Anda di halaman 1dari 19

PENGENALAN

Permainan ketingting yang juga dikenali sebagai permainan tengteng dan ciak tingting merupakan salah satu warisan kebudayaan Melayu yang masih popular hingga ke hari ini. Walaupun pengaruh permainan moden seperti video game dan monopoli memberi ancaman kuat kepada permainan tradisional, permainan ketingting masih menjadi aktiviti kanak- kanak. Ketingting merupakan sebuah permainan kanak-kanak yang bukan sahaja memberi hiburan, malah bermanfaat terhadap rohani dan jasmani seseorang pemain. Permainan ini yang dimainkan oleh kanak-kanak di seluruh dunia dengan istilah yang berbeza merupakan asas kepada acara lompat jauh yang bertaraf antarabangsa. Skil melompat dalam permainan ketingting yang sukan

memberikan

pengalaman dan latihan asas kepada pemain untuk menceburi sukan yang lebih tinggi kemahirannya. Permainan ketingting yang tidak lenyap akibat arus pemodenan ini telah diamalkan khususnya oleh masyarakat luar bandar yang masih memelihara warisan nenek moyang mereka. Di samping itu informasi mengenai ketingting boleh didapati di internet dan buku-buku rujukan permainan tradisional. Melalui sumber-sumber tersebut masyarakat di serata dunia dapat mengetahui dan memahami ciri-ciri permainan ketingting dan sekaligus mengenali warisan kebudayaan masyarakat Melayu.

BAHAGIAN A : KERTAS KONSEP PERMAINAN TRADISIONAL KETINGTING

1.0 SEJARAH Menurut sumber rujukan dari internet, sejarah permainan ketingting bermula semasa Empayar Rom. Luas petak ketingting pada ketika itu dikatakan berukuran lebih daripada 100 kaki. Ketingting diperkenalkan di kalangan askar-askar Rom sebagai latihan ketenteraan yang mengasah kekuatan fizikal dan daya tahan mereka.

Semasa latihan diadakan, askar-askar akan berlari sambil memikul guni-guni berat dan dipercayai kaedah tersebut dapat meningkatkan ketangkasan dan daya tahan kaki mereka.Dengan berbekalkan latihan ini askar-askar tersebut mampu bertahan lebih lama di medan peperangan.

Apabila kanak-kanak Rom melihat latihan tersebut , mereka mula meniru latihan pahlawan-pahlawan mereka dengan mencipta dan mengubahsuai permainan

ketingting. Struktur latihan pahlawan tersebut berubah wajah menjadi sejenis permainan yang menarik di kalangan kanak.kanak. Mereka mengubahsuai dengan mengurangkan jumlah keluasan petak dan memudahkan permainan dengan sistem pemarkahan mereka sendiri

Permainan ketingting ini berbeza di kebanyakan negara dari segi jumlah dan saiz petak, cara bermain dan alat-alat yang digunakan. Tetapi, dua ciri asas permainan ini yang universal ialah petak segi empat dan skil melompat. Walaupun pelbagai teori dan sumber mengatakan bahawa ketingting berasal dari tempat-tempat yang berbeza namun masyarakat di setiap negara menganggap permainan tersebut sebagai warisan tradisi nenek moyang mereka.

Berdasarkan rujukan internet, selain daripada gelaran ketingting, ciak tingting dan tengteng, permainan ini juga mempunyai beberapa gelaran lain mengikut negara masing-masing. Antaranya adalah seperti berikut :

Alaska

Alaskan Hopscotch

Argentina

Rayuela

Aruba

Pele

Bolivia

La Thunkuna

India

Ekaria Dukaria

Indonesia

One Leg Jump

Jerman

Templehupfen

Netherlands

Hinklebaan

New York

Potsy

Perancis

Marelles / Escargot

Vietnam

Pico

2.0 TEMPAT ATAU KAWASAN PERMAINAN Lazimnya, ketingting dimain di kawasan-kawasan lapang yang rata. Di kawasan luar bandar, halaman rumah yang luas dijadikan medan permainan ketingting . Para ibu bapa mempercayai permainan ini dianggap selamat dijalankan di perkarangan rumah kerana gerak-geri anak-anak mereka dapat diawasi sambil menguruskan tugasan masing-masing. Manakala di kawasan bandar pula, kanak-kanak bermain ketingting di taman permainan ataupun di gelanggang-gelanggang yang berlantaikan simen seperti gelanggang badminton. Kawasan berumput atau padang tidak sesuai untuk permainan ini kerana kesukaran melukis petak dengan menggunakan kapur. Tambahan pula, kor yang dibaling akan terselindung di celah-celah rumput dan akan menjejaskan proses permainan.

Rajah 1 : kanak-kanak bermain di kawasan lantai simen

3.0 UKURAN PETAK GELANGGANG PERMAINAN

120 cm

40 cm
60 cm

Ukuran petak gelanggang ini lazimnya tidak perlu di ukur dengan mana-mana saiz yang rasmi. Petak ini boleh dilukis oleh kanak-kanak yang bermain dengan saiz yang mereka kehendaki.
5

4.0 SASARAN PEMAIN Ketingting biasanya dimainkan oleh kanak-kanak yang berumur 6 hingga 15 tahun. Jumlah pemain pula tidak terhad dan sekurang-kurangnya dua orang pemain. Kanak-kanak perempuan dan lelaki amat menggemari permainan ini kerana permainannya menyeronokkan dan pemain. menguji stamina dan kecekapan seseorang

Walaupun tahap umur ataupun saiz badan tidak menjadi penentu kemenangan dalam permainan ketingting, biasanya kanak-kanak gemar memilih pemain-pemain yang seusia dengan mereka.

Namun, kini permainan tradisional juga termasuk dalam kurikulum pelajarpelajar sekolah rendah dan menengah bagi mengekalkan tradisi permainan tradisional yang dimiliki oleh Negara kita.

Rajah 2: Kanak-kanak berumur 6 hingga 8 tahun.

5.0 PERALATAN PERMAINAN Salah satu keistimewaan ketingting ialah, permainan ini tidak membebankan kanak-kanak atau ibu bapa untuk membeli peralatan seperti permainan-permainan moden. Ini adalah kerana peralatannya yang terdiri daripada barang-barang yang boleh dikitar semula senang diperolehi dan selamat digunakan. Peralatan-peralatannya ialah seperti; a) kapur putih / berwarna atau crayon o digunakan untuk melukis petak-petak di atas tanah

Rajah 3 : Kapur putih

Rajah 4 : Crayon

b) Batu, kor,gundu atau ceper o Setiap pemain perlu ada ceper, kor, gundu atau batu yang boleh terdiri daripada sebarang bahan, bentuk, saiz dan warna . o Contohnya : batu, penutup botol, duit syiling, beg berisi biji saga, kulit siput, butang, pundi kacang.

Rajah 5 : Duit syiling

Rajah 6 : kulit kerang

Rajah 7 : Penutup botol

6.0 PERATURAN PERMAINAN

Peraturan dan syarat di dalam

permainan ketingting

melancarkan proses

permainan dan juga mendisiplinkan para pemain. Berikut adalah peraturan-peraturan umum permainan ketingting ; I. Ceper pemain-pemain tidak boleh sama kerana boleh mengelirukan para

pemain untuk membezakannya. II. Semasa bermain, ceper tidak boleh jatuh di luar petak , di atas garisan manamana petak dan di petak rumah pemain lain. III. Tangan dan kaki pemain tidak boleh terpijak garisan petak semasa melompat ataupun ketika mengambil semula ceper mereka. IV. Seseorang pemain diberikan 3 peluang sahaja apabila membuat pemilihan rumah. Semasa pemilihan rumah sekiranya ceper jatuh di atas garisan ataupun rumah pemain lain, pemain dianggap mati dan akan memulakan semula permainan dari awal. V. Pemain boleh melompat di rumahnya tetapi tidak di rumah pemain -pemain lain dan tidak boleh lupa memijak mana-mana petak kecuali rumah pemain lain.

Pemain yang tidak mematuhi mana-mana peraturan di atas akan hilang satu pusingan. Permainan akan tamat setelah semua petak dimiliki oleh para pemain atau pemain itu sendiri ingin menamatkan permainan. Pemain yang memiliki rumah yang paling banyak akan dianggap pemenang.

7.0 CARA BERMAIN

Tentukan giliran dengan cara osom! Pemain akan berdiri di tempat permulaan apabila mula bermain. Pemain mesti membuang ceper ke dalam petak 1 dahulu dan pemain akan melompat terus ke petak kedua dengan menggunakan satu kaki.kemudian diteruskan ke petak berikutnya mengikut turutan nombor. Sekiranya semasa mencampak ceper, ceper terkena pada garisan ataupun terkeluar daripada petak, maka giliran akan diberi kepada pemain seterusnya. Seseorang pemain perlu menghabiskan permainan iaitu sehingga ceper nya dibuang di petak 8. Selepas tamat semua pusingan, kini tibalah langkah memilih rumah. Pemain akan membaling ceper ke dalam mana-mana dari tempat permulaan.Di mana jatuhnya ceper, akan menjadi rumah pemain. Pemain yang mempunyai rumah yang banyak dikira pemenang.

Rajah 8 : Petak permainan.


10

8.0 FAEDAH YANG DIPEROLEH DARIPADA PERMAINAN KETINGTING

a) Aspek perkembangan fizikal o Permainan ini dapat mengembangkan kemahiran mengimbang badan dengan berdiri sebelah kaki tanpa bantuan. Ia juga memerlukan pemain bergerak melompat dari petak serta mencampak atau membaling buah.

b) Aspek perkembangan pendidikan kerohanian dan moral o Pemain perlu sabar ketika menunggu giliran.

c) Aspek perkembangan kognitif o Permainan ini membantu kanak-kanak mengenal symbol nombor dan turutan nombor menaik 1 hingga 9. Begitu juga sebaliknya, memahami urutan nombor menurun.

11

BAHAGIAN B : MENGELOLA PERMAINAN

1.0 KERTAS KELOLAAN PERMAINAN TRADISIONAL

a) OBJEKTIF Memenuhi sukatan pelajaran dan tugasan kerja kursus pendek Pendidikan Jasmani Asas. Meningkatkan kemahiran mengelola sesuatu aktiviti yang berkhususkan pendidikan jasmani dalam kalangan bakal guru. Memupuk kesedaran tentang kepentingan permainan tradisional dalam pendidikan kanak-kanak di sekolah. Memastikan permainan tradisional warisan nenek moyang kita terus kekal dalam kalangan generasi baru.

b) MASA, TARIKH, DAN TEMPAT Program ini akan dijalankan seperti ketetapan berikut : Masa : 8.30 a.m 10.30 a.m

Tarikh : 25 Mac 2011 Tempat : Padang IPG Kampus Kent

12

c) KUMPULAN SASARAN PERTANDINGAN Kumpulan sasaran terdiri daripada pelatih-pelatih PPISMP PRASEKOLAH Semester 2 IPG Kampus Kent.

Bil. 1 2 3 4

Kumpulan (nama ahli kumpulan) Sri Tanjong (Paul, John, Princeton, Alvays) Minangkabau (Farah, Zulaikha, Qayuum, Niza) Tanak Kent ( Anyline, Ellychia, Asly, Lydora ) Galah Panjang (Rahim,Halizah,Hafizah) Jumlah keseluruhan

Jumlah Ahli 4 4 4 3 15 orang

d) PERMAINAN YANG DIJALANKAN Ketingting

e) SENARAI PERALATAN YANG DIPERLUKAN DARI STOR

Bil. 1.

Peralatan Tape Hitam

Tujuan Membuat garisan petak gelanggang permainan

Kuantiti 2 buah

2.

Tali pengukur

Mengukur keluasan petak gelanggang permainan Sebagai kor atau gundu pemain (jika ada)

3.

Kepingan plastik

15 keping

13

2.0 BORANG SKOR PEMARKAHAN Borang skor pemarkahan bagi permainan tradisional ketingting ini dalam bentuk petak gelanggang ketingting. Bertujuan untuk menanda rumah dan markah yang telah dimiliki oleh peserta
BORANG PEMARKAHAN PERMAINAN TRADISIONAL KETINGTING
BIL. 1. 2. 3. 4. NAMA PESERTA JUMLAH RUMAH YANG DIMILIKI

Rajah 9 : Borang pemarkahan


14

3.0 JADUAL PERTANDINGAN i) Kumpulan dibahagikan kepada empat kumpulan. Diikuti oleh satu hakim. Hakim 1 (Aizati) Kumpulan 1 Kumpulan 2 Kumpulan 3 Kumpulan 4 Paul Farah Anyline Rahim Hakim 2 (Bidin) John Zulaikha Ellychia Halizah Hakim 3 (Faizol) Princeton Qayuum Asly Hafizah Hakim 4 (Dayang) Alvays Niza Dora

ii) Jadual Pertandingan

15

4.0 PENGHAKIMAN DAN SISTEM PERTANDINGAN

1. Peserta mestilah bertanding mengikut kumpulan yang telah ditetapkan. 2. Masa yang diperuntukkan adalah singkat. 3. Pemain yang tidak mematuhi peraturan akan disingkirkan 4. Keputusan hakim adaklah muktamad. Sebarang ketidakpuashatian tidak akan dilayan. 5. Sistem pertandingan adalah sistem kalah mati

16

KESIMPULAN Permainan ketingting yang tergolong dalam permainan luar rumah yang sesuai untuk perkembangan rohani dan jasmani seorang kanak-kanak. Ciri-ciri permainan ketingting yang menggunakan gerakan otot mampu melahirkan badan yang sihat dan otak yang cerdas. Gerakan lompatanyang menguji kemahiran mengawal keseimbangan badan boleh menjadikan seorang kanak itu cergas dan aktif. Secara tidak langsung, sifat keyakinan diri dapat disemai di jiwa kemampuan diri. Mengawal gerakan badan dan mematuhi peraturan yang diamalkan di dalam permainan ketingting ini boleh mendidik seseorang kanak-kanak mendisiplinkan diri apabila berada di rumah dan juga tempat-tempat awam. Persaingan memonopoli rumah dalam permainan ketingting merupakan satu budaya yang sihat. Sikap bersaing ini akan melatih kanak-kanak agar sentiasa gigih berusaha untuk mencapai keinginan atau matlamat mereka dengan cara yang adil dan betul. Di samping itu, permainan ketingting juga melahirkan interaksi sosial di kalangan kanak-kanak yang berasal dari pelbagai budaya dan keturunan yang berbeza. Secara tidak langsung, interaksi ni mengeratkan perpaduan kaum di kalangan masyarakat majmuk di negara kita. Semoga permainan ketingting ini akan terus dipelihara di kalangan generasi muda agar khazanah warisan kebudayaan Melayu ini akan kekal sebagai jati diri bangsa yang disanjungi. kanak-kanak supaya mereka percaya akan

17

RUJUKAN
http://wwwmaribelajar.blogspot.com/2008/09/ketingting.html http://www.penangmalays.my/bm/index.php?option=com_content&view=article&id=70&Itemid=94

http://malaysiana.pnm.my
http://www.scribd.com/doc/37701764/Permainan-Teng-Teng http://paichorwan-tradisional.blogspot.com/2010/08/teng-teng-ketingting.html

Nani Nenon, Permainan, Lagu & Puisi Kanak-kanak Siri Prasekolah. Pahang. Publication sdn.bhd. 2005

18

BORANG PEMARKAHAN PERMAINAN TRADISIONAL KETINGTING BIL. 1. 2. 3. 4. NAMA PESERTA JUMLAH RUMAH YANG DIMILIKI

*Tandakan nama pada rumah yang diduduki oleh peserta. 19

Anda mungkin juga menyukai