Anda di halaman 1dari 6

TAKSONOMI BLOOM DAN DOMAIN KRATHWOHL TAKSONOMI BLOOM Pengenalan : Taksonomi ini pertama kali disusun oleh Benjamin

S. Bloom pada tahun 1956. Taksonomi Bloom menitikberatkan aspek kognitif atau pengetahuan. Ia bercorak hierarki (tahap rendah ke tahap tinggi). Guru akan membuat soalan pelbagai aras untuk menguji tahap berfikir pelajar. Menekankan aspek kognitif (pengetahuan) apa yang dicari adalah seperti fakta, teori, dan hukum. Definisi : Taksonomi ialah kajian tentang prinsip, peraturan, dan amalan dalam pengelasan organisma berdasarkan persamaan dan perbezaaan sifat organisma itu. Kamus Dewan Keempat 2005. Dalam bidang pendidikan, Taksonomi ialah satu model yang biasa digunakan untuk menganalisa bidangbidang pendidikan. Tujuan pendidikan dibahagikan kepada tiga domain, iaitu: 1. Cognitive Domain (Domain Kognitif), melibatkan perilaku-perilaku yang menekankan aspek intelektual, seperti pengetahuan, pengertian, dan keterampilan berfikir. Bloom membahagikan domain kognitif kepada enam tahap : 1. i. Pengetahuan (Knowledge) Berasaskan kemampuan untuk mengenali dan mengingat peristilahan, definisi, fakta-fakta, gagasan, pola, urutan, metodologi, prinsip dasar, dan sebagainya. Ciri-ciri khusus Mengingat semula apa yang telah dipelajari seperti istilah, fakta, prinsip, prosedur. Tiada manipulasi atau interpretasi

Contoh kata kerja: melabel, melakar, melukis, memadan, memerihal, mendefinisi, mengenal pasti, mengenalpasti, mentakrif, menulis, menyatakan, menyenarai, Contoh : 1. Bilakah Malaysia merdeka ? 2. Berapa buah negerikah yang terdapat di Malaysia? 3. Siapakah Bapa Kemerdekaan Malaysia? 1. ii. Pemahaman (Comprehension) Dikenali dari kemampuan untuk membaca dan memahami gambaran, laporan, jadual , diagram, arahan, peraturan, dan sebagainya.

TAKSONOMI BLOOM DAN DOMAIN KRATHWOHL Tiga aras penting : 1. Terjemahan isi (isi kepada huraian, cth : Ibu Ali meninggal dunia.) 2. Memberi tafsiran / makna sesuatu maklumat (cth : Setiap manusia di muka bumi ini akan menemui ajal masing-masing. ) 3. Ekstrapolasi (tafsiran lanjut berdasarkan maklumat yang digambarkan (cth : Kita sebagai manusia biasa mestilah sentiasa bersedia untuk menghadapi perkara yang berlaku pada bila-bila masa sahaja) Tujuan : Memahami sesuatu bahan, menjelaskan menterjemah, merumuskan,menulis, dan membezakan. Contoh : Membanding beza, memberikan contoh, membuat inferens, menambah, menentukan, menerangkan, menerangkan, menganggar, mengubah, menukar, meramalkan, merumus 1. iii. Aplikasi (Application) Pada tahap ini, seseorang pelajar memiliki kemampuan untuk menerapkan gagasan, prosedur, metodologi , rumus, teori dan sebagainya di dalam persekitaran sebenar.

Kebolehan menggunakan maklumat dalam situasi baru. Menekankan penggunaan kaedah, prinsip & hukum teori. Pembelajaran dari bahan mujarat/abstrak.

Objektif : 1. Umum : menggunakan, menyelesaikan, menunjukkan 2. Khusus / spesifik : menggunakan, menyelesaikan, mengira, menghubungkan, mengendalikan. Contoh : Soalan yang menggunakan perkataan bagaimana dan jelaskan. 1. iv. Analisis (Analysis) Pada tahap analisis, seseorang akan mampu menganalisa maklumat yang diperoleh dan mencerakinkannya atau menstrukturkan maklumat itu ke dalam bahagian yang lebih kecil untuk mengenali pola atau hubungannya dan mampu mengenali serta membezakan faktor penyebab dan akibat dari sebuah scenario yang rumit. Tujuan : Menaakul (mencari) sebab dan musabab (akibat) Ciri khusus: Memahami perhubungan khasnya dengan memecahkan kepada komponen dan melihat perkaitan antara komponen.

TAKSONOMI BLOOM DAN DOMAIN KRATHWOHL Contoh : 1. Berikan faktor, punca-punca, sebab-sebab, mengapakah perkara tersebut berlaku. 2. Meleraikan sesuatu komunikasi kepada beberapa bahagian. 1. v. Sintesis (Synthesis) Seseorang pelajar pada tahap sintesis akan mampu menjelaskan struktur atau pola dari sebuah senario yang sebelumnya tidak terlihat dan mampu mengenali data atau maklumat yang harus didapati untuk menghasilkan bentuk penyelesaian yang diharapkan. Tujuan : Membentuk sesuatu yang baru. Ciri khusus : Kebolehan menggabungkan/ menyusun bahagian-bahagian dan menjadikanya satu pola, struktur, sistem yg baru yg tidak ujud sebelum ini Contoh : Berkomunikasi, membina, membuat gambaran mental, membuat hipotesis, mendefinisikan secara operasi, menganalogi, mengeksperimen, menggabungkan, mengkonsepsikan, menyelesaikan masalah, merancang, merangkakan, mereka bentuk, mereka cipta, meringkaskan. 1. vi. Penilaian (Evaluation) Dikenali dari kemampuan untuk memberikan penilaian terhadap penyelesaian, gagasan, metodologi dan sebagainya dengan menggunakan kriteria yang sesuai atau standard yang ada untuk memastikan nilai efektif atau manfaatnya. Ciri-ciri khusus: Membuat pertimbangan [judgement] nilai ke atas sesuatu bahan, idea, kaedah bagi sesuatu tujuan.

Membuat penelitian dan pertimbangkan sejauh mana sesuatu bahan atau kaedah memenuhi sesuatu kriteria. Penggunaan sesuatu kriteria untuk menilai sesuatu sama ada kriteria dari luar atau dalam.

Contoh : membuat keputusan, menaksir, mengesan kecondongan, mengkritik, menjustifikasi, mentafsir, menyokong, mewajarkan.

2. Affective Domain (Domain Afektif) melibatkan perilaku-perilaku yang menekankan aspek perasaan dan emosi, seperti minat, sikap, apresiasi, dan cara penyesuaian diri. 3. Psychomotor Domain (Domain Psikomotor) mengenai perilaku-perilaku yang menekankan aspek keterampilan motor seperti tulisan tangan, berenang, dan mengoperasi mesin. DOMAIN KRATHWOHL

TAKSONOMI BLOOM DAN DOMAIN KRATHWOHL Krathwohl dan rakan-rakan, (1964) adalah antara penyelidik yang julungkali menggunakan terminologi afektif (affective) dalam memperkenalkan satu lagi domain penting dalam hidup manusia. Ia digunakan sebagai satu lagi objektif pengajaran di samping aras-aras yang terdapat dalam domain kognitif yang telah diperkenalkan oleh Bloom dan rakan-rakan pada tahun 1956. Krathwohl mengkategorikan domain afektif sebagai terdiri daripada; penerimaan (receiving), tindakbalas (responding), menilai (valuing), menyelaraskan sistem nilai (organizing a value set), dan mengamalkan sesuatu mengikut sistem nilai yang kompleks (characterizing by value complex). Konsep :

Objektif pembelajaran yang menekankan aspek perasaan, emosi dan tahap penerimaan individu. Dapat dinilai dalam diri seorang individu melalui watak dan perwatakan. (Luaran dan dalaman). Aspek yang terkandung dalam domain afektif:

Minat Tingkahlaku Penghargaan Nilai Emosi Penerimaan : Berhubung dengan kemahuan pelajar untuk memberi perhatian.

Tindakan pelajar mencerminkan satu kesedaran atau perhatian terhadap ransangan dan peristiwa atau persekitaran yang berhubung dengan domain afektif. Konteks pengajaran menekankan kepada kebolehan mendengar, menanyakan soalan, mengenal bahagian-bahagian ayat dan menjawab dengan lengkap. Terdapat tiga perkara berhubung dengan aras ini iaitu: 1. Kesedaran pelajar dikatakan sedar dengan objek atau peristiwa jika berlaku semasa kehadiran mereka. 2. Kesudian untuk menerima sesuatu pengajaran harus disampaikan di dalam satu suasana atau keadaan yang bermakna dan menarik. 3. Perhatian yang terkawal atau terpilih pelajar membezakan keseluruhan keadaan kepada 2 bahagian atau kepada bahagian-bahagian komponen dan kemudian memilih satu daripda aspek tertentu dan terus memberi perhatian Bertindak Balas : Kesanggupan untuk bertindak balas terhadap ransangan. Boleh mengambil bahagian secara aktif.

TAKSONOMI BLOOM DAN DOMAIN KRATHWOHL Objektif am: Melengkapkan tugasan. Objektif khusus: Boleh menulis tentang isi pelajaran. 3 kategori: 1. Persetujuan membalas. 2. Kesediaan membalas. 3. Kepuasan membalas.

Menilai : Kesanggupan untuk dinilai oleh orang lain berdasarkan idea, bahan atau situasi. Kebolehan membuat penilaian & memberi penghargaan. Menilai berdasarkan penghayatan 1 set nilai spesifik.

3 kategori: Penerimaan, pilihan & penglibatan. Objektif am: Menghargai orang lain Objektif khusus: Boleh melaporkan Organisasi : Kesanggupan menghubungkait sesuatu perkara dengan nilai yang dipegang. Pelajar boleh membezakan nilai & situasi yg berbeza.

Kategori: Penanggapan & organisasi. Objektif am: Pelajar boleh mereka cipta. Objektif khusus: Pelajar mampu membina ayat/fakta. Perwatakan : Kesanggupan bertindak dengan konsisten selari dengan nilai yang dipegang. Perubahan tingkahlaku slps sesi P&P.

Objektif am: Mengekalkan nilai-nilai dalam P&P. Objektif khusus: Disiplin dalam mengekalkan nilai.

TAKSONOMI BLOOM DAN DOMAIN KRATHWOHL

Relevan : Tidak membiarkan murid untuk menerima ilmu sekadar dari segi luaran yang tidak mempunyai nilai. Menginginkan murid untuk bertindak balas terhadap pembelajaran dengan menilai, merancang dan membuka minda murid mereka cenderung dalam sesuatu bidang. Mencari cara pengajaran yang meransang minat pembelajaran murid. Pengajaran yang tidak hanya tertumpu pada sesuatu topik yang tidak berkait dengan minat murid.

Topik yang terkandung dalam literasi pendidikan seperti: 1. Tingkahlaku. 2. Motivasi. 3. Komunikasi. 4. Cara Pengurusan Bilik Darjah. 5. Cara Pembelajaran. 6. Penggunaan Teknologi.