Anda di halaman 1dari 13

Sistem Modifikasi Tingkah Laku yang Berstruktur

Sistem modifikasi tingkah laku yang berstruktur


Bertujuan memastikan tingkah laku yang hendak dibentuk

dicatat jelas, berserta dengan akibat/peneguhan yang akan


diterima 2 sistem diguna memodifikasi:

i. Sistem kontrak tingkah laku


ii. Sistem token

Sistem Kontrak Tingkah Laku

a) Sistem kontrak tingkah laku


Dibentuk oleh guru dan murid setelah mendapat persetujuan

kedua-dua pihak terhadap tingkah laku yang diingini


Untuk keberkesanan kontrak, guru perlu:

Menerang rasional dan langkah yang perlu kepada murid


Minta bantuan mana-mana pihak untuk memastikan murid tersebut mematuhinya Menetapkan matlamat jangka masa panjang supaya murid dapat mengekal tingkah laku yang diingini walaupun kontrak

telah berakhir

Langkah membina kontrak tingkah laku:


Melibatkan murid dalam pembentukan kontrak Menyatakan tingkah laku yang diingini dalam bentuk positif Menyatakan tingkah laku yang ingin dicapai dengan jelas Membentuk kontrak untuk satu jangka masa yang ditetapkan

Kontrak mesti sesuai dengan murid (murid boleh mencapai) Peneguhan dan ganjaran perlu mendapat persetujuan guru dan murid Memberi peneguhan dan ganjaran yang dijanjikan dengan segera dan kerap Semua pihak yang terlibat dalam perlaksaan kontrak ini perlu menandatangani kontrak

2 jenis kontrak tingkah laku:


Kontrak sosial
kontrak mudah yang digunakan untuk mengubah tingkah laku sosial murid

Kontrak akademik
Kontrak mudah yang digunakan untuk membantu masalah tingkah laku akademik murid

Sistem Token

b) Sistem token
Token berfungsi seperti wang (dapat ditukar dengan barang kegemaran & aktiviti menyeronokkan) Langkah membina sistem token:
Menyenarai tingkah laku spesifik yang akan diberikan token Pilih token yang senang dicari dan digunakan Menetapkan kekerapan memberi token dan masa token diberikan Senaraikan peneguhan /ganjaran yang akan diterima melalui tokenyang dikutip Tetapkan masa bilakah token dapat ditukar dengan ganjaran

Strategi memilih peneguhan:


Memerhati dan mengenal pasti aktiviti kesukaan murid Bertanya dan berbincang dengan murid peneguhan/ganjaran yang mereka suka. Memberi kejutan/ ganjaran misteri kepada murid (kejutan akan membangkit elemen suspen dan menarik perhatian murid) Tukar ganti peneguhan apabila sudah lama diguna pakai kerana ia akan membosankan

Contoh peneguhan/ganjaran yang boleh guru berikan:


Ganjaran aktiviti
Menggunakan komputer Membaca buku pilihan Menghias buletin kelas Pergi ke perpustakaan Membantu guru mengajar Merancang aktiviti kelas Menolong murid lain Belajar sendiri Menolong guru Membuat kraft tangan

- Ganjaran keistimewaan
Masa rehat tambahan Kurang kerja rumah Lebih masa bermain komputer Ketua kumpulan Bebas memilih ahli kumpulan Orang pertama keluar rehat Dipilih untuk mempamer hasil kerja Pencatat markah kelas Menggunakan alatan guru Memilih kerja rumah Dipilih menjadi murid terbaik Boleh membuat kerja bebas Memberikan markah pada aktiviti Tidak perlu membuat tugasan aktiviti tertentu Dipilih untuk menyertai projek khas

Jenis-jenis token
Lencana untuk dipakai Sijil Markah Pelekat/ bintang Cip untuk dikumpul Duit mainan Warna tertentu pada carta Bahagian tertentu pada jigsaw puzzle