Anda di halaman 1dari 4

Mohd A`riff Sabry Bin Mohd Adnan Pembelajaran Secara Individu Minggu Ke-3

6 PISMP PS2

a. Revolusi Hijau dikaitkan dengan pertanian tradisional yang cekap dan mampu meningkatkan output. Bincangkan jawapan anda dalam konteks negara yang masih menjadikan sektor pertanian sebagai sumber ekonomi utama. Jawapan: Revolusi Hijau merupakan satu pengurusan kecekapan pelaburan di dalam bidang penyelidikan dan pembangunan dalam sektor pertanian. Revolusi ini wujud selepas pertengahan 1960-an selepas berlakunya satu revolusi dalam pembangunan biji benih berhasil tinggi (HYV) yang telah membawa kepada peningkatan dramatik dalam pengeluaran output pertanian di kebanyakkan kawasan (Richard Pomfret 1992,58) Berdasarkan kepada soalan tersebut, dalam konteks negara yang masih menjadikan sektor pertanian sebagai sumber ekonomi utama revolusi Hijau merupakan satu kaedah atau dasar untuk meningkatkan kemampuan negara tersebut menghasilkan output pertanian yang semakin meningkat seiring dengan kadar peningkatan jumlah manusia yang semakin bertambah tahun ke tahun. Ini dapat dibuktikan selepas berlakunya revolusi tersebut terdapat pertumbuhan dalam sektor pertanian di negara-negara kurang membangun dan mula menampakkan peningkatan terutama bagi negara-negara timur tengah dab Asia Selatan. Keadaan ini berlaku disebabkan oleh tiga faktor utama yang terhasil selepas revolusi Hijau iaitu pertama penggunaan biji benih hasil tinggi. Penggunaan benih hasil tinggi ini seperti buah-buahan yang mampu menghasilkan kuantiti yang banyak dengan cepat. Keadaan kedua adalah dimana berlaku peningkatan dalam aspek sistem pengairan tanah pertanian. Ini terbukti dimana di Malaysia yang dahulunya penanaman padi hanya menghasilkan output sekali setahun berjaya menghasilkan output padi sebanyak dua kali setahun. Keadaan kepesatan dalam revolusi Hijau tidak akan mustahil akan terjadi penghasilan output beras tiga kali setahun. Tidakkah ia memberi pendapatan kepada negara tersebut? Keadaan ketiga adalah dimana penggunaan baja tiruan yang pesat dibangunkan dalam revolusi Hijau ini akan memberi kesan kepada pengeluaran hasil pertanian. Ia juga dapat mengurangkan kos input apabila penggunaan baja tiruan dilakukan. Namun begitu revolusi Hijau ini tidak akan berlaku jika tiada pembangunan dalam aspek penyelidikan dan pengkajian dalam bidang pertanian. Aspek ini sangat penting dimana penemuan dan kaedah pertanian yang baru dapat dihasilkan dan dapat meningkatkan hasil pertanian negara tersebut.

Di samping itu, Revolusi Hijau ini juga akan menyebabkan berlakunya pengaliran teknologi pertanian dari negara maju kepada negara membangun. Pengkongsian ini akan menyebabkan negara yang bergantung kepada hasil pertanian dapat meningkatkan kualiti dan kuantiti hasil pertanian mereka disamping menjadikan negara tersebut sub kontrak kepada negara membangun. Sebagai contoh negara Amerika Syarikat yang menawarkan alatan teknologi dalam bidang pertanian untuk dimajukan di negara-negara yang menjadikan sumber pertanian sebagai sumber utama. Selain itu juga, Revolusi Hijau ini juga merupakan salah satu langkah bagi menghapuskan kekangan dari segi perangkap kehabisan sumber atau resource exhaustion trap. Hal ini kerana kekurangan perkara asas yang mendorong perubahan epokal (ephocal change) melalui kekurangan sumber semula jadi yang disebabkan peningkatan populasi. Selain itu Revolusi Hijau turut dianggap sebagai perubah struktur sosio ekonomi dari segi pemilikan dan perusahaan tanah, agihan pekerjaan, jurang pendapatan antara petani kecil dan besar serta punca pencemaran persekitaran (Griffin, 1974; Pearse,1980; Vandana,1991;Spitz,1987).

b."Sequential Industrialisation" merupakan proses perindustrian mengikut tahap. Bincangkan jawapan anda dengan mengaitkannya dengan pendekatan Neo-Klasik, Strukturalist dan Neo-Marxist. Kemajuan sektor perindustrian berkembang mengikut tahap-tahap yang tertentu. Ia bermula dalam sektor pertanian. Perubahan sektor ini merujuk kepada jumlah output dan gunatenaga. Secara ringkasnya semakin pesat negara itu membangun maka jumlah pengeluaran hasil pertanian dan jumlah gunatenaga akan merosot manakala sektor industri dan perkhidmatan akan meningkat. Dalam sequential Industrialisation terdapat tiga tahap yang bermula dari mengimport barangan pelaburan untuk mengeluarkan barangan pengguna. Pada tahap ini kebanyakkan negara membangun menggunakan tahap tersebut disebabkan beberapa faktor seperti sumber kewangan yang rendah,teknologi yang rendah dan mudah mendapatkan pasaran. Namun begitu, kebanyakkan negaranegara yang membangun menunjukkan kesukaran ISI untuk mengekalkan pertumbuhan ekonomi jangka masa panjang kerana fokusnya hanya kepada pasaran domestik dan faktor-faktor yang mempengaruhi pasaran domestik. Dalam memenuhi perkembangan tahap ini ia akan mengalami dua keadaan. Keadaan pertama dimana negara-negara yang membangun seperti Brazil dan Argentina menggunakan tahap kedua iaitu strategi berorientasikan eksport. Tahap Strategi Perindustrian Berorientasikan Eksport adalah satu alternatif kepada strategi pengantian import. Ia bersifat outward-looking iaitu pengeluaran sektor industri yang bertumpukan untuk pasaran luar atau perkembangan eksport. Pada tahap ini ahliahli ekonomi Neo-klasik menyokong penuh dasar strategi ini yang berpendapat bahawa penekanan terhadap kepentingan pasaran eksport bagi industri baru dan perdagangan antarabangsa harus bersifat terbuka. Dalam pendekatan ini juga ia menekankan tentang peranan mekanisme harga dan kuasa pasaran dalam mencorakkan dasar pembangunan. Kecenderungan ahli-ahli ekonomi Neo-Klasik adalah disebabkan oleh perkara-perkara yang terkandung di dalam Strategi Perindustrian Berorientasikan Eksport yang menetapkan bahawa pengeluaran berintensifkan buruh sesuai dengan faedah berbanding dengan faktor endowments dan ia juga mewujudkan saiz agihan pendapatan yang lebih seimbang hasil dari penjanaan peluang pekerjaan. Selain itu, agihan sumber terhad yang lebih cekap berpunca dari persaingan yang wujud merupakan satu perkaitan dengan pendekatan Neo-Klasik yang sangat menetikberatkan soal kebebasan dalam aktiviti perdagangan atau dikatakan pasaran bebas yang tidak mencampuri peranan kerajaan. Tahap yang kedua tersebut sangat berbeza dengan tahap/keadaan ketiga iaitu Tahap Pengantian Import Fasa II. Pada fasa ini adalah satu peralihan dari fasa I yang mempunyai beberapa ciri seperti kerajaan memainkan peranan dalam mengekalkan proses pembangunan. Pada tahap ini ia mempunyai perkaitan dengan pendekatan Strukturalist yang memihak kepada dasar pengantian import kerana ia

dapat memberi perlindungan kepada industri muda untuk membolehkan industri ini maju tanpa saingan dari luar negera. Namun begitu terdapat juga perkaitan tahap ini dengan pendekatan Neo-Klasik dimana peranan yang besar diberikan kepada sistem mekanisme pasaran sebagai pengagih sumber yang utama yang menyokong bahawa kuasa pasaran yang akan memimpin pembangunan ekonomi.