Anda di halaman 1dari 18

KEMAHIRAN REFLEKSI

APAKAH ITU REFLEKSI?

Terdapat pelbagai takrifan tentang konsep refleksi seperti yang diberikan oleh tokohtokoh seperti Dewey (1993), Van Manen (1977), Schon (1983) dan Shulman (1987). Shulman (1987) dalam Wong et al (2000: m.s. 13), sebagai contohnya, mendefinisikan refleksi sebagai satu fasa di mana guru pelatih [guru] meninjau semula pengajarannya di dalam bilik darjah, yakni refleksi secara umumnya adalah berkenaan dengan: pembelajaran daripada pengalaman proses yang dipandukan oleh data yang ada

Konsep Refleksi

Satu proses di mana seseorang individu mengingat kembali pengalaman yang telah dilalui, memikirkan dan mempertimbangkan serta membuat sesuatu penilaian.

Konsep refleksi

Di bawah konteks pendidikan, refleksi ialah sesuatu proses seseorang yang berusaha untuk mengingat dan merenung kembali aktiviti pendidikan yang telah difikirkan atau dialaminya, menganalisis dan menilai kesannya, termasuk memikirkan cara membaiki dan merancang dengan mengubahsuainya untuk digunakan dengan lebih berkesan pada masa hadapan.

Definisi

Refleksi dlm konteks pembelajaran adalah satu istilah umum, merujuk kpd aktiviti-aktiviti intelektual & afektif, di mana seseorang individu melibatkan diri meneroka pengalaman-pengalaman mereka bagi memperoleh kefahaman dan penghayatan baru (Bound & rakan-rakan:1985)

Refleksi Umum

Refleksi adalah segala usaha pemikiran seseorang: Sebelum, semasa dan selepas menjalankan tugas / aktiviti Dalam situasi kerja / aktiviti

Jenis-Jenis Refleksi

Secara individu

Secara kumpulan

Contoh perkara yang boleh direflek


Amalan belajar/kerja Amalan membuat kerja kursus/budaya kerja Isu & masalah tugasan harian Peristiwa kritikal Perasaan/emosi

Tujuan Refleksi

Menilai kemahiran mengajar/amalan sendiri & mempertingkatkannya. Menilai sesuatu strategi pengajaran & bahan-bahan pengajaran/intervensi yg digunakannya. Menganalisis nilai-nilai pendidikan yg menjadi asas amalan pengajaran. Terus menerus mengkaji & menjelaskan pegangan & nilai peribadi berkaitan dgn pendidikan. Mencuba membina satu penjelasan tentang murid, interaksi bilik darjah serta proses-proses p&p/intervensi.
(David Frost, 1993)

Fokus refleksi

amalan/ tingkah laku pengajaran hasil/ akibat/ kesan kepercayaan, pegangan andaian kewajaran, kerasionalan

Hasil Refleksi

Kefahaman baru Kesedaran Keinsafan Perubahan persepsi Perubahan amalan

Prasyarat

keterbukaan minda/fikiran kesungguhan penanggungjawaban

Prosedur

Kembali kepada pengalaman (locating oneself in an action frame Kemmis (1987) iaitu melihat apa yang kita lakukan, apakah yang terjadi kepada murid dsb. Teliti perasaan Teliti kewajaran/ kerasionalan Apakah alasan bagi amalan tindakan

Alat bantu refleksi

diari / jurnal

Contoh Releksi: P&P

Isu/masalah dikenal pasti dgn melihat kpd 4 faktor: guru, murid, isi kandungan pelajaran & persekitaran Refleks pengalaman lepas Kaitkan pengalaman lepas dgn 4 faktor utama supaya masalah lebih jelas Terjemahkan secara bertulis

Jurnal Reflektif
Ia adalah catatan tentang sesuatu peristiwa, masalah yang dihadapi, peringkat pencapaian sesuatu bidang dan sebagainya. Catatan ini bertujuan menbolehkan pelajar dan guru sendiri untuk membuat refleksi, menilai serta menggunakannya sebagai rujukan untuk mengambil tindakan susulan yang wajar dan berkesan.

Portfolio Reflektif merupakan salah satu jenis jurnal yang biasanya digunakan di dalam latihan perguruan.
Misalnya, semasa mengikuti kursus perguruan, guru pelatih dikehendaki melaksanakan tugasan yang dikenali sebagai Kerja Kursus Berasaskan Ilmu (KKBI) bagi matapelajaran pengkhususan dan ilmu pendidikan. Ia adalah sebagai bukti pengalaman pembelajaran yang dapat mencerminkan perkembangan pemikiran dan pembelajaran.

Kesan/ akibat Melakukan Refleksi


Menjadikan seseorang itu SEDAR tentang: tingkah laku atau amalan pengajarannya makna atau pengertian tingkah laku/amalan pengajarannya tabiat atau kebisaannya tabiat melihat sesuatu, tabiat berfikir, tabiat bertindak perasaannya tentang bagaimana ia berfikir, membentuk tanggapan atau bertindak kecekapannya membuat tanggapan, membentuk makna/memberi pengertian, atau mengenal pasti sebab kepada sesuatu perhubungannya dengan pihak lain dalam sesuatu situasi penghakiman (value judgement) memberi nilai/label terhadap sesuatu mengatakan sesuatu sebagai positif/negatif