Anda di halaman 1dari 5

MINIT MESYUARAT PANITIA MATEMATIK BIL 1/TAHUN 2013

Tarikh Hari Masa Tempat Pengerusi Kehadiran Nama yang Hadir

: : : : : : :

2 Januari 2012 Rabu 2.00 Petang Bilik Mesyuarat En. Tan Song Kag 15 orang 1. En. Tan Song Kag 2. En. Hasbullah Hassan 3. En. Mohd Mahbar Abu Yamin 4. En. Mohd Khairani Hassan 5. Pn. Siti Norani Abdullah 6. Pn. Norizan Abdullah 7. Pn. Noor Erwani Awang Kechik 8. En. Rusydi Ruslan 9. En. Nazri Abdullah 10. Pn. Mahanum Sadli 11. Pn. Miftahuljannah Kamaruddin 12. En. Mohd Yusmadi Sulaiman 13. En. Ku Chin Heng 14. En. Mohd Hariri Abd Latif 15. En. Mohd Azim Faiz Mohd Yussof (Guru Besar) (GPK T & K) (GPK HEM) (GPK KOKO) (Guru Besar)

1.

KATA ALU-ALUAN PENGERUSI 1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada guru-guru yang hadir pada mesyuarat kali ini. Pengerusi turut mengucapkan terima kasih dan tahniah kerana keputusan PKSR 2 Tahun 2012 lebih baik berbanding PKSR 1 serta Minggu Matematik 2012 telah berjalan dengan lancar. Tindakan :Makluman

2.

UCAPAN EN. MOHD MAHBAR ABU YAMIN (GPK HEM) 2.1 Laporan Prestasi 2.1.1 GPK HEM memaklumkan bahawa keputusan murid Melayu kurang memberangksangkan berbanding dengan murid bukan Melayu. Sebahagian besar daripada mereka tidak menguasai sifir. Hal ini memberi kesan semasa belajar topik Darab dan Bahagi. 2.1.2 Guru boleh melakukan penambahbaikan dengan memberikan tips yang lebih mudah selain memberikan latihan yang banyak dan pelbagai. Tindakan :Semua Guru

2.2 Pengurusan Panitia 2.2.1 Rancangan tahunan bagi tahun 2013 telah diagihkan di bawah tanggungjawab guru yang berkenaan: Tahun 1 Tahun 2 Tahun 3 Tahun 4 Tahun 5 Tahun 6 : En. Ku Chin Heng : Pn. Norizan Ismail : En. Mohd Azim Faiz Mohd Yussof : En. Mohd Hariri Abd Latif : En. Nazri Abdullah : Pn. Miftahuljannah Kamaruddin Tindakan :Ketua Panitia

2.3 Pelan Taktikal dan Operasi Matematik (Tahap 2 sahaja) 2.3.1. Guru boleh mengambil pelan ini dari server sekolah atau mendapatkannya daripada En. Nazri Abdullah atau En. Hariri Abd Latif. Tindakan : Makluman

2.4 Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) 2.4.1 Semua guru perlu memastikan setiap murid memiliki 3 buah buku tulis serta buku kerja atau buku aktiviti. Tindakan : Makluman

2.5 Pencerapan Guru dan Buku Teks 2.5.1 Semua guru dimaklumkan supaya menghantar 5 sampel buku tulis sahaja pada setiap kali pencerapan dilakukan. Tindakan : Makluman

2.6 Rancangan Pengajaran Harian 2.6.1 Guru turut dimaklumkan untuk menyediakan rancangan pengajaran harian mengikut penetapan seperti berikut: Tahun 1 & 2 : Tahun 3 : Tahun 4 : ditulisdalam buku rancangan mengajar dicetak ditulis seperti biasa dalam Bahasa Inggeris Tindakan : Makluman

2.7 Peruntukan 2.7.1 Jumlah peruntukan yang ada adalah sebanyak RM 1 740.60. Baki yang ada pada tahun 2012 adalah sebanyak RM 35. 16 dan semua guru boleh umum pada En. Nazri Abdullah untuk isi nota minta. Tindakan : Makluman

2.8 Panitia Matematik 2.8.1 Guru Panitia Matematik dimaklumkan agar memberikan cadangan untuk meneruskan aktiviti lama atau membuat cadangan penambahbaikan bagi aktiviti baru yang lebih menarik. 2.8.2 Kursus dalaman akan diadakan. Pembahagian tugas telah diberikan di mana En. Rusydi bertangunggjawab dengan KSSR Tahun 3. Encik Nazri Abdullah dan Pn. Mahanum Sadli bertanggungjawab dalam pembinaan item dan penandaan kertas 2. 2.8.3 Program Panitia telah dirancang di mana mesyuarat post-mortem akan dijalankan pada 9 April 2013. Minggu Matematik akan berlangsung pada 6 10 Mei 2013.

2.8.4 2.8.5

2.8.6

Penggunaan Makmal Komputer diteruskan pada tahun ini berdasarkan jadual yang akan disediakan. Semua guru dimaklumkan untuk menyiapkan modul i-Think. Pentadbir akan mengeluarkan surat jika guru gagal menghantar pada tarikh yang ditetapkan. Majlis guru cemerlang akan datang membuat lawatan pada Januari 2013. Pembinaan kertas soalan bagi peperiksaan dan penilaian telah ditetapkan mengikut jadual di bawah: F1 Pn. Erwani En.Rusydi En.Khai PKSR 1 Pn. Siti En. Azim En. Rusydi En. Mahbar En. Nazri Pn. Jannah F2 Pn. Erwani En. Hariri Pn.Mahanum PKSR 2 En. Ku En. Azim Pn. Mahanum Pn. Jannah En. Nazri

PENILAIAN TAHUN 1 2 3 4 5 6 2.8.7

2.8.8

2.8.9

Guru akan diberikan surat sebagai pentaksir untuk Penilaian Berasakan Sekolah (PBS). En. Nazri bertindak sebagai Ketua Pentaksir. Guru juga diingatkan agar mematuhi atau akur pada tarikh untuk menghantar soalan. Jadual Spesifikasi Ujian dan skema pemarkahan perlu dihantar bersama soalan Guru juga diminta untuk mematuhi masa instruksional iaitu apabila masuk ke kelas dan memastikan PdP berjalan dengan lancar. Guru perlu pastikan penandaan buku murid direkodkan dalam buku mengajar dan boring sekolah kualiti. TOV dan ETR perlu diserahan pada hari Jumaat (11 Januari 2013). Pelan taktikal yang dibuat mesti berfokus. Tindakan : Makluman

3.

UCAPAN EN. TAN SONG KAG (PENGERUSI) 3.1 3.2 3.3 3.4 3.5 Pengerusi memaklumkan bahawa Pelan Taktikal dan Operasi dibuat adalah berdasarkan pelan strategik yang telah ditetapkan. Pengerusi turut mengingatkan guru bahawa perlaksaan Program Bijak Sifir pada tahun lepas adalah kurang berkesan dan tidak dilaksanakan secara berterusan. Papan kenyataan turut diarahkan agar sentiasa dikemaskini. Guru juga dimaklumkan bahawa buku yang harus dibeli oleh murid telah ditetapkan. Pengerusi turut mengumumkan bahawa komputer baru yang telah diterima boleh digunakan semasa proses PdP tetapi penggunan CD ketika mengajar perlu diuji terlebih dahulu untuk melihat tahap kesesuaiannya. Post-mortem bagi PKSR 2 turut dilakukan oleh pengerusi. Tindakan : Makluman

3.6

4.

HAL-HAL LAIN 4.1 ABAKUS 4.1.1 Abakus tidak diletakkan dalam senarai kedai buku. Oleh itu, pihak sekolah boleh mengeluarkan surat untuk makluman ibu bapa. 4.1.2 Guru juga pelru mahir mwnggunakan abacus sebelum mengajar murid. Pengajaran abakus ini membantu murid untuk membuat in house training dengan segera 4.1.3 Keputusan dicapai dengan menetapkan agar sekolah membekalkan beberapa set abakus.

4.2 BUKTI PBS 4.2.1 Guru perlu sentiasa peka dengan bukti sepanjang melakukan PBS iaitu merangkumi aktiviti, latihan dan lembaran kerja.

4.3 PENANDAAN DAN PENGIRAAN MARKAH 4.3.1 Formula bagi mengira markah telah ditetapkan iaitu (P1 + P2) 1.25 = % Tindakan : Makluman

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.25 petang.

Disediakan oleh,

Disemak oleh,

(PN. MAHANUM SADLI) Setiausaha, Panitia Matematik, SK Kiaramas.

(EN. TAN SONG KAG) Pengerusi, Panitia Matematik, SK Kiaramas.

Anda mungkin juga menyukai