Anda di halaman 1dari 3

Permainan Luas: Perjalanan Bertemu Permaisuri Bulan Kembang

Kumpulan:Siantan Tempat:Kawasan IPGKTAA Bekalan : alat tulis, buku catatan, skaf Tempat bermula: Dataran tempat rakyat berkumpul (Dataran Bestari) Arahan: Setiap kumpulan wirawati diminta bersedia untuk memulakan perjalanan bertemu Permaisuri Bulan Kembang. Setiap 5minit 1 kumpulan akan dilepaskan mengikut cabutan undi yang dibuat sebelum permainan bermula. Stesen 1:Dapur diraja (Kafe Achik) Stesen pertama ialah dapur diraja tempat tukang masak kegemaran Permaisuri Bulan Kembang, Achik berada. Tugasan 1 Sepanjang perjalanan ke dapur diraja, perhatikan jalan yang anda lalui dan kutip lima jenis benda hidup dan lima benda buangan sepanjang perjalanan anda. Setibanya anda di dapur diraja, pembantu tukang masak Permaisuri Bulan Kembang akan menunggu anda. Tugasan 2 Anda perlu mempamerkan benda-benda yang telah anda kutip sepanjang perjalanan dan nyatakan kegunaan benda hidup tersebut dan jelaskan bagaimana alam sekitar di kawasan anda terancam dari aktiviti manusia. Anda akan diberi petunjuk untuk meneruskan perjalanan ke stesen seterusnya. Petunjuk: Tempat suci bagi umat Islam Tugasan 3 Namun, anda terpijak bom semasa ingin meninggalkan dapur istana dan semua ahli menjadi buta kecuali seorang yang paling muda di antara anda. Guna skaf dan tutup mata untuk sampai ke stesen berikutnya. Stesen 2: Surau Anda sudah boleh melihat semula. Di tempat suci ini seorang guru agama sedang menunggu anda. Tugasan4 Anda diminta melihat dan mengingat nama barang yang dipamerkan (12 barang). Dalam masa 30saat , barang akan ditutup dengan kain.Anda dikehendaki menyenaraikan barang yang dilihat di atas sehelai kertas dalam masa 2 minit. Sekiranya anda gagal menyenaraikan 10 daripada 12 barang dengan betul, anda akan didenda.

Denda: membuat tengkolok daripada surat khabar untuk dipakai. Anda akan diberi petunjuk untuk meneruskan perjalanan ke stesen seterusnya setelah selesai tugasan. Petunjuk: tempat raja bermain sepak takraw. (Gelanggang berdekatan astaka) Stesen 3: Gelanggang Seorang pawang akan menanti anda di sana. Tugasan 5 Semasa berjalan tadi salah seorang dari rakan anda tercedera dan tidak boleh berjalan. Tunjukkan kepada pembantu di stesen cara untuk merawat kaki terseliuh. Pawang akan menilai adakah balutan anda betul dan itu petunjuk untuk ke stesen yang berikutnya akan diberikan. Petunjuk:Jambatan Angkasa Stesen 4: Jambatan Angkasa (jambatan gantung) Seorang pengawal akan menunggu anda di Jambatan Angkasa. Tugasan 6 Anda akan diminta membaca mantera sebelum melalui jambatan ini. Anda diminta beratur dalam barisan dan anjakkan jarak di antara ahli. Ketua akan dibisikkan dengan mantera dan dikehendaki ingat mantera tersebut dan sampaikan kepada ahli kumpulannya yang terdekat secara berbisik. Ahli tersebut seterusnya akan memanjangkan mentera tersebut kepada orang sebelahnya dan seterusnya hingga orang yang terakhir. Orang terakhir dikehendaki memberitahu mantera yang diterimanya untuk menentukan ketepatannya. Mantera: Undang-undang kepanduan (3-4 undang-undang). Anda akan diberi petunjuk untuk ke stesen seterusnya. Petunjuk: Anda semakin hampir untuk bertemu Permaisuri Bulan Kembang. Ikut tanda. Awas! Jangan salah langkah.

Tugasan 7 Memahami arahan dengan menggunakan tanda-tanda mengesan dalam kepanduan yang telah ditinggalkan. Tanda terakhir disertakan dengan sepucuk sampul berisi surat. Kandungan surat: Permaisuri Bulan Kembang sedang menunggu anda untuk bersantap di anjung selera.

Stesen ke 5:Stesen Terakhir Permaisuri Bulan Kembang sedang menanti anda dengan senyuman untuk bersantap sermasa anda. Namun seorang pengawal menunggu di Anjung Selara. Tugasan 8 Anda diminta membuat persembahan sebelum dibenarkan duduk bersantap bersama permaisuri. Persembahan: Lagu-lagu kepanduan dan cheers kumpulan. Setelah anda dibenarkan bertemu Permaisuri Bulan Kembang, anda telah berjaya.