Anda di halaman 1dari 2

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BATU LAPAN JALAN PUCHONG, 47100 PUCHONG SELANGOR.

PERSATUAN BAHASA INGGERIS DAN DRAMA LAPORAN TAHUNAN 2012 Pengenalan Persatuan Bahasa Inggeris dan Drama merupakan satu kelab yang mengetengahkan kepentingan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua melalui aktiviti-aktiviti menarik yang telah dirancang sepanjang tahun. Ia juga bertindak untuk memupuk sifat yakin diri, kritis, kreatif, berdikari, kepimpinan dan kerjasama di kalangan ahli persatuan. Kehadiran Guru dan Pelajar Kehadiran guru dan pelajar untuk setiap perjumpaan adalah baik. Aktiviti dan Pelaksanaan Pada bulan Januari 2012 kelab kami telah mengadakan mesyuarat agung tahunan dan ahli lembaga telah dipilih seperti berikut: Pengerusi : Naib Pengerusi : Setiausaha : Naib Setiausaha: Bendahari : Naib Bendahari : Ahli Jawatankuasa Tingkatan 1 : Tingkatan 2 : Tingkatan 3 : Tingkatan 4 : Tingkatan 5 : Rajkirat Kaur a/p Amar Singh Aarina David Chattu a/l Karunakaran Gabriella Geeta Faustina Gui Yen Lin Marie Kuan Kah Ling Wong Zaong Liang Vilaasini Neve Bernardo Subramaniam Hedy Hiew Rue-Quan Tisha Tatiana

Sepanjang tahun 2012, terdapat beberapa aktiviti yang telah dijalankan sewaktu perjumpaan, antaranya: Scrabble Treasure Hunt Long sentence pass dan English Quiz Word building dan debate Charade Musical chair

Masalah 1. Terdapat beberapa aktiviti lain yang telah dirancang untuk dilaksanakan sepanjang tahun 2012 tetapi aktiviti-aktiviti ini tidak dapat dijalankan kerana terdapat kekangan dari segi masa, penglibatan, kehadiran dan lain-lain. Persediaan untuk setiap aktiviti kadangkala kurang memuaskan.

2. 3.

Selain itu, persatuan juga kurang aktif dari segi penyertaan dalam pertandingan yang dianjurkan oleh PPD atau NGO. Kutipan yuran persatuan amat tidak memuaskan.

Cadangan 1. Memastikan bahawa aktiviti-aktiviti yang dirancang sesuai dengan masa dan tarikh yang diperuntukkan. Persediaan juga perlu dilakukan lebih awal dan dengan rapi agar aktiviti-aktiviti dapat dijalankan dengan lancar. Ahli jawatankuasa juga perlu bergerak aktif dan tidak hanya menunggu arahan daripada guru. Menggalakkan ahli-ahli persatuan untuk menyertai pertandingan-pertandingan yang melibatkan Bahasa Inggeris seperti drama, debat, choral speaking, koir dan lain-lain. Menetapkan yuran persatuan yang realistik dan menetapkan tarikh akhir untuk membayar yuran persatuan.

2.

3.

Penutup Persatuan Bahasa Inggeris dan Drama telah menunjukkan prestasi yang baik tahun ini. Diharapkan kerjasama di antara guru-guru penasihat, ahli jawatankuasa persatuan serta pelajar-pelajar dapat diteruskan dan semoga persatuan ini akan terus berusaha untuk mencapai prestasi yang lebih baik pada tahun depan dan tahun-tahun seterusnya. Disediakan oleh, _____________ (NUR RAWAIDA HAYANI BT MOHD AMIN) Guru Penasihat Persatuan Bahasa Inggeris dan Drama Disemak oleh, _____________ (TEOH YEAN LING) Penyelaras Kelab dan Persatuan