Anda di halaman 1dari 8

Program e-Cerap JPN Sabah

PANDUAN PENCERAPAN MENGGUNAKAN PROGRAM e-CERAP JABATAN PELAJARAN SABAH TAHUN 2012

2012

1.0

Pengenalan Pencerapan dalam konteks ini bermaksud penyeliaan proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Konsep penyeliaan adalah usaha membaiki instruksional termasuk rancangan pengajaran, memerhati, mengendali, membimbing, memberi motivasi, menegur, menyelenggara, membaiki, menilai dan memberi maklum balas. Walau bagaimanapun satu kitaran kerja penyeliaan hanya tamat apabila guru telah meningkatkan kemahiran mengajarnya. Dengan ini penyeliaan haruslah membawa perubahan positif pada perlakuan guru untuk meningkatkan mutu pengajarannya, dan seterusnya pembelajaran murid-murid. Ia tidak seharusnya satu kerja untuk memenuhi kehendak satu pihak atau arahan luar.

2.0

Rasional 2.1 Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1987 KP(BS)8591/Jld(77) bertarikh 11 November 1987 berkehendakkan Pengetua/Guru Besar melaksanakan penyeliaan di dalam bilik darjah secara rapi dan sistematik untuk mempastikan kejayaan pelaksanaan kurikulum di sekolahnya. Melalui pencerapan, guru dapat dibimbing dan dibantu ke arah perubahan iaitu peningkatan mutu pengajarannya.

2.2

3.0

Program e-Cerap JPN Sabah Program e-Cerap JPN Sabah dibangunkan secara bersama oleh Sektor Pengurusan Akademik dan Sektor Teknologi Maklumat dan Komunikasi, JPN Sabah pada Januari 2011. Program e-cerap JPN Sabah adalah satu perisian atas talian yang dapat memudahkan proses pencerapan, dan diharapkan membantu kepada pembudayaan pencerapan di sekolah. Melalui e-cerap maklumat berkaitan pencerapan boleh diperolehi dengan segera oleh pengurus sekolah, PPD dan JPN Sabah. Program e-Cerap JPN Sabah boleh dicapai melalui www.moe.gov.my/jpnsabah/cerap.

1 Jabatan Pelajaran Negeri Sabah

Program e-Cerap JPN Sabah

2012

4.0

Tema Pengajaran dan pembelajaran berkualiti mendepani kecemerlangan akademik

5.0

Objektif 5.1 5.2 5.3 5.4 Membudayakan amalan pencerapan. Memudahkan proses pencerapan. Mengupayakan pengurus sekolah meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran guru. Meningkatkan martabat profesion keguruan.

6.0

Fokus Pencerapan 6.1 Pencerapan berfokus kepada 3 aspek iaitu: Kompetensi o Aspek kompetensi merujuk kepada tahap keberkesanan guru dalam pengetahuan dan kemahiran berkaitan dengan proses pengajaran dan pembelajaran. Sistem penyampaian o Elemen-elemen dalam aspek sistem penyampaian dalam instrumen terdiri daripada set induksi, penyampaian isi kandungan, teknik penyoalan, pengukuhan dan penutupan. Aktiviti kelas o Aktiviti kelas merujuk kepada segala aktiviti pembelajaran yang melibatkan murid.

2 Jabatan Pelajaran Negeri Sabah

Program e-Cerap JPN Sabah


Item Pencerapan Item pencerapan dibahagikan kepada 3 bahagian. Bahagian B M L Penerangan Persediaan sebelum proses pengajaran dan pembelajaran Semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Selepas proses pengajaran dan pembelajaran. Jumlah item 3 15 4

2012

8.0

Panduan Pengoperasian Pencerapan 8.1 Pencerapan proses pengajaran dan pembelajaran dilakukan oleh pengurus sekolah. Pembahagian tugas pencerapan di sekolah adalah seperti berikut: 8.1.1 Pengetua/Guru Besar mencerap sekurang-kurangnya 10% orang guru di sekolah. 8.1.2 Penolong-Penolong Kanan mencerap 60% jumlah guru di sekolah. 8.1.3 Ketua Bidang/Ketua Panitia mencerap 30% guru di sekolah. 8.1.4 JPN/PPD/PPSMS/MGB boleh melaksanakan pencerapan kepada semua guru. 8.2 Pelaksana pencerapan: Dicerap Pengetua/Guru Besar Penolong Kanan Ketua Bidang JPN/PPD/PPSMS/MGB/Penolong Kanan/ Ketua Bidang. JPN/PPD/Pengetua/Guru Besar/Penolong Kanan/Ketua Bidang /Guru Cemerlang.
3 Jabatan Pelajaran Negeri Sabah

Pencerap JPN/PPD/PPSMS/MGB.

Program e-Cerap JPN Sabah


Ketua Panitia

2012

JPN/PPD/Pengetua/Guru Besar/ Penolong Kanan /Ketua Bidang /Ketua Panitia/Guru Cemerlang.

Guru Penolong

JPN/PPD/Pengetua/Guru Besar/ Penolong Kanan /Ketua Bidang /Ketua Panitia/Guru Cemerlang.

8.3

Proses pencerapan dalam bilik darjah boleh dilakukan secara atas talian atau manual. Laporan manual perlu dimasukkan dalam sistem e-Cerap selepas pencerapan. Tindakan Sekolah 8.4.1 Semua guru di sekolah mesti dicerap sekurang-kurangnya sekali setahun. 8.4.2 Pihak sekolah hendaklah membuat analisis hasil pencerapan untuk penambahbaikan. 8.4.3 Pencerapan dan pelaporan tahun 2012 dijalankan berdasarkan jadual yang dicadangkan seperti berikut: Tempoh pencerapan Januari hingga Mei Jun hingga Oktober Kumpulan sasar Minima 60% guru dicerap Minima 70% guru dicerap Tempoh akhir memasukkan laporan atas talian 1 Jun 2012 1 November 2012

8.4

Pencerapan

Fasa Satu Fasa Dua

8.4.4 Laporan pencerapan dibuat 2 kali setahun secara atas talian mengikut tempoh yang ditetapkan. Laporan pencerapan sekolah akan dimuat turun dan dirumus oleh PPD. 8.4.5 Pihak sekolah perlu menjalankan tindak penambahbaikan berdasarkan dapatan pencerapan. susul

4 Jabatan Pelajaran Negeri Sabah

Program e-Cerap JPN Sabah


8.5 Tindakan PPD

2012

8.5.1 Kemaskini data guru di sekolah hanya boleh dibuat di PPD. 8.5.2 Memuat turun laporan sekolah dan menjalankan tindak susul penambahbaikan. 8.6 Tindakan JPN (SPA) 8.6.1 Laporan pencerapan akan dibentangkan dalam Mesyuarat JKKN 2 kali setahun. 8.6.2 Menjalankan tindak susul penambahbaikan.
9.0 Penentuan Tahap P&P Guru Tahap P&P guru ditentukan berdasarkan bilangan item ADA yang ditanda dalam Bahagian B, M dan L. Peringkat tahap pencapaian guru adalah seperti berikut:

Tahap Berkesan Tidak Berkesan 10.0

Syarat-syarat Semua 22 item dalam Bahagian B, M dan L mendapat ADA. Mendapat TIADA bagi salah satu item di Bahagian B, M dan L.

Pengertian Istilah 10.1 Pengertian Istilah bagi Item Pencerapan Istilah Rancangan Pelajaran Tahunan Rancangan Pelajaran Harian Penerangan Istilah Berdasarkan Sukatan Pelajaran, Huraian Sukatan Pelajaran/Dokumen Standard dan sepanjang tahun persekolahan. Merujuk RPT yang mengambil kira kemampuan murid untuk Hasil pembelajaran/Standard Pembelajaran yang jelas. Suasana kelas yang kondusif untuk P&P Aspek fizikal bilik darjah dan kesediaan murid untuk belajar. Berhubung kait dengan topik P&P dan menarik minat murid.

Kod

B1

B2

B3 M1

Pengurusan kelas Set Induksi

5 Jabatan Pelajaran Negeri Sabah

Program e-Cerap JPN Sabah


Pendekatan berasaskan prinsip pengajaran asas iaitu daripada mudah kepada kompleks dan daripada konkrit kepada abstrak. Aktiviti yang dirancang dapat dilaksanakan mengikut RPH dengan menggunakan masa secara optimum. Menyebarkan soalan kepada seluruh kelas dan mengemukakan soalan mengikut aras dengan jelas. Menggunakan BBM yang sesuai dan berkesan. Menggunakan bahasa yang tepat.

2012

M2

Proses penyampaian P&P beransur maju Pengurusan masa Teknik penyoalan Bahan bantu mengajar Penggunaan bahasa yang tepat Penerapan nilai murni Penerapan kemahiran bernilai tambah Nada Suara Pengajaran berpusatkan murid Penglibatan murid yang aktif Pengawalan kelas yang berkesan Penilaian berterusan Peneguhan yang bersesuaian Penutup/Rumusan Latihan & tugasan Pemeriksaan latihan & tugasan murid Hasil kerja murid Membuat refleksi

M3 M4 M5 M6 M7

M8

M9 M10 M11 M12 M13 M14 M15 L1 L2 L3 L4

Menerapkan nilai murni yang bersesuaian dengan topik/tema yang diajar. Menggunakan TMK/Pembelajaran Masteri/ Pembelajaran Konsruktivisme/ Pembelajaran Kontekstual/Keusahawanan/ Kreativiti dan inovasi dll. Menggunakan intonasi suara yang bersesuaian. Guru sebagai pemudahcara untuk aktiviti pembelajaran murid. Wujud interaksi antara murid dengan guru/murid dengan murid. Memastikan murid memberi perhatian penuh terhadap proses P&P. Penilaian yang beraneka jenis termasuk penilaian secara lisan/penulisan/ pemerhatian. Memberi pujian/teguran yang bersesuaian. Penutup yang sesuai dengan topik/tema. Kuantiti latihan/tugasan yang munasabah mengikut pelbagai aras kognitif murid. Membetulkan kesilapan murid dan memastikan murid membuat pembetulan. Memastikan hasil tugasan murid adalah kemas/ bersih/lengkap/betul. Refleksi P&P ditulis secara jelas dengan mencatatkan aspek kekuatan dan kelemahan P&P.

6 Jabatan Pelajaran Negeri Sabah

Program e-Cerap JPN Sabah


10.2 ADA - Elemen-elemen yang sepatutnya ADA berlaku dengan sempurnanya.

2012

10.3

TIADA - Elemen-elemen yang sepatutnya ada tetapi TIDAK ADA atau ada tetapi tidak lengkap. **Nota Peringatan Pengisian Secara Manual Sila tandakan ( 1 ) pada ruangan ADA jika item berkenaan ada atau tandakan ( 0 ) pada ruangan TIADA jika item berkenaan tidak ada atau ADA tetapi tidak lengkap. **Nota Peringatan Pengisian Secara Atas Talian Klik pada butang ADA jika item berkenaan ada atau butang TIADA jika item berkenaan tidak ada atau ADA tetapi tidak lengkap.

10.4

Catatan Mencatat aspek kekuatan dan kekurangan guru tentang sesuatu item dalam instrumen pencerapan.

Contoh 1 : Item yang ditanda ( 1 ) bagi ADA ITEM Mempunyai Rancangan Pelajaran Tahunan ADA 1 TIADA CATATAN Berlaku sepenuhnya/ lengkap

Contoh 2 : Item yang ditanda ( 0 ) bagi TIADA ITEM Mempunyai Rancangan Pelajaran Tahunan ADA TIADA 0 CATATAN Tidak merangkumi sepanjang tahun persekolahan Tidak berdasarkan sukatan pelajaran. Salinan dari tahun yang lepas dan tidak jelas.

10.5

Ulasan setiap Bahagian

Satu rumusan dapatan pencerapan mengenai semua item dalam sesuatu bahagian.
7 Jabatan Pelajaran Negeri Sabah

Program e-Cerap JPN Sabah


10.6 Ulasan Keseluruhan

2012

Ulasansecara bertulis adalah untuk rujukan pihak sekolah. Ulasan tertumpu kepada kepakaran atau kelemahan seseorang guru yang dicerap. Sila merujuk kepada kod ulasan bagi mengisi bahagian ulasan secara on-line. Ulasan secara on-line adalah merujuk kepada cadangan pihak sekolah terhadap seseorang guru mengikut keperluan masing -masing. Cadangan pihak sekolah dibahagikan kepada 3 kategori iaitu:

A B C

Coaching / Bimbingan Mentoring / Penyeliaan Counselling / Kaunseling

Kod Ulasan

Cadangan pihak sekolah Coaching / Bimbingan

Golongan guru Sangat Berkesan yang boleh dibimbing menjadi guru sumber atau dicalonkan bagi sesuatu pengiktirafan.

Mentoring / Penyeliaan

Golongan guru Berkesanyang masih memerlukan Latihan Dalam Perkhidmatan untuk meningkatkan kompetensi dalam profesion keguruan.

Counselling / Kaunseling Golongan guru Tidak Berkesan yang memerlukan Latihan Dalam Perkhidmatan. Golongan guru yang mempunyai masalah sikap yang memerlukan bimbingan kaunseling.

8 Jabatan Pelajaran Negeri Sabah

Anda mungkin juga menyukai