Anda di halaman 1dari 24

1.

0 PENGENALAN

Kerja kursus ini, menjelaskan kepada kita tentang kompetensi kecerdasan emosi iaitu emosi positif dan emosi negatif, seterusnya cara mengurus emosi dalam sesuatu situasi yang tegang, atau tidak dapat dikawal. Selain itu, kerja kursus ini juga bertujuan untuk mengkaji pandangan dan maksud seseorang individu terhadap

kecerdasan emosi. Melalui pencarian saya dalam internet, dan buku-buku yang berkenaan, saya telah dapat mentafsirkan dan menyatakan kesemua maklumat dan pandangan orang lain terhadap kecerdasan emosi.

Apakah

maksud kecerdasan emosi?

[ Steiner (1997) menjelaskan pengertian kecerdasan emosi bahawa suatu kemampuan yang dapat mengerti emosi diri sendiri dan orang lain, serta mengetahui bagaimana emosi diri sendiri terekspresikan untuk meningkatkan maksimal etis sebagai kekuatan peribadi. Seterusnya, Mayer dan Solovey (Goleman, 1999;

Davies, Stankov, dan Roberts, 1998) mengungkapkan kecerdasan emosi sebagai kemampuan untuk memantau dan mengendalikan perasaan sendiri dan orang lain, dan menggunakan perasaan-perasaan itu untuk memandu fikiran dan tindakan. ] ( http://belajarpsikologi.com/pengertian-kecerdasan-emosional-eq/ )

Menurut Danial Goleman (1995) , keberkesanan IQ. [ IQ adalah

EQ

adalah prasyarat untuk

singkatan kepada "Intelligence Quotient". Oleh itu, IQ adalah suatu

"Quotient" bermaksud suatu ukuran piawai.

ukuran piawai kepintaran yang berasaskan teori-teori kepintaran. ] ( http://www.infosihat.gov.my/penyakit/Remaja/KepintaranIQ.pdf ) Jadi ia bermaksud, IQ kita tidak akan berfungsi dengan baik sekiranya bahagian otak kita rosak ataupun sesuai dikatakan sebagai kecacatan emosi. Pernyataan penilaian seseorang individu intelektual (IQ) bukan sahaja diasaskan kepada kecerdasan (EQ). EQ

tetapi yang lebih penting ialah kecerdasan emosi

meninggalkan kesan yang mendalam dalam keseluruhan aspek dalam kehidupan seseorang individu , termasuk aspek kesihatan dan sosial.

[ (Working with Emotional Intelligence:Goleman ,D .1998) Berpendapat bahawa IQ bersifat relative tetap , sementara EQ bersifat boleh berubah sehingga dapat dibentuk dan dipelajari. ] ( http://www.scribd.com/doc/50176120/KOMPETENSI-KECERDASAN-EMOSI )

Gardner (1983) dalam bukunya Frames Of Mind mengenal pasti 7 jenis kecerdasan manusia yang mana antara dua di antaranya kecerdasan interpersonal dan kecerdasan intrapersonal merupakan kecerdasanyang berkait rapat dengan emosi. Menurut Gardner, kecerdasan interpersonal merupakan kebolehan

memahami orang lain, manakala kecerdasan intrapersonal ialah kebolehan membetuk diri sebagai model sesuai dan dapat menggunakan model ini beroperasi secara efektif dalam kehidupannya.

2.0 SENARAI EMOSI


POSITIF Berhati-hati Berdaya Saing Mengambil berat Bersalah Optimis Penghormatan kendiri Pengurusan konflik Berorientasikan pencapaian Membangunkan individu Keyakinan diri Inisiatif Mencukupi Kagum Terjamin Mampu Terpesona Ceria Belas kasihan Berani Keyakinan Gembira Bersemangat Bertenaga Empati Syukur Anggun NEGATIF Marah Cemas dan bimbang Tidak peduli Bosan Dibebani Kecewa Takut Tamak Sedih Diganggu Teragak-agak Acuh-acuh Tidak sabar Menakutkan Terpencil Jengkel Cemburu Senewen Kesepian Gila Dimanipulasi Sengsara Menjijikkan Terharu Panik Tekanan Membalas dendam Malu Sedih Curiga Letih Tidak selesa Gelisah Membantah

SENARAI EMOSI

2.1 POSITIF

Berhati-Hati memberi perhatian atau pertimbangan yang teliti.

Berdaya Saing kemampuan menghasilkan produk barang dan jasa yang memenuhi pengujian internasional, dan dalam saat bersamaan juga dapat memelihara tingkat pendapatan yang tinggi dan berkelanjutan, atau kemampuan daerah menghasilkan tingkat pendapatan dan kesempatan kerja yang tinggi dengan tetap terbuka terhadap persaingan eksterna

Mengambil Berat memberi perhatian tentang seseorang

Bersalah berbuat keliru; melakukan kekeliruan

Optimis seseorang individu itu mempunyai kecekalan untuk mencapai matlamat walaupun ada halangan dan masalah

Penghormatan kendiri keupayaan dan kesedaran untuk memahami, menerima serta menghormati diri sendiri

Pengurusan konflik individu itu dapat membuat rundingan dan menyelesaikan perselisihan dalam kumpulannya

Berorientasikan pencapaian desakan untuk membaiki prestasi bagi memenuhi piawai kecemerlangan yang ditetapkan

Membangunkan individu mengesan bagaimana orang lain dapat berkembang dan memberi galakan kebolehan dan keupayaan mereka

Keyakinan diri nilai dan kepercayaan yang tinggi terhadap diri sendiri disamping mempamerkan kesungguhan untuk mencapai sesuatu

Inisiatif sesuatu individu itu mempunyai kesediaan bertindak apabila ada peluang dan bersedia untuk memanfaatkannya dengan sebaik mungkin

Mencukupi Memadai, lengkap (keperluan.keinginan)

Kagum Berasa amat tertarik, hairan, takjub.

Terjamin terjaga

Mampu kemampuan, kesanggupan (untukmelakukansesuatu), kebolehan, kekuatan ,berkemampuan dan mempunyai kesanggupan

Terpesona terkena daya tarik; sangat terpikat (tergiur) hatinya; terkagum-kagum

Ceria riang, gembira (perwatakan) 5

BelasKasihan perasaan simpati, sedih melihat orang lain menderita

Berani mempunyai hati yang mantap dan rasa percaya diri yang besar dalam menghadapi bahaya, kesulitan, tidak takut

Keyakinan kepercayaan yang sungguh-sungguh; kepastian; ketentuan

Gembira keadaan gembira, kesukaan, keriangan

Bersemangat berjiwa, maksud atau tujuan yang terkandung dalam sesuatu perjanjian (ucapan dan lain-lain)

Bertenaga berkekuatan, mempunyai tenaga

Empati Empati adalah kemampuan menyelami perasaan orang lain tanpa harus tenggelam. Empati adalah kemampuan dalam mendengarkan perasaan orang lain tanpah harus larut.

Syukur Memuji, berterima kasih dan berasa berhutang budi kepada seseorang

Anggun elok, tampan (pakaian, tingkah laku, gaya) 6

2.2 NEGATIF

Marah Marah ialah berasa panas hati kerana ditipu, dihina, gusar dan lain-lain. Marah boleh bersifat dari sedikit keresahan hingga menjadi ganas dan tidak terkawal.

Cemas dan Bimbang Perasaan cemas dan kebimbangan mungkin menyebabkan gangguan. Gangguan ini boleh memberi kesan yang negatif kepada seseorang individu itu.

Tidak Peduli Tidak kisah tentang apa yang berlaku di sekeliling mereka.

Bosan sudah tidak suka lagi kerana sudah terlalu sering atau banyak dan juga jemu

Dibebani menyusahkan seseorang dengan kerja atau tanggungjawab

Kecewa Kekecewaan sememangnya tercetus dari diri kita apabila harapan dan impian tidak kesampaian.

Takut Ketakutan sebenarnya adalah emosi yang mampu mengawal kita dan melindungi kita ketika ia masih terkawal,namun ketakutan yang berlebihan membuatkan kita tidak mampu berbuat apa- apa.

Tamak ingin memiliki sesuatu tanpa batasan, haloba

Sedih Sedih merupakan salah satu emosi akibat berhadapan dengan situasi yang mengecewakan, dan muncul akibat penderitaan kerana luka, derita dan sakit

Diganggu Rasa terusik, tercegah, terhalang

Teragak- agak berfikir panjang.bermusuhan, berlawanan (berlaku spt musuh dng musuh) diabaikan rasa tidak diberi perhatian, tidak dipedulikan,dibiarkan sahaja atau disia-siakan

Tidak sabar teruru- buru , tidak tenang

Acuh-acuh peduli, mengambil berat, mengendahkan

Menakut-nakutkan membuat sesuatu (mengugut dll) supaya takut

Terpencil terasing daripada yang lain, tersendiri

Jengkel berasa sangat kesal kerana tidak sampai maksud dll.

Cemburu iri hati (kerana orang lain pandai, berharta, dan lain-lain)

Senewen . gugup; bingung; hilang akal;

Kesepian Kesepian merupakan suatu perasaan pedih, sunyi, lengang, tidak ramai, hidup dalam keterasingan kerana kehilangan

Gila tidak sihat atau tidak waras fikirannya (otaknya, ingatannya)

Dimanipulasi perihal atau perbuatan menggunakan sesuatu atau mengejarkan sesuatu dengan cekap

Sengsara kesulitan dan kesusahan hidup; penderitaan

Menjijikkan meluat (mual, tidak suka melihat) kerana kotor (keji dan lain-lain)

Terharu berasa hiba (kasihan,rawan hati)

Panik bingung, gugup, atau takut dengan mendadak

Tekanan desakan yang kuat; paksaan:

Membalas Dendam perbuatan membalas perbuatan orang lain krn sakit hati atau dengki

Malu Malu adalah satu perasaan negatif yang timbul dalam diri seseorang akibat daripada kesedaran diri mengenai perlakuan tidak senonoh yang dilakukan oleh dirinya sendiri.

Sedih Hati berasa pilu

Curiga kurang percaya atau sangsi tentang kebenaran atau kejujuran seseorang

Letih tidak bertenaga (kerana baru selesai kerja berat dsb); lelah sekali:

Tidak Selesa keadaan tidak selesa, dan senang

Gelisah tidak tenteram, selalu merasa khawatir (tt suasana hati); tidak tenang (tt tidur); tidak sabar lagi dl menanti

Membantah Tidak salah sekiranya kita membantah sesuatu keputusan sekiranya kita tahu bahawa keputusan tersebut ialah salah

10

3.0 CARA MENGURUS EMOSI

11

4.0 REFLEKSI TAHAP KOMPETENSI KECERDASAN EMOSI

Saya telah memilih satu berita dari akhbar Berita Harian ( JUMAAT 26 OGOS 2011) yang mencerminkan emosi seorang ayah dan anaknya.Tajuk berita yang dipilih ialah 14 Rotan Balasan Rogol Anak . Peristiwa yang tidak bermoral ini telah berlaku di negeri Perak, Teluk Intan pada bulan lalu. Buruh yang berusia 45 tahun itu, telah dijatuhkan hukuman 20 tahun penjara dan 14 sebatan di Mahkamah Sesyen selepas dia mengakui salah laku dan perbuatan keji yang dilakukannya. Buruh tersebut mengaku salah atas tuduhan merogol anak kandungnya selepas mengikat mangsa berusia 10 tahun itu dengan tali rafia.

Hakim yang mengendalikan kes tersebut telah menjatuhi hukuman penjara maksimum terhadap buruh tersebut. Justeru, Timbalan Pendakwa Raya telah mengemukakan hujah-hujah, fakta dan rayuan tertuduh. Dalam rayuannya, tertuduh iaitu buruh berharap mahkamah dapat meringankan hukuman ke atasnya dengan alasan dia perlu menjaga anaknya yang lain serta keluarga mereka yang juga miskin. Bagaimanapun hakim tidak menimbang rayuan itu kerana perbuatannya disifatkan lebih buruk daripada haiwan.

Dalam peristiwa yang menjijikkan ini, buruh tersebut iaitu ayah kepada anak berusia 10 tahun itu, telah terlalu mengikut emosi diri, gagal mengawal keadaan serta membenarkan emosi mempengaruhi keputusan yang dibuat. Dia tidak dapat mengawal nafsu seksualitinya, sampai terlupa yang mangsa merupakan anak sendiri. Seks! Satu daripada nikmat hidup, tetapi sekarang banyak manusia termasuk buruh, jadi gila kerananya, ada yang bergaduh, berbunuhan, malahan berperang. Mangsa telah mengalami gangguan seksual yang mendalam dari segi mental dan fizikal. Gangguan seksual ini merupakan sebarang tingkah laku berunsur seksual yang tidak diingini dan memberi kesan sebagai satu gangguan sama ada secara lisan, bukan lisan, visual, psikologi atau fizikal. Gangguan seksual boleh dibahagikan kepada dua kategori, iaitu pertamanya gangguan seksual berbentuk ugutan (sexual coercion) dan keduanya gangguan seksual berbentuk ancaman terhadap

12

ketenteraman peribadi (sexual annoyance). Secara langsung, mangsa telah mengalami gangguan seksual berbentuk ugutan.

Selain itu, dikatakan bahawa semasa kejadian hanya buruh dan anaknya yang berada di dalam rumah dan buruh mengajak anaknya masuk ke dalam bilik tidur. Tanpa syak mangsa mengikut arahan ayahnya, dan sebaik masuk ke dalam bilik buruh terus menerkam seluruh badan mangsa dan meraba-rabanya. Mangsa yang terkejut dengan tindakan ayahnya itu meronta dan cuba melepaskan diri , namun mangsa takut selepas diugut akan dicederakan. Seterusnya, selepas membogelkan mangsa ,buruh bertindak mengikat kaki dan tangan anaknya itu dengan tali rafia sebelum merogolnya. Dalam situasi ini juga ,kita dapat melihat bahawa buruh tersebut diselubungi dengan emosi negatifnya sahaja.

Hal ini menggambarkan kekejaman dan perasaan marah seorang ayah yang tidak menggunakan emosi positifnya. Keganasan atau bertindak ganas sering berlaku apabila manusia tidak dapat mengawal perasaan ketika marah. Unsur-unsur kemarahan yang tidak terkawal membuatkan manusia bertindak ganas dan akhirnya menyebabkan orang lain menjadi mangsa. Buruh tersebut telah mengalami situasi ini dengan bertindak sebagai seorang saiko, kerana tidak tahu cara menguruskan

perasaan dirinya itu. Dia juga telah melepaskan kemarahannya terhadap mangsa kerana hanya dia berada dalam rumah pada masa itu, mencederakannya. Perlakuan ini dikatakan di luar batas pemikiran waras. Apabila emosi marah meluap-luap dalam hati akhirnya menyebabkan manusia bertindak ganas dan tidak dapat mengawal perasaannya. Dikatakan kemarahan itu bagaikan api yang meniup pada lampu dalam fikiran. Kemarahan yang tidak dikekang sering kali menyebabkan pelbagai perkara tidak baik. Seharusnya buruh itu ,mengelak perasaan marah dalam hubungan dengan anaknya yang boleh menyebabkan keganasan yang melampau seperti kes merogol ini. dan mengugut akan

13

Sesiapa jua, harus belajar mengawal emosi diri bagi mengawal keadaan , dan menjalani hidup yang stabil di mana buruh tersebut telah lupa mengaplikasinya. Apabila kita lihat situasi mangsa pula, apakah emosinya sekarang? Sudah tentu anaknya sekarang dalam keadaan trauma di mana dia tidak dapat menerima kenyataan bahawa dia telah dirogol ! Justeru, anak tersebut sekarang sudah pasti terganggu dari segi mental dan fizikal. Keadaan ini dapat memudaratkan situasi, fizikal,mental dan sekeliling mangsa.Sudah tentu, anak berusia 10 tahun itu tidak dapat menjalani kehidupan yang stabil lagi. Jadi punca kesemua ini ialah, gagal mengawal emosi diri.

Di sini saya dapat menyeneraikan beberapa faktor yang mungkin telah menganggu emosi diri buruh tersebut. Tugasan kerja yang bertimbun,tekanan

ditempat kerja, masalah keluarga, dan masalah dengan kawan-kawan atau orang di sekeliling biasanya akan membuat kita sukar mengawal emosi diri.

Perasaan runsing,bimbang dan sebagainya kadang-kadang membuatkan kita jadi cepat marah dan melenting tak tentu pasal. Emosi kita tak menentu dan fikiran sering terganggu.

Secara tak langsung kesihatan diri pasti akan turut terjejas seperti mudah pening kepala, migrain, darah tinggi dan lain-lain.

Dari segi perhubungan pula, tak kiralah dengan kawan-kawan sekerja, atau pun keluarga pasti juga turut terjejas. Apa tidaknya, dengan keadaan kita yang cepat naik angin, tak tentu pasal melenting marah-marah, kita tidak akan berada dalam keadaan yang waras. Hal ini akan membuatkan kita bertindak salah , kejam, jijik dan saiko. Perkara ini juga mungkin telah mempengaruhi buruh tersebut apatah lagi memikirkan keluarganya yang miskin.

Walaubagaimanapun kita dapat mengatasi kesemua masalah ini jikalau kita mengenali cara-cara yang betul bagi menstabilkan keadaan diri dari segi mental dan fizikal. Mendidik hati dan jiwa dengan sifat sabar memerlukan latihan dan amalan. Pendidikan yang dilakukan secara berterusan dengan amal dan akhlak yang baik akan dapat meningkatkan emosi baik atau kecerdasan emosi ke arah kebaikan dalam hidup. Seterusnya, keutamaan ikhlas, taat kepada Tuhan, sabar dan sentiasa 14

menerima suratan dan musibah yang ditentukan dapat mengawal kemarahan. Sifat sabar juga sebagai pendinding kepada sifat marah dengan menjauhi akhlak yang buruk dan menggantikannya dengan akhlak baik dan terpuji. Jikalau,buruh tersebut mengamalkan sifat kesabaran sudah tentu dia dapat mengawal dirinya daripada melakukan perkara kotor itu. Justeru, apabila kita rasa tidak selesa atau kita perasan bahawa emosi kita terganggu ,kita harus cuba tumpukan perhatian dan fikiran pada perkara lain . Kita boleh memikirkan perkara-perkara yang pernah menggembirakan kita dahulu supaya emosi kita dapat kembali stabil semula. Seharusnya buruh tersebut mengaplikasikan perkara ini semasa dia di bawah genggaman nafsu.

Sementalahan itu, kita harus sediakan waktu berehat yang cukup. Sekiranya kita tertekan dengan setiap bebanan tugas yang perlu dilaksanakan ditempat kerja mahu pun dirumah,kita harus cuba luangkan masa untuk berehat sekejap iaitu belajar untuk tenangkan diri. Walaupun ada kerja yang perlu diselesaikan segera, jangan sesekali memaksa diri jika fikiran kita memang tidak dapat menerimanya. Ini akan membuatkan emosi kita makin tak menentu. Kita juga boleh mendengar muzik yang diminati,minum minuman kegemaran, atau berjalan-berjalan menghirup udara segar. Apa saja yang kita rasa senang dan tenang boleh dilakukan.Yang penting adalah kita keluar dari keadaan tekanan tersebut. Sepatutnya buruh tersebut juga megenepikan masa bagi anak-anak dan isterinya. Buruh tersebut telah dapat melakukan perkara keji itu, kerana tiada rasa kasih sayang yang ikhlas dan suci terhadap anaknya. Oleh itu, apabila kita meluangkan masa bersama keluarga hubungan akan menjadi lebih erat dan sejahtera.

Akhir sekali, kita harus belajar membuat pembaharuan hidup. Mungkin rutin harian kita sentiasa sama setiap hari, bulan atau tahun secara tak langsung membuat kita jemu dan bosan. Ia sebenarnya akan mempengaruhi perasaan dan fikiran kita yang mengakibatkan kita cepat jadi tegang,tak tentu arah dan sukar berfikir dengan tenang. Cubalah kita tukar rutin seharian ,buat sesuatu dan lakukan aktiviti yang baru. Misalnya jika sebelum ini selepas pulang dari kerja, buruh tersebut cuma duduk di rumah, mungkin sekarang dia boleh keluar melakukan aktiviti luar 15

seperti menyiram pokok bunga ,belajar menari, aerobik,senaman di gym atau senaman yoga dan lain-lain. Sudah tentu emosi dirinya gembira membuat sesuatu yang baru. Kegembiraan itu pasti membuatnya lebih tenang dan tenteram.

Demikianlah beberapa mengawal keadaan

cara emosi

yang diri

boleh anda praktikkan untuk yang tak menentu.

Apa yang paling penting ialah keinginan diri sendiri sama ada mahu menjadikan diri sebagai seorang yang sentiasa yang beremosi tenang, tak sabar, terkawal atau pun dan seorang gembira.

tenteram

Keinginan diri sendiri adalah kuasa yang paling hebat dan penawar yang paling mujarab dalam hidup kita.

Secara keseluruhannya, kalau buruh tersebut mengurus emosinya dengan baik keadaan akan bertambah baik dan dia dapat mendirikan keluarga yang lebih bahagia.

16

5.0 REFLEKSI INTROSPEKTIF

Soalan ini menyatakan perasaan dan emosi diri saya. Sebenarnya dalam soalan ini ,saya dikehendaki menyeneraikan emosi positif dan emosi negatif serta cara- cara saya mengawal emosi diri saya,di samping emosi diri sebagai seorang pelajar dan bakal guru nanti. Bagi kebanyakkan orang, berfikir sudah menjadi penting dalam kehidupan bagai makan, minum, tidur dan bagi segala rutin harian. Di mana pun dan dalam keadaan bagaimana pun,berfikir telah menjadi bahagian yang tak terpisah dari kehidupan, tetapi soalannya berapa orang yang berfikir secara positif ?. Tanpa sedar, saya juga mempunyai emosi yang sama seperti kebanyakkan orang, iaitu fikiran saya membentuk apa yang ingin lakukan, saya rasakan, dan yang saya inginkan. Tetapi saya menggunakan buah fikiran saya secara positif dan juga secara negatif apabila situasi memaksa. Antara emosi-emosi positif yang saya sering mengaplikasikan ialah optimis, pengurusan kendiri, inisiatif dan keyakinan diri.

OPTIMIS

Optimis bermaksud seseorang individu itu mempunyai kecekalan untuk mencapai matlamat walaupun ada halangan dan masalah. Saya seorang yang bersifat optimis. Saya berkata demikian kerana, walaupun kadang kala keadaan diri saya memberi kekangan dan mendatangkan masalah namun saya tetap cekal dan berusaha untuk merealisasikan matlamat hidup, menghadapi cabaran di samping menjalankan rutin harian saya dengan tabah.

PENHORMATAN KENDIRI

Seterusnya, penghormatan kendiri adalah keupayaan dan kesedaran untuk memahami, menerima serta menghormati diri sendiri. Bagi saya, saya seorang yang mengamalkan sifat penghormatan kendiri. Kini saya semakin sedar akan kekuatan dan kelemahan diri sendiri. Walaupun cepat mengalah dengan keadaan, namun

17

saya tetap berusaha menguatkan diri untuk bangkit kembali .Saya juga menanamkan prinsip bahawa orang hanya akan menghormati saya apabila saya terlebih dahulu menghormati diri saya sendiri. Respect yourself before you respected by others.

KEYAKINAN DIRI

Keyakinan diri pula didefinisikan sebagai pasti dengan nilai dan kepercayaan yang tinggi terhadap diri sendiri di samping mempamerkan kesungguhan untuk mencapai sesuatu. Saya mengamalkan emosi positif ini dalam kehidupan seharian saya . Saya yakin bahawa saya berkebolehan untuk melakukan sesuatu tanpa mengharapkan bantuan orang lain di samping sendiri. percaya pada tenaga diri saya

INISIATIF

Sementalahan itu, inisiatif bererti sesuatu individu itu mempunyai kesediaan bertindak apabila ada peluang dan bersedia untuk memanfaatkannya dengan sebaik mungkin. Individu ini juga akan mengejar matlamat yang tinggi daripada yang diperlukan atau dijangkakan disamping mengenepikan birokrasi dan peraturan sekiranya perlu dalam menyelesaikan tugas. Selain itu, orang lain turut dimobilisasikan menerusi usaha-usaha yang berfaedah dan luar biasa. Saya sentiasa berusaha untuk membuat perubahan terutamanya ketika berhadapan dengan masalah dalam melaksanakan tugasan. Contohnya, ketika saya tidak mempunyai beg buku,saya akan cuba menggunakan beg plastik atau beg kertas, sementara saya membeli yang baru.

Sebagai seorang manusia,sudah tentu kita akan melakukan kesalahan dan tertakluk kepada emosi-emosi negatif juga. Jadi antara emosi-emosi negatif yang dapat saya teliti dalam kehidupan seharian saya ialah membantah, marah dan kecewa dengan kedaan sekeliling.

18

MEMBANTAH

Pertama sekali, emosi membantah. Tidak salah sekiranya kita membantah sesuatu keputusan sekiranya kita tahu bahawa keputusan tersebut ialah salah,

namun, sekiranya kita membantah tanpa berfikir dengan jelas dan waras maka bantahan kita itu tidak wajar. Membantah nasihat atau cadangan yang baik juga satu contoh perlakuan yang seharusnya kita elak. Sekurang-kurangnya kita harus mengambilnya sebagai nasihat dan bukan bantahan. Saya selalunya suka membantah pandangan orang lain. Walaupun saya tidak mempunyai fakta untuk membantah pandangan atau keputusan mereka saya tidak peduli. Tetapi kini, saya lebih bersikap keterbukaan. Saya dapat menerima pandangan dan kritikan dan juga memberi pendapat saya sendiri.

MARAH

Yang kedua, emosi marah. Kesan daripada perasaan marah ialah boleh membahayakan diri kita sendiri. Emosi marah juga akan mendorong kita bertindak secara ganas dan mengikut kehendak hati semata- mata dan ini akan mengakibatkan kecederaan berlaku kepada orang ramai, termasuk diri kita sendiri. Saya merupakan seorang pemarah dan tidak dapat mengawal kemarahan saya dalam situasi-situasi yang tertentu. Sebenarnya saya seorang yang ceria serta sering memberikan senyuman kepada orang ramai, tetapi ababila seseorang membuatkan saya marah, maka dialah musuh saya selama-lamanya. Perasaan marah saya akan meluap-luap setiap kali saya mellihatnya. Ini telah mengakibatkan saya kehilangan kawan pada masa dahulu. Selepas mengetahui cara mengawal emosi saya sudah dapat mempraktikkannya, dan mengawal emosi marah saya dari semasa ke semasa.

KECEWA

Yang terakhir emosi kecewa. Kekecewaan sememangnya tercetus dari diri kita apabila harapan dan impian tidak kesampaian. Bagi menghadapi perasaan ini, kita seharusnya menjadikan kekecewaan tersebut sebagai pengajaraan. Ini akan menjadi satu ingatan kepada kita, dan hakitat kehidupan. Saya selalu berasa

kecewa dengan kehidupan saya. Saya selalu menyalahkan Tuhan, kerana dia tidak 19

bagi apa yang saya inginkan. Sekarang saya sedar yang saya perlu berusaha lebih bagi mencapai keinginan saya. penyelesaiannya. Malah, perasaan kecewa juga bukanlah cara

Sebagai seorang pelajar

dan penimba ilmu, emosi saya sering kala

terganggu dan tidak stabil. Hal ini kerana, perkembangan bidang sains dan Teknologi pada masa kini menjadikan kegiatan pendidikan semakin mencabar dan lebih canggih Cabaran ini didefinisikan sebagai sesuatu yang menguji kekuatan, kemahiran dan kemampuan seseorang dalam sesuatu aktiviti . Kemajuan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam era globalisasi pada masa kini menjadikan dunia pendidikan memberi penekanan terhadap penggunaan teknologi yang selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Hal ini membebankan saya, apabila terpaksa menyiapkan kesemua kerja kursus yang diberi. Justeru emosi saya juga sering terganggu, dan tidak stabil apabila memikirkan tentang kesemua kerja kursus ini. Tetapi saya mengatasi keadaan dan emosi saya yang negatif ini dengan memberi pendahuluan kepada emosi positif seperti kesenangan dan kenyamanan, yang merupakan mekanisme menyelamatkan diri secara jangka panjang dan menunjukkan gambaran besar yang membuat saya berfikir secara khusus dan

memperhatikan hal-hal serta sesuatu secara detail.

Selain itu, saya juga ingin meneliti emosi saya sebagai bakal guru,atau pendidik kepada anak-anak murid generasi yang akan datang. Saya akan menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Perguruan ini dalam tempoh empat tahun lagi. Justeru ,apabila sering kali saya memikirkan hal itu,apa yang terlintas dalam buah fikiran saya ialah, keadaan di sekolah sekarang menjadi semakin kompleks. Tambahan pula, masalah sekolah juga semakin bertambah apabila ini seterusnya

bilangan murid bertambah di dalam bilik darjah. Situasi memperlihatkan persediaan

seseorang guru iaitu saya berhadapan dengan

pelbagai cabaran dalam sistem pendidikan yang sering berubah. Saya juga akan menstabilkan emosi saya bagi memupuk perpaduan di antara pelajar, guru, kakitangan dan ibu bapa tanpa mengira kaum dan bangsa. Saya akan cuba 20

membuat pengurusan dan kepimpinan yang berkualiti yang mengandungi sifat untuk mencuba dan memikul risiko bagi memartabatkan lagi profesion perguruan. Saya akan sentiasa mengingati bahawa profesion perguruan merupakan perkhidmatan penyayang yang mengutamakan penghargaan nilai-nilai kemurnian.

Melalui kelas kuliah yang telah saya hadiri selama ini, saya telah banyak menimba ilmu pengetahuan tentang cara bermoral dalam kehidupan seharian yang sempurna. Hal ini telah banyak membaiki diri saya yang sedia ada. Saya berubah menjadi individu yang lebih berguna dan dapat mengawal emosi saya dengan lebih baik. Emosi ialah sesuatu yang penting untuk seseorang insan. Oleh kerana itu, kita perlu bijak menguruskannya demi kesejahteraan, keharmonian, ketenangan, dan keamanan hidup.

21

6.0 KESIMPULAN

Pelbagai emosi atau perasaan telah dikurniakan daripada Tuhan kepada manusia. Antaranya emosi positif dan juga emosi negatif. Remaja sebagai manusia biasa juga tidak terkecuali daripada merasai emosi-emosi tersebut. Antara emosi yang wujud dalam manusia adalah seperti marah, takut, rasa bersalah, murung, sedih, meluat, dukacita, tidak berharga, memberi maaf dan sebagainya. Apa yang penting adalah mengenal pasti cara anda menunjukkan emosi yang negatif kerana emosi jenis ini selalu membawa keburukan dan memudaratkan keadaan yang sedia ada. Terdapat dua jenis Kompetensi Kecerdasan Emosi, iaitu Kompetensi Personal dan kompetensi Sosial. Kompetensi Personal bermaksud bagaimana seseorang individu itu dapatmenguruskan dirinya sendiri.Kompetensi Sosial pula bermaksud bagaimana seseorang individu itu dapatmengurus hubungannya dengan orang lain. Terdapat dua cabang lain dalam kompetensi personal, iaitu Kesedaran kendiri dan Pengurusan kendiri.

Kesedaran kendiri seseorang individu itu dapat menyesuaikan dirinya dengan isyarat dalamannya seperti mengetahui kedudukan dalaman iaitu individu itu mengetahui keadaandirinya sendiri seperti cepat marah atau gembira dan sebagainya.Seseorang individu itu dapat mengurus keadaan dalamannya dalam bentuk dorongan dan potensi dirinya sendiri. Sebagai contoh yang boleh dilihat ialah melalui dorongan dan potensi yang seseorang individu itu peroleh dia dapat menguruskannya dengan baik melalui keadaan dalamannya.

Dengan mempelajari kompetensi kecerdasan emosi, kini saya telah dapat mengurus emosi saya dengan baik. Sebagai seorang guru pelatih dan bakal guru nanti, saya perlukan pengurusan emosi yang baik kerana kita akan menghadapi pelbagai cabaran pada era moden ini terutamanya dalam bidang perguruan dan pendidikan. 22

7.0 REFLEKSI

Setelah saya, Chandraroshini Suppiah , menyiapkan kerja kursus ini, saya telah mendapat implikasi baik kalau dibandingkan dengan implikasi negatif. Pada mulanya, saya telah merungut dan kurang selesa dengan kerja kursus ini. Hal ini kerana ,saya telah menghadapi keadaan yang sukar bagi mencari maklumat yang berkenaan dengan tajuk Kecerdasan Emosi ini. Walaupun saya tidak tahu cara untuk menyiapkannya akhirnya saya berupaya menyiapkannya. Hasil daripada tugasan kerja kursus pendek ini ,saya telah dapat menambah ilmu pengetahuan saya tentang kehidupan kita,iaitu emosi-emosi positif dan negatif yang harus diparaktikkan dalam kehidupan seharian kita. Melalui tugasan kerja kursus pendek ini juga saya dapat memahami lebih mendalam tentang isi kandungan mata pelajaran kompetensi kecerdasan emosi.Pemahaman ini penting dalam membantu saya semasa sesi pengajaran tutorial.Kefahaman yang tinggi penting untuk membolehkan saya membantu rakan yang kurang memahami tentang mata pelajaran yang diajari . Melalui tugasan ini juga, saya dapat mengetahui bahawa matapelajaran EQ mempunyai dua subtopik yang utama iaitu kompetensi kendiri yang berkait dengan diri kita sendiri dan kompetensi sosial yang melibatkan masyarakat yang berada di sekeliling kita. Dengan ini, saya dapatmenganalisis kemahiran yang patut digunakan bagi menghadapi pelbagai situasi.Dengan pengetahuan yang sedia ada tentang kemahiran EQ ini dapat menjadi garispanduan bagi menghadapi cabaran pada masa kini. Secara keseluruhannya, saya telah menyedari kepentingan ilmu kemahiran yang dapat diadaptasikan dalam kehidupan kerana ia menyediakan pelbagai kaedah yang sistematik dalam menyelesaikan permasalahan harian di samping malah sebagai seorang penimba ilmu, guru pelatih, dan bakal guru yang akan berhadapan dengan realiti dunia di luar.

23

8.0 RUJUKAN

- Self-Improvement-Mentor.com . (2008). Retrieved Ogos 27, 2011, from http://www.self-improvement-mentor.com/list-of-human-emotions.html

-Admin. (2010, March ). Kompetensi Kecerdasan Emosi. Retrieved Ogos 29, 2011, from http://jurnalpendidikan.com/pedagogi/kompetensi-kecerdasanemosi/kompetensi-kecerdasan-emosi.html -Mohamad Syafie Bin Samsir. (2009). scribd. Retrieved Ogos 27, 2011, from PPISMP SEM 3-Teras Kemahiran Emosi: http://www.scribd.com/doc/19593764/PPISMP-SEM-3Teras-Kemahiran-Emosi -hafizfirdaus.com/ebook/HimpunanRisalah/risalah06.html

- www.risda.gov.my/html/download/Buletin.../Buletin_Q_Januari_2010.pdf -www.infosihat.gov.my/penyakit/Remaja/MEMAHAMISEKSUALITI. -arsitek-peradaban.abatasa.com/post/.../tips-mengelola-emosi-marah - Cached

24

Anda mungkin juga menyukai