Anda di halaman 1dari 25
KBC 3023 PERKEMBANGAN FIZIKAL, SOSIAL DAN EMOSI KANAK-KANAK CERDAS KAJIAN KES NAMA: NOOR AZIELA BINTI

KBC 3023

PERKEMBANGAN FIZIKAL, SOSIAL DAN

EMOSI KANAK-KANAK CERDAS

KAJIAN KES

NAMA: NOOR AZIELA BINTI ELIAS

NO.METRIK: D20091034777

PENSYARAH: DR MD.NASIR BIN MASRAN

SENARAI KANDUNGAN

BIL

TAJUK

HALAMAN

1.0

PENGENALAN

 

1

2.0

DEFINISI PERKEMBANGAN FIZIKAL, EMOSI DAN SOSIAL

2

2.1

DEFINISI PERKEMBANGAN FIZIKAL

3

2.2

DEFINISI PERKEMBANGAN EMOSI

3

2.3

DEFINISI PERKEMBANGAN SOSIAL

4

3.0

PERKEMBANGAN FIZIKAL, EMOSI DAN SOSIAL

 

5

KANAK-KANAK CERDAS

 

3.1 PERKEMBANGAN FIZIKAL KANAK-KANAK CERDAS

 

5

3.2 PERKEMBANGAN EMOSI KANAK-KANAK CERDAS

7

3.3 PEKEMBANGAN

SOSIAL KANAK-KANAK CERDAS

9

4.0

MODEL PSIKOSOSIAL TANNENBAUM

11

5.0

KAJIAN KES RESPONDEN

13

5.1 LATAR BELAKANG RESPONDEN

14

5.2 PERKEMBANGAN FIZIKAL RESPONDEN

14

5.3 PERKEMBANGAN EMOSI RESPONDEN

15

5.4 PERKEMBANGAN SOSIAL RESPONDEN.

17

6.0

RANCANGAN STRATEGI UNTUK KANAK-KANAK PINTAR CERDAS

18

7.0

PERANCANGAN STRATEGI UNTUK MENGEMBANGKAN

 

SEBUAH PENDEKATAN EFEKTIF BAGI PENEMUAN KEPERLUAN

 

SOSIAL DAN EMOSI RESPONDEN.

 

23

BIBLIOGRAFI

LAMPIRAN

1.0

PENGENALAN

Kanak-kanak pintar cerdas merupakan satu golongan yang mempunyai tahap perkembangan yang berbeza dengan rakan sebaya yang lain dari pelbagai aspek seperti perkembangan kognitif, fizikal, emosi dan sebagainya. Oleh yang demikian, golongan pintar cerdas ini sebenarnya menghadapi kesukaran untuk mengaplikasikan pengajaran dan pembelajaran yang diajar oleh guru sekolah biasa yang berpandukan sukatan pelajaran. Majoriti dalam kalangan golongan ini akan menunjukkan sikap tidak minat untuk belajar dengan mengganggu rakan dan guru yang sedang mengajar di dalam kelas. pendekatan yang bertepatan dan sesuai amat diperlukan bagi golongan pintar cerdas. Disini, peranan pihak-pihak yang terdekat adalah sangat perlu bagi menanam minat pelajar ini untuk kesekolah dan belajar seperti kanak-kanak normal yang lain.

Dari segi perkembangan pula, setiap mereka yang hidup akan menempuh dan mengalam proses perkembangan dengan mengikut proses-proses tertentu. Pekembangan merupakan satu perubahan yang besifat kualitatif iaitu sifat perubahan yang tidak boleh diukur secara kuantiti tetapi ternyata perubahan berlaku dengan pemerhatian terhadap perubahan yang berlaku daripada peringkat terdahulu. Crow and Crow pula memberi takrifan terhadap perkembangan adalah perubahan secara kualitaitf dan cenderung ke arah yang lebih baik sama ada dari segi pemikiran, rohani, moral dan sosial. Selain daripada itu juga, perkembangan terhasil daripada daripada sesuatu tindakan yang berkait rapat di antara dua perkara penting iaitu perkembangan jasmani dan pembelajaran seperti yang telah di jelaskan oleh Karl E. Garrison.

Semua perkembangan, sama ada berbentuk struktur, kemahiran satu siri tingkah laku ataupun keseluruhan sahsiah, adalah mengikut beberapa aturan semula jadi dan sifat-sifat yang sejagat. Secara ringkas, perkembangan boleh disifatkan sebagai pengaliran yang saling berkait antara perubahan kuantitatif dan perubahan kualitatif yang menuju ke arah tertentu dan yang dijangkakan. Tahap perkembangan bagi kanak-kanak cerdas kebiasaannya akan lebih dahulu melalui proses perkembangan dari segi fizikal, emosi dan sosial. Proses perkembangan juga adalah cepat dan sentiasa lebih berbanding kanak-kanak normal yang lain. Walaubagaimanapun, proses perkembangan kanak-kanak sememangnya harus di sokong dan di bantu oleh mereka yang lebih dewasa terutama ibu dan bapa. Adakalanya, terdapat beberapa faktor yang boleh mengakibatkan proses perkembangan tersebut menjadi terbantut. Golongan pintar cerdas akan menunjukkan kelebihan dalam berfikir, matang dalam banyak

hal, dan sebagainya. Kebolehan mereka boleh dilihat pada peringkat awal iaitu di awal kelahirannya. Maka, pendidikan yang tepat dapat membantu perkembangannya.

Memang tidak dinafikan, kanak-kanak pintar cerdas berbakat dan kreatif ini tidak boleh lari daripada mempunyai masalah-masalah dalam perkembangan fizikal, sosial dan emosi. Sungguhpun begitu, IQ mereka amat berguna untuk masyarakat. program yang bersesuaian amat perlu di kerapkan dan lebih banyak program yang boleh menjana minda mereka. Setakat ini ada beberapa agensi swasta yang membuat ujian-ujian IQ untuk mereka. Terdapat satu program di mana menempatkan semua pelajar pintar cerdas setelah melalui beberapa ujian kecerdasan, iaitu di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Program ini memberi pendedahan kepada pelajar ini untuk mengembangkan bakat serta kreativiti mereka dalam bidang yang mereka minati. Program ini lebih dikenali Permata Pintar.

2.0 DEFINISI PERKEMBANGAN FIZIKAL, EMOSI DAN SOSIAL

Setiap kanak-kanak yang lahir akan melalui proses perkembangan dan proses perkembangan bagi seseorang manusia adalah sehingga ke akhir hayat mereka. Terdapat tiga bahagian yang amat penting untuk mengklasifikasikan seseorang itu iaitu perkembangan fizikal. emosi dan sosial. Ahli-ahli psikologi telah memberi pelbagai definisi berkaitan dengan perkembangan ini. Seseorang itu dapat dilihat jika telah melalui proses perkembangan apabila terdapat perubahan-perubahan tertentu contohnya, perubahan pada tingkah laku. Jika sebelum ini, tingkah lakunya lebih kepada meniru perlakuan atau perbuatan ibu, bapa atau orang yang hampir dengan mereka, tetapi apabila telah melalui proses perkembangan tingkah laku kanak- kanak ini lebih kepada tingkah laku sendiri dan lebih meluas. Perkembangan kanak-kanak dipengaruhi oleh pelbagai faktor dan adakalanya, terdapat juga beberapa punca yang boleh merencatkan perkembangan fizikal, emosi dan sosial kanak-kanak. Antara punca yang paling nyata adalah cara pendidikan dan pendedahan yang diberikan oleh ibu bapa kanak-kanak itu. Jika dari awal lagi kanak-kanak ini tidak di beri pendidikan yang bersesuaian dengan peringkat umur mereka, ada kemungkinan perkembangan mereka tidak seperti kanak-kanak yang lain.

2.1

DEFINISI PERKEMBANGAN FIZIKAL

Dari segi kamus dewan, fizikal bermaksud bukan dengan badan, jasmani atau bukan dengan kebendaan atau keadaan alam semula jadi. Hurlock 1978 pula mendefinisikan perkembangan fizikal adalah perubahan-perubahan yang mempengaruhi tingkah laku kanak-kanak secara langsung dan tidak langsung. Secara langsung maksudnya disini adalah melalui perkembangan fizikal menentukan kebolehan kanak-kanak melakukan sesuatu, contohnya keupayaan mereka bersaing dengan rakan sebaya yang lain dalam sukan atau permainan.

Secara umumnya, perkembangan fizikal merujuk kepada perubahan saiz, fizikal atau bentuk badan, kadar pertumbuhan bahagian-bahagian badan, fungsi anggota-anggota badan dan perwatakan manusia. Semasa proses tumbesaran kanak-kanak akan mengalami perubahan dalam ketinggian, berat badan, menjadi lebih kuat dan dapat melibatkan diri dalam kegiatan fizikal yang lebih kompleks. Manusia akan mengalami proses perkembangan fizikal dan perkembangan akan berhenti apabila mencapai kematangan.

Kajian ahli-ahli psikologi Galton (1865), Goddard (1890), Newman (1937) dan Sheildo (1962) telah membuktikan bahawa setiap individu mempunyai kecerdasan dan kebolehan intelek yang berbeza-beza dengan rakan sebaya. Perbezaan kecerdasan di antara individu boleh diperhatikan daripada prestasi pelajar di dalam sebuah kelas melalui penerimaan dan tindak balas mereka di dalam kelas.

Seterusnya, kajian ahli psikologi juga turut menyatakan, perkembangan ini banyak di pengaruhi oleh genetik atau baka daripada ibu atau bapa. Baka atau keturunan ini merupakan ciri-ciri yang akan diwarisi oleh anak-anak seperti warna kulit, saiz fizikal dan sebagainya. Baka ini juga boleh menguasai penyuburan fizikal dan mental. Malahan ada juga yang menyatakan tahap kebolehan intelektual anak-anak turut diwarisi daripada gen ibu atau bapa.

2.2 DEFINISI PERKEMBANGAN EMOSI

Bedasarkan kamus dewan yang telah di rujuk, emosi di beri maksud perasaan jiwa yang kuat seperti sedih, marah dan gembira. Walaubagaimanapun, secara umumnya emosi memang akan di kaitkan dengan perasaan seseorang individu tersebut. Manusia adalah golongan benda hidup yang mempunyai perasaan yang tinggi dan paling halus. Emosi juga boleh di gambarkan melalui ekspresi wajah. perasaan atau emosi ini mempunyai tiga komponen iaitu

perasaan dalaman tertentu, corak rangsangan fisiologi dan corak penonjolan perasaan secara terbuka atau overt.

Emosi manusia wujud dalam berbagai-bagai bentuk dan kekuatan. Oleh itu, emosi dapat dikelompokan kepada dua kelompok. kelompok yang pertama menyatakan emosi positif dan negatif. Emosi positif dan negatif adalah emosi suka, sayang, gembira dan sebagainya, manakala emosi negatif adalah emosi yang berlawanan dengan emosi positif seperti takut, marah dan sedih. Kelompok yang kedua adalah primer atau bercampur. emosi primer adalah perasaan gembira, terperanjat, sedih marah, takut dan malu iaitu emosi yang berlaku secara bersendirian. Manakala emosi bercampur pula adalah satu keadaan kompleks seperti merasa kecewa. Hal ini adalah gabungan perasaan sedih dan terperanjat atau cemburu yang merupakan gabungan perasaan sayang dan marah.

Emosi adalah penggerak utama bagi menggambarkan tingkah laku kanak-kanak khususnya semasa peringkat pertengahan dan akhir. Hal ini kerana melalui emosi yang dilahirkan oleh kanak-kanak dapat memaparkan segala bentuk yang dirasai dan difikirkan. oleh yang demikian, segala situasi yang berlaku di sekeliling bari dari aspek perubahan biologi akan mendorong pembentukan emosi dalam sesuatu masa yang sama ada perasaan sedih, marah dan kecewa. Manusia sememangnya dilahirkan dengan pelbagai perbezaan. Cara mereka meluahkan emosi juga berbeza-beza. Ada yang suka meluahkan perasaan mereka kepada orang lain dan ada juga yang lebih suka memendam perasaan tersebut.

2.3 DEFINISI PERKEMBANGAN SOSIAL

Perkembangan sosial bermaksud perkembangan dalam persekitaran dan pergaulan di dalam masyarakat. Pada peringkat umur kanak-kanak, mereka ini sepatutnya di beri kebebasan dalam bersosial dan bergaul dengan persekitaran. Ibu bapa tidak boleh menghalang dan menyekat mereka daripada bersosial, sebaliknya memberi galakan yang positif kepada mereka supaya mereka lebih berani untuk ke hadapan dan secara tidak langsung akan menggalakan perkembangan kognitif kanak-kanak.

Manusia melalui perkembangan sosial dengan beberapa tahap dan perkembangn ini bermula dari zaman kanak-kanak lagi. Kanak-kanak sangat dititikberatkan dalam penglibatan bersosial dan membenarkan mereka untuk belajar denga lebih meluas. Selain daripada proses perkembangan membolehkan kanak-kanak ini berinterasksi dengan orang lain mengikut cara

yang boleh difahami dan di terima masyarakat, perkembangan sosial juga membolehkan kanak-kanak mempelajari tingkah laku sosial atau melakukan penyesuaian sosial yang bersesuaian dengan persekitaran.

Perkembangan sosial kanak-kanak dapat dikaji berdasarkan beberapa aspek penting seperti aspek peniruan, aktiviti ketika bermain, persahabatan dan hubungan di antara rakan sebaya yang lain. perbincangan berkaitan dengan sosial ini sebenarnya tidak akan lengkap jika tidak dikaitkan dengan teori yang sangat berkait rapat dengan sosial iaitu teori yang di bawa oleh Erik Erikson atau lebih dikenali dengan Teori Perkembangan Psikososial Erikson. Erikson menerangkan bahawa perkembangan sosial manusia sebagai satu siri perkembangan yang terdiri daripada lapan peringkat dan setiap peringkat mengandungi kecenderungan atau keinginan yang berkonflik. Setiap peringkat perkembangan mengikut usia mempunyai cerita dan kita dapat ketahui setiap perkembangan manusia sejak lahir.

3.0

PERKEMBANGAN

CERDAS

FIZIKAL,

EMOSI

DAN

SOSIAL

KANAK-KANAK

Seperti yang telah diketahui umum dan tambahan pula perkara ini semakin mendapat tempat di hati masyarakat, perkataan pelajar pintar cerdas kini tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat Malaysia. Namun, mungkin hanya segelintir masyarakat sahaja yang mengetahui akan hal ini dengan lebih mendalam dan sejauh mana pendidikan yang sempurna diberikan kepada mereka. Pelbagai takrifan dan anggapan penduduk terhadap pelajar yang dikatakan pintar ini. Mereka mungkin dapat lihat yang mereka merupakan golongan yang sangat sempurna dan tidak ada yang boleh menandingi kepintaran mereka kerana kecekapan, kebolehan, dan kematangan mereka dalam perkara-perkara tertentu menjadikan mereka golongan yang lebih menonjol daripada pelajar biasa atau golongan normal yang lain. Mereka mempunyai proses perkembangan yang lebih maju dan cepat. Tahap keintelektualan mereka juga adalah tinggi. Hal ini yang membezakan di antara golongan mereka dengan yang lain.

3.1 PERKEMBANGAN FIZIKAL KANAK-KANAK CERDAS

Kanak-kanak pintar cerdas mempunyai perkembangan fizikal yang lebih cepat daripada rakan sebaya yang lain. Kanak-kanak ini juga telah menunjukkan perwatakan dengan perkembangan

yang lebih matang dan maju di awal zaman kanak-kanak. Mereka boleh menjadi peka terhadap sebarang kemungkinan berkaitan kemajuan perkembangan tetapi, dalam masa yang sama mereka ini boleh juga memberi tanggapan yang salah (Harrison 1995; Roedell et all. 1980). Perkembangan fizikal juga turut boleh dikaitkan dengan perkembangan kognitif. perkembangan fizikal ini lebih kepada pergerakan anggota badan atau penggunaan psikomotor. Contohnya, kanak-kanak normal kebiasaannya boleh berjalan ketika usia setahun lebih, tetapi bagi kanak-kanak pintar cerdas mereka sudah mula berjalan ketika berusia lapan bulan atau lebih awal dari tempoh usia tersebut, malahan ada juga kanak-kanak yang mengalami perkembangan yang tidak mengikut susun atur, seperti bagi kanak-kanak lain akan mengalami proses merangkak, tetapi kanak-kanak pintar cerdas tidak melalui proses itu, sebaliknya mereka terus sahaja berjalan.

Menurut (Robinson 1993; Roedell et al.1980), seperti semua bahagian perkembangan, kanak-kanak yang berkeupayaan belajar dengan pantas, kerap memperoleh kemahiran awal, khususnya kemahiran yang menggunakan kawalan kognitif seperti keseimbangan, kemahiran bergantung pada kekuatan tenaga dan daya tahan. kanak-kanak pintar cerdas boleh belajar pergerakan fizikal dengan mudah (Moltzen 1996a) dan boleh menentukan tempat dalam persekitaran. Koordinasi mereka lebih baik, persepsi persekitaran dan maju mengatur kemahiran terhadap kemalangan kecil yang berlaku dalam kalangan kanak-kanak. Mereka boleh menjdai orang tengah dan penyelesai masalah.

Walaubagaimanapun, kanak-kanak cerdas menemui kemahiran motor iaitu koordinasi mata dengan tangan tidak diteruskan di awalnya daripada normal, dan perkembangan perlahan berkaitan dengan kemahiran yang membolehkan mereka berdiri di dalam jalan yang mereka sempurnakan. Walaubagaimanapun, minat kanak-kanak boleh jadi cekap dalam sama- sama meletakan kesukaran pemikiran, mengambil bahagian dan menilai objek dengan kemahiran luar biasa, ataupun membuat bentuk yang menarik atau rupa dengan objek. Ketinggian tahap tenaga fizikal mereka dan kurang perhatian untuk tugasan harian adakalanya tersalah tafsir seperti kurang perhatian ketidakupayaan hiperaktif. sesetengah kanak-kanak pintar cerdas ini mempunyai laporan menjadi lebih sensitif untuk deria rasa fizikal seperti, kepanasan dan kesakitan. Kanak-kanak ini juga sebenarnya kurang meminati aktiviti yang berbentuk fizikal atau aktiviti yang lebih menggunakan tenaga. Sebaliknya, mereka lebih suka dan memilih aktiviti yang melibatkan penggunaan idea dan startegi seperti sudoku, puzzle dan sebagainya.

Selain daripada itu, Davis dan Rimm 1998 mendefinisikan tingkah laku kanak-kanak cerdas adalah kemajuan pemikiran dan kemahiran berbahasa. Kemajuan kemahiran kognitif boleh di lihat sejak daripada awal usia satu tahun kanak-kanak ini. Jika dapat kita perhatikan, dalam gaya pembelajaran kanak-kanak cerdas ini, mereka lebih menekankan dan lebih mendalami di dalam bidang berbentuk eksperimental, matematik atau pengiraan dan lebih meminati bidang-bidang ilmu yang kurang diminati oleh orang lain. Kanak-kanak pintar cerdas juga mempunyain kemahiran dalam bidang pertuturan dan bahasa. Mereka mahir dalam kemahiran berbahasa dan membolehkan mereka untuk berkomunikasi dengan apa yang mereka inginkan sejak dari awal usia. Mereka memahami apa yang dipertuturkan dan yang diterangkan oleh orang lebih dewasa. Penggunaan metafora, kata kerja yang digunakan sentiasa bertepatan dengan ayat dan situasi.

3.2 PERKEMBANGAN EMOSI KANAK-KANAK CERDAS

Kanak-kanak pintar cerdas memang sudah dikenali akan kebolehan mental mereka adalah lebih tinggi daripada kanak-kanak yang lain. Oleh kerana itu, mereka sukar untuk memanfaatkan sistem pendidikan yang sedia ada. Hal ini berlaku kerana keperluan motivasi mereka adalah berbeza, yang menunjukkan kebolehan mental mereka adalah jauh lebih maju. Maka, perbezaan yang wujud ini menimbulkan konflik iaitu masalah dalam perkembangan emosi kanak-kanak cerdas. Konflik atau masalah yang berlaku melibatkan kanak-kanak pintar cerdas terutama berkaitan dengan emosi mereka, ramai pihak yang tidak memahami akan keperluan mereka, puncanya adalah kerana mereka merupakan golongan minoroti di dalam kebanyakan negara. Hal ini juga wujud di Malaysia, kanak-kanak ini juga tidak terlepas dari mempunyai masalah tingkah laku di sekolah dan di kelas. Guru perlu peka akan setiap keperluan yang diperlukan oleh mereka. Guru perlu mengecam dan menilai mereka dari pelbagai aspek, bukan membuat keputusan yang mereka ini ada masalah seperti kanak-kanak yang mempunyai kecacatan dan sebagainya.

Kanak-kanak cerdas sering kali digambarkan seseorang yang mempunyai emosi yang sensitif, intensiti dan bertindak lebih daripada taraf pelajar (Clark 1997; Miller et al.1994). terdapat juga penulis dan pengkaji yang percaya bahawa struktur otak adalah kebenaran mereka untuk belajar dengan lebih kehadapan serta mengawal untuk emosi yang baik. Orang lain meletakan tahap emosi kanak-kanak cerdas ini adalah lemah dan rendah untuk mereka melalui perkembangan. Lagi, ada juga kumpulan yang mempercayai yang kanak-kanak cerdas

ini sukar melarasakan kedua-dua perkara berbeza dalam satu keadaan yang sama. Mereka mempunyai emosi yang kebiasaannya adalah lebih berganda daripada rakan sebaya normal yang lain. Golongan ini adalah golongan yang maju dalam bahagian sosial dan emosi. Maka, tidak menjadi masalah jika mereka turut mempunyai kematangan dalam bahagian emosi.

Di dalam kepintaran kanak-kanak cerdas, perkembangan konsep kemandirian diri awal, dimana mereka lebih cepat mengenali sesuatu perkara berbanding dengan rakan mereka yang lain. Hal ini, akan menyedarkan mereka, dan mereka boleh mengandaikan bahawa kanak-kanak ini akan mempunyai masalah. Pada keseluruhannya, kanak-kanak cerdas ini cenderung untuk menjadi lebih yakin di dalam sesuatu bidang yang mereka mempunyai bakat dan kebolehan, tetapi mereka kurang berkeyakinan dalam kemahiran fizikal dan sosial. Selain itu, konsep harga diri (self-esteem) adalah berbeza dengan konsep kendiri (self-concept). Konsep harga diri merupakan elemen yag efektif daripada konsep kendiri. Antaranya adalah cara pelajar meluahkan perasaan mereka dengan pecapaian dalam akademik, penerimaan dalam bersosial,, hubungan antara keluarga atau fizikal yang menarik.

Bagi kanak-kanak pintar cerdas, mereka ada pelayaran untuk beberapa tahun dalam mencampurkan kemampuan di dalam kelas, jarang atau pun tidak pernah ada pengalaman bekerja dimana mereka perlu berusaha untuk berjaya. Adakalanya boleh mengembangkan sesuatu yang bukan realistik mengembangkan konsep kendiri akademik. Petempatan di dalam kelas ada kebolehan berkumpulan di dalam kelas di mana ramai pelajar yang pintar dan terlebih pintar, mereka membuat kerja dengan aturan terhadap tahap dan mengikut kemampuan yang mereka boleh lakukan. Malahan ada juga diantara mereka yang mempunyai keputusan yang positif untuk kedua-duanya iaitu akademik dan sosial.

Kanak-kanak pintar cerdas juga tidak lari untuk dikenali dengan seorang yang mementingkan kesempurnaan. Bentuk kesempurnaan yang pertama adalah pemandu kesihatan, yang mana individu mendapatkan keseronokan daripada tenaga yang sebenar dan mendapatkan hasil kualiti yang tinggi. Seterusnya, bentuk yang kedua kemusnahan, di mana individu itu berusaha secara mendesak mencapai tahap bukan sebenar yang tinggi dan jarang berpuas hati, tidak kira seberapa baik pun yang mereka telah buat dan lakukan. Mereka merasakan nilai adalah lorong untuk menjadi berjaya (Hess 1994; Parker & Adkins 1995; Parker & Mills 1996). Ada juga yang menyedari bahawa kanak-kanak pintar cerdas mempunyai sifat yang sangat sensitif, terutama pada kririkan. Hal ini adalah mustahil,

sementara mereka lebih memahami untuk isyarat orang lain, hal ini kerana pengalaman hidup mereka terhad untuk mentafsir pesanan ini (Freeman 1983).

Sementara kecerdasan yang tinggi bagi kanak-kanak pintar cerdas peringkat pra- sekolah biasanya menjadi cepat matang dan melangkau semua domain perkembangan, mereka yang mempunyai sedikit memperoleh kemajuan dalam perkembangan intelektual hanya mendapat sedikit kebaikan dari purata dalam peningkatan dan menemui kemahiran motor (Tannenbaum 1992). Mereka menjadi kuat untuk mendapatkan tanggapan berkaitan dengan perkara yang mereka lakukan, tetapi kegagalan membuatkan mereka mengambil kira pada kemahiran tahap kanak-kanak, seperti kekurangan dalam kecekalan dan akan menjadi mudah kecewa sehingga adakalanya menyebabkan mereka berputus asa. Kanak-kanak ini juga kerap menerima tanggungjawab yang biasanya diberikan kepada kanak-kanak yang lebih dewasa. Mereka juga mempunyai emosi atau tingkah laku yang cepat naik angin itu menampakan yang mereka sangat mentah (Robinson 1993).

3.3 PEKEMBANGAN SOSIAL KANAK-KANAK CERDAS

Kanak-kanak yang mengalami proses perkembangan hanya nampak sedikit kemajuan serta ada sedikit kelemahan dalam bersosial dan beberapa manfaat bersosial, hal ini sememangnya sudah pasti tidak sama dengan kanak-kanak yang sangat pintar. Keputusannya adalah bercanggah dalam minat dan kebolehannya, kanak-kanak yang mempunyai kecerdasan yang tinggi boleh mengalami kesukaran bersosial daripada awal kanak-kanak sehingga berterusan (Gross 1993a). Manusia membuat perbandingan soaial merupakan proses perkembangan diri kanak-kanak. Perkembangan sosial akan berlaku dan terjadi jika kanak-kanak tersebut dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran. Sama ada positif atau negatif yang diperolehi oleh kanak-kanak tersebut adalah bergantung kepada tindak balas dan tingkah laku mereka untuk sesuaikan diri dengan sekeliling. Ada juga kanak-kanak yang tidak mahu bersosial, kerana mereka lebih senang dengan dunia kehidupan mereka sendiri.

Kebanyakan kanak-kanak cerdas adalah kurang menguasai sifat keegoan dan lebih sensitif untuk keperluan atau perasaan lebih daripada usia kawan sebaya yang lain, seperti mengikut contoh dengan menjelaskan sesuatu ilustrasi. Di dalam kajian telah menemui terdapat lima pengaruh utama kanak-kanak dalam pemilihan kawan. Perkara yang pertama ialah, kanak-kanak menjalinkan hubungan untuk berkawan bukan berasaskan pada kronologi

usia menjadi keutamaan, tetapi adalah pada asas keserupaan dalam tahap perkembangan. Kematangan intelek dan emosi mempunyai pengaruh mempertimbangan bagaimana kanak- kanak memaparkan persahabatan dan pada siapa mereka membuah pemilihan untuk dijadikan sebagai kawan. Faktor usia tidak menjadi penghalang sama ada rakan tersebut terlalu muda atau lebih atas daripada dia, dia tetap boleh menyesuaikan diri mereka asalkan mereka mempunyai minat yang sema dan serupa.

Seterusnya daripada kajian tersebut, pengaruh kedua dalam pemilihan kawan adalah kapasiti kanak-kanak untuk membuat perbandingan sosial, pengaruh kebolehan mereka untuk mengecam persamaan dan perbezaan diri mereka dengan kanak-kanak yang lain. Perpindahan adalah untuk memaparkan kanak-kanak lain sebagai potensi berkawan, manusia dengan seseorang boleh mengembangkan hubungan dua hala tetapi bergantung kepada kapasiti untuk dipaparkan potensi berkawan sebagai individu dengan perwatakan mereka sendiri. idea dan minat.

Pengaruh ketiga pula ialah, teman sepermainan adalah elemen yang paling penting dalam pembangunan persahabatan. Walaubagaimanapun, minat permainan kanak-kanak cerdas kebiasaanyan berbeza daripada rakan sebaya yang lain. Kanak-kanak cerdas biasanya kurang minat dalam persaingan fizikal seperti perlumbaan dan permainan yang melibatkan bola dan lebih cenderung untuk memilih game atau aktiviti yang melibatkan idea dan strategi adalah bersesuaian. Permainan boleh mendatangkan kata sepakat yang tidak menyenangkan di antara minat dan kebolehan sendiri dan keinginan untuk diterima masuk dalam kumpulan sosial (Silverman 1993). Kanak-kanak atau orang dewasa yang kurang bersedia atau kurang berkebolehan untuk mendapatkan seperti kata sepakat selalunya mewujudkan persendirian, suka untuk mereka-reka game intelektual sendiri yang mana selalu tegak pada fantasi dan menggambarkan peristiwa yang menarik.

Kanak-kanak yang meminati bidang pembacaan juga mempengaruhi dalam pemilihan kawan. Seseorang yang mempunyai semangat yang berkobar-kobar berkaitan dengan pembacaan adalah tidak menyukai untuk memilih dan simpan sebagai seorang kawan yang merasakan bukan adalah sesuatu yang membosankan. Tambahan pula, minat membaca bagi berkaiatan kanak-kanak cerdas cenderung menjadikan sesuatu tahun lebih tua. Kebanyakkan kanak-kanak pintar cerdas di dalam sekolah rendah meminta buku yang mana menggambarkan keinteletualan, emosi atau berusaha pada bahagian protagonis, contohnya ‘kronik’ di mana mengikut pertumbuhan perwatakan untuk kematangan atau ‘pencarian’ yang

mana menggambarkan konflik diantara baik dan jahat. Mereka mempunyai kebolehan yang luar biasa dalam bidang pembacaan dan lebih maju berbanding dengan rakan sebaya yang lain. Mereka juga sudah boleh memahami dan bahan bacaan yang mereka baca pula adalah bukan tahap umur mereka sebaliknya bahan bacaan orang dewasa.

Pengkajian persahabatan kanak-kanak dan orang dewasa mengeluarkan perkara yang berkaitan perbezaan di antara popular dan persahabatan. Popular adalah perwatakan dari memperoleh membuat dengan sengaja berkaitan keluasan bulatan pada rakan sepermainan. Pada darjah tertentu ia bergantung pada penerimaan rakan sebaya dan pengesahan untuk amalan biasa rakan sebaya, tingkah laku, penguasaan dan kelaziman. Nampaknya, kanak- kanak cerdas untuk tinggal kebelakang atau lebih tepat masih diperingkat awal daripada rakan yang sama umur, perlakuan sosial yang mana perwatakannya berkeinginan untuk popular dan nampak meminta, hubungan dengan teman sepermainan adalah dalam kelompok yang kecil untuk dipaparkan lebih kefungsian pada persahabatan. Kata kunci dalam berkawan sebenarnya adalah kualiti bukannya kuantiti pada setiap kawan yang dimiliki. Kanak-kanak pintar cerdas memang mempunyai tanggapan yang berbeza dalam persahabatan.

Dalam bersosial, kanak-kanak cerdas akan memilih kawan yang mempunyai minat dan kebolehan yang serupa. Jika di sekolah, kita akan dapat lihat ada kanak-kanak yang lebih suka menyendiri dan tidak bergaul dengan rakan sebaya yang lain. Hal ini kerana mungkin mereka tidak dapat menemui lagi rakan yang mempunyai minat yang sama. Terdapat beberapa peringkat daripada tahap rendah kepada tinggi di dalam pemilihan teman rapat. Peringkat pertama ialah, teman sepermainan di mana hubungan asas di antara kawan tersebut di awal usia dan bersedia untuk bermain bersama. Yang kedua pula, orang untuk bercakap dan berbual. Bertujuan untuk berkongsi minat. Perkara ini adalah penting dalam pemilihan teman. Seterusnya adalah bantuan dan galakan, menjalikan hubungan yang lebih mesra dan atau empati dan kawan sebagai tempat berlindung dan mengadu.

4.0 MODEL PSIKOSOSIAL TANNENBAUM

Tannenbaum mengusulkan lima faktor yang mesti serentak untuk individu yang mempunyai potensi kecerdasan menjadi lebih ekspres dalam bentuk pencapaian, itu adalah bakat. Pengaruh ini pula adalah kebolehan umum, kobolehan yang luar biasa, bukan faktor intelek, sokongan persekitaran dan yang terakhir ialah perubahan. Di dalam model batu ini iaitu

Tannabaum (1997), setiap jurang berkaitan dengan faktor-faktor termasuk dalam dimensi statik dan dinamik. Dimensi statik adalah menandakan tajuk secara tidak sengaja, merujuk kepada mereka yang suka memaksa perkara yang sukar, selalunya dibentangkan dalam kehidupan seseorang individu manakala faktor dinamik pula merujuk kepada situasi di mana yang melibatkan perubahan. Lima bentuk yang diutarakan oleh Tannabaum mempunyai dua dimensi yang memberi huraian yang berbeza-beza. Bentuk model yang ditunjukkan oleh Tannabaun boleh dirujuk dan dilihat di bahagian lampiran.

Bentuk yang utama ialah kebolehan umum. Bagi dimensi statik ia merujuk kepada satu kuasa iaitu neurologikal komputer atau otak, sesiapa yang mempunyai struktur biologikal dan berfungsi akan di atur genetik (Plomin 1997) dan perekitaran (Clark 1997). Manakala untuk dimensi dinamik pula, dimensi ini merujuk bukan pada apa yang individu itu boleh untuk buat tetapi seberapa bagus kebolehan mereka melakukannya. Laporan Tannabaum (1997) cukup banyak kajian yang mana membuat kesimpulan bahawa kanak-kanak cerdas mempunyai gaya belajar tersendiri.

Seterusnya, bentuk kedua di dalam model ini ialah kebolehan yang luar biasa atau kebolehan khas. Dimensi statik menyatakan, kebanyakan individu akan mempunyai bakat tertentu adalah lebih memenuhi perkembangan daripada kemahiran yang lain. Ekspresi bakat khas mengkehendaki kebolehan umum melebihi purata dan pengaruh dalam mewujudkan keadaan yang sesuai. Sebaliknya, bahagian dimensi dinamik, dimensi dirujuk untuk bagaimana individu memproses maklumat dalam domain yang mana mereka mempunyai kebolehan yang luar biasa. Tannabaum (1997) menggambarkan, dimensi ini muncul untuk menjajarkan dengan kreativiti dalam domain individu berkaitan bakat yang luar biasa.

Bentuk yang ketiga pula ialah bentuk bukan faktor intelek dari segi dimensi statik. Sifat personaliti kanak-kanak cerdas mungkin kedua-dua keputusan dan sebab kecerdasan, bukan sedikit kerana mereka akan mempunyai kesan pada bagaimana kanak-kanak menangani ujian IQ dan sebenarnya akan jadi bahagian berkaitan apa ukuran semasa ujian dijalankan. Terdapat tiga anggapan terhadap personaliti yang disarankan oleh Tannabaum (1997) iaitu kawalan dalaman lawan dengan luaran, berdikari lawan dengan kebergantungan dan sekarang atau kini lawan mencari kedudukan masa hadapan. Bagi faktor intelektual yang berkaitan dimensi dinamik. Faktor lebih kepada personaliti adalah lebih suka untuk berubah, bergantung juga kepada situasi. Kanak-kanak mungkin mempunyai kemahiran kendiri yang

tinggi bila datangnya tugasan akademik tetapi akan menjadi kurang berkeyakinan pada sukan atau sosial.

Persekitaran juga adalah salah satu bentuk yang terdapat di dalam model ini. Dimensi dinamik merujuk untuk bagaimana ibu bapa dan guru meluluskan nilai pendidikan mereka untuk kanak-kanak, menerusi interaksi mereka dengan kanak-kanak, menerusi galakan bahasa dan pembelajaran umum dan daripada daripada model dan dapatan mencari kedudukan. Bagi statik dimensi pula, keluarga kanak-kanak, sekolah dan persekitaran sosial semuanya akan mempengaruhi bagaimana pemikiran kanak-kanak cerdas. Kunci yang mempengaruhi adalah sosial di dalam kelas dan peluang belajar yang mereka mampu (Tannenbaum 1997).

Bentuk yang terakhir adalah faktor perubahan. di dalam dimensi statik, ini adalah secara rawak atau kedaan hidup yang tidak disengajakan yang mana sebab perubahan berkaitan sejarah hidup seseorang dan melebihi di mana mungkin mereka kekurangan kawalan. Hal ini adalah jenis yang pertam pada faktor perubahan yang mana Austin (1978, in Tannenbaum 1997) menggambarkan kebaikan atau keburukan itu melanggar diri seseorang yang berlaku menjadi di dalam keadaan yang betul atau tidak. Manakala dimensi dinamik merujuk kepada tiga tahap iaitu iaitu manusia meningkatkan perubahan kepada yang lebih baik, melengkapi keunikan diri dan yang terakhir individu cuba membaiki dengan idea dalam apa yang mungkin dilihat untuk menjadi pelik.

5.0 KAJIAN KES RESPONDEN

Kajian kes ini dibuat bermula daripada semester yang lepas lagi. Kajian kes ini merupakan lanjutan daripada kajian yang telah dibuat semester semester lepas. Jika semester lepas, kami mengkaji tidak secara terperinci tentang diri responden tetapi semester ini kami mempelajari dan mengkaji berkaitan dengan perkembangan fizikal, sosial dan emosi pelajar tersebut. Sebelum membuat kajian kami telah diberi kuliah dan penerangan yang agak menyeluruh dan padat daripada guru-guru. Berpandukan buku-buku rujukan yang ada dan mendapat pandangan daripada pensyarah membolehkan saya membuat kajian kes terhadap seorang pelajar ini. Memang pada awalnya agak sukar untuk mengenali pelajar yang pintar cerdas dan berbakat oleh kerana jumlah mereka adalah tergolong dalam golongan minoriti. Akhirnya, saya menemui seorang kenalan yang mempunyai anak yang saya kategorikan dalam kategori pintar cerdas.

5.1

LATAR BELAKANG RESPONDEN

Sebelum meneruskan kajian kes terhadap pelajar tersebut, perlu untuk menerangkan serba sedikit berkaitan dengan latar belakang pelajar tersebut. Walaubagaimanapun nama asalnya perlu dirahsiakan atas permintaan diri pelajar itu sendiri. beliau mahu mengenali dirinya dengan nama Mohd Azeem Ahamad. Responden ini berusis tiga belas tahun dan sedang menuntut di Maktab Rendah Sains Mara Batu Pahat Johor iaitu di tingkatan satu. Pelajar ini hanya mempunyai dua orang adik beradik dan ia merupakan anak yang pertama. Berdasarkan pemerhatian yang dibuat, kepintaran yang dimiliki adalah disebabkan faktor genetik. Hal ini kerana adiknya juga adalah golongan yang pintar. Menurut jiran mereka yang pernah satu sekolah dengan bapa pelajar ini, bapanya juga merupakan pelajar yang pandai di sekolah. Namun, hasrat si bapa tidak kesampaian untuk meneruskan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Hal ini adalah disebabkan faktor kemiskinan yang di alami.

Bapa pelajar ini bernama Ahamad bin Mean. Beliau kini berusia 51 tahun. Bapa pelajar ini hanya dapat bersekolah sehingga darjah enam sahaja akibat daripada latar belakang keluarga yang mempunyai kehidupan yang susah dan hanya bergantung kepada kerja di kampung. Kini, bapanya seorang yang mempunyai pekerjaan sendiri iaitu dengan membina rumah-rumah di sekitar daerah Batu Pahat. En Ahamad seorang yang tegas dan mementingkan pendidikan terhadap anak mereka. Ibu responden pula bernama Nor Anita binti Manisman. Ibunya berusia 40 tahun dan sekarang bekerja sebagai tukang jahit di rumah mereka. Tahap pendidikan ibu responden adalah sehingga Tingkatan lima. Keadaan keluarga adalah sederhana. Kedua-dua ibu dan bapa mereka sangat menitik berat akan pendidikan.

5.2 PERKEMBANGAN FIZIKAL RESPONDEN

Saya memilih responden sebagai kajian kes daya kerana, responden mempunyai beberapa perbezaan berbanding dengan kanak-kanak normal yang lain. Di dalam kronologi perkembangan responden sejak lahir telah menampakan beberapa perbezaan di antara dia dengan rakan sebaya yang lain dari segi perkembangan fizikal dan kebolehan intelektual yang dimiliki oleh responden.

Sejak lahir responden seorang yang normal seperti kanak-kanak lain sehingga responden boleh berjalan ketika berusia satu tahun. Responden telah menunjukkan minat di peringkat awal dalam bidnag akademik. Ketika berusia tiga tahun beliau sudah memegang pensel, tetapi masih dalam kawalan ibunya. Walaubagaimanapun, beliau masih belum boleh bercakap lagi. Kemudian, responden sudah boleh boleh menulis di atas kertas tanpa bantuan ibu dan bapanya. Responden sudah mula menulis tajuk-tajuk yang ada di televisyen, dan jika ada perkataan atau huruf yang tertinggal dia akan menyambung untuk menulis tajuk pada keesokan harinya. Responden juga dikatakan boleh menghafal huruf dengan mudah.

Kebolehan intelek responden agak kehadapan berbanding dengan kanak-kanak normal yang lain. Responden juga minat di dalam bidnag pengiraan. Beliau boleh membaca sifir 15 dan keatas ketika masih bersekolah rendah. Responden juga pernah di panggil oleh guru untuk membaca sifir di hadapan pelajar darjah enam yang lain ketika itu responden berada di darjah 4. Responden dijadikan contoh kepada semua rakan yang lain. Tetapi bagi diri responden perkara tersebut adalah perkara biasa. Sebaliknya responden ingin lebih dari itu dan sentiasa kehadapan dari pelbagai aspek.

walaubagaimanapun, di awal usia enam tahun responden masih tidak dapat bercakap dengan betul setiap perkataan. Tetapi di pertengahan usia enam tahun, dia sudah boleh bercakap dengan betul. Responden juga mempunyai masalah ketika di masukan ke darjah satu. Hal ini berkaitan dengan tingkah laku responden yang kerap keluar kelas, sehingga guru tersebut telah melabelkan dia kanak-kanak yang mempunyai kecacatan dari segi mental dan masalah pembelajaran. Akibat daripada itu, terdapat perselisihan faham di antara guru dengan ibu dan bapa responden. Tingkah laku responden berkurangan ketika di akhir tahun satu dan normal seperti kanak-kanak yang lain.

5.3 PERKEMBANGAN EMOSI RESPONDEN

Jika dilihat secara sepintas lalu, responden mempunyai perkembangan emosi yang sama seperti kanak-kanak normal yang lain. Responden tidak mempunyai masalah yang terlalu sensitif. Tetapi, berdasarkan pemerhatian yang telah saya buat, responden mempunyai perasaan takut yang agak terutama untuk berkomunikasi dengan rakan sekelas. Hal ini kerana, terdapat jurang di antara responden dengan rakan sekelas yang lain. Akibat takut dan rasa kasihan yang tinggi terhadap rakan yang tidak menyiapkan kerja, dia akan membantu rakan

yang lain menyiapkan kerja sekolah di awal pagi sebelum perhimpunan bermula. Maka, ramai rakan sekelas yang lain yang cuba mengambil kesempatan ke atas dirinya. Mungkin pada kita ia adalah satu pekerjaan yang salah, namun tidak bagi responden. Apabila dia membantu rakan sekelas, dia merasakan satu kepuasan dan seolah-olah menjadi tanggungjawabnya.

Responden juga seorang yang mudah kecewa tetapi tidak lagi sampai ke tahap berputus asa. Hal ini kerana, jika memasuki pertandingan dan tidak mendapat johan atau naib johan, responden akan bertanya ‘kenapa’ pada diri dia sendiri malahan cuba mencari kesilapannya serta cuba membuat yang terbaik pada masa akan datang. Responden turut mementingkan kesempurnaan terhadap kerja yang di lakukan. Di sebabkan itu juga, responden akan membaca sepenuhnya buku teks sebelum sesi persekolahan yang baru di buka pada tahun akan datang dan tidak akan buka lagi buku tersebut. Menurut ibunya juga, responden bukan seorang yang kuat membaca dan mengulang kaji mata pelajaran sebaliknya lebih suka menonton televisyen. Jika perbuatannya di tegur responden akan cuba menjawab tetapi ketegasan bapanya menyebabkan anaknya tidak berani menjawab.

Selain itu juga, responden juga mempunyai self-confident yang tinggi. Sentiasa yakin dengan jawapan yang diberikan ketika menjawab soalan daripada guru, menjawab soalan peperiksaan dan ketika memberi tunjuka ajar kepada rakan yang lain. Keyakinan diri yang ada pada dirinya adakalanya menyebabkan dia keewa apabila jumlah markah yang diperolehi kurang atau tidak mencapai sasaran meyebabkan dia kerap berasa kecewa dan menangis. Tetapi dia cepat mengawal perasaan dan tidak tunjukkan dia ingin mengalah untuk berusaha malah cuba berusaha dengan lebih lagi untuk mencapai keputusan yang terbaik.

Responden ini juga boleh jadi terlalu kritikal, iaitu kerisauan melebihi daripada kesilapan yang kecil yang telah dilakukan. Walaupun kesalahan yang di buat itu adalah kecil dan kebiasaannya pelajar normal lain tidak memikirkan lagi perkara tersebut tetapi dia memikirkannya sehingga jumpa jalan penyelesaian dan dia dapat memperbaiki kesilapan yang telah dilakukan. Antara contoh yang telah di beritahu oleh ibunya adalah dia akan menjadi sangat risau apabila barang yang disimpan tidak dijumpai atau dia terlupa dimana dia meletakkan barang tersebut. Selain daripada itu juga, pernah sekali dia terlewat bangun untuk ke sekolah. Walaupun lewat, dia masih lagi semangat untuk ke sekolah dan bimbang akan dimarah oleh guru disiplin sehingga menyuruh ayahnya meminta maaf kepada guru tersebut atas kelewatannya ke sekolah.

5.4

PERKEMBANGAN SOSIAL RESPONDEN.

Hollingworth (in Whitmore 1980) melaporkan bahawa masalah persahabatan adalah paling nyata di awal kanak-kanak, kerana umur yang sama baya tidak dapat berkongsi minat dan tahap organisasi serta konsep permainan pelajar cerdas, tetapi kanak-kanak yang lebih dewasa menganggap mereka masih mentah, maka mereka tidak mahu bermain dengan mereka. Oleh kerana itu, pelajar cerdas kerap kita dapat lihat mereka sering keseorangan dan tidak mempunyai ramai kawan rapat yang boleh berkongsi cerita dan permainan. Begitu juga dengan responden ini. Pelajar lebih mudah diperhatikan daripada pergaulannya di sekolah.

Seperti responden juga, sepanjang pemerhatiannya di sekolah rendah sebelum dia meneruskan persekolah ke MRSM, dia tidak mempunyai teman rapat dan kawan yang boleh bermain bersama-sama dengannya. Kawannya adalah adiknya sendiri, tetapi tidak semua perkara mereka akan bersama-sama. Responden lebih banyak bermain, berjalan, membuat kerja dan duduk sendirian. Berbeza jika kita bandingkan dengan rakan sekelasnya yang bersama-sama bermain, berkumpul dan bergurau di antara satu sama lain dan sebagainya. Sebaliknya, dia akan ketepi dan keseorangan.

Responden juga tidak mempunyai minat dalam bidang sukan dan permainan yang melibatkan pengeluaran tenaga, pergerakan fizikal atau lebih mudah dikenali dengan aktiviti padang. Adakalanya, dia terpaksa turut serta kerana itu kewajipannya terutama bagi mata pelajaran pendidikan jasmani dan kesihatan walaupun tidak rela. Begitu juga dengan badan uniform di sekolah, dia terpaksa turut sertainya. Responden lebih suka membuat aktiviti permainan yang lebih kepada bentuk berfikir dan membaca buku ilmiah berkaitan dengan sains. Maka, mungkin disebabkan minat yang sangat berbeza dengan rakan sebaya lain, menyebabkan rakan sekelas meminggirkannya dan tidak mengajak bermain bersama-sama dalam pelbagai aktiviti.

Dalam pemerhatian saya juga, saya dapati pelajar ini lebih banyak mempunyai masalah berkaitan dengan perkembangan sosial berbanding dengan perkembangan kanak- kanak normal lain. Pelajar ini juga kurang bercakap dan berbual dengan rakan sebayanya. Selain daripada itu juga, pelajar ini juga didapati tidak akan bercerita akan perihal peribadi dirinya, kisah suka dan duka yang dihadapi dan sebagainya kecuali berkaitan dengan pelajaran apabila dia ditanya oleh rakan sekelas. Responden tidak banyak bercakap kosong di antara dia dan rakan sekelas sebaliknya dia banyak bercakap dan bertanya dengan guru yang sedang mengajarnya dan bertanya soalan yang adalanya terkeluar daripada silibus

pembelajaran dan pengajaran guru pada hari itu. Contohnya, dia memang seorang yang sangat meminati dalam bidang matematik dan sains. Dia pernah melihat buku matematik tingkatan tiga, kemudian semasa guru sedang mengajar, dia bertanya kepada guru tersebut tentang soalan tingkatan tiga dan pada ketika itu dia masih darjah enam. Kemudian, semasa di MRSM seorang pelajar tingkatan tiga telah bertanyakan soalan tingkatan tiga kepada responden dan dia telah dapat menjawab soalan tersebut dan membuat pengiraan dengan pantas dan jawapan yang di buat adalah betul.

6.0 RANCANGAN STRATEGI UNTUK KANAK-KANAK PINTAR CERDAS

Pelabagai strategi yang bersesuaian harus disediakan dan disediakan kepada pelajar-pelajar pintar cerdas, berbakat dan kreatif. Sistem pengajaran dan pembelakaran harus bersesuaian dengan diri pelajar dan teknik yang berbeza juga perlu disediakan kepada pelajar yang mempunyai kebolehan dan kecerdasan yang bijak berbanding dengan pelajar normal lain. Kepintaran mereka juga adalah pada tahap yang berbeza-beza dan turut pada bidang yang berlainan. Di dalam perkembangan fizikal, emosi dan sosial pelajar akan mengalami masalah- masalah tertentu, maka intervensi awal dan bersesuaian perlu untuk menangani masalah tersebut menjadi semakin kritikal.

Perkembangan kanak-kanak cerdas boleh di nilai dengan pelbagai cara dan penilaian harus dilakukan oleh pihak-pihak yang hampir dengan pelajar tersebut. Langkah pertama kita boleh mengetahui tahap perkembangan pelajar pintar cerdas adalah dengan membuat penilaian yang bertujuan untuk mengenalpasti kanak-kanak yang mungkin perlu dilakukan penilaian tambahan dan akan berlaku sebelum seorang kanak-kanak dirujik untuk ujian yang lebih khusus. Selain daripada itu juga, penilaian juga adalah untuk menilai kemahiran yang terkini untuk menentukan tahap perkembangan kanak-kanak cerdas dan pendidikan yang bersesuaian adalah matlamat utama.

Bagaimana untuk dinilai? Ini adalah persoalan yang sering diutarakan dan penting untuk pengetahuan semua pendidik dan bakal pendidik pada masa akan datang untuk menjadi guru pintar cerdas. Sebelum pelajar dinilai kita perlu mengetahui siapa pelajar tersebut. Pelbagai peralatan boleh digunakan termasuklah ‘cheacklist’, dimana garis besar dari tanda- tanda perkembangan kemajuan pelajar. Hal ini dapat dijadikan sebagai rujukan tindakan

kriteria sama ada boleh atau tidak mereka paparkan tingkah laku tertentu untuk mencapai maksud pintar cerdas.

Hal ini kerana idea kanak-kanak cerdas adalah melebihi idea kanak-kanak normal. Maka, ini adalah waktu pendidik perli untuk membandingkan kanak-kanak normal pada tahap umur. Seelok-eloknya dengan menggunakan ujian rujukan normal, iaitu ujian jenis perkembangan atau kebolehan. Kebiasaanya hanya ahli psikologi yang boleh menguruskan ujian ini dan mereka merupakan tahap terakhir dalam prosedur penilaian.

Selain daripada itu terdapat juga kaedah untuk meningkatkan harga diri (self-esteem) pelajar pintar cerdas. Mereka sentiasa inginkan diri mereka diterima dan dihormati oleh semua orang. Di awal perkembangan kanak-kanak adalah masa yang sesuai untuk menyuntik kanak-kanak cerdas mengembangkan perasaan dengan merendahkan diri bagi mengelakkan mereka berbangga dengan kebolehan dan keupayaan yang mereka ada. Langkah pertama adalah melatih diri mereka untuk menerima diri sendiri dan kanak-kanak lain. Kanak-kanak akan melihat bagaimana dia bertindak balas dengan kejayaan dan kesilapan yang telah dilakukan. Jika dia dapat terima dirinya sendiri, walau dirinya tidak sempurna, maka kanak- kanak akan belajar daripada anda untuk menjadi berani dengan kegagalannya.

Begitu juga apabila dia boleh menerima kanak-kanak lain tidak kira sama ada tingkah laku kanak-kanak tersebut, perasaan dan latar belakangnya. Berkaitan dengan tingkah laku kanak-kanak, apabila kanak-kanak lain melakukan kesilapan, dia boleh menerima diri kanak- kanak tersebut tanpa menerima tingkah lakunya. Seterusnya, adalah penting dia menerima perasaan orang lain, sungguhpun apabila mereka berbeza dengan diri kita. Fields dan Boesser (1998) membuat ciri-ciri penting bahawa sesetengah orang dewasa percaya bahawa ‘ little people have little feeling’. Perasaan kanak-kanak adalah bermakna untuk mereka seperti diri kita adalah untuk kita, dan adalah penting menerima apa yang mereka rasa walaupun jika kanak-kanak cerdas itu tidak memahami mengapa perasaan kanak-kanak tersebut seperti itu. Selain itu jua, bahagian lain untuk menerima kanak-kanak adalah dengan menerima latar- belakang budaya pelajar tersebut.

Pelajar pintar cerdas juga sering mengalami masalah berkaitan dengan cara untuk bersosial dengan orang sekeliling terutama rakan sebaya. Salah satu langkah untuk menggalakan mereka bersosial adalah dengan meletakan kanak-kanak yang mempunyai kebolehan intelektual yang sama di satu tempat yang sama. Gross (1996) menyatakan bahawa jika kanak-kanak tidak didudukan dalam situasi yang sama, mereka adalah berisiko

untuk memahami kebolehan dirinya sendiri, menyembunyikan potensi dan menyalahkan diri sendiri kerana tidak sama dengan pasangan seusia dengan mereka. Colemen (1995) percaya bahawa kanak-kanak yang sedang dengan rakan sebaya yang mempunyai kebolehan intelektual yang sama dapat merasakan perubahan kecerdasan dengan apa yang mereka dapat capai, mereka juga berkebolehan untuk melakukan hubungan dengan orang lain, sama ada mereka diterima daripada nilai pendapat mereka, sama ada mereka mempunyai kebebasan untuk mereka menonjolkan diri dan kemampuan untuk mencari orang yang lain yang teruja dengan perkara yang sama. Pada penigkatan usia, academic self-esteem mereka akan menurun sedikit, melalui perbandingan diri mereka dengan kebolehan rakan sebaya yang lain.

Berkaitan dengan kaedah untuk pelajar yang mempunyai masalah bersosial adalah pembelajaran kooperatif. Pembelajaran kooperatif berstruktur melibatkan kegiatan dalam kumpulan di mana kanak-kanak akan bergantung di antara satu sama lain untuk mendapatkan tujuan bersama. Di dalam sektor persekolahan ini merupakan satu perdebatan aktif mengenai penggunaan pembelajaran kooperatif dengan pelajar pintar cerdas, terutama berpusat pada kenyataan bahawa kebiasaanya melibatkan campuran kemampuan. Walaubagaimanapun, ia tidak selalunya berlaku.

Permainan kooperatif bertujuan untuk melibatkan dan mengasingkan kanak-kanak untuk mereka berpasangan yang tidak biasa bermain diantara satu sama lain. Dengan cara ini, mereka dapat memperluaskan lagi potensi kumpulan masing-masing. Maka, mereka ini harus dibantu untuk mereka membentuk sebuah kumpulan yang padu, mengajar kemahiran berkerjasama, giliran untuk bercakap dan berkongsi, menurunkan sifat agresif dan memberikan konteks yang tidak mengancam untuk menjadi model dan melatih kemahiran sosial. Seperti latihan pembelajaran kooperatif, permainan kooperatif memerlukan koordinasi usaha daripada semua ahli kumpulan untuk memperoleh kejayaan. Bagaimanapun, peserta adalah kanak-kanak yang hanya sukarela mendapat hadiah adalah mudah untuk mengambil bahagian.

Cara lain untuk memberi kebebasan mereka untuk bersosial dan bergaul dengan rakan- rakan bagi mengelakkan mereka mengasingkan diri adalah dengan mengajar mereka kemahiran untuk masuk ke dalam kumpulan. Kanak-kanak perlu mulakan dengan menagku bila waktu yang sesuai untuk bertanya untuk masuk. Setelah memilih waktu yang sesuai, kanak-kanak pelbagai jenis bersosial mengikut beberapa langkah, iaitu yang pertama adalah langkah pendekatan kanak-kanak lain dan tenang melihat permainannya, kemudian tunggu

sebentar untuk berehat, kemudian mereka mulakan untuk buat apa yang kanak-kanak lain buat.

Apabila, kanak-kanak kurang kemahiran untuk masuk kumpulan, mereka akan mengganggu kumpulan dengan memanggil kumpulan tersebut untuk menarik perhatian kepada mereka dengan mengajukan soalan, mengkritik cara bermain kepada kanak-kanak lain atau memperkenalkan topik yang baru tentang perbualan atau permainan yang baru. Ahli kumpulan ini akan kerap di tolak dengan mengganggu dalam usaha untuk menyertai mereka dan mereka kanak-kanak yang kurang berjaya mempelajari semula yang mereka tidak disukai oleh orang lain. Jika mereka berkata mereka tidak boleh menyertai permainan itu, mereka perlu ada keyakinan diri untuk mencuba sekali lagi. Kanak-kanak yang kurang kemahiran muncul untuk menyelamatkan muka tetapi cuba untuk melakukan semula dan berlakuan baik supaya tidak ditolak lagi.

Strategi lain bagi memastikan bakat mereka terus berkembang dan mereka dapat menambah lebih banyak lagi maklumat untuk diri mereka adalha dengan menggunakan komputer. Dengan penggunaan teknolobi canggih ini, pelajar dapat mengakses lebih banyak maklumat dan maklumat yang disampaikan juga adalah lebih pantas. Komputer juga dapat membantu pelajar pintar cerdas berinteraksi diantara satu sama lain seperti di laman-laman sosial iaitu facebook, yahoo messenger, twitter dan sebagainya yang membolehkan mereka berinteraksi di antara satu sama lain. Komputer memprovokasi untuk membina dan menetapkan pengetahuannya dan mengajar mereka untuk mengadaptasi atau menyesuaikan teknologi terkini. Guru dan pelajar juga boleh belajar bersama-sama. Melalui penggunaan komputer juga dapat membantu kanak-kanak menghasilkan bahan bertulis bila dia menemui kemahiran motor yang menghalang dia menulis menggunakan tangan.

Selain itu, mereka perlu untuk mengikuti program-program yang bertujuan untuk perkembangan minda mereka. Antara program yang boleh diikuti adalah Kem Permata Pintar yang dilakukan di UKM (Universiti Kebangsaan Malaysia), malahan guru juga boleh membawa anak muridnya mengikuti pelbagai program-program yang antaranya pertandingan mereka cipta robotik, program kajian tentang alam semester dan sebagainya. Program- program ini kebiasaanyan dijalankan di peringkat daerah atau negeri. Melalui program ini, mereka akan memperoleh banyak maklumat untuk kajian mereka sendiri. Dengan kaedah ini juga mereka tidak akan merasa tertekan dan bosan untuk belajar. Kualiti pengajaran oleh guru juga harus tinggi daripada ilmu yang mereka ada untuk membantu mereka menjadi maju lagi.

7.0 PERANCANGAN STRATEGI UNTUK MENGEMBANGKAN SEBUAH PENDEKATAN EFEKTIF BAGI PENEMUAN KEPERLUAN SOSIAL DAN EMOSI RESPONDEN.

Objective : to develop or improve school services that address the social and emotional needs of gifted education students.

Evidence: a menu of documented supports, interventions, and policies that support the social and emotional needs of gifted students in loving school district.

Tasks:

conduct a survey of current provision. Identify priorities for improvement, and de velop an action plan for making improvements.

Date

Action

Person responsible

Evidence

 

Month 1

Meet with guidance personnel to identify services provided for gifted students.

G/T coordinator

 

List

of

services

 

school

Month 1

Create

survey

for

Advisory

committee

Copies of servey

teachers

chair

Month 2

Distribute and collect survey to all teachers to identify provision and priorities

Building

administra-

Completed surveys

tion

Month 2

Summarize

survey

Advisory

committee

Short, narrative summary of key find- ing with list of priori- ties

results

chair

Month 3

Summarize

survey

Parents

and

G/T

Questionnaire

results

teacher

Month 3

Ask parents to com- plete questionnaire at

Chair of parents ad- visory group

Complete

question-

naire

 

all parent workshop

   

Month 4

Summarize question- naire results.

Chair of parent advi- sory group

List of key findings and priorities.

Month 4

Create students ques- tionnaire

Advisory

committee

Finished

question-

chair

naire.

Month 5

Students

complete

Building

administra-

Complete question-

questionnaire

during

tor

naire

seny

to

G/T

homeroom

coordinator

 

Month 6

Summarize

students

Advisory

committee

List

of

key

finding

questionnaire

chair

and

priori-

ties;selected

 

exam-

ples

of

students

comments

Month 6

Identify top three priorities for services and staff develop- ment

Advisory

committee

List of priorities

 

chair

 

Month 7-8

Develop action plan to address priorities

G/T coordinator

Written action plan.