Anda di halaman 1dari 7

Praktikal 2: Daya dan Gerakan Aktiviti 1: Mengenal pasti daya-daya yang bertindak dalam pelbagai konteks yang berlainan.

Hasil pembelajaran: Mengenal pasti daya-daya yang bertindak dalam pelbagai konteks yang berlainan. Teori: Daya adalah tolakan atau tarikan atas sesuatu objek. Daya adalah kuantiti vektor yang mempunyai magnitud dan arah. Unit SI daya adalah Newton (N). Satu daya boleh mengubahkan keadaan pegun atau gerakan seragam sesuatu objek. Kesan-kesan daya adalah seperti berikut: Mengerakkan objek yang pegun atau mengubah saiz atau bentuk objek. Mengubah halaju objek yang bergerak dalam magnitud atau arah. Boleh memberhentikan objek yang sedang bergerak. Daya graviti Daya Geseran

Berat

Daya Tegangan

Daya Normal

Daya Julangan

Rajah menunjukkan contoh-contoh daya

Kategori Daya

Daya seimbang

Daya tidak seimbang

Daya boleh dibahagikan kepada dua iaitu daya-daya yang seimbang dan dayadaya yang tidak seimbang. Apabila dua atau lebih daya yang bertindak pada satu objek memusnahkan antara satu sama lain, daya paduan yang bertindak pada objek itu adalah sifar. Apabila daya paduan sifar, sesuatu objek yang pegun akan terus pegun dan sesuatu objek yang bergerak dengan halaju yang seragam.

Apabila dua atau lebih daya yang bertindak atas satu objek tidak memusnahkan antara satu sama lain, maka daya paduan bukan sifar dan magnitud daya geseran tidak sama dengan magnitud daya julangan atau tujahan.

Rajah menunjukkan contoh aplikasi daya-daya yang tidak seimbang Bahan-bahan Bonkah kayu, bola ping pong, tali regang di atas bongkah kayu, bikar dan buku. Langkah-langkah:

1. Sebuah bongkah kayu telah diletakkan di atas meja. Blok kayu tersebut ditolak dan pemerhatian direkodkan. 2. Sebiji bola ping pong dilontarkan. Pemerhatian ke atas bola ping pong dicatatkan. 3. Seutas wayar diikat diantara dua batang paku yang yang diketuk di atas sebuah blok kayu. Wayar tersebut disentuh dan pemerhatian dicatatkan. 4. Sebiji bola ping pong diletakkan di dalam bikar yang berisi air. Bola ping pong ditekankan ke dalam air. Pemerhatian dicatatkan. 5. Sebuah buku diletakkan di atas tapak tangan. Pemerhatian dicatatkan 6. Inferens dinyatakan bagi setiap pemerhatian yang dibuatkan. Keputusan: Bil. 1 Pemerhatian Kayu bergerak ke arah daya tolakan. Inferen Daya tolakan melebihi daya berat menyebabkan kayu bergerak ke arah yang ditolak. Lakaran Daya

Bola bergerak ke atas dan jatuh ke bawah.

Daya tolakan menyababkan

bola bergerak ke atas dan daya graviti yang menarik bola menyebabkan bola jatuh ke bawah.

Wayar yang diikat dengan kayu telah bergetar dan mengeluarkan bunyi.

Dawai mengitarkan udara di sekitarnya mengeluarkan bunyi. Daya getaran mengeluarkan bunyi.

Bola ping-pong terapung di atas air. Bola pingpong tidak masuk ke dalam air apabila cuba ditolak ke dalam air.

Daya apung oleh air menyebabkan bola ping-pong terkeluar daripada air.

Buku tidak bergerak dan berada di tapak tangan pada kedudukan yang sama.

Daya angkat buku sama dengan daya berat buku. Keadaan ini menyebabkan buku itu statik di tapak tangan.