Anda di halaman 1dari 13

Abstrak

Tujuan kajian ini di jalankan untuk mengenalpasti sama ada pengaruh rakan sebelah di dalam kelas memberikan pengaruh dalam minat dan tingkah laku pelajar terhadap pelajaran .Kajian ini dijalankan melalui kaedah pemerhatian dan mengedarkan borang soal selidik kepada pelajar yang di pilih secara rawak dalam tingkatan 6 GammaBestari.Kajian yang telah dijalankan sebelum ini,mendapati rakan sebelah di dalam kelas banyak mempengaruhi dalam minat dan tingkah laku pelajar terhadap pelajaran.Kajian kumpulan kami ini penting dalam mengenal pasti sama ada personaliti rakan sebelah

dalam kelas memberi impak dalam mempengaruhi minat pelajar terhadap pelajaran khususnya untuk
pelajar tingkatan 6 Gamma Bestari,SMK Abdul Rahim,Kudat.

1.Pengenalan
Tingkatan 6 dikenali sebagai Pra-Universiti ia merujuk kepada laluan untuk ke university.Kolokium

merupakan

perjumpaan

atau

persidangan

persidangan

yang

bersifat

tidak

formal

untuk

membincangkan perkara yang biasanya bersifat ilmiah.Perbincangan secara berkumpulan seramai 5 orang ahli dan seorang guru pembimbing.Ini merupakan salah satu pendedahan awal terhadap sistem

pembelajaran yang terdapat di universiti dan memberikan dedahan awal kepada pelajar sebelum
menjejak kaki ke universiti. Pengaruh rakan sebelah di dalam kelas 6 Gamma bestari mempengaruhi minat dan tingkah laku

pelajar

terhadap

pelajaran

dijadikan

sebagai

tajuk

melalui

perbincangan

dengan

guru

pembimbing.Topik ini akan dikaji dan dibentangkan dalam bentuk Power Point.

2.Tajuk Kajian
Pengaruh rakan sebelah di dalam kelas mempengaruhi minat dan tingkah laku pelajar terhadap pelajaran.Kajian kes ke atas pelajar tingkatan 6Gamma Bestari SMK Abdul Rahim,Kudat.

3.Skop Kajian
Kajian ini akan memberi tumpuan terhadap pelajar lelaki atau pelajar perempuan tingkatan 6 Gamma

Bestari.Selain itu,kajian ini turut memberi perhatian dalam pengaruh rakan sebelah di dalam kelas
mempengaruhi minat pelajar terhadap pelajaran.Kajian ini juga dilakukan untuk suatu tempoh masa yang telah ditetapkan iaitu 3 Januari hingga 1 March 2012.Kajian ini akan membincangkan pengaruh rakan sebelah di dalam kelas mempengaruhi minat pelajar terhadap pelajaran tingkatan 6.Justeru,kajian ini akan

menyentuh sebilangan pelajar lelaki dan perempuan tingkatan 6 Gamma Bestari sahaja.

4.Nama Guru Pembimbing


Encik Mohamad Fikri Muhammad

5.Nama Penyelidik
Mizeal Drick Mumin Reynold Jeffrey Reecky Rojinal Key Fung Long Kong Andy Liew Su Khim 930217-12-6837 930723-12-5941 930117-12-5079 931118-12-6051 930905-12-6777

6.Nama Sekolah
Sekolah Menengah Abdul Rahim,Peti Surat 131,89057 Kudat,Sabah

7.Masalah Penyelidikan
Kajian ini penting untuk memberikan pendedahan terhadap pengaruh rakan sebelah di dalam kelas ke atas minat ,tingkah laku yang turut di pengaruhi oleh pelbagai faktor lain seperti faktor social dan persekitaran fizikal.kelas merupakan tempat yang terbaik untuk pelajar belajar,mengulang kaji serta tempat untuk menyiapkan kerja

sekolah selain tempat mendapatkan ilmu.


Namun begitu,sekiranya keadaan persekitaran ini tidak memuaskan ,perkara ini boleh memberi pengaruh yang negative terhadap pelajar,khususnya dalam bidang akademi.Tambahan pula,setiap pelajar mempunyai tingkah laku dan tabiat masing-masing,dan adakalanya mereka amat mudah terpengaruh dengan orang-orang di sekeliling mereka.Oleh itu,pelajar yang berada di dalam persekitaran yang baik akan mendatangkan kesan positif ke atas diri mereka. Warga pendidik SMK Abdul Rahim amat menggalakkan pertumbuhan sosial dan emosi yang baik dalam kalangan pelajar di dalam kelas.Pelajar dididik dengan amalan yang baik di dalam kelas sejak dari peringkat sekolah agar menjadi perisai dalam menuju ke alam kedewasaan.

8.Fokus Kajian
Fokus kajian ini adalah untuk mengenal pasti sama ada pengaruh rakan sebelah di dalam kelas 6 Gamma Bestari mempengaruhi minat dan tingkah laku pelajar terhadap pelajaran dalam kalangan pelajar lelaki dan perempuan.Kajian ini di jalankan untuk mengenal pasti pengaruh baik atau buruk rakan sebelah di dalam kelas

mampu memberi pengaruh dalam minat dan tingkah laku pelajar terhadap pembelajaran.
Disamping itu faktor yang lain juga mempengaruhi perkembangan minat dan perubahan tingkah laku juga di kaji.Kajian ini juga memberi satu gambaran tentang pengaruh rakan di dalam kelas dalam kalangan pelajar lelaki dan pelajar perempuan dalam kelas 6 Gamma Bestari terhadap minat terhadap pembelajaran dan tingkah laku dalam kelas.Kajian ini diharapkan dapat memperbaiki kelemahan dalam memiliki rakan sebelah.Dapatan kajian diharapkan dapat memberi sumbangan kepada pelajar tingkatan 6 Gamma Bestari tentang rakan sebelah terhadap pengaruh minat dan tingkah laku terhadap pelajaran.

9.Objektif Kajian Objektif penyelidikan kajian ini ialah: i. ii. iii. iv. Rakan sebelah di dalam kelas mempunyai hubungan yang signifikan ke atas pencapaian pelajar. Rakan sebelah di dalam kelas mempunyai hubungan yang signifikan ke atas perubahan dan tingkah laku pelajat. Faktor gender mempunyai hubungan signifikan ke atas pencapaian pelajaran. Faktor gender mempunyai hubungan yang signifikan dalam perubahan tingkah laku pelajar.

Objektif Umum i. Mengenal pasti faktor-faktor dan sebab-sebab perubahan pelajar dalam minat dan tingkah laku dalam pembelajaran di

sebabkan pengaruh rakan sebelah. ii. iii. Mengenal pasti cara-cara yang boleh di ambil untuk mengelakkan di pengaruhi rakan yang tidak baik. Mengenal pasti keadaan pelajar.

Objektif Khusus i. Mengenal pasti pendapat pelajar 6 Gamma Bestari pengaruhi rakan sebelah boleh mempengaruhi minat dan tingkah

laku pelajar terhadap pelajaran. ii. Mengenal pasti kaedah yang digunakan oleh pelajar untuk mengelakkan daripada terpengaruh.

10.Kumpulan Sasaran Kajian ini akan melibatkan 20 pelajar tingkatan 6 Gamma Bestari yang terdiri daripada 10 pelajar lelaki dan 10 pelajar perempuan. 11.Metologi Penyelidikan Kajian ini akan dijalankan dengan menggunakan kaedah borang soal selidik dan kaedah pemerhatian.Kaedah borang soal selidik lebih menjimatkan masa dan lebih mudah dipraktikkan.Kaedah pemerhatian membolehkan kesimpulan di buat melalui pemerhatian yang di buat dan lebih senang memahami keseluruhan skop kajian.

12.Instumen Penyelidikan Borang soal selidik ini akan di buat bagi membolehkan pengkaji mengetahui maklum balas dan keberkesanan P&P di dalam kelas.(Rujuk Lampiran) 12.2.Pemerhatian Pemerhatian oleh pengkaji sewaktu P&P di dalam kelas berjalan sebelum dan selepas kajian di jalankan.Pengkaji akan merujuk kepada borang yang disediakan dengan menggunakan beberapa kriteria yang difikirkan sesuai oleh kumpulan pengkaji.(Rujukan Lampiran)

13.Kekangan Penyelidikan Populasi pelajar kelas ini ialah seramai 34 orang.Kajian ini adalah terbatas kepada 20 pelajar sahaja.Kajian ini hanya menggunakan kaedah borang soal selidik yang di jadikan instrument kajian.Oleh itu,keberkesanan kajian ini adalah bergantung kepada kejujuran dan keikhlasan para pelajar dalam menjawab borang soal selidik yang diberikan. Kaedah pemerhatian yang memerlukan masa yang panjang kerana perlu memerhatikan keseluruhan skop kajian untuk mendapatkan dapatan kajian.

14.Rujukan Teori
Menurut Hoel,Parker dan Rivenberg(2004),terdapat kesan yang tinggi di antara kualiti akademik rakan sebaya atau rakan sebelah dengan pencapaian akademik pelajar.Penyelidik mendapati kelayakan akademik rakan sebaya atau rakan sebelah.Penyelidik mendapati kelayakan akademik rakan sebaya atau rakan sebelah boleh meransang dan mendatangkan kesan ke atas pencapaian pelajar sama ada dalam semester pertama mahupun semasa melalui zaman karier mereka.Penyelidikan turut mendapati pelajar yang cemerlang dalam akademik berpunca daripada tabiat dan tingkah laku rakan sebelah dan juga rakan-rakan.

Laar,Levin,Sinclair dan Sidanius(2004:329) mendapati rakan sebelah dari latar belakang etnik yang berbeza,sama ada secara paksaan atau sukarela berpotensi untuk menyumbang tingkah laku yang negatif.

Piaget dan Erikson (1995) berpendapat bahawa persekitaran menolong remaja mencapai potensinya.Paiget menjelaskan bahawa masyarakat berperanan membantu remaja membina identiti yang positif.Individu pula tidak akan dapat berkembang langsung selepas peringkat pengendalian konkrit dalam masyarakat yang kurang maju.

Erikson pula berpendapat identiti bergantung kepada sokongan yang diterima oleh generasi muda.Dusek(1995) pula menjelaskan bahawa pada tahapoperasi formal ini,remaja boleh berfikir secara mendalam,membuat andaian dan berfikir tentang masa depan.Perkembangan kognitif pada remaja boleh membawa kepada pembentukan personaliti remaja.

JADUAL PERLAKSANAAN PENYELIDIKAN dan KOLOKIUM TINGKATAN 6

Tajuk

Pengaruh Rakan Sebelah Di dalam Kelas Mempengaruhi Minat dan Tingkah Laku Pelajar Terhadap Pelajaran. Kajian kes ke atas pelajar 6GB SMK Abdul Rahim.

Bil. 1. Mengenalpasti masalah.

Aktiviti

Tarikh Pelaksanaan

- pelajar diberi TAJUK penyelidikan oleh guru. 2. Taklimat secara ringkas oleh guru tentang perlaksanaan

penyelidikan tingkatan 6. 3. Perbincangan penulisan kertas cadangan penyelidikan. - pendedahan tentang format penulisan. 4. 5. 6. 7. Menulis kertas cadangan. Pengedaran borang soal selidik. Pemerhatian oleh ahli kumpulan terhadap kumpulan responden. Mengumpul dan memproses data yang diperolehi - kemahiran MS Word dan MS Excel diberikan penekanan. 8. 9. 10. 11. Taklimat ringkas penulisan laporan penyelidikan. Menulis laporan penyelidikan. Laporan penyelidikan siap di hantar. Persiapan kolokium taklimat guru untuk persembahan hasil penyelidikan

menggunakan MS Powerpoint. 12. Persediaan pelajar - persembahan di kira mengikut individu 13. Pembentangan hasil kumpulan

Disediakan oleh . (MOHAMAD FIKRI MUHAMMAD) Guru Penyelia Kumpulan Tarikh :

Rujukan
i. Hoel J,Parker J, and Rivenberg J(2004),Peer Effects : Do First-Year Classmates,Roomates and

Dormmates Affects students Academic Success. ii. Sekaran U (2003).Research Methods for Business.A skill Building Approach,4th Edition.New

Jersey : John Wiley and sons. iii. William Wiersma (2002) : Reserch Method In Education An Introduction 7th Edition, University of

Toledo,Allyn and Bacon.

Anda mungkin juga menyukai