Anda di halaman 1dari 12

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERTANDINGAN BOLA KERANJANG UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN-PERATURAN PERTANDINGAN 1. Undang-undang Permainan 1.1.

Bawah 12 tahun / Bola Keranjang Mini Pertandingan ini dijalankan mengikut Undang-Undang Persatuan Bola Keranjang Amatur Antarabangsa ( FIBA ) dan Peraturan-peraturan Am MSSM / MSSMK. 1.2. Bawah 15 tahun Pertandingan ini dijalankan mengikut Undang-Undang Persatuan Bola Keranjang Amatur Antarabangsa ( FIBA ) dan Peraturan-peraturan Am MSSM / MSSMK. 1.3. Bawah 18 tahun Pertandingan ini dijalankan mengikut Undang-Undang Persatuan Bola Keranjang Amatur Antarabangsa ( FIBA ) dan Peraturan-peraturan Am MSSM / MSSMK. 2. Jenis Pertandingan 2.1. Pertandingan berpasukan antara sekolah-sekolah negeri Kelantan. 2.2. Kategori : a. b. c. d. e. f. 3. Lelaki 12 tahun dan ke bawah Perempuan 12 tahun dan ke bawah Lelaki 15 tahun dan ke bawah Perempuan 15 tahun dan ke bawah Lelaki 18 tahun dan ke bawah Perempuan 18 tahun dan ke bawah

Pendaftaran / Pembentukan Pasukan 3.1. Kelayakan : Sila rujuk Peraturan Am ( 3 ) dan ( 5 ) MSSM . 3.2. Setiap sekolah hanya boleh menghantar satu pasukan lelaki dan satu pasukan perempuan untuk setiap peringkat umur yang dipertandingkan. 3.3. Tiap-tiap pasukan mesti mengandungi 12 orang pemain, seorang pengurus pasukan dan seorang Jurulatih. 3.4. Pendaftaran pemain dalam borang yang disediakan hendaklah sampai kepada pihak penganjur 14 hari sebelum pertandingan dijalankan. Borang pendaftaran tersebut mesti ditandatangani oleh Pengurus Pasukan dan sebarang pindaan juga mesti disahkan oleh Pengurus Pasukan dengan cop rasmi sekolah. 3.5 Pasukan perempuan mesti diiringi oleh seorang penolong jurulatih perempuan.

3.6. Had Umur Peserta : Sila rujuk Peraturan Am ( 4 ) MSSM. Kiraan umur adalah pada 1 Januari tahun pertandingan. 4. Sistem Pertandingan 4.1. Masa Pertandingan : 4.1.1. 4.1.2. Untuk peringkat umur 12 , 15 dan 18 tahun dan ke bawah , perlawanan dibahagikan kepada 4 suku ( quarters) dan masa bermain ialah 7 minit setiap suku ( quarter ). Masa rehat antara suku ( quarters) 1 dan 2 serta 3 dan 4 masing-masing ialah 2 minit.

4.1.3.

Sekiranya mata seri selepas tamat suku ( quarter ) ke-4, masa tambahan 3 minit akan diberi selepas rehat 2 minit. Sekiranya mata masih seri selepas masa tambahan, maka keputusan ditentukan dengan sudden death (Pasukan dengan jaringan mata terdahulu diistiharkan menang).

5.1.4.

4.2. Pertandingan dijalankan secara liga dan / atau cara kalah mati seperti berikut : 4.2.1. 4.2.2. 4.2.3. 4.2.4. 4.2.1. Cara Empat Kumpulan Cara Tiga Kumpulan Cara Dua Kumpulan Cara Satu Kumpulan Cara liga Empat Kumpulan ( A , B , C dan D )

4.2.1.1. Pusingan Pertama 4.2.1.1.1. Sekiranya 12 atau lebih pasukan mengambil bahagian maka hendaklah dibahagikan kepada 4 kumpulan iaitu A , B , C dan D . Pertandingan dijalankan secara liga. Johan, Naib Johan, Ketiga dan Keempat tahun lalu akan ditempatkan dalam kumpulan seperti berikut : Johan Naib Johan Ketiga Keempat Kumpulan A Kumpulan B Kumpulan C Kumpulan D

4.2.1.1.2.

Pasukan-pasukan lain akan ditempatkan dalam empat kumpulan tersebut dengan cara cabutan undi. 4.2.1.1.3. Sekiranya pasukan pilihan (seeded) tidak mengambil bahagian, maka pasukan terbaik berikutnya hendaklah dipertimbangkan mengisi kedudukan tersebut.

4.2.1.2. Pusingan Kedua ( Suku Akhir ) 4.2.1.2.1. Johan dan Naib Johan dalam setiap kumpulan akan layak ke pusingan kedua (Suku Akhir ) dan pertandingan akan dijalankan secara kalah mati . Undian akan dibuat selepas tamat pusingan pertama. Perlawanan ditetapkan seperti berikut : Undian bagi 4 pasukan Johan kumpulan akan didahulukan untuk ditempatkan di kedudukan 1 , 3 , 5 , 7 dan 4 pasukan Naib Johan kumpulan akan ditempatkan bersadarkan rajah di bawah agar pasukan johan dan naib johan dalam kumpulan tidak akan bertembung di peringkat suku akhir dan separuh akhir . Contoh selepas undian dijalankan Johan Kumpulan 1 (A) 3(B) 5(C) 7(D) Naib Johan Kumpulan 8 (A) 6(B) 4(C) 2(D)

4.2.1.2.2.

4.2.1.1.2.1.1.

4.2.1.2.2.1.2.

Pasukan-pasukan yang menang pada peringkat separuh akhir akan bertanding di peringkat Akhir manakala pasukan yang kalah di peringkat separuh akhir akan bertanding untuk menentukan tempat ketiga dan keempat.

8
4.2.2. Cara Liga Tiga Kumpulan Pusingan Pertama Sekiranya 9 hingga 11 pasukan mengambil bahagian maka hendaklah dibahagikan kepada 3 kumpulan iaitu A, B dan C. Pertandingan dijalankan secara liga. Johan, Naib Johan dan Ketiga tahun lalu akan ditempatlkan dalam kumpulan seperti berikut : Johan Naib Johan Ketiga 4.2.2.1.3. 4.2.2.1.4. 4.2.2.2. Kumpulan A Kumpulan B Kumpulan C

4.2.2.1.

4.2.2.1.1.

4.2.2.1.2.

Pasukan-pasukan lain akan ditempatkan dalam tiga kumpulan tersebut dengan cara cabutan undi.

Sekiranya pasukan pilihan (seeded) tidak mengambil bahagian, maka pasukan terbaik berikutnya hendaklah dipertimbangkan mengisi kedudukan tersebut. Pusingan Kedua ( Separuh Akhir ) Johan dan Naib Johan setiap kumpulan akan ditempatkan ke dalam kumpulan X dan Y melalui undian. Dari 3 pasukan Johan Kumpulan , satu akan ditempatkan di kumpulan X atau Y dan dua akan ditempatkan di kumpulan X atau Y melalui undian. Naib Johan setiap kumpulan akan Pasukan Johan kumpulan. ditempatkan ke kumpulan lain dari

4.2.2.2.1. 4.2.2.2.2. 4.2.2.2.3.

4.2.2.3. Pusingan Akhir 4.2.2.3.1. 4.2.2.3.2. 4.2.3. Johan Kumpulan X dan Y akan bertanding untuk menentukan Johan dan Naib Johan. Naib Johan Kumpulan X dan Y akan bertanding untuk menentukan tempat ketiga dan keempat.

Cara Liga 2 Kumpulan Pusingan Pertama Sekiranya 6 hingga 8 pasukan mengambil bahagian maka hendaklah dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu A dan B. Pertandingan dijalankan secara liga. Johan dan tempat keempat dalam pertandingan tahun lalu akan ditempatkan dalam kumpulan A dan Naib Johan dan Ketiga dalam pertandingan tahun lalu akan ditempatkan dalam kumpulan B. Pasukan-pasukan lain akan ditempatkan dalam dua kumpulan dengan cara cabutan undi. 4.2.3.1.3. Sekiranya pasukan pilihan (seeded) tidak mengambil bahagian, maka pasukan terbaik berikutnya hendaklah dipertimbangkan mengisi kedudukan tersebut.

4.2.3.1.

4.2.3.1.1.

4.2.3.1.2.

4.2.3.2. Pusingan kedua 4.2.3.2.1. 4.2.3.2.2. 4.2.3.2.3. 4.2.4. Johan Kumpulan A akan bertanding dengan Naib Johan Kumpulan B dan Johan Kumpulan B akan bertanding dengan Naib Johan Kumpulan A. Johan Kumpulan A dan B akan bertanding untuk menentukan Johan dan Naib Johan. Pasukan yang kalah dalam pertandingan (4.3.2.2 ) akan bertanding untuk menentukan tempat ketiga dan keempat.

Cara Liga Satu Kumpulan

4.2.4.1. Sekiranya 5 pasukan atau kurang daripada 5 pasukan mengambil bahagian, pertandingan secara liga satu pusingan akan dijalankan. Pasukan yang mendapat mata yang tertinggi akan diisytiharkan sebagai Johan. 5. Cara Menentukan Keputusan 5.1. Cara pemberian mata : a) b) c) Menang Kalah Kalah Tanpa bertanding 2 1 0

Sekiranya terdapat dua atau lebih pasukan mendapat mata yang sama, maka pemenang akan ditentukan mengikut Undang-Undang Antarabangsa ( FIBA ) bawah bahagian " Classification of Teams " ( Pasukan yang menang didahulukan ). 6. Pakaian 6.1. Setiap pasukan mesti mempunyai 2 set pakaian seragam ( jersi ) dengan satu set berwarna gelap dan satu set lagi berwarna putih. 6.2. Untuk pertandingan, mana-mana pasukan yang disebutkan dahulu dalam Jadual Pertandingan MESTI memakai pakaian berwarna putih sementara lawannya memakai pakaian berwarna gelap.

6.3. Jika kedua-dua pasukan itu memakai jersi yang sama warnanya, pasukan yang tidak mengikuti syarat 6.2 MESTI menukar jersinya bagi pertandingan itu. 7. Gelanggang Permainan 7.1. 8. Rujuk Undang-Undang Bola Keranjang Antarabangsa ( FIBA ) seperti lampiran.

Alatan ( Bola ) 8.1. Saiz bola untuk Peringkat Umur 12 tahun dan ke bawah ialah saiz 5. 8.2. Saiz bola untuk Peringkat Umur 15 dan 18 tahun perempuan dan ke bawah ialah saiz 6. 8.3. Saiz bola untuk Peringkat Umur 15 dan 18 tahun lelaki dan ke bawah ialah saiz 7.

9.

Kelewatan 9.1. Hanya 15 minit sahaja akan diberi kepada pasukan yang lewat dan selepas itu pihak lawan akan diberi kemenangan percuma dengan 2 mata dan skor bilangan mata perlawanan 20 - 0.

10. Menarik Diri dan Menyerah Kalah 10.1. Pasukan yang telah mengesahkan persetujuan mengambil bahagian tidak dibenarkan menarik diri. Surat tunjuk sebab akan dikeluarkan kepada pasukan / sekolah tersebut sekiranya melanggar peraturan ini. 10.2. Sekiranya ada pasukan menarik diri atau menyerah kalah dengan sengaja daripada pertandingan tersebut, semua keputusan pertandingan yang telah dipertandingkan oleh pasukan itu akan dibatalkan. Pasukan tersebut tidak akan dibenarkan menyertai perlawanan seterusnya dan tindakan tatatertib akan diambil ke atas pasukan / sekolah yang berkenaan. 11. Bantahan 11.1. Sekiranya selepas tamat perlawanan pasukan itu ingin membuat bantahan, ketua pasukan hendaklah menulis perkataan "BANTAHAN" di ruang catatan score sheet" serta menandatanganinya supaya bantahan dapat dipertimbangkan. 11.2. Bantahan bertulis yang ditandatangani oleh Pengurus Pasukan hendaklah diserah kepada Pengerusi Teknik atau wakilnya tidak lewat daripada dua puluh (20) minit selepas perlawanan dengan wang cagaran sebanyak RM100.00 ( Ringgit Malaysia : Seratus sahaja ). Wang itu tidak akan dikembalikan jika bantahan itu tidak berjaya. 12. Juri Rayuan Sila Rujuk Peraturan Am ( 13 ) MSSM 12.1. Juri Rayuan terdiri daripada 5 orang ( minimum ) atau 7 orang ( Maximun ) 12.1.1. Penyelaras Bola Keranjang MSSMK 12.1.2. Pengerusi Teknik 12.1.3. Ketua Pengadil / wakilnya 12.1.4. Ketua Perakam / wakilnya 12.1.5. Ketua jurulatih / wakilnya 12.1.6. Dua (2) orang pengurus pasukan yang tidak terlibat.

12.2. Juri Rayuan bertanggungjawab untuk : 12.2.1. Mengambil tindakan mengenai disiplin pelajar, guru dan pegawai-pegawai kejohanan bagi semua perkara kejohanan/pesta yang dijalankan seperti berikut : 12.2.1.1. 12.2.1.2. 12.2.1.3. 12.2.1.4. 12.2.1.5. Memberi amaran Menggantung penyertaan bagi jangka masa tertentu Menyingkirkan daripada keseluruhan kejohanan / pesta Mengarahkan pemain dihantar pulang Membuat dan menghantar laporan mengenai peristiwa yang telah berlaku kepada Lembaga Tatatertib MSSMK selewat-lewatnya 14 hari selepas tamat kejohanan / pesta dan membuat syor mengenai jenis tindakan yang sewajarnya. Pasukan, pegawai atau pemain yang digantung oleh sekolah, cawangan, MSSD dan MSSMK kerana dikenakan tindakan tatatertib hendaklah dilaporkan kepada Persatuan Bola Keranjang Kelantan.

12.2.1.6.

13. Lembaga Tatatertib Kejohanan / Pesta Sila Rujuk Peraturan Am (14) MSSM 13.1. Lembaga ini terdiri daripada : 13.1.1. Ketua Unit Sukan Jabatan Pendidikan Kelantan / Wakilnya. 13.1.2. Penyelaras Permainan Bola Keranjang. 13.1.3. Pengerusi Teknik Bola Keranjang. 13.1.4. Setiausaha Jawatankuasa Pengelola - Ex-officio. 13.2. Lembaga ini bertanggungjawab untuk mengambil maklum keputusan Juri Rayuan dan membuat keputusan untuk mengenakan tindakan selanjutnya, jika perlu. 14. Perkara Yang Tidak Dinyatakan 14.1. Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam peraturan ini akan diputuskan oleh Jawatankuasa Pengelola Kejohanan Bola Keranjang dan keputusan adalah muktamad.

GELANGGANG BOLA KERANJANG BAWAH 18 TAHUN

28m

3.6m

0.15m

1.8m

25 6. m

0.05m

6m 15m

1.25m

Peraturan Balingan Bebas

1.80

0.05

0.3

5m

m 0.40

m 0.85 0.85 m

m 0.30

5.80m

0.85

m m

0.05

90
1.20m

1.75

6.00m

Peraturan Tiang Gol Bola Keranjang

0.15m

0.45m 0.40m 0.30m

2.75m

1.20m

End Line 0.05m


1.20m

at least 1.00m

Ukuran Papan 1.80m

0.59m 1.20m 0.45m LEVEL OF TOP OF RING All Lines 0.05m Wide

Ukuran Rim

A A1
450 mm 150mm A-A1 O 20

GELANGGANG BOLA KERANJANG MINI

3.6m

28m

0.15m

1.8m

4.00m

6m 0.05m 15m 0.05m

Peraturan Tiang Gol Bola Keranjang Mini

0.15m

0.45m 0.40m 0.30mm

2.75m

2.30m

1.90m

End Line 0.05m

End Line 0.05m


at least 1.00m

1.80m 1.20m

at least 1.00m

Ukuran Papan Mini 1.20m

0.59m 1.90m 0.45m

All Lines 0.05m Wide

Anda mungkin juga menyukai