Anda di halaman 1dari 22

PSIKOLOGI PENDIDIKAN

HBEF2103

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEPTEMBER 2012

HBEF2103

PSIKOLOGI PENDIDIKAN

NO. MATRIKULASI NO. KAD PENGNEALAN NO. TELEFON E-MEL

: : : :

781028135033001 781028-13-5033 019-8195296 wwzack78@yahoo.com /wwzack78@oum.edu.my

PENSYARAH

EN SAMNI BIN SURAJI

PUSAT PEMBELAJARAN

OPEN UNIVERSITY MALAYSIA KUCHING SARAWAK

781028135033001

PSIKOLOGI PENDIDIKAN

HBEF2103

ISI KANDUNGAN
BAHAGIAN ISI MUKA SURAT 1.0 2.0 PENGENALAN PERTUMBUHAN DAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK 2.1 Konsep pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak 2.2 Faktor-faktor pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak 2.3 Pertumbuhan dan Perkembangan dari perspektif psikologi pendidikan 3.0 IMPLIKASI PERKEMBANGAN FIZIKAL DAN KOGNITIF KANAK- KANAK ( 7- 12 TAHUN ) 3.1 Implikasi Perkembangan fizikal dan kognitif kanak-kanak Terhadap Pengajaran dan Pembelajaran guru 3.2 Perbezaan perkembangan fizikal dan kognitif kanak-kanak yang berlainan jantina 3.3 Kajian kes kanak-kanak berumur 7-12 tahun. 3.3.1 Ujian perkembangan fizikal kanak-kanak berumur 10 tahun. 3.3.2 Ujian perkembangan kognitif kanak-kanak berumur 10 tahun. 3.4 Kesan perkembangan fizikal dan kognitif kanak-kanak ( 7 12 ) tahun yang berlainan jantina dalam Pengajaran dan Pembelajaran 4.0 PERANAN GURU DALAM MENGHADAPI PERBEZAAN 19- 20 17 - 18 15 16 13 14 4-5 6- 8 8 - 12 3-4

PELAJAR DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 5.0 6.0 RUMUSAN BIBLIOGRAFI 21 22

781028135033001

PSIKOLOGI PENDIDIKAN

HBEF2103

1. 0 PENGENALAN
Maksud pertumbuhan menurut dewan bahasa dan pustaka adalah perihal atau proses tumbuh (tentang manusia, tumbuh-tumbuhan dan binatang);tumbesaran. Pertumbuhan adalah merujuk kepada perubahan fizikal dan struktur badan seaara kuantitatif yang hanya akan terhenti apabila sudah mencapai tahap kematangan. Perkembangan mengikut dewan bahasa pula bermaksud perihal atau proses berkembang menjadi maju atau tersebar dan membiak. Daripada maksud tadi bolehlah dirumuskan perkembangan adalah proses perubahan individu menyesuaikan diri dengan persekitaran secara kualitatif dan berlaku secara berterusan hasil daripada pengalaman dan pembelajaran. Pertumbuhan dan perkembangan yang dilalui oleh manusia mempunyai corak-corak yang tertentu yang berlaku secara berterusan sehingga akhir hayat manusia. Pertumbuhan dan perkembangan melibatkan aspek jasmani, mental, emosi, sosial dan struktur .Menurut pendapat Jean Piaget, kanak-kanak akan melalui peringkat-peringkat perkembangan kognitif yang sama tetapi pada usia yang berbeza-beza. Beliau berpendapat persekitaran tidak membentuk kognitif kanak-kanak,sebaliknya kanak-kanak membina pengetahuan mereka secara aktif untuk memahami

persekitarannya.Keadaan ini berlaku melalui proses penerokaan , manipulasi dan persekitaran fizikalnya. Menurut Woolfolk dan Margetts(2007)dalam Hasliza dan Joy N.Samuel menyifatkan pertumbuhan sebagai perubahan dalam saiz dan kematangan. Daripada segi fizikal ini bermaksud pertambahan dalam saiz bahagian-bahagian badan ,ketinggian dan bilangan saraf-saraf otak. Dari aspek jasmani, pertumbuhan melibatkan perubahan fizikal anggota badan manakala perkembangan adalah kemahiran setiap anggota badan. Pertumbuhan dari segi mental adalah keupayaan berfikir termasuk perkara subjektif manakala perkembangan mental adalah kemahiran menggunakan bahasa, angka dan membuat penaakulan. Menurut kajian ahli-ahli psikologi Galton (1865),Goddard(1890) ,Newman (1937) dan Shieldo (1962) telah membuktikan bahawa setiap individu mempunyai kecerdasan dan kebolehan intelek yang berbeza dengan rakan sebayanya.Perbezaan kecerdasan diantara individu boleh diperhatikan daripada prestasi pelajar didalam sesebuah kelas. Pada pandangan Mok Soon Sang (2009) pula menjelaskan bahawa pertumbuhan adalah perubahan fizikal tubuh badan.

781028135033001

PSIKOLOGI PENDIDIKAN HBEF2103 Pertumbuhan dari aspek emosi melibatkan pelbagai ragam perasaan manakala perkembangan lebih menjurus kepada pemahaman konsep perasaan. Pertumbuhan dari aspek sosial semakin meningkat sekiranya kenalan semakin bertambah dan adanya perkembangan dalam keupayaan memilih kenalan. Secara keseluruhan pertumbuhan adalah mengikut pola dari kepala ke kaki dan dari tengah ke sisi manakala struktur perkembangan manusia adalah mengikut kematangan dan pengalaman dalam pembelajaran.

2.0 PERTUMBUHAN DAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK 2.1 Konsep pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak
Manusia merupakan makhluk yang diciptakan oleh Allah SWT dengan sebaik-baiknya kejadian. Manusia pertama yang hidup di muka bumi ini adalah Nabi Adam dan Hawa. Setiap yang hidup pasti akan menempuhi proses pengembangan dan pertumbuhan sama ada bersifat kualitatif mahupun kuantitatif. Woolfolk dan Margetts ( 2007 )dalam Haliza Hamzah dan Joy N. Samuel menyatakan pertumbuhan sebagai perubahan dalam saiz dan kematangan. Dr. Ragbir Kaur ( 2008 ) menyatakan pertumbuhan adalah perubahan-perubahan fizikal yang berlaku dalam diri manusia dan Mok Soon Sang ( 2009 ) turut menjelaskan bahawa perubahan pertumbuhan adalah perubahan fizikal tubuh badan. Santrok ( 2008 ) dalam Haliza Hamzah dan Joy N. Samuel mentafsirkan perkembangan sebagai perubahan dalam corak biologi, kognitif dan sosio individu yang bermula daripada peringkat percambahan sehingga ke akhir hayat. Crow and Crow memberi takrifan perkembangan merupakan perubahan secara kualitatif; serta cenderung ke arah yang lebih baik dari segi pemikiran, rohani, moral dan sosial. Menurut Karl E. Garrison, perkembangan terhasil daripada sesuatu tindakan yang berkait rapat di antara perkembangan jasmani dan pembelajaran. Ann Taylor pula menakrifkan bahawa perkembangan sebagai perubahan yang berlaku dalam warisan hayat(baka) dan organisasi kepada struktur organisma dalam keadaan yang saling berkait serta berhubung dengan pertumbuhan umur. Berbeza dengan pendapat Atan Long yang menyatakan perkembangan ialah peubahan kualitatif yang tidak dapat diukur secara kuantitatif dan perubahan dapat dilihat dengan jelas dari awal mula pertumbuhan sehingga akhir hayat sesuatu organisma mahupun individu.

781028135033001

PSIKOLOGI PENDIDIKAN HBEF2103 Setiap individu akan mengalami perkembangan fizikal dan kognitif. Perkembangan fizikal merujuk kepada perubahan saiz fizikal, kadar pertumbuhan bahagian-bahagian badan, fungsi-fungsi anggota badan dan perwatakan manusia. Perkembangn kognitif pula adalah proses peningkatan keupayaan pemikiran, pengetahuan dan intelektual kanak-kanak dalam proses penyelesaian masalah, memahami, menganalisa serta membentuk pengetahuan baru berdasarkan pengalaman yang telah dilalui. Corak perkembangan setiap kanak-kanak berbeza-beza walaupun pada tahap umur yang sama malah setiap indvidu tertentu mempunyai ciri-ciri yang berbeza dan unik kerana menurut Gesell (1949), tidak ada dua individu yang benar-benar serupa walaupun semua kanak-kanak biasanya akan melalui proses perkembangan dan pertumbuhan yang normal. Untuk huraian yang lebih jelas, berikut adalah perbezaan dari aspek jasmani (fizikal) dan mental (kognitif). Sila rujuk Jadual 1 di bawah:

Aspek

Proses Pertumbuhan ( Perubahan Kuantitatif)

Proses Perkembangan ( Perubahan Kualitatif) kemahiran

Jasmani (Fizikal)

Tinggi, saiz, beraat dan bilangan Bertambah gigi bertambah.

menggunnakan anggota sepeerti mengangkat, dan melompat. berjalan, berlari

Mental ( Kognitif )

Berkembangnya memikirkan perkara. tentang

keupayaan Berkembangnya

kemahiran

banyak menggunakan perkataan bahasa, angka, pemikiran, penaakulan, pembentukan ingatan. konsep dan

Jadual 1 : Perbezaan antara Pertumbuhan dan Perkembangan.

781028135033001

PSIKOLOGI PENDIDIKAN

HBEF2103

2.2 Faktor-faktor pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak


Terdapat dua faktor yang sangat mempengaruhi perkembangan manusia iaitu faktor endogen ( dalaman individu) dan eksogen ( luaran individu) . Faktor endogen ialah faktor atau sifat yang dibawa oleh individu sejak dalam kandungan hingga saat dilahirkan. Jadi faktor endogen adalah fakkor keturunan atau faktor bawaan. Maka individu akan memiliki sifat-sifat ibubapa mereka kerana hasil daripada persenyawaan sperma dan ovum. Secara ringkasnya, faktor-faktor endogen adalah baka, pemakanan (Ibu), kesihatan ( Ibu), tabiat ibu semasa mengandung,faktor Rh darah,kesan X-Ray, emosi dan umur ibu. Kita mengenal faktor-faktor endogen yang nampak pada saat individu itu dilahirkan, adalah adanya sifat-sifat tertentu yang berhubungan dengan faktor kejasmanian, misalnya warna kulit, warna dan jenis rambut, rupa wajah, golongan darah, dan sebagainya. Faktor pembawaan yang berhubungan dengan keadaan jasmani pada umumnya tidak dapat diubah begiu saja, dan merupakan faktor dasar dalam ciri fizikal individu. Faktor eksogen ialah faktor yang datang dari luaran individu yang merupakan pengalaman-pengalaman, kejadian alam sekitar, pendidikan dan sebagainya. Pengaruh persekitaran memainkan peranan penting seperti corak dan amalan pemakanan, cara didikan keluarga, pengaruh rakan sebaya, iklim persekolahan, keadaan dan sosial di kawasan tempat tinggal, pengaruh media elektonik, pusat ibadat dan persekitaran dunia. Perkembangan kanak-kanak semestinya dipengaruhi oleh baka dan keturunan serta persekitaran mereka. Baka atau keturunan adalah ciri-ciri yang diwarisi dari ibu bapa kepada anak-anak iaitu dalam teori perkembangan manusia, yang menetapkan had keupayaan,

kemampuan mental dan fizikal. Sepertimana yang telah dibincangkan, walaupun dalam peringkat pertumbuhan yang sama, tetapi setiap individu mempunyai kadar perkembangan yang berbeza disebabkan faktor baka dan persekitaran yang berbeza. Dr. Ragbir Kaur ( 2008 ) menyatakan bahawa faktor-faktor pertumbuhan kanak-kanak dipengaruhi oleh dua faktor utama iaitu baka dan persekitaran. Faktor baka terdiri daripada pengaruh genetik, perbezaan fizikal, perbezaan kognitif dan perbezaan emosi dalam diri manusia. Faktor persekitaran pula terdiri daripada keluarga, rakan sebaya, budaya, teknologi, guru, sekolah, media masa serta masyarakat setempat. Pengaruh genetik atau faktor baka ini dikenali sebagai gen yang terdiri daripada nucleoprotein yang menentukan baka atau ciri keturunan. Ia terletak di lokus tertentu pada kromosom, iaitu sejenis benda seni berbentuk panjang yang didapati dalam nucleus sel sperma (jantan)dan juga sel ovum(betina).
781028135033001

PSIKOLOGI PENDIDIKAN HBEF2103 Pengaruh genetik atau baka keatas pertumbuhan dan perkembangan manusia ini sebenarnya dipelopori oleh Johann Gregor Mendel(1822-1889) di Austri. Menurut pendapat Haliza Hamzah, Joy N. Samuel dan Rafidah Kastawi (2008) dalam buku Perkembangan Kanak kanak untuk Program Perguruan Pendidikan Rendah Pengajian Empat Tahun, baka merujuk kepada ciri-ciri biologi, atau gen-gen yang diperturunkan melalui ibu bapa kepada anak- anak mereka seperti yang dikatakan oleh R. Hilgard. Pengaruh rakan sebaya merupakan faktor penting dalam perkembangan kanak-kanak dari segi intelek, sahsiah, emosi dan sosial. Menurut NAEYC (national Association For the Education of Young Children), perkembangan kognitif kanak-kanak dipengaruhi oleh persekitaran seperti rumah, sekolah, ibu-bapa, guru dan rakan sebaya. Kajian ahli-ahli psikologi Galton (1865 ), Goddard ( 1890 ), Newman ( 1937 ) dan Shieldo ( 1962 ) membuktikan bahawa setiap individu mempunyai kecerdasan dan kebolehan intelek yang berbeza dengan rakan sebayanya. Institusi keluarga merupakan pengaruh utama terhadap perkembangan manusia. Perkembangan individu dipengaruhi oleh suasana rumah, makanan, asuhan dan status sosio-ekonomi keluarga. Kanak-kanak yang sihat dan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial dilahir serta dibesarkan dalam sebuah rumah yang mesra, penuh kasih-sayang, pengambilan makanan yang berzat dan seimbang, diasuh dan dididik dengan cara yang baik dan sempurna akan membesar menjadi anak-anak yang sempurna di kemudian harinya. Proses perkembangan kanak-kanak wajib disokong dan dibantu oleh orang yang berada di sekeliling mereka terutamanya ibu-bapa. Ibu-bapa memainkan peranan yang sangat penting dalam meningkatkan kebijaksanaan dalam pertumbuhan dan perkembangan kualitatif mahupun kuanitatif dalam diri anak-anak dengan mendidiknya secara holistik dari segi pemberian makanan yang berkhasiat dan berkualiti, menyediakan ruang dan peluang untuk perkembangan fizikal, memberikan panduan dan rangsangan yang sesuai untuk perkembangan kognitif serta memberi galakan dan empati secara emosi dan sosial. Selain itu, faktor pemakanan juga turut mempengaruhi perkembangan kanak-kanak. Perkembangan ini meliputi fizikal, mental dan kerohanian kanak- kanak. Pemakanan yang diambil kanak- kanak haruslah berzat, bersih dan seimbang. Makanan yang boleh menjejaskan kesihatan mental, emosi dan fizikal perlu dijauhi supaya tidak membantutkan perkembangan mereka. Penyusuan susu ibu adalah lebih baik kerana susu ibu bebas dari jangkitan. Ketika sudah

781028135033001

PSIKOLOGI PENDIDIKAN HBEF2103 mencecah umur 4 tahun, kanak-kanak haruslah disajikan dengan makanan yang mempunyai banyak kandungan tenaga kerana pada masa ini kanak-kanak adalah sangat aktif. Perkembangan individu juga dipengaruhi oleh pendedahan terhadap sumber teknologi di sekitar kehidupannya. Sumber teknologi ini terdiri daripada bahan-bahan media masa, bahan bercetak seperti surat-khabar,majalah, radio,televisyen,komputer, capaian pada dunia siber yang hanya berada di hujung jari iaitu melalui internet masyarakat sedia maklum bahawa,pendedahan kanak-kanak kepada sumber teknlogi yang sihat akan dapat meningkatakann perkembangan kognitif tetapi jika sebaliknya yang berlaku, pelajar akan lebih cenderung kepada gejala-gejala negatif yang berunsurkan keganasan, budaya kuning, pornografi yang menyebabkan perkembangan kognitif yang tidak sihat malah berpesonaliti yang tidak seimbang. Guru dan sekolah adalah pengaruh yang paling penting pada usia 7 sehingga 12 tahun kerana guru yang cekap akan melahirkan pelajar yang berketrampilan dan berilmu dan sekolah yang kondusif akan membantu pengajaran dan pembelajaran pelajar lebih efektif malah membentuk individu yang negatif dan

mempertingkatkan perkembangan kognitif pelajar ke tahap yang lebih optimum.

2.3 Pertumbuhan dan Perkembangan dari perspektif psikologi pendidikan


Psikologi merupakan ilmu penting yang harus dipelajari oleh segenap lapisan manusia terutama mereka yang terlibat bekerja dengan masyarakat yang terdiri dari pelbagai lapisan aras pemikiran dan tingkahlaku. Perkataan psikologi berasal daripada tamadun Greek Purba, iaitu dari perkataan psyche bermaksud jiwa dan logos bermaksud kajian mengenai sesuatu. Maka psikologi merupakan ilmu yang mengkaji perihal jiwa dan tingkah laku manusia. Kenyataan ini di sokong oleh pendapat Kalat ( 1999 ) mengatakan bahawa psikologi ialah kajian sistematik tentang tingkah laku manusia dan pengalaman. Manakala Williams ( 1960 ) pula mengatakan definisi psikologi sebagai satu cabang penyiasatan saintifik untuk tingkah laku dan aktiviti. Pendidikan ialah proses untuk mengembangkan potensi dan kemahiran individu di dalam bidang yang tertentu. Apabila dua bidang ini digabungkan,ia memberi pengertian mengenai kajian tentang perkembangan manusia, pembelajaran, ingatan, motivasi, pengurusan bilik darjah dan pengujian serta penilaian pembelajaran. Menurut Grinder (1981), mengatakan psikologi pendidikan ialah mengaplikasi pengetahuan psikologi ke dalam situasi bilik darjah.
781028135033001

PSIKOLOGI PENDIDIKAN HBEF2103 Pembelajaran boleh dikatakan sebagai satu perubahan ke atas individu yang disebabkan oleh pengalaman. Perubahan yang berlaku ialah dalam bentuk pemikiran dan juga tingkah laku. Pembelajaran tidak terhad kepada aktiviti formal di sekolah sahaja tetapi pembelajaran berlaku dalam suasana yang tidak formal. Ianya berlaku melalui pelbagai cara. Pembelajaran biasanya berlaku apabila seseorang terdedah kepada persekitaran. Rangsangan yang diterima melalui pancaindera akan dihantar ke otak untuk diberi makna dan disimpan sebagai pengalaman. Proses pembelajaran yang berlaku akan membawa perubahan ilmu pengetahuan serta tingkah laku seseorang pelajar tersebut secara sengaja atau tidak kepada baik atau sebaliknya. Dalam tugasan ini akan dijelaskan kesan-kesan pertumbuhan dan

perkembangan dari segi fizikal dan kognitif secara mendalam. Pada tahap pertengahan kanak-kanak, iaitu perinkat umur 7 seningga 12 tahun, menurut R. Havighurst, perkembangan fizikal dan kognitif yang berlaku adalah: mempelajari kemahiran fiizikal untuk permainan biasa boleh membentuk sikap menjaga kebersihan badan dan konsep kendiri. menyesuaikan diri dengan rakan sebaya serta bertingkah laku mengikut jantina. pembelajaran 3M iaitu boleh membaca, menulis dan mengira. Memperoleh simpanan konsep yang mencukupi untuk berfikir dan membuat keputusan dalam kehidupan. Membentuk taraf moral yang tinggi Mencapai kebebasan ddiri. Membentuk sikap positif terhadap kumpulan sosial dan institusi.

Berdasarkan Teori Piaget pula menyatakan: Berupaya mengawal otot-otot kecil dengan baik. Pertumbuhan mata lebih baik. Pemikiran tidal lagi egosentrik. Pemusatan perhatian mula berkurangan. Mula faham konsep transformasi, kebalikan dan pengekalan. Berfikiran logik. Bentuk konsep ruang, kelajuan, sebab dan waktu. Dapat menguasai operaaaaasi siri dan boleh menaakul. Berupaya mengambarkan situasi yang mudah.

781028135033001

PSIKOLOGI PENDIDIKAN Berupaya duduk dan mendengar. Boleh menyiapkan tugasan. Menunjukkan ketabahan hati dan lebih teliti. Gemar memerhati perkara dan situasi yang baru. Bersikap ingin menilai. Mula mengambil tahu peristiwa dan tokoh sejarah.

HBEF2103

Kemahiran kognitif adalah kebolehan individu untuk berfikir, memberi pendapat, memahami dan mengingati perkara-perkara yang berlaku di persekitaran sama ada melibatkan aktiviti mental seperti ingatan, mengkategori, merancang, menaakul, menyelesaikan masalah, mencipta, berimaginasi dan banyak lagi. Perkembangan kognitif kanak-kanak memberi penekanan

terhadap pembinaan pemikiran kanak-kanak yang berpusat kepada perubahan pemikiran dalam satu peringkat keperingkat yang seterusnya Jean Piaget menyatakan dalam teori kognitifnya yang popular bahawa kanak-kanak akan melalui peringkat-peringkat perkembangan kognitif yang sama tetapi pada usia yang berbezabeza. Beliau berpendapat bahawa persekitaran tidak membentuk kognitif kanak-kanak sebaliknya kanak-kanak sendiri yang akan membina pengetahuan mereka secara aktif untuk memahami persekitarannya. Piaget telah memperkenalkan 4 konsep utama iaitu:

1. Skema (Schema) Skema adalah struktur kognitif atau mental yang membolehkan individu mengurus dan menyesuaikan diri dengan keadaan persekitaran. Skema adalah proses mencipta, memperhalus, membuat perubahan, menyusun dan mengurus.

2. Penyerapan ( Assimilation ) Penyerapan adalah proses kognitif dimana semua maklumat dan pengalaman baru disatukan ke dalam skema yang sedia ada. Proses ini berlaku sepanjang masa bergantung dengan pengalaman dan pengetahuan yang diperolehi sama ada dalam bentuk kualitatif mahupun kuantitatif.

781028135033001

10

PSIKOLOGI PENDIDIKAN 3. Pengubahsuaian ( Accomodation )

HBEF2103

Pengubahsuaian adalah penyesuaian diri dalam menghasilkan perubahan kualitatif serta perkembangan skema. Jika maklumat yang diterima sesuai, maka akan diserap ke dalam skema dan sebaliknya berlaku sekiranya maklumat kurang sesuai, maka maklumat tersebut kan ditolak atau diubahsuai. Proses ini berlaku secara berterusan sehingga seseorang itu mencapai tahap pemahaman yang stabil dan mantap bagi kemahiran yang tertentu.

4. Keseimbangan (Equilbrium) Keseimbangan berlaku apabila seseorang kanak-kanak menyeimbang proses penyerapan dan pengubahsuaian. Apabila kanak-kanak menerima maklumat baru, ia akan diserap ke dalam skema dan proses keseimbangan akan tercapai jika sebaliknya, maka maklumat tersebut akan diubah suai terlebih dahulu untuk mencipta skema yang baru.

Piaget berpendapat bahawa perkembangan kognitif kanak-kanak adalah berbeza dan berubah mengikut empat peringkat perubahan umur iaitu:

1. Peringkat Sensori Motor ( 0-2 tahun ) Kanak-kanak menggunakan deria motornya untuk memahami dan berinteraksi dengan persekitarannya. 2. Peringkat Pra-Operasi ( 2 7 tahun ) Kanak-kanak menggunakan bahasa serta simbol untuk menggambarkan sesuatu konsep. Pemikiran kanak-kanak pada tahap ini masih tidak logik dan mudah diperdaya oleh persepsi yang berlainan. 3. Peringkat Operasi Konkrit ( 7 12 tahun ) Kanak-kanak mula memperolehi konsep transformasi, menguasai proses kebalikan dan mengamati proses songsangan. Kanak-kanak boleh berfikir secara induktif dan deduktif namun keupayaan berfikir secara logik masih terbatas kepada perkara konkrit sahaja dan tiada kebolehan berfikir secara abstrak dan sukar menyelesaikan masalah yang kompleks.
781028135033001

11

PSIKOLOGI PENDIDIKAN HBEF2103 Maka, kebanyakkan aktiviti pembelajaran masih bergantung kepada perkara konkrit dan pengalaman secara langsung sahaja. Pelajar boleh menyelesaiakan masalah secara cuba-jaya.

4. Peringkat Operasi Formal ( selepas 12 tahun ) Remaja boleh berfikir secara abstrak dan boleh menyelesaikan masalah yang kompleks. Mereka boleh berfikir secara deduktif dan induktif.

Menurut Teori Pembelajaran Sosial : Bandura (1977) yang menyatakan bahawa kelakuan manusia saling bertindak antara kognitif, kelakuan dan ajen penentu persekitaran.. Teori pembelajaran ini menekankan peranan kognitif dan persekitaran dalam perkembangan. Terdapat empat langkah proses peniruan oleh Bandura adalah:

(i) (ii) (iii)

Tumpuan kepada tingkah laku model (attention). Penyimpanan iaitu menngenkod peristiwa itu dalam system ingatan (retention). Mengingat atau menghaaaasilkan apa yang disimpan dalam bentuk tingkah laku (reproduction).

(iv)

Motivasi (motivation) yang secukupnya untuk menghasilkan tingkah laku seperti pembeeeerian peneguhan.

Menurut Teori Tugas Perkembangan Robert Havighurst menyatakan bahawa dalam kehidupan kanak-kanak sehingga dewasa dan seterusnya tua, individu harus memenuhi atau mencapai tugas-tugas perkembangan yang telah ditetapkan oleh masyarakat dan budaya di mana individu tersebut tinggal.

781028135033001

12

PSIKOLOGI PENDIDIKAN

HBEF2103

3. 0 IMPLIKASI PERKEMBANGAN FIZIKAL DAN KOGNITIF KANAK- KANAK ( 7- 12 TAHUN ) 3.1 Implikasi Perkembangan fizikal dan kognitif kanak-kanak terhadap Pengajaran dan Pembelajaran guru.
Berkut ada dihuraikan secara terperinci enam implikasi terhadap Pngaajaaran dan pembelajaran iaitu: i. Guru harus merancang pengalaman pembelajaran yang menggalakkan perkembangan pelajar secara optimum bagi meningkatkan domain kognitif, afektif dan psikomotor. ii. Guru harus menyediakan persekitaran pembelajaran yang sesuai untuk memupuk kemahiran, pengetahuan dan kebolehan yang dipupuk kemudiannya. iii. Guru menerima keadaan muridnya dan menyediakann aktiviti yang bersesuaian dengan mereka. Disebabkan kadar perkembangan kanak-kanak berbeza. iv. Guru harus peka akan pengaalam sedia ada murid dan merancang aktiviti yang boleh menggalakkan pengalaman pembelajaran mereka. v. Guru harus mempelajari dan memahami sosio budaya yang member kesan kepada perkembangan pengalaman pembelajaran murid tersebut serta menyediakan aktiviti yang dapat menyuburkan potensi kanak-kanak ke perinkat yang optimum. vi. Guru hendaklah member peluang bagi murid untuk menjalankan pelbagai aktiviti berasaskan konsep bermain sambil belajar untuk meningkatkan perkembangan ke tahap maksimum.

Oleh itu, sebagai guru yang berketrampilan, dedikasi dan kompeten, hendaklah memiliki dan memahirkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan tentang pertumbuhan dan perkembangan pelajar bagi memudahkan guru untuk memilih dan merancang P&P yang bersesuaian. Dengan ini, perkembangn kanak-kanak akan berada di tahap yangaptimum malah dapat mengembangkan potensi dan bakat pelajar iaitu selaras dengan falsafak Pendidikan Negara iaitu melahirkan pelajar yang seimbang daari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.

781028135033001

13

PSIKOLOGI PENDIDIKAN

HBEF2103

3.2 Perbezaan perkembangan fizikal dan kognitif kanak-kanak yang berlainan jantina

Responden A: Kanak-kanak berumur 7 hingga 12 tahun lelaki. Responden B: Kanak-kanak berumur 7 hingga 12 tahun perempuan.

Aspek

Responden A ( LELAKI )

Responden B ( PEREMPUAN )

Fizikal Perubahan fizikal badan. atau saiz, Pertumbuhan lambat dari segi Pertumbuhan lebih cepat dari segi bentuk ketinggian, saiz badan dan bentuk ketinggian, saiz badan dan bentuk badan yang masih meyerupai badan dewasa. pertumbuhan anggota yang badan cepat masih yang menghampiri orang

kanak-kanak biasa. Kadar pertumbuhan bahagian-bahagian badan

Kadar pertumbuhan yang agak Kadar lambat dimana anggota badan dimana

masih belum berkembang dan berkembang pesat dan menyerupai menyerupai kanak-kanak. orang dewasa.

Perwatakan

Bersikap kebudak-budakan dan Bersikap lebih matang dan berasa kurang bergaul matang. dengan Lebih selesa selesa bergaul dengan orang dewasa kanak-kanak. kewanitaan Sikap sudah

kanak-kanak berbanding dan

berbanding orang dewasa. Sikap keibuan kelakian masih samar-samar. Kognitif terserlah.

Aktiviti mental seperti Perkembangan yang lambat dan Perkembangan yang pantas dan cekap ingatan, mengkategori, kurang aktiviti menguasai mental IQ dan yang beberapa menguasai beberapa aktiviti mental tahap dan tahap penguasaan IQ agak pantas. yang

merancang, menaakul, penguasaan menyelesaikan masalah, mencipta, perlahan.

berimaginasi Jadual 2 : Jadual perbezaan perkembangan fizikal dan kognitif kanak-kanak berlainan jantina.

781028135033001

14

PSIKOLOGI PENDIDIKAN

HBEF2103

3.3 Kajian kes kanak-kanak berumur 7-12 tahun.


3.3.1 Ujian perkembangan fizikal kanak-kanak berumur 10 tahun.

Bil Nama 1 2 Lisa ak Charles Bujang ak Bunsing

Tinggi(cm) 142.5 134.7

Berat (kg) 37.7 34.8

Saiz Badan M S

Jadual di atas menunjukkan data ujian perkembangan fizikal 2 orang murid yang berlainan jantina tetapi di tahun yang sama iaitu murid tahun 4. Ujian merangkumi tinggi, berat dan saiz badan. Murid yang terlibat dalam ujian ini adalah Lisa ak Charles yang tinggal di Rumah Panjang TR Blawan Kampung Jeragam Sebuyau manakala Bujang ak Bunsing tinggal di Rumah Panjang Kampung Kesindu Sebuyau. Kedua- dua murid ini diambil daripada kelas yang sama iaitu murid tahun 4. Daripada jadual di atas jelas menunjukkan bahawa terdapat perbezaan bagi kedua-dua murid tersebut dari segi tinggi , berat dan saiz badan. Dari segi ketinggian , Lisa ak Charles lebih tinggi daripada Bujang ak Bunsing iaitu perbezaan ketinggian sebanyak 7.8 cm. Dari segi berat pula Lisa ak Charles lebih berat daripada Bujang ak Bunsing. Lisa mencatatkan berat sebanyak 37.7kg manakala Bujang beratnya sebanyak 34.8kg. Ini mungkin disebabkan faktor pemakanan di rumah dan juga lokasi rumah yang terletak jauh dari pekan Sebuyau. Apabila kita melihat ketinggian dan berat badan Lisa adalah lebih berbanding Bujang mungkin ini di sebabkan faktor genetik dan faktor pemakanan murid tersebut. Ibu bapa yang tinggi dan besar akan menghasilkan anak-anak yang tinggi dan besar. Sebaliknya ibu bapa yang rendah dan kecil akan menghasilkan anak-anak yang rendah dan kecil. Dari segi pemakanan pula, kanak-kanak yang mendapat nutrien yang mencukupi akan kelihatan lebih tinggi dan sihat berbanding dengan kanak-kanak yang kurang mendapat nutrien .

781028135033001

15

PSIKOLOGI PENDIDIKAN 3.3.2 Ujian perkembangan kognitif kanak-kanak berumur 10 tahun.

HBEF2103

Ujian Panjang Tali Bil Nama Murid

Sebelum Sama Tidak Sama

Selepas Sama Tidak Sama / /

1 2

Lisa ak Charles Bujang ak Bunsing

/ /

Jadual di atas menunjukkan butiran mengenai ujian tali yang di jalankan ke atas 2 orang responden tahun 4 yang berlainan jantina. Dalam ujian ini, dua utas tali yang sama panjang telah di gunakan. Pada mulanya, dua utas tali disusun dalam dua baris yang sama dan kemudiannya responden akan menentukan sama ada dua utas tali tersebut adalah sama panjang ataupun tidak. Jawapan yang diberikan oleh responden akan direkodkan. Daripada ujian yang dijalankan keatas ketiga-tiga responden ini, mereka menjawab bahawa utas tali ini adalah sama panjang. Seterusnya,seutas tali tadi akan dialihkan sedikit kedudukannya. Responden diminta untuk menentukan sama ada kedua-dua utas tali itu adalah sama panjang atau tidak. Didapati bahawa kudua-dua mereka menyatakan bahawa panjang tali yang dialihkan kedudukannya itu adalah sama panjang dengan yang asal. Menurut pendapat Jean Piaget, kanak-kanak Peringkat konkrit ( 7 -11 tahun ) mampu menentukan bahawa panjang kedua-dua tali tersebut adalah sama walaupun kedudukannya diubah. Setelah selesai ujian panjang tali tersebut, terbukti bahawa kedua-dua kanak-kanak ini telah menguasai prinsip identiti seperti yang terkandung dalam konsep pemuliharaan. Dalam prinsip identiti, kanak-kanak sudah boleh menyatakan bahawa sekiranya tiada bilangan yang ditambah atau dikurangkan, bilangan atau amaun objek adalah sama walaupun bentuk telah diubah.

781028135033001

16

PSIKOLOGI PENDIDIKAN

HBEF2103

3.4 Kesan perkembangan fizikal dan kognitif kanak-kanak ( 7 12 ) tahun yang berlainan jantina dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Perbezaan individu adalah variasi yang boleh diperhatikan dan menurut Henson dan Eller ( 1999 ) dalam bukunya educational teaching, kepelbagaian individu merujuk kepada cirri-ciri atau sifat-sifat manusia yang mempunyai potensi. Menurut Papalia ( 2001 ) manusia berbeza dari segi janina, ketinggian, berat dan bentuk tubuh baaadan, gaya hidup, status sosio-ekonomi, suasana pengajaran dan pembelajaran di sekolah, masyarakat setempat dan sebagainya. Perkembangan fizikal dan kognitif yang berbeza mengikut jantina pada kanak-kanak pada Peringkat Operasi Konkrit iaitu kanak-kanak yang berumur 7 hingga 12 tahun. Pada usia ini kanak-kanak boleh mempelajari lebih daripada satu perkara pada satu masa. Pertumbuhan pelajar perempuan pada usia ini lebih cepat dari segi fizikal dan sebahagian besar dari mereka hampir menyerupai orang dewasa. Kadar pertumbuhan yang cepat dan pembawaan sikap lebih matang menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas berjalan dengan lebih lancar. Peningkatan penyelarasan dan kawalan tubuh badan serta

pendengaran yang tajam dalam membezakan bunyi yang berlainan dan sel-sel otak telah mencapai 60% berat orang dewasa. Berbeza dengan pelajar lelaki yang mempunyai kawalan dan penyelarasan tubuh yang agak terbatas. Contohnya pelajar lelaki pada usia ini kurang sesuai dengan aktiviti fizikal yang memerlukan badan yang tegap dan ketinggian yang mencukupi seperti permainan bola keranjang, sukan yang agak lasak seperti lontar peluru dan rejam lembing. Bagi pelajar perempuan pula, kebanyakkan tidak mempunyai masalah dari segi fizikal seperti sukan bola jaring dan olahraga. Namun begitu aktiviti fizikal biasa seperti sukan renang, olahraga dan bola sepak di gemari pelajar pada peringkat usia ini. Disebabkan perbezaan fizikal dan tahap pertumbuhan yang berbeza menyebabkan aktiviti sukan di agihkan mengikut kategori yang berbeza. Bagi perkembangan kognitif dalam P&P, pelajar dapat menguasai pengekalan tentang nombor, berat dan isipadu serta boleh mengenalpasti objek dan hubungannya dengan simbol bahasa. Kanak-kanak lelaki mempunyai proses perkembangan kognitif yang agak terbatas walaupun mereka boleh berfikir secara induktif dan deduktif namun keupayaan berfikir secara logik masih terbatas kepada perkara konkrit sahaja dan tiada kebolehan berfikir secara abstrak dan sukar menyelesaikan masalah yang kompleks.

781028135033001

17

PSIKOLOGI PENDIDIKAN HBEF2103 Maka, kebanyakkan aktiviti pembelajaran masih bergantung kepada perkara konkrit dan pengalaman secara langsung sahaja. Contohnya, dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas, guru memberikan contoh yang maujud dan berbentuk konkrit seperti penggunaan ABM( Alat Bantu Mengajar) dan penggunaan media elektronik yang membolehkan pelajar melihat, mendengar dan membuat pemerhatian berdasarkan topik dan objektif pembelajaran guru. Pelajar lelaki biasanya kurang menguasai pengiraan yang melibatkan penyelesaian masalah kompleks. Berbeza dengan kanak-kanak perempuan yang boleh berikir secara abstrak dan sebahagian pelajar perempuan dapat menguasai masalah yang kompleks. Mereka juga boleh berfikir secara deduktif dan induktif yang membolehkan mereka untuk membuktikan teorem atau hukum matematik serta membuat rumusan daripada aktiviti matematik. Guru dapat menggunakan kaedah konstruktivisme dan kolaboratif dalam pengajaran di mana pelajar yang mempunyai tahap kognitif yang lebih tinggi dan biasanya dikalangan pelajar perempuan menjadi mentor dan membantu rakan sepasukan dalam kumpulan. Kebiasaannya, latihan dan tugasan yang diberikan adalah berbeza mengikut tahap pelajar. Samaada pendedahan dan latih tubi yang berbentuk pengayaan dan pemulihan. Secara keseluruhan pelajar perempuan pada peringkat usia ini dapat menguasai kemahiran dan pemahaman P&P dengan lebih pantas berbanding pelajar lelaki. Secara keseluruhannya, pelajar lelaki lebih nakal dan susah mematuhi disiplin, sementara pelajar perempuan lebih rajin, mematuhi disiplin dan lebih berjaya dalam pelajaran. Dari aspek fizikal pula guru dapat mengenalpasti dan memberi perhatian terhadap kebolehan pelajar lelaki dan perempuan terutama dalam pendidikan jasmani dan sukan. Perkembangan fizikal dan kognitif kanak-kanak lelaki biasanya lambat dua tahun daripada kanak-kanak perempuan sepanjang tempoh umur 7 hingga 12 tahun. Iaitu sebelum akil baligh. Manakala bila sudah mencapai selepas 12 tahun, pertumbuhan pelajar lelaki akan menjadi hampir sama pada akhir remaja selepas akil baligh. Menurut Maccoby dan jacklin ( 1974 ) mendapati pelajar perempuan lebih baik dari segi kecerdasan lisan atau bahasa, sementara pelajar lelaki pula lebih baik dari segi kecerdasan ruang.

781028135033001

18

PSIKOLOGI PENDIDIKAN

HBEF2103

4.0

PERANAN GURU DALAM MENGHADAPI PERBEZAAN PELAJAR DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Bagi memulakan pengajaran dalam kelas, guru haruslah membuat persiapan yang

lengkap seperti penggunaan dan merancang rancangan pelajaran dengan teliti

dan rancangan

pengajaran yang berkesan mengikut perkembangn kognitif pelajar seperti daripada konkrit kepada abstrak dan daripada mudah kepada susah. Bagi pembelajaran yang baru dan kompleks, setiap guru haruslah membimbing pelajar dengan menggunakan proses okomodasi untuk mengubah struktur kognitif pelajar dan dapat diadaptasikan mengikut keperluan situasi pembelajaran. Guru haruslah menggunakan pendekatan berkomunikasi yang mudah difahami iaitu menggunakan bahasa yang paling sesuai dengan cara berfikir kanak-kanak supaya mudah difahami dan difahami dengan cepat. Ini kerana bahasa dan cara berfikir kanak-kanak berbeza dengan orang dewaasa dan mengikut tahap kematangan masing-masing. Guru juga harus membantu kanak-kanak agar dapat berinteraksi dalam kumpulan dengan menggalakkan mereka berkomunikasi dalam melaksanakan tugasan yang diberi. Konsep bermain sambil belajar juga sangat penting seperti permainan teka-teki. Apabila pelajar berbincang sesama sendiri dan masing-masing cuba berusaha mencari jawapan. Dengan cara ini, kanakkanak akan berkembang dari segi kogntif dan bahasa. Guru juga memainkan peranan penting dalam memilih ABM (alat bantu mengajar) bagi memudahkan pengajaran dan pembelajaran dalam kelas mahupun di luar kelas. Contohnya penggunaan kompuer riba, alat pandang dengar dan lain-lain. Pendedahan kanak-kanak dengan huruf-huruf yang menarik perhatian seperti pemilihan tulisan, warna dan gambar. Penyediaan bahan-bahan maujud yang sebenar memudahkan pelajar memahami objek yang diterangkan bergantung dengan tema pengajaran yang di ajar. Perkembangan kognitif pelajar akan lebih berkembang. Disebabkan pelbagai perbezaan tahap pelajar terutamanya dari segi kognitif, guru memainkan peranan peting dalam merancang P&P dan juga mengenal pasti kebolehan kanakkanak berdasarkan penilaian, pemerhatian dan pemantauan secara menyeluruh. Pelajar yang lemah menggunakan kaedah yang berbeza dengan pelajar yang mahir. Guru perlu mendekati pelajar-pelajar ini secara individu supaya tidak ketinggalan dan kemahiran kognitif dapat berkembang dengan baik dan kerja-kerja yang diberikan bersesuaian dengan minat dan yang lebih penting tidak menganggu proses P&P yang dilaksanakan.
781028135033001

19

PSIKOLOGI PENDIDIKAN HBEF2103 Guru tidak perlu runsing sekiranya sukar atau tidak dapat menghabiskan sukatan pada masa yang ditetapkan kerana perkara yang paling penting adalah memastikan peljar memahami sepenuhnya pembelajaran terdahulu sebelum ke pelajaran baru. Pelajar digalakkan berfikir dengan pendedahan soalan-soalan yang mudah bagi memperkembangkan pemikiran mereka. Selain itu, guru juga hendaklah mengajar mengikut urutan yang bersesuaian mengikut tahap perkembangan dan kemahiran. Contonya memberi pendedahan pengenalan huruf barulah diikuti kemahiran mengeja dan membaca. Pelbagai kaaedah pengajaran boleh digunakan seperti kaedah nyanyian yang memudahkan dan menyeronokkan kanak-kanak. Begitu juga dengan konsep nombor, pelajar diberi pendedahan tentang pengenalan nombor barulah diajar mengira mengikut satu digit ke digit yang lebih besar. Pengajaran dengan menggunakan kaedah operasi mudah iaitu dari operasi penambahan diikuti penolakan dan akhir sekali pendaraban dan pembahagian. Penting untuk merancang guru mengenal-pasti latar belakang pelajar berdasarkan pengalaman sedia ada pelajar. Dengan cara ini, akan memudahkan guru untuk merancang P&P dan sekaligus meningatkan lagi tahap perkembangan kognitif dan bahasa mereka. Justeru, guru perlulah menguasai pelbagai teknik pengajaran dan pembelajaran malah menguaasai pelbagai jenis dan kaedah pedagogi bagi memastikan P&P berjalan dengan lancar dan mencapai objektif yang disasarkan.

781028135033001

20

PSIKOLOGI PENDIDIKAN

HBEF2103

5.0 RUMUSAN
Daripada pengalaman-pengalaman di atas dan juga kaitannya dengan teori psikologi jelaslah kepada kita bahawa kemahiran menguasai ilmu psikologi pendidikan adalah sangat penting. Lebih-lebih lagi kita sebagai seorang pendidik. Ini kerana kita dapat memahami mengapa pelajar bertingkah laku sedemikian juga kita dapat meramalkan tingkah laku pelajar seterusnya kita akan dapat memerihalkan perlakuan tersebut serta mencadangkan cara untuk mengawal tingkah laku dan meramalkan tingkah laku gantian untuk menganti tingkahlaku buruk t e r s e b u t . In i b o l e h t e r j a d i d a l a m s i t u a s i f o r m a l , i n f o r m a l d a n n o n f o r m a l . Justeru, peranan yang dimainkan oleh seorang guru amat penting terutamanya dari segi aspirasi dan matlamat sekolah. Guru adalah pendidik yang berilmu pengetahuan yang menguasai kemahiran mengajar, menyampaikan ilmu dan berikut adalah langkah-langkah mengatasi perbezaan pelajar dari aspek pertumbuhan fizikal, kognitif , jantina dan dipengaruhi baka serta persekitaran.

781028135033001

21

PSIKOLOGI PENDIDIKAN

HBEF2103

6.0 BIBLIOGRAFI
Haliza Hamzah, Joy N. Samuel,Rafidah Kastawi: Perkembangan Kanak-kanak(Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman, 2008), hlm. 9.

http://members.Tripod. com/sarjana/guuuru3.html

http://miji75tm.blogspot.com/2011/01/psikologi-perkembangan.html

http://notapismp.blogspot.com/2009/04/konsep-dan-prinsip-perkembangan-kanak.html

http://rujuknota.blogspot.com/2009/07/perkembangan-kanak-kanak.html

http://rujuknota.blogspot.com/2009/07/faktor-faktor-yang-mempengaruhi_17.html

http://summerhida.blogspot.com/2011/07/faktor-endogen-dan-faktor-eksogen.html

http://www.scribd.com/doc/52892766/19/Senaraikan-EMPAT-4-faktor-eksogen

http://www.scribd.com/doc/37532070/perbezaan-individu

http://www.scribd.com/doc/48572836/Konsep-Pertumbuhan-dan-Perkembangan-Kanak-kanakPKK

Kamaruddin Hj. Husin (1993). Pedagogi 3. Penggunaan Psikologi dalam Bilik Darjah. Petaling Jaya: Longman Malaysia.

Sharifah Alwiah Alsagof (1987 ). Psikologi Pendidikan 1, Longman malaysia Sdn. Bhd.

781028135033001

22