Anda di halaman 1dari 12

MAY /2011

NO. MATRIKULASI NO. KAD PENGNEALAN NO. TELEFON E-MEL

: : : :

<NO MATRIKULASI> <NO. KAD PENGENALAN> <TELEFON> <EMEL ID>

PUSAT PEMBELAJARAN

<PUSAT PEMBELAJARAN>

HBHE3103

PENGENALAN Komponen sastera adalah tentang pelbagai jenis genre sastera samada novel, sajak, cerpen, pantun , gurindam , syair , dan drama, singakatan bagi komponen sastera ini dipanggil komsas. Komsas diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia ( KPM ) didalam sukatan Pelajaran Bahasa Melayu dari tingkatan 1 hingga 5, dan di wujudkan secara meluas pada tahun 2000 hinggalah ke hari ini. Komsas adalah untuk menititk beratkan lagi Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu, yang mana ianya membawa pelbagai nilai, samada nilai bahasa, sastera dan moral. Komsas adalah di anggap sebagai remedi kepada satu proses perubahan kepada pemantapan Bahasa Melayu dan juga untuk membentuk identiti moral rakyat Malaysia sedari daripada golongan pelajar. Ianya adalah untuk memastikan pelajar bukan sahaja tahu membaca dalam Bahasa Melayu, tetapi adalah untuk memastikan mereka menulis, berkarya dan bertutur dengan fasih Bahasa Kebangsaan ini. Sifat komsas adalah bentuk seni yang pelbagai gaya penulisan, dan dalam Mesyuarat Jawatan kuasa Kurikulum Pusat Bil 2/99 telah meletakkan satu ketetapan bahawa Pelaksanaan komponen sastera dalam mata pelajaran bahasa Melayu di sekolah menengah telah dilaksanakan secara berperingkat-peringkat mulai Mac 2000 bagi tingkatan 1 dan 4, tahun 2001 untuk tingkatan 2 dan 5 serta tingkatan 3 pada tahun 2002. Ini merupakan lanjutan daripada pendekatan menggunakan unsur-unsur sastera dan bahan-bahan sastera yang diperkenalkan sejak tahun 2000. Di harap komsas ini boleh merubah lanskap pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu, di mana guru juga mesti bersiap sedia untuk membuat satu perubahan dalam kelas, komsas ini selalu dianggap bahan membosankan kerana ianya tidak di lihat oleh pelajar sebagai satu mata pelajaran yang efektif untuk pekerjaan, tetapi sebaliknya komsas ini adalah satu mata pelajaran yang membawa keluar dari kepompong kemodenan yang compang-camping kepada perspektif yang baru tentang kehidupan.

HBHE3103

AWAL KOMSAS DAN PERANAN DI DALAM BAHASA MELAYU Sebelum Komsas Pada mulanya komsas adalah sesuatu yang asing di dalam subjek Bahasa Melayu, kerana subjek Bahasa Melayu hanya memberi pengetahuan yang agak basis tentang ayat, suku kata, gaya bahasa, menulis karangan , laporan dan sebagainya, Pelajar di ajar pantun-pantun biasa sahaja dan gaya penulisan seperti cerpen ,s ajak dan sebagainya tidak lansung di bukakan kepada para pelajar keranan KPM pada masa itu berpendapat, dengan sukatan yang sedia ada, Bahasa Melayu sudah mencakupi segala ruang bahasa itu sendiri. Untuk pengetahuan Bahasa Melayu, para guru hanya akan mengajar berdasarkan teks dan latihan, dan tidak mengenengahkan apa itu genres sastera, manakala dalam aspek pengajaran moral pula hanya bersandarkan kepada subjek moral atau sivik dengan harapan dapat membentuk jati diri yang baik di kalangan pelajar. Pelajar tingkatan 4 dan 5 pada sebelum tahun 2000, mempunyai ruang untuk mempelajari sastera, tetapi tertakluk kepada sebuah novel tulisan Promodeya Ananta Toer, dan terhad kepada mengenali tentang novel tersebut, berkaitan plot, watak, gaya penceritaaan, pengertian watak-watak dan sebagainya, masih belum berupaya untuk meletakkakn pelajar yang mengambil jurusan sastera untuk mengenali lebih mendalam tentang sastera dan kajian sastera pada masa itu hanyalah kepada aliran sastera sahaja. Pada masa yang sama, pelajar jurusan sains sudah lama terpisah tentang kesusasteraan Melayu, dan akhirya melahirkan insan-insan cerdik dan pandai tetapi kosong akal budi terutama aspek kehidupan dan moralnya, manakala pelajar tingkatan 1 hingga 3 pula bersandarkan kepada pengajaran biasa Bahasa Melayu dengan harapan mereka dapat maklumat dan ilmu bahasa secara ala kadar, dan akhirnya terpisah langsung dengan nilai bahasa pada peperikan Sijil Rendap Pelajaran ( SRP ) pada masa itu kerana yang cemerlang akan mengikuti aliran sains dan yang sederhana mengikuti jurusan sastera.

HBHE3103

PERLAKSANAAN KOMSAS DAN RASIONALNYA Mac 2000 komsas telah dimulakan dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 4, secara berperingkat dan menjadi subjek SPM pada tahun 2001, subjek PMR pada tahun 2002, keseluruhannya komsas telah dilaksanakan sepenuhnya. Komsas mempunyai peranan moral dan pembentukan akal budi melalui genre komsas. KPM mengisyaratkan komsas dijalankan di sekolah dengan 11 waktu setahun, dengan

meletakkan 2 teks setiap tingkatan , setelah dipersetujui dengan Gapena, genre sastera terdiri daripada 1 teks antalogi puisi tradisional, sajak dan prosa tradision, cerpen dan drama. Kesemua elemen ini diperuntukan 11 waktu dalam setahun, dan pelajar pula mulai tahun 2010 ( tingkatan satu dan dua ) mengggunakan teks baru diikuti tahun 2011, dan 2012 bagi tingkatan empat dan lima KPM,telah mengkaji dari tahun 2001 2010 melalui komsas, Ngara perlu mempunyai pakar dalam bidang sains dan terknologi tetapi selari dengan itu juga , mereka perlu mempunyai norma dan nilai yang baik didalam kehidupan mereka, tanpa nilai moral yang baik Negara hanya memiliki tenaga mahir tetapi miskin budi bahasa dan akal budi. Pada awalnya komsas di wajibkan untuk tingakatn 4 dan 5 sebagai salah satu daripada subjek untuk SPM, tetapi meletakkan komsas sebagai satu alat pemantapan Bahasa Melayu melalui genrenya, , KPM telah pun memberi ketetapan bahawa Komsas di wajibkan di dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu, ini meletakkan komsas sebagai satu alat penting untuk merealisasikan satu wadah seni sastera yang berterusan terhadap bidang interpersonal , maklumat dan penulisan kreatif. Tahun 2001, komsas telah dikaji kemnali secara terperinci dan mengikut KPM , aspek Strategi Pengajaran Bahan sastera dalam Bahasa Melayu memberikan kesan positif terhadap pelajar untuk menakluk prospek Bahasa Melayu secara terperinci dan secara berkesan, kerana pelajar akan mempelajari segala bentuk laras bahasa, gaya bahasa, karya-karaya komsas dan diprosa kan kembali dalam bentuk penghuraian terperinci dalam siri-siri peperiksaan pelajar itu sendiri.

HBHE3103

KEPENTINGAN KOMSAS Peranan komsas perlu di lihat dari pelbagai suduit, dari sudut bahasa, dari sudut moral dan dari sudut seni. Sudut Bahasa Melayu Jika kita perhatikan, Bahasa Melayu adalah bahasa yang mengalami evolusi bahasa semenjak dari zaman kesultanan Melayu Melaka, dan Batu Bersurat Terengganu juga menunjukkan perbezaan bahasa Melayu pada masa itu, dari sudut klasiknya,dan kesan dari penjajahan semenjak 1511 hinggalah pada 1942, pelbagai bahasa asing telah di melayukan dan akhirnya menjadi sebahagian dari perbendaharaan kata Bahasa Melayu. Peranan Komsas di dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu adalah kerana huraian dan karya komsas mempunyai nilai yang tinggi dalam tatabahasa dan ragam ayat, setiap karya komsas di sekolah telah pun di lihat sebagai berkemampuan untuk membawa pelajar ke satu peringkat penguasaan Bahasa Melayu dari percakapan biasa di dalam bahasa pasar kepada satu peradaban bahasa yang jauh lebih tinggi. Karya komsas contohnya mempunyai satu kaedah penguasaan bahasa yang ditulis oleh Sasterawan Negara, dan ini sahaja sudah cukup untuk meletakkan penggunaan bahasa itu sendiri adalah betul dan tepat. Dalam aspek pembacaan contohnya melalui komsas, pelajar akan membaca karya yang pelbagai dan ini akan membuka peluang dan ruang kepada pelajar untuk menguasai Bahasa Melayu seluas-luasnya, dengan pembacaan dari karya di dalam komsas pelajar akan lebih mahir dari segi tatabahasa, dan juga dari segi pengayaan untuk menyebut dan mentafsir sesuatu ayat dan perkataan mengikut lenggok dan intonasi yang betul. Ini akan membantu secara terus pelajar tersebut mahir dalam bahasa melayu. Sudut seni Bahasa Melayu Manakala dari aspek penulisan pula , murid akan di ajar oleh guru bagaimana penulisan kreatif boleh menjadi satu bentuk penulisan yang membantu perkembangan bahasa ini sekaligus telah menjadikan prinsip pengajaran Bahasa Melayu di sepadukan didalam kemahiran mendengar , membaca, dan bertutur, Komsas pad keseluruhannya menjadikan murid mempunyai beberapa
5

HBHE3103

kemahiran samada berbincang , menulis cerita dan mentafsir emosi. Karya sastera bergelumang dengan cara penceritaan sebuah karya itu dari perspektif penulis, ini akan meningkatkan kebolehan murid-murid untuk berkreativiti kerana komsas mengajak pembaca atau pendengar berimiginasi tentang sesuatu karya. Di dalam komsas pelajar didedahkan dengan perbendaharaan kata, tatabahasa dan lisan , ini menjadikan pelajar lebih dapat mendalami seni Bahasa Melayu, ini kerana perbendaharaan kata Bahasa Melayu amat banyak, bahasa yang di gunakan di dalam komsas adalah bahasa yang tinggi nilai seninya, lagi pula komsas membuka ruang kepada mereka mengenal tentang pantun, peribahasa, gurindam, syair dan sebagainya. Sudut Moral Dari segi moralnya, memang diketahui genre sastera mempunyai nilai yang tinggi dalam aspek kehidupan kerana penulisan genre sastera berdasarkan kepada kehidupan yang realiti dan mempunyai moral penceritaan. Biarpun sesuatu genre komsas itu tidak semestinya berakhirny dengan cerita gembira, tetapi moral daripada genre-genre ini mengupas identiti kehidupan yang penuh jatuh bangun dan watak-wataknya. Ianay diwarnakan dengan pelbagai ragam kehidupan dan akhirnya akan membentuk satu watak yang boleh dijadikan sebagai batu sempadan antara yang baik dan buruk dan sebagai satu nasihat kepada pembacanya terutama di kalangan pelajar supaya melihat kehidupan melalui penulisan dan di harap membentuk perlakuan sempurna di kalangan pelajar.

HBHE3103

KOMSAS SEBAGAI PEMBINA JATI DIRI Walaupun di zaman teknologi dan langit terbuka, masalah jati diri dan maruah masih lagi membendung kehidupan seantero manusia di Malaysia, biarpun mereka mempunyai kedudukan atau pelajaran tetapi mereka mempunyai hidup yang sosial dan longgar serta tidak mempunyai aset peribadi yang tinggi. Dari sudut agama, akhlask , budaya , moral serta patriotism semuanya berada di dalam tong sampah kehidupan, dan untuk tidak lagi manusia keluar dari perjalanan yang panjang ini, maka komsas dikira untuk memberi satu suntikan keatas norma hidup yang ada kualiti. Komsas berdasarkan novel, cerpen , sajak-sajaknya mempunyai nilai tersebut, walaupun ianya satu seni semata, tetapi ianya ditulis oleh individu yang mempunyai peribadi yang stabil dan inovatif dan imun dengan sistem hidup yang pincang. Pada zaman dahulu kala, individu dengan individu nasihat menasihati menggunakan peribahasa, sindirnya penuh santun, dengan anak-anak didodoikan dengan gurindam dan syair dan sehalus bahasanya mengeraskan peribadi hidup mereka. Itulah nilai komsas dalam kehidupan. Hal ini diterangkan didalam novel Komsas Bukan dunia ku yang mana novel ini membawa pengertian betapa kasih sayang , nilai tanggungjawab, ketabahan, kerajinan, baik hati dan segalahnya yang positif di garap di dalam novel ini dan ini diterangkan lagi bahawa dalam komsas oleh Ali Ahmad ( 1994 ) bahawa minat yang mendalam terhadap sastera akan menjadikan seseorang itu hidupnya berhaluan kearah sosial yang sihat dan mempunyai daya pemikiran yang baik serta amanah juga mempunyai karakter seni, ini kerana melalui genre, ini adalah satu mesej yang dihantar kepada pelajar bahawa di dalam dunia ini terdapat pelbagai ragam manusia, dan bagaimana watak positif dapat mengendalikan kekalutan dunia dan keceramukan manusia dalam melalui rempah ratus kehidupan. Rentetan dari novel komsas ini pelajar di ajar nilai murni secara tak langsung untuk diterapkan kedalam kehidupan mereka, ini memberikan mereka ruang untuk melihat secara dalam, bahawa di dalam novel ini, watak utamanya berjuang untuk kelansungan hidup dalam membantu keluarga serta untuk meneruskan cita-citanya. Ini menjadikan satu persoalan kepada pelajar

HBHE3103

bahawa dengan semangat yang kuat, jiwa yang tabah semua ujian hidup dapat di lalui dengan baik dan mudah. Di samping itu , di dalam novel ini juga menunjukkan untuk mencapai hajar kehidupan , kehidupan kita perlualah diselubungi oleh niat yang ikhlas, bersungguh di dalam kehidupan, serat mempunyai norma kehidupan yang senantiasa diselubungi keazaman yang tinggi. Norma dan nilai kehidupan yang ditunjukkan didalam novel ini telah digarap sebaik mungkin atas dasar kekuatan diri dan semangat segala kesusahan akan dapat diatasi dan nasib boleh berubah dengan semangat dan iltizam yang tinggi. Di dalam novel interlok , menceritakan tentang penindasan atas sesama manusia lain hanya kerana kedudukan di dalam hirearki etnik, dengan desakan hidup dan penindasan , watak utama dan beberapa orang yang lain telah pun membawa diri ke Tanah Melayu untuk mencari kehidupan yang sempurna. Atas dasar kasta, antara sesama manusia di bezakan, masyarakat ini menjadi masyarakat yang terperosok ke satu hidup yang sengsara. Berdasarkan kepasda novel ini, maka ianya menuntut agar kita sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada, malah, supaya kita senantiasa setia kepada negara, kerana Malaysia telah mengubah nasib para imigran dan mereka yang berusaha akan mendapat hasil, lantaran itu Malaysia merupakan tempat orang mencari rezeki tanpa mengenal keturunan dan bangsa. Dua novel ini merujuk kepada keadaan sekarang dimana, kesetiaan, kejujuran perlu ada dalam jiwa pelajar, kerap kali dewasa ini kita dimomokkan dengan pelbagai insiden perkauman oleh para ahli politik kotor, dan komsas mengajak para pelajar supaya merenung kembali kesetiaan kepada negara dan meminta mereka memikirkan dari mana asal usul mereka. Dari segi patriotismenya pula, novel ini membawa satu mesej supaya setialah kepada tanah air walaupun mereka bukan berasal dari Tanah Melayu, bagaimana keadaan mereka dulu dan sekarang, betapa adilnya sistem sosial politik di Tanah Melayu pada waktu itu membenarkan mereka hidup aman tanpa kasta. Dalam komsas tingkatan dua, terdapat cerpen BATU dimana ianya membawa nilai kejujuran, tawadhuk , keikhlasan dan baik budi seseorang, menceritakan betapa manusia yang tamak akan rugi hanya kerana memikirkan sesuatu untuk jangka pendek pada hal pada jangka masa panjang mereka pasti akan kerugian kerana mempercayai sebutir batu boleh mengubah nasib mereka, ini
8

HBHE3103

juga menuntut para pelajar memahami dalam hidup terdapat pelbagai jenis manusia yang mementingkan diri mereka dan sanggup menipu untuk kesenangan Sifat keagamaan dimana menuntut kita supaya ingat dan tahu tentang kebesaran Allah juga menjadi satu motif kepada genre komsas di tingkatan 4, iaitu sajak mengintai Ruang Insaf yang menelurusi kehidupan manusia yang senantiasa akan berlaku khilaf dan membuat senatiasa ada ruang untuk kembali menebus kesilapan. Berdasarkan baris-baris sajak itu : Semakin berat kejahilan Terpikul di bahu Semakin jauh perjalanan Memburu nur mu Baris diatas menerangkan tentang kejahilan manusia, dimana makin kita membuat salah dan dosa sebagai jauhlah kita dari hidayahnya, para pelajar ditekankan, dengan perjalanan hidup yang panjang dan fana adalah menjadi satu kewajaran kepada pelajar untuk memastikan mereka berada di landasan yang betul dan mengetahui bahawa dosa-dosa menghijabkan mereka dari Ilahi. Sewaktu berlari di padang hidup Kerap kaki tersadung selirat akar Tubuh ku tercalar dari pidana Pada samar kejauhan Ancala mulia kabur dam menghilang Baris diatas mengatakan , didalam perjalanan kita sebagai manusia, sudah pasti kita akan melakuan perkara yang bertentangan dengan syariat, maka ini mengajak pelahar supaya berlandaskan syariat , hidup akan lebih tenang dan terjamin dari permasalahan dunia yang tidak akan putus-putus. Sekadar songsang aksara kata Tanpa kembali ke tunjang makna
9

HBHE3103

Apakah dalam sarat khilaf Masih terbuka ruang untuk Dianugerahkan keinsafan. Rabb, Moga pintu taubat Mu terbuka Sebelum api dari bara itu menyala Baris diatas menjadikan satu wadah kepada pelajar untuk mencari jalan pulang yang diredhai, kepada pelajar ini lah yang mahu ditekankan samada mereka itu muslim atau tidak , senantiasa berada di jalan agama akan membentuk cirri-ciri kehidupan yang lebih positif, tidak terlibat dengan isu-isu sosial yang semakin menakutkan. Isu sosial ini bukan sahaja akan menghantui pelajar tetapi akan membawa impak kepada masa depan pelajar. Komsas di bawa kepada pelajar adalah sebagai agen perubahanan, samada ada dari sudut Bahasa Kebangasaan tetapi juga bagi sudut moral dan peribadi, untuk membentuk perkara ini , komsas perlu dihantar signalnya ke minda pelajar supaya dapat di proses dan dicerna oleh mereka dan menukar kepada sifat berpandukan Falsafah Pendidikan iaitu melahirkan insan yang seimbang , harmonis dan cemerlang. Guru memainkan peranan untuk menghadam komsas dan memberi balik kepada pelajar mengikut pemahaman yang betul dan berkesan. Untuk melahirkan insan yang mempunyai jati diri para guru tidak lagi boleh mengharap mengadakan pengajaran dan pembelajaran secara formal tetapi perlu meningkatkan lagi cara penyampaian dengan lebih menarik dan merangsang pelajar. Komsas ini adalah hasil karya yang berseni, dan sarat dengan pelbagai mesej, samada kehidupan, kesetiaan, patriotisme, keimanan, moral , dan juga pandangan, kesemua ini dianggap mampu mengubah bentuk dan pemikaran pelajar ,secara kasarnya ianya bukan setakat pembacaan tetapi satu pengkisahan hidup di tulis oleh insan - insan yang mempunyai pandangan yang telus dan berdasarkan kepada reality.

10

HBHE3103

KESIMPULAN Komsas adalah sebahagian dari karya sastera yang melingkari kehidupan manusia yang sebenar, dan komsas dicerminkan kepada pelajar sebelum melangkah keluar ke jalan-jalan kehidupan, ianya telah diberi gambaran awal tentang kehidupan itu dengan harapan dapat membawa pelajar kepada jalan yang baik, moral yang terpuji serta dimensi kehidupan yang sempurna. Dari aspek bahasa, ianya adalah satu perkara yang membawa kepada pengetahuan yang baik kepada pelajar dari aspek pengucapan, karya dan teks komsas, komsas kaya dengan ilmu dan seni dan mengangkat martabat bahasa ke maqam yang tinggi. Guru perlulah bersedia dari masa kesemasa untuk menjadi komsas untuk boleh dihadam dengan mudah oleh para pelajar lalu menjadikan ianya satu subjek yang diminati dan memberi manafaat kepada semua pihak. Komsas membawa satu pengharapan baru untuk meletakkan genre sastera ditempat yang sepatutnya dan seterusnya meletakkan pelajar kepada satu dimensi kehidupan yang bermoral dan boleh membentuk jati diri.

11

HBHE3103

Rujukan:

Abdul Rasid Jamian dan Arbaie Sujud (2001). Integrasi Media; Pengajaran Bahasa dan Sastera. Subang Jaya. Kumpulan Budiman Sdn Bhd. Asmah Hj Omar. (1984). Kaedah Pengajaran Bahasa. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. Nik Safiah Karim, Arbak Othman (2005). Kamus Komprehensif Bahasa Melayu. Shah Alam. Fajar Bakti Sdn Bhd.

12