Anda di halaman 1dari 3

65

BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN 5.1 RUMUSAN

Jabatan atau Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Sabah atau PPPNS/ JPPS adalah merupakan kementerian yang terlibat sepenuhnya dalam merancang, menyelaras dan mengesan projek-projek pembangunan Persekutuan di negeri Sabah bagi mencapai matlamat membangunkan Negeri Sabah selaras dengan dasar dan wawasan pembangunan negara. Hal ini kerana, jabatan ini mempunyai tanggungjawab besar dalam mengurus pembangunan yang disalurkan oleh pelbagai Kementerian dan Jabatan Persekutuan bagi membiayai projek-projek Persekutuan di negeri ini. PPPN juga adalah dikenali sebagai ICU JPM yang merupakan Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan kerana kedua-duanya adalah dibawah kementerian yang sama dan melakukan bidang tugasan sama dan ICU ini adalah unit penting dalam semua PPN. PPPN Sabah akan sentiasa bergerak aktif dalam menjalankan tanggungjawab mereka untuk mencapai matlamat dalam mengurangkan kadar kemiskinan dalam negara. Oleh yang demikian, dalam usaha tersebut Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri akan bergiat aktif dalam menjalankan pelbagai program atau projek pembangunan yang dapat membasmi kemiskinan dalam kalangan rakyatnya. Perkongsian idea atau ilmu bagi membincangkan penyelesaian membasmi kemiskinan juga sering dibincangkan antara setiap jabatan ini termasuk juga di peringkat negeri. Oleh yang demikian, Program Perkongsian dan Pemantapan Pembasmian Kemiskinan juga adalah salah satu program yang bijak dijalankan oleh jabatan dalam memantapkan lagi usaha mereka membasmi kemiskinan dalam negeri.

Tindakan dalam melaksanakan dan memastikan program-program pembasmian kemiskinan nasional berjaya mencapai objektif yang ditetapkan, penyelarasan dan pemantauan semua agensi-agensi pelaksana utama diletakkan pada keutamaan yang tinggi. ICU JPM telah memainkan peranan penting sebagai penyelaras kepada kementerian dan agensi-agensi pelaksana utama seperti KKLW, KPKT, KPWKM, KWPKB, MOE dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melalui program atau projek seperti PPP, PLKK, PC, PBR, PPMI dan lain-lain yang sememangnya mempunyai pendekatan dan peranan tersendiri dalam membantu golongan sasar. Bagi memastikan jentera penyelarasan dan pemantauan

66 program pembasmian kemiskinan berjalan dengan lancar, pengurusetiaan Mesyuarat Focus

Group mengenai pembasmian kemiskinan sentiasa diutamakan. ICU JPM bersama-sama PPN
dan Pejabat Daerah sentiasa memastikan Mesyuarat Focus Group di peringkat Pusat, Negeri dan Daerah dipatuhi.

5.2 CADANGAN Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Sabah telah menempatkan pelatih di Unit atau Seksyen Pembasmian Kemiskinan sepanjang tempoh pelatih melakukan latihan praktikum di jabatan ini. Penempatan sementara di unit-unit lain seperi Seksyien Pengurusan dan Teknikal, Kewangan, dan Projek Khas perlu dilakukan untuk pelatih-pelatih di jabatan tersebut. Hal ini kerana, penempatan ini bukan sahaja mendedahkan pelatih kepada situasi bekerja setiap seksyen, tetapi akan memberi pendedahan yang mendalam kepada pelatih tugasan-tugasan utama yang dilakukan oleh setiap seksyen. Hal ini kerana, setiap seksyen juga adalah merupakan komponen-komponen penting dalam menggerakkan program atau projek pembangunan untuk rakyat. Dengan itu pelatih mencadangkan agar, penempatan sementara ini juga dilakukan oleh jabatan bagi pendedahan yang mendalam kepada pelatih berkenaan tugasan setiap seksyen.

Selain daripada itu, pelatih juga mencadangkan kepada PPPN Sabah untuk menyediakan panduan kerja Khas bagi pelatih yang terlibat dalam melakukan program latihan praktikum. Hal ini kerana panduan kerja khas ini bukan sahaja memudahkan pelatih mengetahui bidang kerja tetapi juga dapat membantu penyelia latihan dalam memberikan kerja kepada pelatih. Panduan kerja ini juga adalah memudahkan pelatih dalam merancang tugasan serta melakukan tugasan tersebut dengan lebih bersedia.

Pelatih juga mencadangkan agar pelatih juga berpeluang melawat projek-projek terutama projek infrastruktur di bawah pelaksanaan PPPNS dan kerjasama jabatan lain. Lawatan ini akan mendedahkan bagaimana keberkesanan pemantauan yang dilakukan oleh PPPNS ketika berada di lapangan. Pelatih juga akan dapat melihat perkembangan projekprojek yang telah dijalankan oleh PPPNS.

67

PPPN Sabah juga turut menyokong Program Latihan Praktikum bagi pelajar Universiti. Program ini bukan sahaja dapat membantu pelatih mengenali dunia pekerjaan tetapi akan dapat membantu PPPNS dalam melatih tenaga kerja baru. Kerjasama PPPNS dalam menerima pelatih dalam mengikuti latihan praktikum di jabatan tersebut telah banyak memberi pengalaman kepada pelatih. Program ini juga telah dapat membentuk keyakinan dan jati diri dalam kalangan pelatih dalam mengadaptasi keadaan dunia pekerjaan sebenar. Oleh yang demikian, pelatih mencadangkan pihak jabatan sentiasa membuka peluang kepada pelatih-pelatih untuk menjalankan latihan praktikum di jabatan ini.

Anda mungkin juga menyukai