Anda di halaman 1dari 1

Sengaja. Am ialah seorang pelajar yang nakal. Dia memang terkenal dengan sikap nakalnya.

Dia kerap melakukan kesalahan di sekolah mahupun di kawasan kediamannya. dia juga keras kepala. Dia digelar budak setan kerana sikapnya itu. Am yang segaja datang lewat ke sekolah memang bukan asing lagi bagi pengawal keselamatan yang berjaga pintu pagar sekolah. Walaupun Am tiba awal di perkarangan sekolah, dia segaja tidak masuk ke sekolah terlebih dahulu. Am akan melepak di tepi kedai berhadapan dengan sekolahnya sehingga lonceng berbunyi. Walaupun kerap ditegur oleh pengawas, namun dia segaja mengendahkan nasihat tersebut. Selain itu, Am menjadi buah mulut guru-guru di sekolahnya. Hal ini demikian kerana Am sengaja tidak membawa buku teks ke sekolah selain sengaja tidak menyiapkan kerja rumah yang diberikan. Apabila ditanya oleh guru dia pasti menjawab saya tidak sengaja cikgu. Guru-guru di sekolahnya sudah mengagak alasan yang akan diberikannya. Penduduk di sekitar kediaman Am juga kerap mengadu kepada ibu bapanya atas tindakannya yang sengaja membuat kacau. Tindakannya yang sengaja memecahkan tingkap rumah jiran menyebabkan bapanya terpaksa membayar ganti rugi. Selain itu, Am sengaja memasang radio dengan kuat dengan tujuan menggangu jirannya pada waktu malam terutama ketika ibu bapanya keluar. Segala tindakan Am adalah sengaja.

Anda mungkin juga menyukai