Anda di halaman 1dari 42

BIODATA PELAJAR

Nama Umur Kelas Major Ambilan

: Nanthini a/p Suppiah : 20 tahun : TESL 2 : TESL : Januari 2012

No. Kad Pengenalan : 920904-08-5636 Jantina Keturunan Agama Alamat No telefon E-mail : Perempuan : Indian : Hinduism : 22, Lorong 9, Taman Sri Kijang, 14000, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. : 012-4120956 : nandy.suppiah@gmail.com

PENGHARGAAN

Syukur kepada tuhan kerana dengan limpah kurnianya, maka dapatlah kami jalani dan seterusnya menyiapkan laporan bagi pengelolaan permainan bola baling.

Disini kami ingin mengambil peluang untuk berterima kasih kepada ibu dan bapa kami kerana tanpa doa dan sokongan mereka, maka agak mustahil untuk kami menyiapkan tugasan ini. Jasa rakan-rakan juga tidak dilupa, terima kasih kepada rakanrakan kerana banyak membantu dalam menyiapkan tugasan ini.

Kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah-pensyarah yang terlibat terutamanya Encik Mohammad Bin Othman yang telah banyak memberi tunjuk ajar dalam melaksanakan program ini.

Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan kerana membantu kami secara langsung dan tidak langsung dalam menyiapkan tugasan ini. Kami juga ingin mengambil kesempatan untuk berterima kasih kepada sesiapa sahaja yang membantu kami dalam kami menyiapkan tugasan ini secara langsung ataupun tidak langsung yang tidak kami sebutkan namanya disini, jasamu amat dihargai dan semoga jasa baik anda beroleh kebaikan juga.

Sekian, terima kasih.

SEJARAH PERMAINAN Permainan bola baling berasal dari Eropah. Permainan ini merupakan satu permainan yang telah diubahsuai dari permainan-permainan seperti Czeska Hasenka di Czehoslovakia, Handbold di Denmark dan Korball serta Raffbold di Jerman. Semasa perang dunia kedua permainan ini dikenali sebagai Torball yang dimainkan seramai tujuh orang. Pada tahun 1917, bilangan pemain telah ditambah menjadi sebelas orang dan dimainkan di padang bola sepak. Permainan ini telah diasaskan oleh Heizer di Jerman. Pada tahun 1926, Kesatuan Olahraga Amatur Antarabangsa (IAAF) telah menubuhkan satu jawatankuasa khas untuk menyelaraskan permainan ini. Pada tahun tersebut juga, Kesatuan Bola Baling Amatur Antarabangsa (IAHF) telah ditubuhkan oleh Avery Brudge di Amsterdam. Seterusnya pada tahun 1936, bola baling buat pertama kalinya dipertandingkan dalam sukan Olimpik yang diadakan di Berlin. Enam buah negara telah menyertainya dan negara Jerman telah muncul sebagai juara. Pada tahun 1938 sekali lagi, Jerman menjadi juara dalam Kejohanan Bola Baling Sedunia di mana 10 buah negara telah menyertainya. Pada tahun1946 (IAHF) telah ditukar kepada Kesatuan Bola Baling Antarabangsa (IHF). Kesatuan ini menggalakkan permainan menggunakan tujuh orang sepasukan. Sekali lagi Kejohanan Bola Baling Sedunia telah diadakan pada tahun 1956 dan kali ini Sweden pula telah menjadi juara. Pada tahun 1956, undang-undang permainan ini telah diubahsuai dan diguna pakai sehinggalah ke hari ini. Antara negara yang menguasai permainan ini ialah Jerman, Yugoslavia, Rusia, Romania, Czechoslovakia, Hungury dan juga Poland. Di Asia, Jepun, China dan juga Korea adalah antara negara yang terkuat di mana pasukan wanita Korea Selatan telah memenangi pingat emas dalam Sukan Olimpik tahun 1988 manakala pasukan lelaki telah memenangi pingat perak.

Pada hari ini, sebanyak 68 buah negara telah mendaftar dengan IMF. Sementara itu, Kesatuan Bola Baling Asia pula telah ditubuhkan pada tahun 1974 semasa Sukan Asia di Teheran sedang berlangsung.. Ibu pejabat kesatuan ini ialah di Kuwait. Permainan bola baling di Malaysia dianggap satu permainan yang baru. Ia mula diperkenalkan pada tahun 1976 oleh Lim Hock Han. Persatuan Bola Baling Olimpik Selangor dan Wilayah Persekutuan secara rasminya telah didaftarkan pada 11 Sep. 1985. Cheah Hai Su telah dilantik sebagai presiden dan Lian Chin Nam sebagai Naib Presiden. Pada tahun 1986 persekutuan ini telah menjadi ahli gabungan Kesatuan Bola Baling Asia. Kejohanan Bola Baling Terbuka Selangor dan Wilayah Persekutuan yang pertama telah diadakan pada 2 Jun 1982. Kejohanan Bola Baling Kebangsaan pula telah diadakan pada 7 Dis. 1985 dimana 11 pasukan telah mengambil bahagian. Mulai tahun 1987, permainan bola baling telah diterima sebagai satu permainan yang dipertandingkan di peringkat kebangsaan di bawah kelolaan Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM). Di peringkat sekolah, MSSM telah menganjurkan dua kursus iaitu di Kompleks TUDM, Lumut tahun 1985 dan di Sekolah Menengah Sains Selangor pada tahun 1986 untuk melatih guru dari semua negeri dalam aspek kejurulatihan dan pengadilan. Di maktab perguruan pula, permainan ini telah disenaraikan dalam kegiatan kokurikulum pelajarnya dan menjadi salah satu permainan yang dipertandingkan antara maktab-maktab perguruan dalam Pestarama Maktab mulai tahun 1985. Di Malaysia, permainan bola baling mula diperkenalkan pada tahun 1976 kepada sekumpulan guru dan pelajar di Selangor oleh Encik Lim Hock Han. Ketika itu, beliau bertugas sebagai pengarah Bahagian Sukan di Pejabat Pendidikan Selangor dan kemudian di Universiti Malaya. Seterusnya satu jawatankuasa kerja bola baling yang dipengerusikan oleh Encik Cheah Hai Su dari Unit Pendidikan Jasmani Dan Sukan, kementerian Pendidikan telah ditubuhkan pada tahun 1978. sejak itu, kursus-kursus bola baling untuk gurur-guru telah dijalankan untuk mempopularkan permainan ini di kalangan pelajar sekolah.

Kejohanan Bola Baling Terbuka Selangor dan Wilayah Persekutuan bagi lelaki dan wanita buat kali pertama telah diadakan pada 2 jun 1982. kejohanan ini telah disertai 12 buah pasukan dari Selangor, Wilayah Persekutuan, Melaka, Pahang dan Universiti Malaya. Persatuan Bola Baling Olimpik Selangor dan Wilayah Persekutuan telah didaftarkan secara rasmi pada 11 september 1982. persekutuan Bola Baling Malaysia pula telah didafarkan secara rasmi pada 11 september 1982. Persekutuan Bola Baling Malaysia pula telah didaftarkan secara rasmi pada tahun 1985. di peringlat sekolah, MSSM telah menganjurkan dua kursus bola baling bagi melatih guru dalam aspek pengadilan dan kejurulatihan.

KEMAHIRAN ASAS Kemahiran asas dalam permainan Bola Baling, terbahagi kepada lapan iaitu bermula dengan kemahiran berlari, melompat, hantaran bola, menyambut bola, menggelecek bola dengan tangan, mengadang, menjaring, dan menjaga gol. Kemahiran-kemahiran ini perlu dipelajari dan dikuasai bagi setiap pemain Bola Baling sebelum boleh menjadi seorang pemain Bola Baling yang profesional. Kemahiran asas dalam sukan Bola Baling: 1. Berlari 2. Melompat 3. Hantaran bola 4. Menyambut bola 5. Menggelecek bola dengan tangan 6. Mengadang 7. Menjaring 8. Menjaga gol.

A. Kemahiran hantaran Kemahiran hantaran terbahagi kepada lima iaitu: i. Hantaran bahu ii. Hantaran lantun iii. Hantaran aras dada iv. Hantaran lompat v. Hantaran sisi

B. Kemahiran menyambut bola Kemahiran menyambut bola terbahagi kepada empat iaitu: i. Menyambut bola aras muka ii. Menyambut bola rendah iii. Menyambut bola dengan sebelah tangan. iv. Menyambut bola tinggi.

C. Kemahiran Menjaring Kemahiran menjaring amat penting bagi seseorang pemain bola baling bagi mendapatkan jaringan seterusnya mencapai kemenangan. Kemahiran menjaring terbahagi kepada beberapa jenis teknik dan cara iaitu: i. Jaringan bahu ii. Jaringan lompat iii. Jaringan dive iv. Jaringan rendah

Secara kesimpulannya, permainan bola baling memerlukan pergerakan motor kasar dan halus yang tinggi. Kekuatan otot amat penting bagi mencipta gerakangerakan yang pantas untukmenbuat jaringan gol yang diperlukan. Kemahiran motor halus di bahagian jari menvariasikan lagi jenis balingan dan arah ketepatan bola dihantar.

UNDANG-UNDANG PERMAINAN Pengenalan Bola Baling boleh dimainkan sama ada di dalam atau luar dewan. Peralatan yang diperlukan adalah tidak banyak. Apa yang diperlukan ialah padang atau gelanggang (tertutup atau terbuka), sebiji bola baling dan 14 orang pemain (tujuh orang sepasukan). Dua orang pengadil diperlukan untuk mengawal permainan.

Gelanggang Bola Baling Dan Ukuran Permukaan gelanggang mestilah keras dan rata. Gelanggang yang digunakan boleh merupakan gelanggang berumput di padang terbuka atau gelanggang bersimen atau berparket di dalam dewan yang tertutup. Gelanggang permainan berbentuk segiempat bujur, 40 meter panjang di garisan tepi dan 20 meter lebar di garisan gol. Gelanggang permainan dibahagikan kepada dua bahagian yang sama luas oleh satu garisan tengah. Setiap kawasan gol mengandungi satu garisan kawasan go yang berjejari 6 meter dari tepi dalam tiang gol. Garisan balingan percuma adalah putusputus dan berjejari 9 meter dari tepi dalam tiang gol. Panjang garisan penalti ialah 1 meter dan berjarak 7 meter dari tengah garisan gol. Panjang garisan penjaga gol pula ialah 15 cm dan jaraknya dari tengah garisan gol ialah 4 meter. Di dua garisan tepi, terdapat dua garisan pertukaran pemain dengan panjang 15 cm dan jaraknya dari garisan tengah ialah 4.5 meter. Semua garisan dalam gelanggang perlu ditandakan secara jelas dengan ukuran selebar 5 cm.

Bola Bola harus berbentuk bulat dan diperbuat daripada kulit atau getah berwarna yang tidak terlalu keras. Berat dan lilitan bola untuk setiap kategori pemain adalah seperti berikut :

A. Lelaki dan remaja lelaki (16 tahun ke atas) Bola saiz 3. Berat antara 425 g sehingga 475 g. Lilitan antara 58 cm hingga 60 cm.

B. Wanita dan remaja perempuan (14 tahun ke atas) dan remaja lelaki (12 tahun sehingga 16 tahun) Bola saiz 2. Berat antara 325 g hingga 375 g. Lilitan antara 54 cm hingga 56 cm

C. Remaja perempuan (8 tahun hingga 14 tahun) dan remaja lelaki (8 tahun hingga 12 tahun) Bola saiz 1. Berat antara 290 g hingga 330 g. Lilitan antara 50 cm hingga 52 cm.

Biasanya, dua biji bola yang telah diperiksa dan disahkan oleh pengadil akan disediakan bagi setiap perlawanan. Bola yang digunakan dalam sesuatu perlawanan tidak boleh ditukar ganti kecuali dengan sebab-sebab tertentu. Di peringkat antarabangsa, hanya bola yang ditandakan dengan logo IHF (Kesatuan Bola Baling Antarabangsa) dibenarkan dalam sesuatu pertandingan.

Tiang Gol Tiang gol perlu diletakkan di tengah-tengah garisan gol. Tiang gol terdiri daripada dua batang tiang tegak yang panjangnya 3 meter dan tingginya 2 meter. Kedua-dua tiang ini disambungkan oleh sebatang palang empat segi yang panjangnya 3.16 meter. Tiang gol diperbuat daripada kayu atau bahan sintetik yang serupa dan dicat dengan warna yang sama dengan ukuran 28 cm. Di bahagian lain tiang gol dan palang ialah 8 cm.

Pemain Dan Pakaian Pakaian untuk pemain lelaki dan pemain perempuan terdiri daripada baju lengan pendek atau panjang, seluar pendek, stoking dan kasut biasa atau but. Semua pemain gelanggang hendaklah berpakaian serupa (seragam) kecuali penjaga gol yang perlu

memakai warna pakaian yang berlainan daripada pemain lain dalam pasukannya dan pemain pasukan lawan. Pemakaian segala alat yang dianggap berbahaya kepada pemain-pemain adalah tidak dibenarkan. Setiap pasukan Bola Baling perlu terdiri daripada 12 orang pemain, iaitu 10 orang pemain gelanggang dan dua orang penjaga gol. Pemain-pemain dibenarkan memakai jersi bernombor antara 1 orang hingga 20. No 1, 12 dan 16 dikhaskan untuk penjaga gol sahaja manakala nombor-nombor lain adalah untuk pemain-pemain gelanggang.

PEMBENTUKAN AHLI JAWATANKUASA PELAKSANAAN

Penaung Penasihat Pengerusi Projek

: Tuan Hj Daud B. Md Saman : En. Mohamad Bin Othman : Ahmad Shahrien Bin Tali

Naib Pengerusi Projek : Joejie Bin Jibing Setiausaha Projek Bendahari Projek : Ealakumy a/p Krishnasamy : Eva Fennella Philip

JAWATANKUASA KECIL AJK HADIAH San Maguel Sabinus Glensentdrick Gimus AJK DOKUMENTASI Sufieza Nabila Bt Shaari Mohamad Khalid Bin Isa AJK PERALATAN Mohd Fatihi Bin Mohd Yusoff Hanis Syazni Bt Hasni Shahirah Izzati Bt Shaik Osman Jay Frenslly Joh

AJK KEPEGAWAIAN Mohd Fatihi Bin Mohd Yusoff Shivabalan A/L Thiruchelvam Mohd Asyraf b. Md Yusoff Oliver Oscar Chong Kalaivani A/P Chongodan Lalithaswari A/P Singara Veloo AJK KESELAMATAN Dayang Nurfarizan Bt Awang Guntor Amirul Amin Bin Mohd Kamaruzaman Nurul Fathiah Bt Badrusam AJK MAKANAN & MINUMAN Ummi Rashidah Bt Zolraimi Rohashidah Bt Ali Thayaalini A/P Muthusamy Thenemolly A/P Perumal AJK JADUAL PERLAWANAN Joejie Bin Jibing Muhamad Syafiq Bin Hussin AJK HEBAHAN Oliver Oscar Chong Mohamad Khalid Bin Isa

KERTAS KERJA

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUANKU BAINUN 14000, BUKIT MERTAJAM PULAU PINANG.

Kertas Kerja Cadangan Pertandingan Bola Baling Antara Kumpulan GERKO Bola Baling 2012 IPGKTB

1. Tujuan

Mohon kebenaran dan kelulusan dari pihak pengurusan dan pentadbiran IPG Kampus Tuanku Bainun , untuk mengadakan Latihan Ilmiah bagi guru Pelatih Gerko Bola Baling sebagai

memenuhi keperluan mata pelajaran GERKO Bola Baling di bawah topik Pengelolahan Pertandingan.

2. Pengenalan

Pertandingan Bola Baling antara ahli kumpulan GERKO bola baling telah dirancang memandangkan minat dan permintaan yang tinggi dalam kalangan guru-guru pelatih yang terdiri daripada ahli GERKO bola baling, IPG Kampus Tuanku Bainun yang ingin menunjukkan bakat dan kebolehan bermain bola baling.

3. Rasional

Guru pelatih IPG Kampus Tuanku Bainun perlu diberi peluang menyertai Pertandingan Bola Baling antara kumpulan sebagai aktiviti sihat untuk mengekalkan tahap kecergasan fizikal dan menghadapi cabaran untuk peningkatan prestasi dalam bidang akademik dan sukan. Melatih guru pelatih untuk mengurus, mentadbir dan melaksanakan satu Pertandingan Bola Baling peringkat IPG Kampus Tuanku Bainun sebagai pendedahan awal untuk mengimplikasikan ilmu pengajaran yang dipelajari di dalam mata pelajaran GERKO Bola Baling.

4. Matlamat

Pendedahan dan pengalaman bertanding di peringkat IPG dapat memberi latihan dan peluang kepada guru pelatih yang mengambil bahagian untuk aktif bersukan disamping merapatkan hubungan silaturahim.

Menyediakan pelajar yang berdaya saing serta berdaya tahan dari segi fizikal dan mental dalam mengharungi cabaran pertandingan di masa hadapan.

5. Objektif

Menguji

kemampuan

guru-guru

pelatih

untuk

menguruskan,

mentadbir

dan

melaksanakan tugasan bagi memenuhi keperluan kerja kursus mata pelajaran GERKO Bola Baling. Meningkatkan kemahiran melambung, membaling dan membuat hantaran sesama ahli dalam satu pasukan.

6. Maklumat Pertandingan

Tarikh Tempat Masa Bilangan pasukan

: : : :

4 Oktober 2012 dan 5 Oktober 2012 Padang Bola Baling IPGKTB 4.00 petang 6 pasukan lelaki & 3 pasukan perempuan

7. Perbelanjaan

Setiap pasukan dikenakan yuran penyertaan sebanyak RM 30.00. Setiap ahli GERKO bola baling dikenakan yuran sebanyak RM 5.00 seorang. (yuran ini termasuk yuran penyertaan).

dijangkakan 5 kumpulan yang terdiri daripada GERKO bola baling dan 4 kumpulan dari luar akan menyertai pertandingan ini.

Pendapatan:

Perbelanjaan:

yuran penyertaan : RM 30.00 x 4 = RM 120.00 yuran ahli GERKO : RM 5.00 x 51 = RM 255.00 yuran DPLI :

hadiah( hamper) : RM 360.00 minuman 2 hari: RM 30.00 perbelanjaan lain: RM 29.00 = RM 419.00

RM 2.00 x 22 = RM 44.00 = RM 419.00

8. Penutup

Memberi peluang kepada pelajar mempertingkatkan kemahiran dalam pengelolahan pertandingan. Pengalaman dan cabaran mendorong pelajar supaya lebih berdedikasi dan berkeyakinan untuk mencapai prestasi yang lebih cemerlang Mengamalkan budaya yang baik dan yang boleh dicontohi oleh pelajar-pelajar lain.

Disediakan oleh,

. ( Ealakumy A/P Krishnasamy ) Setiausaha Pertandingan Bola Baling

Disemak oleh, ( En. Mohamad Bin Othman ) Guru Penasihat GERKO Bola Baling

Disahkan oleh, ............................................ (En. Mohd Zahir B. Nasir) Ketua Unit Kokurikulum IPGKTB.

Disokong oleh,

. ( Tuan HJ Daud B. Md Saman ) Pengarah IPG Kampus Tuanku Bainun.

MINIT MESYUARAT

MINIT MESYUARAT PENGELOLAHAN PERTANDINGAN BOLA BALING TAHUN 2012 KALI PERTAMA Tarikh Hari Tempat Masa Kehadiran : 27 September 2012 :Khamis : Kafeteria : 1.30 p.m : 42 orang

Bil. Agenda

Perkara

Catatan / Tindakan

Kehadiran guru pelatih

Setiausaha GERKO bola baling mencatat kehadiran guru pelatih untuk mesyuarat pertama pertandingan bola baling tahun 2012

Semua guru pelatih 2 PISMP dan 5 orang wakildari 3 PPISMP hadir kemesyuarat

Ucapan pengerusi GERKO bola baling

Pengerusi memberikan beberapa pengumuman tentang pertandingan bola baling yang akan diadakan

Pelantikan ahlijawatankuasa

Ahli jawatankuasa baru untuk pertandingan bola baling tahun 2012 dipilih.

Pemilihan berdasarkan undian

Perkara dibincangkan

Tarikh untuk hari pertandingan dipilih

Perbincangan ini dikendalikan oleh pengerusi baru pertandingan bola baling 2012

Bilangan kumpulan untuk pertandingan ditetapkan

Yuran untuk ahli GERKO dan kumpulan ditetapkan

Setiausaha diminta membuat kertaskerja

Penutup

Setiap ahli jawatankuasa diminta untuk menjalankan tugas masing-masing dan mesyuarat seterusnya ditetapkan.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.00 petang.

Disediakan oleh,

.. (EALAKUMY A/P KRISHNASAMY) Setiausaha, Pengelolahan Pertandingan Bola Baling Tahun 2012

MINIT MESYUARAT PENGELOLAHAN PERTANDINGAN BOLA BALING TAHUN 2012 KALI KEDUA Tarikh Hari Tempat Masa Kehadiran : 1 Oktober 2012 : Isnin : Kafeteria : 1.30 p.m : 37 orang

Bil. Agenda

Perkara

Catatan / Tindakan

Kehadiran guru pelatih

Setiausaha mencatat kehadiran guru pelatih untuk mesyuarat kedua pertandingan bola baling tahun 2012

Semua guru pelatih 2 PISMP hadir

Perkara dibincangkan

Semua AJK diminta untuk memberitahu perkembangan tugas masing-masing. Kertas kerja dibentangkan oleh setiausaha AJK keselamatan sudah mendapatkan petikecemasan AJK minuman sudah tempah minuman

Perkara berbangkit

Yuran dikutip dari semua ahli GERKO bola baling Bilangan kumpulan yang akan berlawan ditetapkan semula Tarikh untuk pertandingan ditukardisebabkan beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan

Penutup

Setiap ahli diminta untuk member kerjasama untuk menjayakan pertandingan bola baling tahun 2012

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.00 petang.

Disediakanoleh,

.. (EALAKUMY A/P KRISHNASAMY) Setiausaha, Pengelolahan Pertandingan Bola Baling Tahun 2012

LAPORAN PENGELOLAAN PERTANDINGAN LAPORAN PENGELOLAAN PERTANDINGAN BOLA BALING Pada minggu lepas, pasukan permainan Bola Baling semester 2 Program Ijazah Sarjanan Muda Perguruan (PISMP) telah menganjurkan sebuah pertandingan bola baling antara kumpulan gerko Bola Baling Institut Perguruan Kampus Tuanku Bainun (IPGKTB) di padang Bola Baling IPGKTB. Pertandingan ini dijalankan selama dua hari iaitu pada 4 Oktober 2012 (jam 4) dan 5 Oktober 2012 (jam 8 dan 4) bersamaan hari Khamis dan Jumaat dan disertai oleh empat kumpulan pelajar lelaki dan tiga kumpulan pelajar perempuan. Pertandingan ini dijalankan menggunakan sistem liga. Objektif utama pertandingan ini diadakan adalah untuk memberikan pendedahan dan pengalaman bertanding di peringkat IPG kepada para guru pelatih kerana pendedahan dan pengalaman ini dapat memberi latihan dan peluang kepada guru pelatih yang mengambil bahagian untuk aktif bersukan disamping merapatkan hubungan silaturahim. Selain itu, pertandingan ini dapat menyediakan pelajar yang berdaya saing serta berdaya tahan dari segi fizikal dan mental dalam mengharungi cabaran pertandingan di masa hadapan. Pertandingan bola baling juga dapat menguji kemampuan guru-guru pelatih untuk menguruskan, mentadbir dan melaksanakan tugasan bagi memenuhi keperluan kerja kursus mata pelajaran GERKO Bola Baling serta meningkatkan kemahiran melambung, membaling dan membuat hantaran sesama ahli dalam satu pasukan. Perjalanan pertandingan ini telah akan dijelaskan dengan lebih terperinci dalam butiran di bawah: 4 Oktober 2012 Perlawanan in diadakan pada jam empat petang dan semua ahli guru pelatih Bola Jaring hadir untuk pertandingan tersebut bersama dengan empat kumpulan pelajar lelaki iaitu kumpulan maths, rutrenz, yang akan bertanding. Pengadil bagi pertandinga tersebut ialah Mohd Fatihi bin Mohd Yusoff dan Shivabalan a/l Thiruchelvam, manakala saudara Mohd Asyraf bin Md Yusoff menjadi pencatat masa. Pertandingan ini bermulan

dengan perlawanan antara kumpulan TESL dengan RUTRENZ dengan kumpulan RUTRENZ telah memenangi pertandingan tersebut, kemudian kumpulan Maths dan kumpulan Gerko Bola Baling telah bertanding dan kumpulan Maths mendapat kemenangan. Perlawanan ini terpaksa diberhentikan kerana hujan lebat. 5 Oktober 2012 Perlawanan pada hari tersebut terbahgi kepada dua bahagian iaitu, perlawanan antara kumpulan guru pelatih perempuan pada jam lapan pagi dan perlawanan sambungan kumpulan guru pelatih lelaki pada jam empat petang. Pasukan guru pelatih perempuan terdiri daripada kumpulan satu, dua dan tiga daripada Gerko Bola Baling. Pada pusingan pertama, kumpulan satu telah berlawan dengan kumpulan dua dengan memenangi 2-1 dalam perlawanan tersebut. Dalam pusingan kedua, kumpulan satu dan tiga telah berlawan dengan memperoleh mata sebanyak 5-1 dan pada pusingan ketiga, kumpulan dua dan tiga telah berlawan dengan memenangi mata sebanyak, 7-0. Secara keseluruhannya, kumpulan kedua merupakan juara, bagi pertandangi Bola Baling Antara Guru Pelatih Perempuan dengan memperoleh mata sebanyak lapan, dan diikuti dengan kumpulan satu dengan jumlah mata tujuh dan kumpulan tiga dengan mata satu. Seterusnya, pada sebelah petang, pasukan lelaki iaitu pasukan TESL, RUTRENZ, MATHS dan Gerko Bola Baling telah memulakan perlawanan. Pusingan pertama dimainkan oleh kumpulan RUTRENZ dengan Maths dan pusingan kedua adalah antara kumpulan TESL dengan Gerko Bola Baling. Secara keseluruhannya, Kumpulan RUTRENZ merupakan juara bagi perlawanan ini diikuti dengan kumpulan MATHS di nombor kedua dan TESL sebagai nombor ketiga. Berikut ialah jadual pertandingan liga.

Jadual liga antara pasukan lelaki. RUTRENZ RUTRENZ TESL MATHS GERKO TESL MATHS GERKO

Jadual liga antara pasukan perempuan. KUMPULAN 1 KUMPULAN 1 KUMPULAN 2 KUMPULAN 3 KUMPULAN 2 KUMPULAN3

Pertandingan Bola Baling yang telah diadakan telah memberikan banyak ilmu pengentahuan dan pengalaman kepada kami, justeru kami berharap perlawanan dan pertandingan sebegini perlulah seringkali diadakan di institute kita bagi merapatkan jurang antara guru pelatih, menimba ilmu serta pengalaman yang berguna kelak dan melahirkan masyarakat IPGKTB yang sihat dari segi mental dan fizikal. Sekian, terima kasih.

Laporan disediakan oleh,

11. Oktober 2012.

.. (NANTHINI A/P SUPPIAH) Wakil Kumpulan, Gerko Bola Baling 2012.

REFLEKSI (NANTHINI A/P SUPPIAH, 920904085636) Bola Baling merupakan salah satu permainan padang yang terdapat di Malaysia. Mengikut sejarahnya, Bola Baling (handball) berasal daripada Eropah. Bola Baling boleh dimainkan sama ada di dalam atau luar dewan. Saya telah mendapat pelbagai pengentahuan, kemahiran dan pengalaman yang berguna semasa menjalankan perlawanan Bola Baling yang diadakan pada 4 dan 5 Oktober 2012. Saya mengetahui tentang cara pengelolaan sebuah pertandingan yang merangkumi mesyuarat dan perjumpaan ahli pasuka, pembentukan ahlijawatankuasa yang baru untuk pertandingan dan perancangan pertandingan. Saya mempelajari bahawa ketiga-tiga procedure ini amat penting untuk menghasilkan sebuah

pertandingan yang baik dan procedure sebegini akan membantu melancarkan perjalanan permainan yang akan diadakan. Selain itu, saya juga mempelajari tentang sistem liga yang digunakan dalam pertandingan bola baling. Saya mengetahui tentang keadah serta cara pengiraan mata goal melalui keadah ini.

Di samping itu saya juga mengenali tentang peralatan-peralatan yang diperlukan dalam melaksanakan sebuah pertandingan Bola baling. Peralatan yang diperlukan ialah padang atau gelanggang (tertutup atau terbuka), sebiji bola baling dan 14 orang pemain (tujuh orang sepasukan). Dua orang pengadil diperlukan untuk mengawal permainan dan seorang pencatat masa. Ilmu ini amat penting dan bermakna kepada saya kerana apabila saya ditugaskan untuk menjadi jurulatih bola baling di sekolah yang akan saya berpratikum, bolehlah saya mengaplikasikan ilmu ini bagi memberikan suapan ilmu pengentahuan yang betul kepada bakal para pelajar saya nanti.

Tambahan pula, saya juga mempelajari tentang kemahiran asas yang terdapat dalam Bola Baling iaitu berlari, melompat, hantaran bola, menangkap bola, mengelecek bola dengan tangan, mengadang, menjaring dan menjaga gol. Kemahiran ini amat penting untuk menjadi seorang jurulatih yang baik bagi bakal pelajar saya. Selain itu, saya juga mendapat pengalaman tentang asas kejurulatihan dan kepegawaian semasa mengadakan perlawanan bola baling tersebut. Saya mudah mempelajari sesuatu yang

saya melihat kerana saya merupakan, visual learner, belajar menggunakan penglihatan, justeru, apabila saya memerhati cara-cara ajk kepegawaian mengadil perlawanan tersebut, saya telah mempelajari tentang hand signal dan tiupan wisel melalui pemerhatian tersebut semasa perlawanan bola baling. Akhir sekali, saya mendapati bahawa sesubuah kejayaan perlulah diiringi dengan sikap kerjasama dan kehandalan semasa bermain dalam perlawana yang dianjurkan. Sesebuah kumpulan itu perlulah bekerjasama dan handal bagi memperoleh kejayaan dalam perlawanan, akan tetapi, komunikasi antara kumpulan amatlah penting bagi melahirkan sebuah organisasi yang cekap dan pantas bagi menjayakan sesebuah aktiviti yang dirancang.

GAMBAR

* Gambar menunjukkan permainan, friendly-match antara pelajar perempuan semasa pertandingan bola baling.

* Gambar menunjukkan permainan, friendly-match antara pelajar lelaki semasa pertandingan bola baling.

KOLEKSI GAMBAR PERTANDINGAN BOLA BALING

SUMBER INTERNET

PERATURAN PERTANDINGAN BOLA BALING MSSPP

Pertandingan dijalankan mengikut undang-undang BOLA BALING ANTARABANGSA, MSSM, MSSPP kecuali yang tersebut dalam peraturan berikut.

1. PENDAFTARAN : 1.1 Setiap pasukan dibenarkan mendaftarkan 12 pemain sahaja dengan

menggunakan borang pendaftaran yang disediakan. 1.2 Setiap pasukan yang mendaftar dimestikan mendaftar nama pegawai berikut bagi pasukan masing-masing. 1.2.1 Pengurus Pasukan 1.2.2 Jurulatih

2. KUMPULAN / JENIS PERTANDINGAN 2.1 L12 / P12 / L15 / P15 / L18 / P18

3. PAKAIAN 3.1 Semua pemain dikehendaki memakai jersi, baju T atau bips yang sama warnanya dengan nombor masing-masing di depan dan belakang. 3.2 Di mana terdapat dua pasukan yang memakai pakaian yang sama warnanya, keputusan siapa yang menukar pakaiannya ialah pasukan yang namanya disebut dahulu dalam borang pertandingan.

3.3 Semua pemain diwajibkan memakai kasut

serta sarung kaki. Kasut yang

berstud enam, berpaku dan membahayakan keselamatan pemain lain tidak dibenarkan sama sekali. 3.4 Ketua pasukan tidak perlu memakai tanda( captain arm guard )

4. SAIZ BOLA 4.1 Saiz 1 : L12 / P12 4.2 Saiz 2 : L15 / P15 / P18 4.3 Saiz 3 : L18

5. MASA PERMAINAN 5.1 Setiap permainan terdiri daripada dua bahagian. 15 minit setiap separuh masa dan rehat 3 minit. (15.3.15) * diputuskan dalam mesyuarat pengelolaan peringkat zon dan negeri. 5.2 Masa Rehat Pasukan (1 minit )

(a)

Setiap pasukan dibenarkan meminta 1 minit masa rehat (Team Time-Out) sekali bagi setiap separuh masa.

(b)

Pegawai yang berdaftar bagi setiap perlawanan sahaja dari manamana pasukan dibenarkan memohon masa rehat dengan

menyerahkan KAD HIJAU berukuran 15 cm x 20 cm kepada Penjaga Masa (Time Keeper). (c) Situasi yang dibolehkan untuk memberi kebenaran berhenti untuk masa rehat 1 minit : Semasa pasukannya mengawal bola. Selepas pasukannya terkena jaringan gol atau semasa balingan gol dari pasukan sendiri setelah bola tersasar keluar.

6. SISTEM PERTANDINGAN 6.1 Pertandingan ini dijalankan secara LIGA / KALAH MATI 6.2 Pasukan yang mendapat jumlah mata yang terbanyak dikira MENANG. 6.3 Sistem pemberian mata bagi pertandingan LIGA : 6.3.1 Menang : 3 mata 6.3.2 Seri 6.3.3 Kalah : 1 mata : 0 mata

6.4 WALKOVER : Tindakan Walkover tidak akan dilayan. Mana-mana pasukan yang mengambil tindakan ini tidak akan dibenarkan meneruskan

perlawanannya dan kesemua perlawanan sebelumnya itu akan dikira tidak sah. Pasukan yang memberi Walkover mesti memberi alasan bertulis mengapa pasukan tersebut bertindak begitu kepada Pengerusi Jawatankuasa Pengelola dan Salinan kepada Pengarah Pendidikan Negeri. 6.5 Dalam pertandingan sekiranya terdapat dua atau lebih pasukan mendapat

jumlah mata yang sama , keputusan muktamad akan ditetapkan mengikut caracara yang teratur di bawah : 6.5.1 Pasukan yang memperolehi perbezaan gol yang terbanyak akan dikira menang. 6.5.2 Jika masih seri, pasukan yang lebih jaringan gol akan dikira menang. 6.5.3 Jika masih seri, pasukan yang kurang kena gol akan dikira menang. 6.5.4 Jika masih seri lagi, pasukan yang pernah mengalahkan lawannya dikira menang. 6.5.5 Jika masih seri lagi, cabutan undi akan dijalankan. 6.6 SINGKIR ( Kad Merah ) dan BATAL 6.6.1 Jika seorang pemain atau pegawai pasukan menerima kad merah atau hukuman singkir dalam satu-satu perlawanan, ia akan digantung satu perlawanan berikutnya. 6.6.2 Jika seorang pemain atau pegawai menerima kad merah atau hukuman singkir kali kedua, dia tidak dibenarkan bermain atau berada di gelanggang permainan di mana pasukannya bermain sehingga

LEMBAGA TATATERTIB membuat keputusan.

6.6.3 Jika seseorang pemain atau pegawai pasukan menerima hukuman batal , ia tidak dibenarkan bermain atau berada di gelanggang dimana pasukannya bermain sepanjang kejohanan tersebut.

7. SISTEM KALAHMATI 7.1 Bagi perlawanan secara kalahmati, jika kedudukan seri selepas sepenuh masa langkah-langkah berikut akan dipatuhi untuk memutuskan pemenangnya: 7.1.1 Perlawanan masa tambahan 5 minit setiap separuh masa dijalankan setelah rehat selama lima minit. 7.1.2 Jika masih seri balingan 7 meter akan di jalankan. akan

8. SISTEM BALINGAN 7 METER 8.1 Tiap-tiap pasukan mengambil 5 balingan dari garisan 7 meter secara berselang seli oleh 5 orang pemain. 8.2 Jika masih seri, maka balingan 7 meter hendaklah diteruskan oleh 5 orang pemain secara berselang seli dengan sehingga keputusan diperolehi. 8.3 Pengadil akan memutuskan gol mana balingan 7 meter itu dijalankan. 8.4 Pengadil hendaklah membuat undian dan pasukan yang menang akan membuat balingan dahulu. 8.5 Hanya pemain-pemain yang layak menyertai perlawanan tersebut dibenarkan mengambil balingan 7 meter. 8.6 Pemain-pemain yang akan mengambil balingan 7 meter dan penjaga gol pasukan mestilah berada diluar garisan balingan percuma. 8.7 Semua pemain lain hendaklah berada digarisan tengah gelanggang. 8.8 Penjaga gol boleh ditukar pada bila-bila masa semasa balingan 7 meter dijalankan. 9. KELEWATAN Hanya 10 minit akan diberi kepada sesuatu pasukan yang lewat. Selepas itu, pihak lawannya akan diberikan kemenangan dengan 3 mata dan dengan bilangan gol 3 0.

10. BANTAHAN 10.1 Segala bantahan mestilah dibuat secara bertulis menggunakan

borang yang disediakan,dalam masa 30 minit setelah keputusan diumumkan dan disertakan RM300.00. Wang tersebut tidak akan dikembalikan jika didapati bantahan itu tidak diterima. 10.2 Keputusan Juri adalah muktamad.

11. JURI RAYUAN 11.1 Terdiri daripada :

11.1.1 Pengerusi Teknik Bola Baling MSSPP / Zon 11.1.2 Pengerusi Jawatankuasa Pengelola / Pengerusi Teknik Pertandingan 11.1.3 Pengerusi Pengadil 11.1.4 2 orang Pegawai / Pengurus pasukan yang dipilih oleh Jawatankuasa Pengelola.

12.

PERATURAN BARU

12.1. Sekiranya terdapat balingan percuma selepas wisel penamat dibunyikan oleh penjaga masa, ia perlu diambil. Pasukan yang mendapat balingan itu hanya boleh menukar seorang pemain sahaja, iaitu pembaling balingan percuma tersebut. Pemain lain termasuk dari pihak bertahan tidak dibenarkan melakukan sebarang pertukaran.

(peraturan 2:5) 12.2. Tidak ada time out untuk balingan 7 meter kecuali berlaku dalam keadaan-

keadaan tertentu seperti bola terkeluar jauh atau pemain dikenakan hukuman (kad kuning / 2 minit / kad merah / singkir). Hanya pembaling dan penjaga gol yang dibolehkan untuk pertukaran.

(peraturan 2 :8) 12.3. Mana-mana pegawai yang dibenarkan masuk ke padang oleh pengadil untuk

rawatan pemain yang cedera tidak dibenarkan memberi arahan kepada pasukan, menghampiri pengadil atau pasukan lawan. Sekiranya berlaku, pegawai tersebut boleh dikenakan hukuman atas dasar tiada semangat kesukanan. (peraturan 4:11) 12.4. Tidak ada ketua pasukan. Mana-mana pemain atau pegawai boleh terlibat

dalam lambungan duit syiling untuk permulaan perlawanan. (peraturan 4:1) 12.5. Hanya 2 orang pegawai atau pemain yang didaftar boleh masuk ke padang

untuk rawatan pemain yang cedera atas arahan pengadil. (peraturan 4:1) 12.6. Untuk balingan permulaan, pembaling mesti memijak garisan tengah dengan

sekurang-kurang sebelah tapak kaki dan berada di posisi itu sehingga bola dilepaskan. Rakan pasukan tidak dibenarkan melintas garisan tengah padang sehingga tiupan wisel. (peraturan 10.3) 12.7. Isyarat pasif play batal sekiranya bola terkena tiang gol atau penjaga gol serta

terdapat pemain pertahanan yang mendapat hukuman. (klarifikasi no 4) 12.8. Sebarang posisi yang tidak betul pemain pasukan menyerang yang mendapat

balingan percuma atau balingan ke dalam, perlu diperbetul oleh pengadil. (peraturan 15.6) 12.9. Sekiranya bola terkena siling, balingan ke dalam diberi pada kedudukan yang

terhampir kepada pasukan lawan.

(peraturan 11.3) 12.10. Sewaktu team time out, pemain pasukan boleh berada di dalam atau luar gelanggang. (klarifikasi no 3)

13.

PERKARA-PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN 11.2 Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam peraturan-

peraturan ini dan undang-undang Permainan berkenaan akan diputuskan oleh Jawatankuasa Pengelola dan keputusan adalah muktamad.

JAWATANKUASA TEKNIK DAN PEMBANGUNAN BOLA BALING MSSPP.

http://www.google.com/url?sa=t&rct=j&q=&esrc=s&frm=1&source=web&cd=3&ved=0C C8QFjAC&url=http%3A%2F%2Fmsspp.com%2Fuserbox%2FPERATURAN%2520PER TANDINGAN%2520BOLA%2520BALING%2520MSSPP.doc&ei=G6t1UKXhOIe4iAeJo YHgBA&usg=AFQjCNEgFDUzje3rVsC1EXS6CKS4vqcoMA&sig2=G8UVL6o1OdlU_21 k90eF4Q

KERATAN AKHBAR
The Star Online >

Tuesday, July 31, 2012 MYT 8:40:02 PM

Handball: Iceland coach hails wonder half


By Tom Pilcher LONDON (Reuters) - Gudmundur Gudmundsson has been coaching handball for 23 years and rated his Iceland Olympic side's first-period scoring blitz against Tunisia on Tuesday as one of the best halves he has ever seen.

Iceland's head coach Gudmundur Pordur Gudmundsson instructs players during game against Spain at their Men's European Handball Championship main round match in Novi Sad January 24, 2012. REUTERS/Stoyan Nenov

At 1-1 after five minutes the Beijing silver medallists did not come flying out of the blocks. But seven minutes later they led 6-1, before racking up 19 goals in the first 30 minutes to blow the North Africans out of sight. Although Iceland's performance dipped in the second half en route to a 32-22 win, Gudmundsson was clearly delighted with his Group A pacesetters, who have won both of their games so far.

"We had more or less a flawless game in the first half, which is not easy in handball," Gudmundsson told Reuters as the exhausted Iceland players nearby drank from water bottles. "Our scoring percentage was 86 per cent, our defence was very strong as was our goalkeeper, so I have to say the first half was one of the best I have ever experienced as a coach. And I've been around a long time," he said with a smile. "This is an emotional team, fighting all the time from the beginning." Iceland began the second half like a fast-moving train, moving into a 23-8 lead after just 35 minutes of play, and then slowed, constantly rotating team members with the next group games in mind. "We went down when we were resting players but I was very pleased when we pushed on the gas pedal again in the last five minutes and scored some very good goals." TOUGHER COMPETITORS AHEAD Iceland next face three-time silver medallists Sweden on August 2 (2015 GMT) and defending champions France on August 4 (1830), tougher opposition than first-game opponents Argentina and Tunisia. The prospect did not worry Gudmundsson, who said his players were looking forward to a more "normal" time to be on court. "Nine-thirty in the morning is not easy for any team. We have had this now two times and we are a bit tired. We have not been sleeping enough. It's not easy to go to bed early and wake up at 5:30 in the morning. It's tough." Iceland's lack of sleep has barely showed, however. "We have been preparing for this for a week. You have to prepare in a very special way. We've done that." As for Iceland's defence of their surprise second place four years ago, the nation's first silver medal since 1956, Gudmundsson was pleased with the progress of his team. "Our objective was to win our first two games and qualify for the quarter-finals as quickly as possible. We have a clear goal, but we will not talk about it," he said with a grin before dashing off to congratulate his team in the locker room. (Edited by Sonya Hepinstall)

1995-2012 Star Publications (Malaysia) Bhd (Co No 10894-D)

MSSM Pekan rangkul tiga kejuaraan


KUALA LIPIS 14 Mei Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) Pekan merangkul tiga kejuaraan dalam Kejohanan Bola Baling MSSM Pahang di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Orang Kaya Haji di sini hari ini. Tiga kategori yang dimenangi MSSM Pekan ialah perempuan bawah 18 tahun, lelaki dan perempuan bawah 12 tahun. Bagi kategori perempuan bawah 18 tahun, MSSM Pekan muncul juara selepas menumpaskan MSSM Raub dengan jaringan 14-7. Bagi kategori lelaki bawah 12 tahun, MSSM Pekan mengalahkan MSSM Maran dengan jaringan 10-4 manakala pasukan perempuannya mengenepikan MSSM Lipis dengan jaringan 10-4. Dengan kejuaraan itu, MSSM Pekan membawa pulang pingat dan sijil penyertaan yang disampaikan Penolong Pengarah Unit Sukan Jabatan Pelajaran Pahang, Jalaluddin Ismail. Bagi kategori lelaki bawah 18 tahun, MSSM Raub mengejutkan juara bertahan, MSSM Kuantan dengan jaringan tipis 7-6 sebelum muncul johan. Sementara itu, Jalaluddin berkata, sebanyak 44 pasukan menyertai pertandingan yang membabitkan 528 pemain dan 216 guru dari 10 daerah di negeri ini. Pertandingan ini untuk memilih pemain mewakili MSSM Pahang dalam Kejohanan Bola Baling peringkat kebangsaan anjuran MSSM di Kedah bulan depan, katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui hari ini. Beliau memuji kesungguhan pemain menunjukkan keupayaan masing-masing sepanjang pertandingan yang berlangsung selama tiga hari itu. Dalam pada itu, Jalaluddin berharap kejohanan tersebut disertai pelajar pelbagai kaum untuk meningkatkan integrasi. Selain mempamerkan kemahiran, bola baling boleh mengeratkan hubungan kaum dan menunjukkan semangat cintakan negara dan gaya hidup sihat, tambahnya.
Pemain Lelaki 18 tahun MSSM Raub dan jurulatih meraikan kemenangan dalam Kejohanan Bola Baling MSSM Pahang di SMK Orang Kaya Haji, Kuala Lipis, kelmarin.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0515&pub=utusan_malaysia&sec=Sukan&pg=su_aa.htm #ixzz28uxcuBYy Utusan Melayu (M) Bhd

RUJUKAN Lee Chin Choy (2006). Siri Sukan Popular Fajar Bakti: Bola Baling. Shah Alam. Fajar Bakti Sdn. Bhd. Poh Liong Yong (2003). Fizik Tingkatan 4. Cheras. Pustaka Sistem Pelajaran Sdn. Bhd. Reita E. Clanton (1997). Team Handball Step To Success. United States of America. Human Kinetics, Inc. Teng Boon Tong (1993). Panduan Pengajaran Kemahiran Asas Permainan . Petaling Jaya. Longman Malaysia Sdn. Bhd. Wee Eng Hoe (2000). Pengajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Edisi Kedua. Shah Alam. Fajar Bakti Sdn. Bhd.

VIDEO TENTANG PERTANDINGAN BOLA BALING

Anda mungkin juga menyukai