasa dawai 8) Corong turas 9) Kertas turas Prosedur :

1. 30cm3 larutan asid sulfurik cair dituangkan ke dalam bikar. 2. Larutan ammonia ditambahkan sedikit ke dalam bikar sambil mengacau larutan tersebut. 3. Apabila larutan mula mengeluarkan bau ammonia, larutan ammonia dihentikan daripada ditambahkan ke dalam bikar. 4. Larutan tersebut dipanaskan sehingga ia menjadi 1/3 daripada isipadu asal. 5. Larutan tersebut disejukkan dalam campuran air batu dan air. Kristal garam yang dihasilkan dituraskan dengan menggunakan corong turas dan kertas turas.

Rajah 1 : Penyediaan baja garam ammonia

Keputusan

Rajah 2 : Hablur putih garam ammonium nirat terbentuk

Perbincangan

Garam ammonia dihasilkan melalui tindakbalas antara ammonium hidroksida dengan asid sulfurik cair. Larutan ammonia ditambahkan sedikit ke dalam bikar sambil mengacau larutan sehingga mengeluarkan bau ammonia. Selepas itu, larutan tersebut dipanaskan sehingga ia menjadi 1/3 daripada isipadu asal.Larutan tersebut disejukkan dalam campuran air batu dan air. Kristal garam yang dihasilkan dituraskan dengan menggunakan corong turas dan kertas turas.

Kesimpulan

Tumbuh-tumbuhan memerlukan nitrogen bagi menghasilkan protein. Nitrogen diserap oleh tumbuh-tumbuhan dalam bentuk nitrat, NO3- yang boleh larut dalam air. Ammonia yang digunakan sebagai baja adalah baja kimia yang mengandungi unsur-unsur yang diperlukan oleh tanaman-tanaman bagi tumbesaran yang sihat dan subur. Hipotesis diterima. Langkah berjaga-jaga :

1. Dilarang menghidu bau gas ammonia. 2. Berhati-hati semasa menggunakan asid pekat menghakis. 3. Elakkan proses penyejukan serta- merta kerana ia akan mengakibatkan keretakan pada radas yang diperbuat daripada kaca. kerana fungsinya boleh

Soalan :

1. Tuliskan persamaan kimia seimbang untuk mewakili pembentukan ammonia sulfat dalam eksperimen ini. H2SO4 (aq) + 2NH3 (aq) (NH4)2SO4 (aq)

2. Bagaimanakah penambahan ammonia sulfat akan mempengaruhi Ph dalam tanah? Ammonium sulfat digunakan dalam agriculture spray adjuvant for water soluble insecticides , herbicides and fungicides. There it functions to bind iron and calcium cations that are present in both well water and plants cell. It is particulary effective as an adjuvant for 2,4-D (amine), glyphosate and glufosinate herbicides.

3. Selain daripada baja, ammonia sulfat juga digunakan dalam penyembur pertanian yang membantu bagi baja larut air. Jelaskan kegunaan ammonia sulfat dalam bidang ini. Bagi mencantumkan ion kalsium dan ferum yang hadir dalam air dan sel pokok.

4. Namakan 3 jenis contoh baja semula jadi yang digunakan dalam bidang pertanian. Tahi kelawar, tahi lembu, tahi ayam

5. Namakan 3 jenis contoh baja sintetik yang digunakan dalam bidang pertanian. Baja ammonium fostat fertilizer, baja bernitrogen, dan baja asid nitrit.

6. Tuliskan persamaan kimia untuk mewakili pembentukan: a. Ammonia phosfat 3NH3 + H3PO4 b. Ammonia nitrit NH3 + HNO3 NH4NO3 (NH4)3PO4

c. Urea 2NH3 + CO2 (NH2)2CO + H2O

7. Kirakan peratusan nitrogen dalam 1 mol daripada baja di atas. [jisim atom relatif: H, 1; C, 12; N, 14; O, 16; P, 31; S, 32]

Peratus nitrogen dalam ammonium fostat:

Peratus nitrogen dalam ammonium nitrat:

Peratus nitrogen dalam ammonium sulfat:

Peratus nitrogen dalam urea:

8. Yang manakah daripada baja yang disenaraikan di atas adalah paling sesuai digunakan untuk pertumbuhan tumbuhan? Jelaskan jawapan anda. Urea kerana urea mempunyai peratus yang banyak dalam nitrogen. Oleh yang demikian urea diperlukan dalam jumlah yang besar untuk tumbesaran tumbuhtumbuhan. Jika tumbuh-tumbuhan berkurangan nitrogen akan menyebabkan tumbesarannya terbantut.

Bibliografi

Choong,C.H.(2003). Ekplorasi Kimia KBSM Tingkatan 5. Selangor Darul Ehsan. Fajar Bakti Sdn.Bhd. Chook ,J.B. & Mary Khoo (2006). Chemistry The Essential Study Guide Form 4 Selangor Darul Ehsan. Federal Publications Sdn. Bhd. Low,S.N, Lim,Y.C, Eng,N.H (2005). Chemistry Academic Notes Pinang, Abadi Ilmu Sdn Bhd. Kho,C.H,(1998). Pendekatan Komprehensif Kimia Organik STPM. Selangor Darul Ehsan.Federal Publications Sdn.Bhd. ____________.(2012). Ammonia. Diambil pada 21 Julai 2012 daripada http://www.scribd.com/doc/36002708/8/PREPARATION-OF-AMMONIAFERTILISER Form 4, Pulau