Anda di halaman 1dari 5

LAPORAN 1: KESTABILAH STRUKTUR 1.0 Pengenalan Pada masa kini, terdapat banyak bangunan pencakar langit telah dibina.

Seluruh dunia seakan berlumba-lumba untuk membina struktur bangunan yang tertinggi untuk mendapatkan pengiktirafan. Negara kita juga tidak ketinggalan mengungguli tempat kelima bangunan pencakar yang tertinggi iaitu Menara Berkembar Petronas (KLCC) yang terletak di Kuala Lumpur. Untuk membina bangunan-bangunan seperti ini

bukanlah mudah. Kita perlu menitikberatkan beberapa perkara seperti kestabilan, ketahanan, kemudahan dan sebagainya supaya struktur yang dibina dapat menahan daripada sebarang keadaan. Oleh itu, struktur binaan yang baik perlulah mempunyai ciri kestabilan yang tinggi dan yang paling penting dapat menahan keadaan bumi yang mencabar seperti apabila berlakunya gempa bumi dan banjir. Untuk itu, bagi projek kali ini, kami telah melaksanakan satu projek di mana kami diminta untuk merekacipta sebuah struktur binaan yang stabil, tertinggi dan kukuh serta dapat menahan keadaan bumi yang mencabar dengan hanya menggunakan sehelai kertas A4.Hasilnya, kami dapat membina sebuah struktur binaan yang agak tinggi dan stabil. 2.0 Peralatan dan bahan: Kertas A4 putih, pita pelekat, gunting, mesin Earth Quake Simulator 3.0 Prosedur: 1. Dalam bentuk landskap, kertas dibahagikan kepada lima bahagian dengan melukis garisan memanjang berukuran 4.2cm bagi setiap satu. 2. Kertas dipotong dengan menggunakan gunting. 3. Setiap helaian kertas digulungkan.. 4. Setiap gulungan kecil dilekatkan dengan menggunakan pita pelekat supaya kemas dan tidak terbuka. 5. Hujung tiga gulugan kertas dicantumkan dengan menggunakan pita pelekat untuk membentuk seperti segi tiga piramid. (Bawah permukaan luas).

6. Pada setiap bahagian bawah (5cm daripada bawah), ketiga-tiga kaki dihubungkan dengan gulungan kertas berukuran 10 cm setiap satu untuk mengukuhkan struktur tersebut. 7. Gulungan kertas yang selebihnya diletakkan pada bahagian atas piramid untuk mendapatkan struktur binaan yang tertinggi. 8. Struktur binaan ini kemudian diuji dengan menggunakan mesin Earth Quake Simulator.

4.0 Gambar:

50 cm

25 cm

5 cm

10 cm

Gambar 1: Struktur binaan diperbuat daripada kertas *Ukuran Tinggi= 80cm Lebar= 10 cm

5,0 Perbincangan: Kekuatan Struktur binaan ini kukuh di mana semuanya dapat dihubungkan dengan baik dan tidak bercerai berai. Kerangka bangunan juga dititikberatkan di mana kami telah membina kerangka yang agak kukuh iaitu dengan cara membuat lipatan dan gulungan ke atas kertas sebelum dicantumkan bersama membentuk binaan. Mengikut Caudill, Pena, Kennon (1989), bahagian ini sangat penting kerana sememangnya bahagian kerangka menjalankan tugas-tugas reka bentuk yang telah ditetapkan iaitu untuk menampung beban hidup (manusia dan perabot) dan menegakkan beban mati (bahan-bahan bangunan). Struktur juga dapat dibina dengan tinggi. Bahagian atas dibina dengan

menggunakan gulungan kertas yang lebih ringan supaya struktur bahagian bawah dapat menampung berat bahagian atas. Tambahan lagi, bahagian bawah struktur adalah berbentuk segi tiga piramid yang mana bentuk ini dapat menampung berat struktur pada bahagian atas. Hal ini menunjukkan bentuk segi tiga piramid di bahagian bawah adalah kukuh. Hal ini berdasarkan Goober Plan (2013) yang menyatakan bentuk segi tiga piramid merupakan bentuk yang paling kuat kerana ia dapat menyokong bentuknya dan mempunyai tapak yang sangat kuat serta mempunyai sokongan yang kuat. Selain itu, segi tiga adalah bentuk yang paling tegar kerana daya pada segi tiga diagihkan secara sama rata kepada tiga kaki yang menyokongnya. Faktor-faktor inilah yang menyebabkan binaan ini dapat berdiri dengan kukuh dan tegak.

Struktur binaan ini juga terbuka di mana angin boleh melepasinya. Hal ini kerana, apabila angin boleh melepasinya, maka ia dapat mengelakkan binaan ini daripada runtuh atau tumbang apabila terkena angin yang kuat kerana tiada tekanan yang terhasil daripada angin yang kuat ke atas binaan dikenakan. Kelemahan Apabila diuji dengan menggunakan mesin pada kelajuan rendah dan sederhana struktur ini dapat bertahan lebih daripada 60 saat. Namun, apabila diuji pada kelajuan tinggi, struktur binaan ini hanya mampu bertahan dalam 50 saat sahaja iaitu kurang daripada 60 saat (penanda aras). Binaan ini akhirnya tumbang namun masih dalam keadaan baik (keseluruhan masih bercantum).Hal ini bermakna struktur binaan ini masih lemah kerana tidak dapat menahan daripada pergerakan yang laju. Penambahbaikan Untuk mengatasi masalah ini, penambahbaikan perlu dilakukan. Pertama, bahagian bawah binaan perlu dibina dengan lebih rendah. Hal ini supaya graviti binaan akan lebih rendah dan menyebabkan binaan akan lebih stabil apabila terdapat pergerakan yang laju. Hal ini turut disokong oleh Azlina Amin (2011) yang menyatakan objek yang lebih rendah adalah lebih stabil jika dibandingkan dengan objek yang lebih tinggi sekiranya luas tapak objek adalah sama. Selain itu, permukaan bahagian bawah perlu dibina dengan lebih luas kerana menurut Azlina Amin (2011), struktur lebih stabil sekiranya mempunyai luas tapak yang lebih besar. Selain itu, sepatutnya kertas perlu dilipat dengan padat supaya tiada ruang di dalamnya. Hal ini kerana jika ada ruang dan tidak padat, binaan kertas akan lebih mudah patah. Lipatan kertas yang dijadikan kerangka binaan juga mengukuhkan lagi binaan di mana struktur binaan dapat berdiri sendiri dengan tegak dan

menyokong antara satu sama lain. Perkara ini disokong oleh Fauzi Rahmanullah

(2013), yang menyatakan struktur lipatan boleh dijadikan sebagai pelat datar dan pelat lain seperti panel, dinding yang berfungsi sebagai struktur permukaan bidang yang dapat berdiri dengan sendiri. 6.0 Penutup Untuk menghasilkan sebua binaan yang kukuh dan stabil bukanlah suatu perkara yang mudah. Terdapat beberapa kriteria yang perlu diambil kira untuk menghasilkan binaan yang baik. Antaranya termasuklah dari segi ketahanan, keseimbangan, kestabilan, bahan buatan dan sebagainya. Apa yang paling penting adalah struktur binaan yang baik haruslah dapat melindungi manusia dengan dapat memikul beban-beban lain akibat dari cabaran keadaan semula jadi seperti angin kuat dan gempa bumi.

Rujukan: Azlinan Amin. (2011). Kekuatan dan Kestabilan Struktur. Dimuat turun pada Jun 29 , 2013 daripada http://norazlinaamin.blogspot.com/2011/12/kekuatan-kestabilanstruktur.html

Fauzi_rahmanullah. (2013). Struktur dan konstruksi Bangunan. Dimuat turun pada Jun 27, 2013 daripada http://file.upi.edu/direktori/fptk/jur._pend._teknik_arsitektur/197612072005011fauzi_rahmanullah/struktur_dan_konstruksi__bangunan/macammacam_struktur.pdf

Goober Plan. (2013). What is the strongest geometry shape? Dimuat turun pada Jul 29 2013 daripada http://wiki.answers.com/Q/What_is_the_strongest_geometric_shape

William Wayne Caudill, William Merriweather Pena & Paul Kennon. (1987). Anda dan Senibina. Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur.