Anda di halaman 1dari 1

Ya Allah wahai Tuhan kami, bahawa sesungguhnya kami memohon pemeliharaan dan penjagaan mu akan agama kami, harta

benda kami, ahli-ahli kami, anak-anak kami dan segala sesuatu yang dikau telah kurniakan kepada kami. Ya Allah wahai Tuhan kami, serikan wajah kami dengan kesihatan, keselamatan dan ketenangan jiwa. Teguhkan hati kami dengan membuat bakti. Lindungi kami dari perkara yang tidak diingini. Bahawasanya Engkau maha mendengar akan doa kami. Ya Allah, ampunkan dosa kami, rahmatkan kami, ibu bapa kami,

keluarga kami dan sekalian kaum muslimin dan muslimat, mukminin dan mukminat. Ya allah kami memohon kebaikan yang ada pada hari ini, Kebaikan yang terkandung di dalamnya, kebaikan yang telah datang sebelumnya dan kebaikan yang akan menyusul sel;epasnya. Ya Allah kami juga memohon perlindungan Mu daripada bahaya yang ada pada hari ini. Bahaya yang tersirat di dalamnya dan bahaya yang akan menyusul selepasnya dan jadikanlah urusan kami pada hari ini benar-benar terurus dan terbela.

Anda mungkin juga menyukai