Anda di halaman 1dari 3

TEKNIK PENGAJARAN KEMAHIRAN MEMBACA - BIMBINGAN MENJANGKA Bimbingan menjangka adalah bimbingan yang diberi oleh guru khususnyauntuk

k membantu murid membaca dan memahami. Hj Ismail Hj. Zakaria, Salmah Othman, Elly Chong, 1992:86),mengistilahkan bimbingan menjangka sebagai aktiviti membaca terarah. Aktiviti bimbingan menjangka digunakan untuk membimbing muridmembaca dan memahami petikan, rencana dan karya sastera. Aktiviti ini juga sesuai untuk mengajar bacaan dan kefahaman kepadakumpulan kecil atau keseluruhan kelas. Terdapat lima langkah yang perlu diikuti oleh guru dan murid ketikamenjalankan aktiviti b imbingan membaca. LANGKAH 1 Guru perlu melakukan tinjauan terhadap pengetahuan dan pengalaman sedia adamurid berkaitan petika n yang akan dibaca. Sekiranya pengetahuan danpengalaman murid kurang mencukupi maka, guru perlu menjalankanbeberapa aktiviti awal, iaitu (i) membaca petikan sepintas lalu, (ii) menyampaikan isi utama petikan kepada murid, (iii) menyenaraikanperkataan dan konsep baharu dan menghuraikan maknanya dan (iv)menggunaka n gambar, foto, tayangan slaid atau filem sebagai pengukuhanpengetahuan dan pengalaman murid tentang isi petikan. LANGKAH 2 Sebelum pembacaan yang sebenarnya dijalankan, guru menjelaskan kepada muridtentang tujuan pembacaan itu. Penyataan tujuan pembacaan dapat ditunjukkan melalui empat aktiviti, iaitu (i) mendapatkan isi-isi utamapetikan, (ii) memberi makna perkataan tertentu mengikut konteks, (iii)mengemukakan pendapat tentang kesesuaian tajuk dan (iv) menghuraikangerak balas afektif t erhadap petikan. LANGKAH 3 Guru menentukan had masa untuk murid membaca petikan khususnyaberdasarkan pembacaan senyap. P embacaan kuat pula dijalankan hanyauntuk interpretasi terhadap sesuatu persoalan atau penghay atankeindahan bahasa dalam petikan. Teknik pengajaran bacaan kuat tidakdigalakkan untuk penga jaran dan pembelajaran dalam peringkat ini. LANGKAH 4 Perbincangan isi petikan dijalankan secara bersoal jawab seperti yangdijalankan ketika aktiviti menge nal pasti tujuan pembacaan.Perbincangan juga boleh dijalankan berdasarkan pengalaman baharuya ng dialami oleh murid. Perbincangan boleh dijalankan di peringkatkelas dan dijalankan oleh guru d engan melibatkan murid secara aktif. Guru boleh berperanan sebagai penasihat dan pemudah cara jikaperbincangan dijalankan dalam ku mpulan kecil. LANGKAH 5

Langkah ini merupakan aktiviti pengayaan yang boleh dijalankan berdasarkanaktiviti dalam keempatempat langkah sebelum ini. Aktiviti pengayaanboleh dijalankan dalam kelas atau sebagai kerja ru mah berdasarkan tigakaedah, iaitu (i) melakukan ilustrasi peristiwa dalam petikan, (ii) menulis cerita berdasarkan tema yang sama dan (iii) melakukan bacaan luas tentang tajuk yang dibaca. TEKNIK PENGAJARAN KEMAHIRAN MEMBACA - TATACERITA 10 PERINGKAT TATACERITA : PERINGKAT 1 Guru dan murid berkongsi pengalaman sebenar. Pengalaman sendiri diutamakan keranapengalaman orang lain adalah kurang berkesan dan menarik.Pengalaman yang dikongsi oleh guru juga membolehkan guru memerhati penguasaan kosa kata murid dan memperkaya pengalaman mereka. Guru turut mempastikan murid menghasilkan input yang sama dengan berkongsi pengalaman yang sama-sama mereka lalui. PERINGKAT 2 Murid-murid menjalankan aktiviti berdasarkan pengalaman melalui teknik main peranan, drama dan muzik yang turut membantu menjadikan pengalaman itu lebih menarik. Latihan yang dijalankan juga membolehkan murid mengalami semula peristiwa yang telah berlaku secara fizikal di samping meneguhkan elemen kognitif yang sedang diproses. Aktiviti yang dijalankan juga dengan sendirinya boleh mengembangkan perbincangan tentang pengalaman masa lalu muridmurid. PERINGKAT 3 Murid digalakkan bercerita dan menceritakan semula peristiwa yang berlaku berdasarkan pengalaman mereka. Interpretasi yang kreatif tentang peristiwa tersebut membolehkan muridmurid berkongsi idea dan mendapat perkataan serta makna baharu. PERINGKAT 4 Murid diminta melukis gambar yang mempunyai kaitan dengan pengalaman masing-masing. Melalui aktiviti ini, murid berpeluang memilih isi-isi penting. Guru juga mendapat objek yang dilukis oleh murid dan melabelkannya. Lukisan itu kemudiannya dibincangkan dan murid berpeluang sekali lagi untuk mengemukakan pendapat masing-masing dengan lebih terperinci. PERINGKAT 5 Guru membina ayat-ayat yang gramatis berdasarkan cerita daripada pengalaman murid. Murid perlu mengetahui bahawa cerita yang ditulis oleh guru itu sebenarnya adalah berdasarkan

pengalaman mereka sendiri. Oleh itu, ayat yang digunakan seharusnya tidak mempunyai perbezaa yang ketara daripada yang disampaikan oleh murid. Perkara ini secara tidak langsung memudahkan penggunaan strategi ramalan apabila murid membaca kembali pengalaman mereka yang ditulis itu.

PERINGKAT 6 Guru menulis cerita yang lengkap berdasarkan pengalaman murid. Murid pula membantu guru mengekalkan urutan cerita dengan menyebut kembali ayat-ayat yang telah dibina secara gramatis oleh guru. Melalui pengulangan ini, biasanya ekspresi lisan murid akan bertambah baik. PERINGKAT 7 Setelah selesai menulis, guru membaca cerita kepada murid secara perlahan dan berhati-hati. Ini membolehkan murid mendapat pendedahan sekali lagi kepada ceritanya sebelum diarahkan oleh guru untuk membacanya. Seterusnya, murid akan membaca cerita itu sama ada secara individu atau kumpulan berdasarkan arahan guru. Guru memberi bimbingan apabila perlu. PERINGKAT 8 Strategi berfikir berdasarkan kandungan cerita perlu ditekankan pada peringkat awal lagi. Guru mengemukakan soalan berdasarkan petikan cerita kepada murid dan soal jawab dijalankan secara lisan. Soalan yang dikemukakan kemungkinan soalan berkaitan kosa kata atau urutan peristiwa dalam cerita tersebut. Guru membimbing murid memngemukakan jawapan. PERINGKAT 9 Perkataan-perkataan baharu yang dihasilkan melalui proses mencipta berdasarkan pengalaman akan dimasukkan oleh guru ke dalam bank perkataan. Perkataan baharu tersebut dicatat di atas kad perkataan dan menjadi kamus asas untuk murid. Kad-kad ini boleh dicantum semula oleh murid untuk menghasilkan cerita yang baharu.

PERINGKAT 10 Murid boleh membaca ceritanya kepada murid-murid dalam kumpulan lain. Murid juga boleh bertukar-tukar cerita untuk mnegetahui pengalaman murid lain. Hasil karya yang lengkap seterusnya boleh dijilidkan berdasarkan tema. Perkara ini secara tidak langsung mampu menambah jumlah bahan bacaan yang sesuai untuk murid.