Anda di halaman 1dari 17

MAISARAH RAJA NOR SURIATI AHMAD MUHAIMIN

Apakah KSSR???????????
KSSR diperkenalkan untuk mewujudkan generasi pelajar

yang boleh mencari ilmu sendiri, sejajar dengan perkembangan teknologi dalam kehidupan seharian tanpa melupai asal usul serta pegangan agama (rohani) dan mengabaikan kesihatan (jasmani). KSSR juga menambahkan beberapa elemen dalam kurikulum yang mempunyai teras keusahawanan dan teknologi maklumat (ICT), sejajar dengan keperluan negara untuk menghasilkan generasi usahawan yang bukan sekadar pengguna, tetapi adalah bakal pencipta teknologi yang boleh membangkitkan negara Malaysia ke aras negara maju.

PERBEZAAN DOKUMEN STANDARD KSSR DAN SUKATAN PELAJARAN KBSR

KBSR Reka bentuk kurikulum berasaskan tiga bidang: Komunikasi Manusia dan alam sekeliling Perkembang diri Individu

KSSR Reka bentuk kurikulum berasaskan enam tunjang: Komunikasi Kerohanian, sikap dan nilai Kemanusiaan, Perkembangan fizikal dan estetika Sains dan teknologi Ketrampilan diri

Bahan kurikulum: Sukatan pelajaran

Bahan Kurikulum: Dokumen Standard Kurikulum

Reka bentuk kurikulum: Linear

Reka bentuk kurikulum: Modular

KBSR Elemen Memahiran berfikir Secara Kritis dan Kreatif Fokus: 3M (Membaca, menulis dan mengira)

KSSR Elemen Kreativiti dan inovasi, keusahawanan serta teknologi Maklumat dan komunikasi (ICT) secara explicit. Fokus: 4M (Membaca, menulis, mengira dan menaakul)

Organisasi kurikulum: Tahap I (Tahun 1,2 dan 3) Mata pelajaran Teras, Wajib dan Tambahan Tahap II (tahun 4, 5 dan 6) Mata pelajaran Teras, Wajib dan Tambahan

Organisasi kurikulum: Tahap I (Tahun 1,2 dan 3) Modul Teras Asas, Modul Teras tema dan modul Elektif. Tahap II (tahun 4, 5 dan 6) Mata pelajaraan Teras dan Elektif

PENEKANAN PEDAGOGI DALAM KSSR

Matematik di peringkat sekolah rendah adalah satu mata

pelajaran teras asas yang menegaskan kepada penguasaan bahasa matematik, kefahaman konsep, penguasaan kemahiran mengira, menaakul dan kemahiran menyelesaikan masalah serta penerapan nilai-nilai murni. Elemen kreativiti, keusahawanan dan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) perlu diterapkan melalui konteks yang sesuai bagi setiap standard pembelajaran.

BAGAIMANA PROSES P&P KSSR DILAKSANAKAN??

KSSR memastikan selepas enam (6) tahun persekolahan murid mencapai standard pengetahuan, kemahiran dan nilai yang ditetapkan bagi setiap tahap. KSSR memberi penekanan kepada 4M iaitu kemahiran membaca, menulis, mengira dan menaakul. Kemahiran menaakul adalah keupayaan membuat pertimbangan dan penilaian dengan menggunakan akal atau logik.

Berkomunikasi
Komunikasi tentang idea matematik dapat membantu

murid menjelaskan dan memperkukuhkan pemahaman matematik. Perkongsian pemahaman matematik secara penulisan dan lisan dengan rakan sekelas, guru dan ibu bapa, murid akan dapat meningkatkan keyakinan diri dan memudahkan guru memantau perkembangan kemahiran matematik mereka.

Menaakul
Penaakulan merupakan asas penting untuk

memahami matematik dengan lebih berkesan dan menjadikan pengertian tentang matematik lebih bermakna. Perkembangan penaakulan matematik berkait rapat dengan perkembangan intelek dan komunikasi murid.

Membuat Kaitan
Dalam melaksanakan kurikulum matematik, peluang

untuk membuat kaitan perlu diwujudkan supaya murid dapat mengaitkan pengetahuan konseptual dan prosedural serta dapat mengaitkan topik-topik dalam matematik khususnya dan matematik dengan bidang lain secara amnya.

Menyelesaikan Masalah
Penyelesaian masalah merupakan fokus utama dalam

pengajaran dan pembelajaran matematik. Kemahiran ini melibatkan langkah-langkah seperti berikut: Memahami dan mentafsirkan masalah. Merancang strategi penyelesaian. Melaksanakan strategi. Menyemak semula penyelesaian.

Membuat Perwakilan Matematik sering digunakan untuk mewakili dunia di


mana kita hidup.

Anda mungkin juga menyukai