Anda di halaman 1dari 3

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUANKU BAINUN TUGASAN PROJEK

PROGRAM : PGSR KURSUS : EDU 3108 ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU

NAMA PELAJAR :

SEMESTER: 8

TARIKH MULA:

25 SEPT. 2012

TARIKH HANTAR:

05 OKTOBER 2012

Hasil Pembelajaran Kursus: 1. 2. 3. 4. Meningkatkan kefahaman guru tentang ruang lingkup kerjaya guru Menganalisis, mengulas dan mengutarakan pendapat berkaitan dengan pelbagai isu yang berkait dengan isu-isu keguruan Melatih guru agar berfikir secara kreatif dan kritis Melahirkan guru yang beretika

Objektif Projek: Pelajar dapat melaksanakan tugas-tugas berikut: 1. 2. 3. Mengenal pasti satu daripada isu keguruan di Malaysia Mengulas, menganalisis dan memberi pendapat berkenaan dengan isu tersebut Menghasilkan satu penulisan refleksi berkaitan dengan tugasan

Tugasan Projek (100%) Dunia pendidikan semakin mencabar pada hari ini. Pelbagai isu yang berkait dengan guru dan keguruan sering dibincang melalui media massa. 1. Berdasarkan kenyataan di atas, pilih satu artikel dari mana-mana akhbar perdana atau jurnal yang berkait dengan isu guru atau keguruan. Ulas dan analisis artikel itu. Sertakan juga pandangan anda berkenaan dengan isu yang dibincangkan. Panjang esei ini hendaklah di antara 1500 hingga 2 000 perkataan. (80%) Tulis refleksi berkaitan isu berkenaan terhadap diri anda. Nyatakan apa yang anda pelajari hasil dari isu yang anda ulas. Panjang refleksi hendaklah di antara 200 hingga 500 perkataan. (20%)

2.

Panduan Pelaksanaan Projek 1. 2. Tugasan ini adalah tugasan individu. Artikel yang diulas hendaklah diambil dari akhbar-akhbar perdana seperti Utusan Malaysia, Berita Harian, Star, New Straits Times atau mana-mana jurnal keguruan yang diiktiraf. Format penulisan tugasan adalah seperti berikut: 3.1 Muka depan hendaklah mengikut templat terkini. 3.2 Fon Arial 3.3 Saiz huruf : 12 3.4 Langkau : 1.5 baris 3.5 Rujukan mengikut format APA (American Psychological Association) 3.6 Lampiran adalah wajib (artikel yang diulas) 3.7 Penulisan anda hendaklah ditulis dalam Bahasa Melayu Penulisan esei dan refleksi hendaklah dicetak dihantar dalam bentuk `hardcopy. Ulasan dan pandangan hendaklah disokong dengan rujukan ilmiah. Rujukan tidak termasuk dalam jumlah pengiraan perkataan. Amalan plagiat tidak dibenarkan. Tugasan ini membawa markah 100% dan wajaran 50%.

3.

4. 5. 6. 7. 8.

Tugasan Yang Baik Harus Menunjukkan Kriteria Berikut: 1. 2. Liputan isi kandungan yang menyeluruh, konsisten dan terperinci. Tugasan anda haruslah meliputi perkara berikut: 2.1 Pengenalan yang menarik serta dapat mengupas isu dengan baik. 2.2 Perkembangan hujah-hujah 2.3 Implikasi hujah-hujah 2.4 Rumusan/cadangan dan menjawab persoalan tugasan Bukti-bukti dan bahan-bahan yang dapat menyokong hujah-hujah anda hendaklah dikemukakan. Keseluruhan isi dan pengolahan perlu menunjukkan keaslian dengan sokongan ilmiah. Penulisan harus menunjukkan kefasihan bahasa, laras bahasa yang sesuai dan tiada kesalahan ejaan dan juga menunjukkan kematangan hujah. Rujukan perlulah daripada pelbagai sumber (sekurang-kurangnya 5 bahan rujukan) yang tepat dan memenuhi kehendak tugasan.

3. 4. 5. 6.

Disediakan oleh :

Disahkan oleh :

(AZMI BIN ABDUL HAMID) Penyelaras Kursus EDU 3108 Jabatan Ilmu Pendidikan IPGK Tuanku Bainun

(ZAINUDDIN BIN AHMAD REDZUAN) Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan Jabatan Ilmu Pendidikan IPGK Tuanku Bainun