Anda di halaman 1dari 20

Pidato adalah pengucapan yang disampaikan secara individu kepada khalayak ramai untuk menghuraikan dan menjelaskan sesuatu

tajuk. Berpidato merupakan aktiviti berkomunikasi secara sehala, iaitu pemidato akan menjelaskan perkaraperkara tentang sesuatu tajuk dalam masa yang ditentukan untuk mempengaruhi para pendengar supaya bersetuju dengan apa yang dipidatokan

Isi pidato umunya terdiri dari tiga sampai lima hal pokok. Jika di pembukaan pidato telah disebutkan latar belakang dan tujuan diadakannya acara.
isi pidato seharusnya membicarakan upayaupaya untuk mencapai tujuan itu.

Jika ada informasi yang sangat aktual dan terkait dengan isi pidato, sangat memungkinkan informasi tersebut diselitkan dalam isi pidato.
Untuk meningkatkan konsentrasi dalam membawakan isi pidato dan menegaskan ertinya, sampaikanlah pidato dengan jeda.

Jelaskan satu per satu secara ringkas definisi dari tiga sampai lima hal pokok tersebut. Kaitkan kata penutup dari pembukaan pidato dengan kata-kata awal dari isi pidato.

CIRI CIRI PIDATO YANG BAIK


Memulakan dan menamatkan pidato pada waktunya. Pandai mengawal masa. Mulakan pidato dengan keyakinan yang tinggi. Pandang tepat ke arah pendengar menyampaikan pidato tanpa merujuk nota.

Nada tinggi dan bersemangat apabila hendak menarik perhatian . Nada dan intonasi haruslah dipelbagaikan dan dikawalgunakan. Elakkan penyampaian yang terlalu laju dan perlahan. Elakkan meggunakan gangguan wacana seperti eh , em , atau ya.

Nada tinggi dan suara lantang apabila mahu membakar emosi Nada propaganda pula untuk mempengaruhi pendengar. Nada sederhana tetapi mesra digunakan apabila memujuk. Nada perlahan sedikit apabila hendak merayu dan meminta simpati.

Janganlah mengakhiri pidato secara mendadak atau kasar. Janganlah memohon maaf.
Janganlah mengemukakan isi baru lagi. Janganlah menjebarkan isi baru itu.

Janganlah menunjukkan bahwa kita sedang mengakhiri pidato. Gunakanlah kesimpulan atau pantun yang efektif dan hafalkan kesimpulan itu. Tingkatkan tempoh pidato kita sedikit saat kita membawa audiens kepada klimaks dari pidato kita.

Menghayati nilai bagi membentuk sebuah Negara yang cemerlang dan terbilang

Kalau tidak kerana bintang, Tak akan bulan kelihatan tinggi, Kalau tidak kerana pidato, Tak akan saya berada disini. Datang bahtera dari Medan, Singgah sebentar di laluan Kerai, Salam satu Malaysia saya hulurkan, Kepada warga dewan pembuka tirai.

Terima kasih saudara pengerusi majlis. Yang berbahagia Tuan Haji Khalid bin Ahmad, pengarah Institut Pendidikan Kampus Pulau Pinang, kombinasi para juri yang arif lagi bijaksana sebagai penegak keadilan, penjaga masa yang budiman, para pensyarah dan seterusnya hadirin-hadirat warga dewan yang saya kasihi sekalian. Salam sejahtera dan salam satu Malaysia.

Berdirinya saya di atas persada indah Dewan Agung ini, tidak lain tidak bukan, kerana ingin menyampaikan sebuah pidato yang bertajuk

Menghayati nilai bagi membentuk sebuah negara yang cemerlang dan


terbilang. Negara yang cemerlang dan terbilang berada di tangan murid di mana mereka adalah bakal pemimpin negara kita. Seseorang murid atau remaja harus menghayati nilai bertujuan ke arah melahirkan warganegara yang mampu bertindak dengan bijak untuk menghadapi cabaran dan seterusnya berketerampilan menjadi seorang pemimpin.

Hadirin dan hadirat yang dihormati, Murid hari ini akan mewarisi dunia yang penuh dengan cabaran hebat, termasuklah kemusnahan alam sekitar dan

konflik senjata. Kejayaan mengharungi segala cabaran ini bukan


sahaja memerlukan murid yang mempunyai kemahiran memimpin, tetapi juga nilai murni sejagat seperti integriti, belas

kasihan, adil dan penyayang bagi membimbing mereka dalam


membuat keputusan yang beretika. Pada masa yang sama, pembangunan identiti nasional yang kukuh perlu diimbangi

dengan pembangunan warganegara yang global. Para guru


memainkan peranan penting untuk memupuk nilai murni sejagat ini dalam diri murid.

Wahai hadirin sekalian, Seorang guru, sebelum membentuk seorang murid yang berintegriti, guru itu haruslah bersifat integriti. Integriti bermaksud

peribadi mulia yang terdapat pada individu meliputi nilai-nilai amanah,


jujur, ikhlas, sabar, tidak rasuah, berlapang dada, telus, bertanggungjawab, dan ciri-ciri positif yang lain. Oleh itu, seseorang guru yang dikatakan berintegriti mestilah berakhlak mulia dan mengamalkan nilai-nilai murni diatasi kualiti unggul yang wujud secara keseluruhan dan padu pada individu dan organisasi. Jadi seorang guru berperanan atau akan menjadi model insan kepada seseorang murid yang akan bersifat integriti. Ini bertujuan ke arah melahirkan warganegara yang mampu bertindak dengan bijak untuk menghadapi cabaran dan seterusnya berketerampilan menjadi seorang pemimpin

Hadirin dan hadirat yang dikasihi sekalian,

Guru juga harus mempunyai nilai belas kasihan di mana


guru itu perlu menjadi seorang yang berperikemanusiaan, murah hati dan pengasih bila berhadapan dengan anak murid. Guru

haruslah sentiasa berwaspada terhadap keadaan muridmuridnya. Sebagai contoh, jika seseorang murid muram di dalam kelas maka murid itu mungkin mengalami gangguan emosi. Guru juga sentiasa mengambil berat terhadap anak muridnya. Jika seseorang murid tidak makan pada masa rehat, maka guru harus mengetahui sebabnya dan mengatasi masalah tersebut.

Hadirin dan hadirat yang dihormati, Untuk menjadikan murid sebagai seorang bakal pemimpin, murid itu patut ada nilai keadilan. Sebelum itu, sebagai seorang guru, dia harus menanamkan nilai keadilan

dalam dirinya dan menonjolkan kepada muridnya. Seorang guru


tidak boleh berat sebelah dengan muridnya. Sebgai contoh, guru tidak boleh mengambil keputusan berdasarkan agama atau

bangsa. Guru harus saksama dalam apa jua keadaan. Ini


membuatkan murid belajar nilai itu daripada gurunya. Murid sebagai bakal pemimpin patut menghayati nilai keadilan bagi

membentuk sebuah negara yang cemerlang.

Hadirin dan hadirat yang dirahmati,

Sebagai penutup tirai wacana ilmu kita pada hari ini,


saya ingin mengingatkan kepada khalayak hari ini, para guru memainkan peranan penting untuk memupuk nilai murni sejagat

bagi membimbing murid dalam membuat membuat keputusan


yang beretika. Setiap murid meninggalkan alam persekolahan sebagai warga global yang telah dipupuk dengan nilai terus sejagat dan memiliki identiti nasional yang utuh. Oleh itu, murid merupakan harapan dan identiti nasional yang bakal menjadi pemimpin. Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai