Anda di halaman 1dari 6

Penyataan Profesional

Setiap rakyat Malaysia mempunyai peluang berpendidikan untuk mengembangkan potensinya secara menyeluruh dan bersepadu dari segi intelek, rohani, emosi, sosial dan jasmani supaya menjadi insan yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia dan berupaya memberi sumbangan terhadap keharmonian serta kemakmuran masyarakat dan negara. Potensi Individu ini dapat dikembangkan dan ditingkatkan melalui proses pendidikan. Secara amnya, Pendidikan khas ialah program pendidikan dirancang khusus untuk kanak-kanak istimewa iaitu kanak-kanak cacat dan juga kanak-kanak pintarcerdas. Istilah pendidikan khas kerap kali dikaitkan dengan pendidikan pemulihan dan pendidikan imbuhan. Menurut Chua Tee Tee, Pendidikan Khas merujuk kepada pendidikan pelajar luar biasa (istimewa) dari segi intelek, jasmani, sosial atau emosi tidak mencapai pertumbuhan dan penyuburan biasa hinggakan mereka tidak mendapat faedah sepenuhnya dari rancangan sekolah biasa. Pendidikan khas disediakan untuk kanakkanak seperti cacat pendengaran, cacat penglihatan, terencat akal, cacat fizikal, masalah pembelajaran dan termasuk pelajar yang pintar-cerdas. Berlandaskan kepada kenyataan di atas, Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 1986 mengisytiharkan Falsafah Pendidikan Khas yang berbunyi : "Falsafah Pendidikan Khas ialah untuk menyediakan peluang yang sama kepada kanak-kanak khas seperti yang diberikan kepada kanak-kanak biasa untuk perkembangan psikososial yang seimbang. Falsafah ini diselaraskan dengan objektif untuk memastikan bahawa keperluan tenaga rakyat dan arah melahirkan masyarakat yang bersatu, berdisiplin dan terlatih." untuk memastikan bahawa sistem pendidikan itu dapat memenuhi matlamat negara ke

Tugas, tanggungjawab dan peranan guru di Malaysia hari ini bukan sahaja banyak berbeza dari masa yang lalu, tetapi juga lebih berat serta kompleks. Ini adalah akibat daripada perkembangan dan kemajuan pendidikan negara yang pesat. Ekoran daripada refomasi pendidikan, tugas dan kerja guru pada hari ini tidak sama seperti masa yang lalu. Peranan guru yang lalu merupakan seorang penyampai maklumat, tetapi pada masa kini, peranan guru telah ditukar menjadi seorang pembimbing, fasilitator dan pemberi ransangan dalam bilik darjah. Guru masa dahulu menumpukan tugasnya mengajar murid dengan ilmu pengetahuan, tetapi pada masa kini, tugas kita sebagai guru telah ditukar dengan usaha mengembangkan potensi individu murid secara menyeluruh dari segi intelek, rohani, jasmani dan emosi, mendidik murid supaya menjadi insan yang berilmu pengetahuan dan menguasai kemahiran ICT, serta berakhlak mulia, berani dan sanggup menghadapi cabaran serta berguna untuk pembangunan negara. Justeru itu, untuk melaksanakan sesuatu kurikulum dengan berjaya, saya terlebih dahulu akan cuba memahami dan menghayati falsafah dan matlamat kurikulum, struktur dan organisasi kurikulum serta sukatan pelajarannya di samping mempunyai ilmu pengetahuan tentang mata pelajaran yang akan saya sampaikan kepada murid-murid saya. Di sekolah, saya sebagai seorang guru berperanan menganalisis objektif kurikulum dan isi kandungannya, menentukan keperluan perlaksanaan seperti melengkapkan diri dengan kemahiran mengajar dan kemahiran menggunakan komputer sebagai alat untuk mengajar dan juga alat untuk berkomunikasi untuk memperolehi maklumat-maklumat berkaitan dengan pendidikan terkini serta menyediakan bahanbahan pelajaran, merancang dan melaksanakan pengajaran mengikut saranan kurikulum serta membuat penilaian untuk mengenal pasti kelemahan dengan tujuan meningkatkan keberkesanan dalam pelaksanaan kurikulum dan membuat pengubahsuaian dalam rancancangan pengajaran saya. Sebelum memulakan pengajaran, saya terlebih dahulu akan cuba mengumpulkan maklumat-maklumat tentang topik yang akan diajar supaya saya boleh merancang

aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan dan bermakna. Maklumatmaklumat ini sangat penting untuk membolehkan saya memilih dan menyediakan alat bantu mengajar yang sesuai, memperingkatkan isi pelajaran, menentukan strategi pengajaran dan pembelajaran berdasarkan kebolehan dan keperluan murid-murid saya. Untuk melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dengan lancar, sistematik dan mengikut jadual, isi pelajaran yang telah dipilih dan disusun mengikut langkah-langkah yang sesuai, saya kaitkan dengan masa yang diperuntukkan. Contohnya, dalam proses merancang sesuatu waktu pelajaran, saya akan mempertimbangkan beberapa langkah yang patut diperuntukkan bagi isi-isi pelajaran yang akan saya sampaikan dan berapa banyak masa yang patut saya peruntukkan bagi setiap langkah. Secara ringkasnya, rajah di bawah akan menunjukkan hubungan langkah-langkah penyampaian dengan masa waktu mengajar yang diperuntukkan selama 1jam.
Set Induksi ( 5 minit ) Langkah I : Penyampaian konsep oleh guru( 15 minit ) Langkah II : Pengukuhan ( 15minit ) Langkah III: Permainan ( 20 minit )

Perkembangan

Penyampaian

Penutup ( 5minit )

Selain merancang waktu pembelajaran, saya juga turut memilih strategi atau kaedah dan teknik mengajar berdasarkan mata pelajaran, objektif pelajaran, isi pelajaran, langkah-langkah mengajar dan peruntukan masa, kebolehan murid serta kelengkapan yang sedia ada untuk melaksanakan langkah-langkah penyampaian yang telah saya rancangkan dengan licin dan berkesan. Banyak perkara saya pelajari semasa menjalankan praktikum di Sekolah Kebangsaan Seri Sekamat, Kajang pada 21 Julai - 21 September 2012. InsyaAllah pengalam sepanjang di sekolah ini akan saya aplikasikan dalam praktikum yang akan akan datang kelak.

Saya juga telah mengenal pasti pelbagai jenis masalah yang dihadapi oleh murid di sekolah ini, seperti masalah peribadi (5%), masalah emosi (15%), masalah akademik (25%), masalah sosial (20%) dan masalah salah laku ( 35%). Berdasarkan peratusan masalah ini, saya dapat rumuskan bahawa puncapunca masalah ini adalah disebabkan oleh diri murid, rakan sebaya keluarga dan kaedah serta bahan pengajaran yang tidak sesuai. Sebagai contoh, kebanyakan murid adalah bersikap negatif, tidak bertanggungjawab terhadap aktiviti pembelajaran mereka dan mudah dipengaruhi oleh rakan sebaya yang malas. Selain daripada itu, golongan murid ini tiada dorongan untuk membuat kerja rumah daripada ibu bapa dan rakan sebaya. Ada sebilangan murid juga berpendapat bahawa apa yang dipelajari adalah kurang relevan dengan kehidupan seharihari. Oleh itu, mereka akan berasa bosan dan tidak berminat untuk belajar. Akibat daripada pemasalahan dan punca yang dihadapi oleh murid, banyak kesan yang akan dihadapi oleh guru dan murid sekiranya masalah ini masih terus berlaku lagi di kelas. Pertama, kesan terhadap aktiviti pengajaran, peruntukan masa serta penilaian guru akan terganggu dan terjejas seperti guru tidak dapat menjalankan aktiviti pengajaran dengan baik, terpaksa memperuntukkan banyak masa untuk menjalankan penyelesaian dan tidak dapat menerima maklum balas murid melalui aktiviti susulan. Kedua, kesan terhadap aktiviti pembelajaran tidak mempunyai peluang mengaplikasikan dan mengukuhkan konsep atau kemahiran yang baru mereka belajar. Oleh itu, pada pendapat saya, cara yang terbaik untuk meransang murid adalah dengan memberi pujian dan katakata perangsang . Kata-kata perangsang ini mampu mendorong murid untuk menyiapkan kerja sekolah dan lebih fokus ketika sesi pengajaran dan pembelajaran berlansung. Kedua, penggunaan kaedah token ekonomi juga meransang minat murid untuk belajar dan menyiapkan kerja rumah yang diberikan oleh saya. Murid bertindak untuk berlumba-lumba bersama rakan-rakan sendiri untuk mengumpul token ekonomi dan lebih fokus ketika guru mengajar. Ketiga, penggunaan kaedah peneguhan negatif seperti dendaan dan kaedah pengasingan. Walaupun peneguhan negatif diberi untuk membawa kesan yang tidak menyeronokkan atau memalukan, yang ingin dihindari oleh seseorang individu., tetapi

sangat berkesan untuk menghadapi masalah murid, terutamanya golongan murid yang berumur dalam lingkungan 7-9 tahun. Mereka lebih berasa takut apabila guru mengambil tindakan untuk mendendanya. Pada pendapat saya, mendenda murid dengan cara yang betul merupakan satu penyelesaian yang sangat berkesan, kerana ia dapat memberikan demonstrasi kepada murid dengan jelas dan nyata, iaitu mereka yang menentukan apakah denda yang relevan apabila tidak menyiapkan kerja rumah. Selain daripada itu, saya juga membuat pengubahsuaian dalam pengurusan strategi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, terutamanya menggunakan teknik permainan, lakonan. Saya juga menggunakan strategi pemusatan bahan, seperti radio, gambar, model, benda konkrit, bahan bercetak dan kad imbasan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Bahan pengajaran yang disediakan itu telah berjaya menarik minat murid untuk membuat tugasan dan juga mudah difahami oleh setiap murid. Tujuannya adalah untuk merangsangkan muridmurid supaya mereka dapat memberikan tumpuan dan minat terhadap kerja rumah. Di samping itu, murid tidak akan berasa cepat bosan dan sebaliknya dia merasa sangat bangga sekiranya berjaya menyelesaikan tugasan yang diberikan. Untuk memahami dan menyelesaikan masalahmasalah murid ini, saya telah mengadakan perbincangan serta kolaborasi dengan guru pembimbing dan juga pensyarah pembimbing. Selain daripada itu, saya juga cuba membuat pemerhatian dan kajian dengan sendiri, iaitu mengkaji maklumatmaklumat murid melalui borang soal selidik dan rekod anekdot yang telah disediakan untuk menyelesaikan masalah murid di dalam kelas ini yang boleh saya gunakan bagi membuat kajian tindakan pada masa depan kelak. Akhir sekali, saya berharap agar kehadiran saya ke dunia pendidikan khas ini dapat memberi impak yang cukup besar kepada semua pihak secara amnya dan Kementerian Pelajaran Malaysia khasnya tanpa meminta sebarang ganjaran. Teringat saya kepada sesuatu pepatah yang menyatakan Janganlah kamu membuat sesuatu perkara untuk mendapat ganjaran atau faedah lain sebaiknya lebih baik kamu cuba untuk memberikan yang terbaik dan lebih fokus pada apa yang kamu usahakan.

InsyaAllah dengan pegangan yang saya pegang, saya akan membuat sebaik mungkin sepanjang tempoh penglibatan saya dalam dunia pendidikan ini. Sekian, terima kasih.

DISEDIAKAN OLEH : Nama : Nur Aqilah Bt. Rosli No kad pengenalan : 890909-08-6334 Nama sekolah : Sekolah Kebangsaan Seri Sekmat