Anda di halaman 1dari 10

Bina 3 masalah bukan rutin sendiri dan selesaikan dengan menggunakan strategi penyelesaian masalah yang berbeza berdasarkan

model Polya. 1) Strategi Penggunaan Gambah Rajah Satu strategi yang paling membantu dalam memahami sesuatu masalah dan mengembangkan idea untuk sesuatu penyelesaian masalah ialah melukis gambar dan diagram. Dengan penggunaan gambah rajah ini, kita dapat memahami soalan dengan lebih jelas dan dapat mengelakkan kekeliruan. Walau bagaimanapun, gambah rajah yang dilukis hendaklah seringkas yang boleh . Contoh Soalan : Irene berjalan ke taman dari rumahnya sejauh 500 meter dan mengambil masa 10 minit untuk sampai. Kemudian dia berjalan lagi ke rumah datuknya yang terletak 1km dari taman tersebut dan mengambil masa 20 minit. Irene berehat di rumah datuknya selama 2 jam 30 minit dan pulang ke rumah menggunakan jalan lain yang jaraknya sejauh 1 km. Jika Irene sampai di rumahnya pada pukul 2.20 petang, bilakah Irene bertolak dari rumahnya dan berapakah jarak dalam meter yang Irene lalui bagi setiap minit ?

Langkah Menyelesaikan Masalah berdasarkan modal Polya

a) Memahami masalah

Terlebih dahulu, kita mengemas dahulu maklumat yang telah dikenal pasti : Rumah Edy ke kedai = 5oo meter = 10 minit Kedai ke rumah datuknya = 1 kilometer = 20 minit Rumah datuknya ke rumahnya = 1 kilometer = 20 minit

Berehat di rumah datuknya = 2 jam 30 minit Sampai di rumah = pukul 2.20 petang Bertolak dari rumah = ? Jarak bagi setiap 1 minit = ?

b) Merancang Strategi penyelesaian Kaedah gambarajah telah dipilih untuk menyelesaikan masalah ini. Oleh itu, kita hendaklah melukis gambar soalan dalam bentuk grafik.

c) Pelaksanaan Strategi

i)

Melukis gambar awalan.

Rumah Irene

500m

Taman

1 KM

1 KM

Rumah Datuknya

ii)

Langkah kerja :

Merujuk kepada gambar rajah, tempoh masa perjalanan = 10 minit + 20 minit+ 20 minit+ 2 jam30 minit = 3 jam20 minit

Tolak masa tiba di rumah :

Jawapan :

Oleh itu , masa Irene bertolak dari rumah adalah pukul 11 pagi.

Jarak Irene berjalan dalam satu minit:

Rumah Irene 500M 10 minit

Taman 1000M 20 minit

Rumah Datuknya

Jarak Irene berjalan dalam satu minit = ( 500m + 1000m ) / 30 minit = 50 m/ minit.

d) Menyemak Semula Menyemak semula jawpan dengan menggunakan kaedah menjawab dari hadapan . 2.20 petang = Irene sampai bertolak dari rumah pada pukul 11.00 pagi + tempoh keseluruhan perjalanan.

2.20 petang = 11.00 pagi + 3.20 minit = 2.20 petang ( terbukti betul )

Jarak perjalanan Irene x tempoh masa = 1500 meter

50 meter x 30 minit = 1500 meter ( terbukti ) Strategi Kedua: Strategi Berkerja Ke Belakang

2) Strategi Bekerja ke Belakang


Strategi ini amat sesuai untuk menyelesaikan masalah sequence, pola, persamaan dan masalah lain. Kaedah ini menggunakan semua data yang diberikan dan melakukan jalan penyelesaian secara terbalik menggunakan jawapan akhir yang diberi dan kebiasaannya kita harus menggunakan beberapa persamaan bagi mendapatkan jawapan.

Contoh Soalan: Enam orang rakan, Aaron, Alex, Patrick, Alice, Garnet dan Irene bercadang untuk membeli belah di Times Square. Mereka berjanji untuk berjumpa di stesen LRT pada pukul 1pm. Patrick dan Alice telah sampai ke destinasi 10 minit lebih awal daripada masa yang ditentukan. Namun, mereka mendapati bahawa Aaron, Alex, Garnet dan Irene telahpun sampai sebelum mereka. Menurut Irene, dia sampai 5 minit lambat daripada Alex. Aaron pula kata bahawa dia sampai 20 minit awal daripada Patrick. Alex pula berkata bahawa semasa dia sampai, Garnet sudah tunggu di sana selama 15 minit. Akhir sekali, Garnet berkata bahawa dia sampai 5 minit awal sebelum Aaron. Persoalannya, bilakah Irene, Alex, Aaron, Garnet, Patrick dan Alice sampai di destinasi?

Langkah 1: Memahami dan Mentafsir Sesuatu Masalah Berikut merupakan maklumat yang boleh kita dapati daripada soalan. Masa yang ditentukan: 1pm Patrick: awal 10 minit daripada 1pm Alice: sama dengan Patrick Irene: lambat 5 minit daripada Alex Aaron: awal 20 minit daripada Patrick Alex: lambat 15 minit daripada Garnet Garnet: awal 5 minit daripada Aaron

Langkah 2: Merancang Strategi Penyelesaian Kita akan menggunakan strategi kerja ke belakang.

Langkah 3: Melaksanakan Strategi Penyelesaian 5. Patrick dan Alice: 1pm 10 minit = 12.50pm 4. Aaron: 12.50pm 20 minit = 12.30pm 3. Garnet: 12.30pm 5 minit = 12.25pm 2. Alex: 12.25pm + 15 minit = 12.40pm

1. Irene: 12.40pm + 5 minit = 12.45pm

Langkah 4: Menyemak Semula Penyelesaian Lihat semula. Adakah cara lain untuk menyelesaikan soalan ini?

3) Strategi Menyenaraikan/ Menjadualkan Secara Sistematik Penyelesaian masalah menjadi lebih senang apabila kita menyenaraikan semua kemungkinan. Membuat jadual adalah cara yang paling baik untuk membuat senarai. Jadual boleh digunakan untuk meringkaskan data atau untuk membantu kita untuk melihat corak penyelesaian. Ia membantu kita

menimbangkan semua kemungkinan penyelesaian kepada masalah yang diberi.

Contoh soalan Seekor amoeba diletakkan di dalam balang pada pukul 2:00pm. Amoeba akan membiak setiap 20 minit. Berapakah jumlah amoeba yang akan berada di dalam balang pada pukul 6:00pm hari tersebut?

Langkah 1: Memahami dan Mentafsir Sesuatu Masalah Daripada soalan di atas, kita tahu bahawa bilangan amoeba akan berganda setiap 2 minit. Masa yang diberikan adalah dari pukul 2pm hingga 6pm, iaitu 4 jam, atau 240 minit. Soalan mengkehendaki kita untuk mencari bilangan amoeba pada pukul 6pm.

Langkah 2: Merancang Strategi Penyelesaian Saya memilih strategi menyenaraikan untuk menyelesaikan masalah ini.

Langkah 3: Melaksanakan Strategi Penyelesaian Satu jadual akan dibina untuk menunjukkan bilangan amoeba mengikut masa.

Masa 1400 1420 1440 1500 1520 1540 1600 1620 1640 1700 1720 1740 1800

Bilangan Amoeba 1 2 4 8 16 32 64 128 256 512 1024 2048 4096

Bilangan amoeba akan berganda setiap 20 minit, dan bilangannya pada pukul 6pm ialah 4096 ekor.

Langkah 4: Menyemak Semula Penyelesaian

Jawapan bagi soalan ini, iaitu 4096 akan disemak semula dengan menggunakan proses pengiraan.