Anda di halaman 1dari 19

Penggunaan Ungkapan Menarik dalam Karangan 1.

Dimensi: Individu Tema: Remaja dan Masalah Sosial Peribahasa Kurang ringgit boleh dicari, kurang akal habis bicara Mencurah air di daun keladi Kerana nila setitik rosak susu sebelanga Seekor kerbau membawa lumpur habis semua terpalit Ada udang di sebalik batu Maksud Susah kerana harta boleh dicari, susah kerana tidak berfikir tambah bermasalah Nasihat yang sia-sia Rosak maruah masyarakat kerana keburukan seseorang Disebabkan seorang sahaja yang bersalah habis semua mendapat malu Berbuat baik kerana ada hajat terselindung Isu Remaja suka bertindak melulu, tanpa berfikir terlebih dahulu

Remaja yang tidak mahu mendengar nasihat Kesan negatif kepada masyarakat/masyarakat mendapat malu kerana sikap beberapa remaja

Pengaruh rakan yang kuat, rakan berbuat baik ada sebabnya

Kata Hikmat Bill Gates- sekiranya kita mahu berubah selepas orang lain sudah berubah, sebenarnya kita tidak berubah Wellington - usah merendahkan diri seseorang kerana tabiat buruknya tetapi bimbinglah ia ke jalan yang lebih baik Hamka- Hairan melihat setiap hari orang menyisir rambutnya, tetapi tidak pernah menyisir otaknya, memperkemaskan dadanya tetapi tidak mencuci hatinya. [ Disediakan oleh BKKeng] Digosok kasutnya tetapi tidak akalnya

Isu Nasihat kepada remaja supaya berubah menjadi positif dengan segera

Usaha untuk membimbing remaja ke arah positif, bukan merendah-rendahkan mereka sahaja Remaja tidak sedar tentang keseronokan mereka adalah merugikan/ remaja hanya tahu bergaya tetapi tiada ilmu yang berguna

2. Dimensi: Individu Tema: Remaja dan Kerjaya Peribahasa Alang-alang mandi biar basah, alangalang berdakwat biar hitam Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan Bagai kerakap di batu, hidup segan mati tak mahu Bagai rumput di tepi jalan Kerja bertangguh tak menjadi, kerja beransur tak bertahan Batu yang sentiasa bergolek tidak akan mengumpul lumut/ orang pindah-pindahan tanaman masak tak dapat dirasa Pipit sama pipit, enggang sama enggang

Maksud Apabila melakukan sesuatu kerja, lakukan sampai berjaya, walaupun menghadapi kesusahan

Isu Cabaran dan saingan dalam pekerjaan memang susah tetapi remaja perlu menghadapinya hingga berjaya demi masa depan yang cemerlang

Orang yang malas berusaha tidak akan berubah selama-lamanya Hidup daif dan terbiar Sesuatu urusan tidak akan selesai Jika selalu bertangguh Orang yang selalu bertukar kerja tidak akan berjaya

Remaja perlu berusaha dan mempunyai kerjaya yang baik untuk mengubah kehidupan yang lebih baik Jika tidak berkerjaya, hidup remaja apabila dewasa akan daif dan terbiar Remaja tidak wajar menangguhkan sesuatu kerja, lantaran sikap ini akan merugikan diri sendiri Remaja perlu bersedia den~an cabaran kerjaya masing-masing supaya tidak cepat putus asa/ selalu bertukar kerja lantaran sikap ini menatijahkan remaja tidak berjaya dalam hidup Remaja perlu bekerja untuk meningkatkan taraf hidup untuk menjadi orang bermartabat, supaya tidak menjadi orang bawahan yang tidak dipedulikan

Tidak sama antara golongan berdarjat dengan golongan bawahan

Kata Hikmat Benjamin Franklin - jalan kejayaan terletak kepada dua kalimah; kerja kuat dan berhemat K.H. Abdullah Gymniastiar - kredibiliti bermula dengan pengurusan hati, kejujuran, cekap dan berinovasi

Isu Remaja perlu bekerja kuat secara berhemah untuk menuju kejayaan Remaja akan dipercayai dan dihormati jika bekerja dengan jujur, cekap dan dapat membuat sesuatu pembaharuan

3. Dimensi: Individu Tema: Semangat Patriotisme/ Cinta Akan Negara Peribahasa Maksud Di mana bumi dipijak, di situ langit Hormat akan tempat kita bernaung dijunjung (berlindung) Hidup dikandung adat, mati dikandung tanah Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri lebih baik di negeri sendiri Jong pecah yu yang kenyang Di mana ada kemahuan di situ ada jalan Biar berputih tulang, jangan berputih mata

Isu Remaja/ generasi muda wajar menghormati tanah air tempat kelahiran mereka

Susah dan senaang lebih baik di tanah air sendiri Kejatuhan sesebuah negara memberi untung kepada musuh Jika ada azam, ada kejayaan

Walaupun kesenangan kira peroleh dati negara luar, negara sendiri sebenarnya lebih baik dan mempunyai banyak keistimewaan Generasi muda wajar mempertahankan kedaulatan tanah air daripada dijajah semula lantaran kejatuhan ini akan menguntungkan musuh negara Jika para remaja kini bersungguh-sungguh mempertahankan tanah air dan sanggup menyumbangkan tenaga, pastilah negara akan terus maju di seantero dunia. [ Disediakan oleh BKKeng] Remaja yang sanggup menyumbangkan tenaga mereka seperti menjadi perajurit, akan sanggup berjuang dan berkorban demi mempertahankan tanah air daripada dicerobohi oleh musuh

Lebih baik mati daripada menanggung malu kerana milik sendiri dirampas orang

4. Dimensi: Keluarga Tema: Keluarga/Ibu Bapa dan Remaja Peribahasa Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi Maksud Baik buruk perangai seseorang bapa itu sedikit sebanyak akan turun kepada anaknya. [ Disediakan oleh BKKeng] Rosak anak-anak kerana perbuatan ibu bapa. [ Disediakan oleh BKKeng] Bapa borek anak rintik Anak-anak akan menurut baka/perangai bapanya. [ Disediakan oleh BKKeng] Ketam menyuruh anaknya berjalan betul Menyuruh orang lain membetulkan kesilapan tetapi diri sendiri silap. Air perabung mengalir ke cucur atap Carik-carik bulu ayam lama-lama bercantum balik Ludah ke langit jatuh atas batang hidung sendiri Perbuatan menjatuhkan maruah keluarga sendiri, akhirnya kita yang mendapat malu Cubit paha kanan, paha kiri pun sakit juga Memberi malu pada kaum keluarga sendiri, akhirnya diri kita pun terasa Lesung sama antan bertelingkah ayam yang kenyang Rosak anak kerana menantu Bergaduh sesama adik-beradik, musuh yang mendapat habuan Semua perwatakan ibu bapa diikuti oleh anak-anak. Perpecahan sesama ahli keluarga lambat laun berbaik semula Situasi sesama ahli keluarga yang tidak boleh dipisahkan dan perlu berbaik-baik sesama mereka demi menjaga maruah keluarga sekali gus dapat melahirkan keluarga bahagian Isu Ibu bapa perlu mengamalkan dan menunjukkan sikap yang baik kepada anak-anak kerana sikap / tindakan ibu bapa itu akan diikuti oleh anak-anak. Oleh itu, janganlah ibu bapa sendiri terlibat dalam masalah sosial, tetapi meminta anak-anak mereka menjadi baik. Contoh : Ibu/ bapa selalu keluar malam dan pulang lewat malam untuk berfoya-foya, tetapi meminta anak mereka duduk di rumah, mengulang kaji pelajaran sahaja. [ Disediakan oleh BKKeng]

Rosak bawang ditimpa jambak

Tangan yang mengayun buaian memerintah dunia

Merosakkan darah daging sendiri kerana percayakan orang lain Jasa ibu terlalu besar terhadap masa depan anak-anak

Tidak ada harimau yang membaham anak Melentur buluh biarlah dari rebungnya

Segarang-garang bapa hanya untuk mendidik Mendidik anak biarlah sejak mereka kecil lagi

Menarik rambut di dalam tepung

Bersikap bijaksana dalam menyelesaikan sesuatu masalah

Anak-anak perlu mendengar nasihat dan menghormati ibu kerana jasanya terlalu besar dan segala nasihat adalah untuk kebaikan/ masa depan anak-anak Bapa yang garang/ tegas hanyalah untuk mendidik anak-anak ke jalan yang positif Ibu bapa perlu mendidik anak-anak sejak kecil lagi supaya sikap baik itu akan terbawa-bawa hingga dewasa Ibu bapa perlu bijak menyelesaikan masalah anakanak/ bijak menjalankan tanggungjawab mereka, supaya mewujudkan keluarga sakinah

5. Dimensi: Masyarakat Tema: Gaya Hidup Sihat/Kesihatan/Makanan Seimbang/Penyakit Berbahaya Peribahasa Sudah terhantuk baru tengadah Sediakan payung sebelum hujan Nasi sudah menjadi bubur Maksud Sudah susah baru beringat Sentiasa beringat sebelum terjadi sesuatu yang kurang baik Sesuatu perbuatan yang sudah terlanjur/terlewat tidak dapat dibaiki lagi Mengajar anak biarlah dari kecil, jika sudah besar harinya sudah keras dan sukar menerima ajaran lagi Isu Apabila sudah terkena penyakit/ mengidap penyakit seperti obesiti, darah tinggi dan kencing manis, barulah seseorang sedar untuk menjaga kesihatan Oleh itu, mereka perlu beringat dan menjaga kesihatan sebelum sesuatu yang buruk berlaku pada diri sendiri Jika telah sakit, memang sukar untuk disembuhkan semula/ sihat seperti sediakala

Melentur buluh biarlah waktu rebungnya

Usaha membudayakan pemakanan seimbang dan sihat oleh ibu bapa kepada anak-anak perlu dimulakan sejak mereka kecil supaya apabila dewasa, mereka sudah biasa dengan selera dan cita rasa pemakanan sihat tersebut

Alah bisa, tegal biasa

Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya

Bukan bersuluh batang pisang, bersuluh bulan matahari

segala kesusahan biasanya akan dirasai pada peringkat awal, setelah sudah biasa, kesusahan itu tidak terasa lagi Jika kita membuat sesuatu pekerjaan dengan tidak bersungguh-sungguh, sudah pasti kita tidak akan mendapat hasilnya Kebenaran yang dapat dilihat oleh semua pihak

Masyarakat perlu meluangkan masa dan tenaga untuk menjaga kesihatan fizikal demi memiliki tubuh badan yang sihat

Penyakit berbahaya seperti penyakit jantung, darah tinggi, kencing manis, obesiti dan sebagainya sudah disahkan oleh doktor bahawa penyakit ini berpunca daripada tidak mengamalkan gaya hidup sihat dan banyak pihak mempersetujuinya

Cogan kata Mencegah lebih baik daripada mengubati Saiyidina Ali- sabar terbahagi kepada dua iaitu sabar dalam menjauhkan segala yang engkau tidak suka dan sabar mengejar segala yang engkau suka

Isu Masyarakat perlu mempraktikkan amalan pemakanan seimbang demi menjaga kesihatan diri sejak awal lagi supaya tidak mengidap sebarang penyakit Setiap anggota masyarakat perlu sabar menempuh segala kesukaran demi memperoleh badan yang sihat iaitu sesuatu yang semua orang inginkan malah sabar juga berusaha untuk menjauhkan diri daripada sebarang penyakit, iaitu sesuatu yang semua orang tidak inginkannya

6. Dimensi: Masyarakat Tema: Warisan Bangsa dan Budaya/Bangunan Bersejarah/Budaya Bangsa/Warisan Sejarah/ Adat Perkahwinan Peribahasa Tak lekang dek panas, tak lapuk dek hujan Bagai cendawan tumbuh selepas hujan Bagai aur dengan tebing Maksud Adat/ sesuatu yang tidak berubah, tetapi tetap utuh Terlalu banyak pada sesuatu masa Isu Pelbagai tindakan/usaha perlu diambil untuk mengekalkan warisan sejarah supaya tidak berubah dan utuh demi melambangkan kedaulatan negara Selaras dengan perkembangan teknologi moden, segala budaya Barat dan moden telah semakin menular di negara kita sekali gus menyebabkan masyarakat terpengaruh untuk mengamalkannya Untuk mengekalkan warisan bersejarah termasuk bangunan bersejarah, kerjasama antara semua pihak amatlah diperlukan kerana jika pihak kerajaan sahaja yang bersungguhsungguh, mustahil segala adat/warisan bangsa ini dapat dikekalkan

Hubungan yang rapat dan saling membantu Kedua-dua belah pihak sama-sama bertanggungjawab Sangat rapat, tidak boleh dipisahkan Dalam keadaan bahaya/ serba sulit

Bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi Ada asap adalah api Telur di hujung tanduk

Biar mati anak, jangan mati adat

Orang kuat berpegang pada adat

Warisan seni dari segi pakaian dan nyanyian tidak dapat dipisahkan daripada kebudayaan tempatan Kebanyakan bangunan bersejarah yang sudah usang/lama, berada dalam keadaan bahaya kerana beberapa pihak akan merobohkannya/ memusnahkannya tanpa memulihara warisan sejarah negara Malaysia ini Sebagai warganegara Malaysia, masyarakat pelbagai bangsa wajar mengamalkan budaya hidup yang baru dan moden, adat warisan bangsa tetap perlu diamalkan dan tidak dilupakan

7. Dimensi: Masyarakat/Remaja Tema: Riadah/Rekreasi/Hobi Peribahasa Untung sabut timbul untung batu tenggelam Cencaru makan petang Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit Maksud Habuan dan nasib kadang-kadang bergantung pada tuah Memperoleh kejayaan pada akhir sesuatu perlawanan/ kegiatan Sesuatu kejayaan berpunca daripada usaha kecil-kecilan dan akhirnya menjadi besar dan mencapai apa-apa yang dihajati Tekun dan usaha tentu berjaya Jika ada azam, ada kejayaan Bekerja dengan bertungkus-lumus Orang yang suka merantau mempunyai pengalaman yang luas dan orang tua yang panjang umur tentulah banyak suka duka yang pernah dirasai Beritanya lebih hebat daripada yang sebenar Walaupun sibuk dengan kerjaya seseorang akan tetap mencari masa untuk aktiviti riadah/hobi demi melepaskan tekanan/ merehatkan minda Seseorang sanggup bertungkus-lumus di tengah panas/hujan demi hobi mereka seperti memancing, mengembara, aktiviti perkhemahan dan sebagainya untuk kepuasan hati. Hobi melancong dapat memberikan faedah kerana seseorang itu akan mempunyai pengalaman yang luas dengan hobi suka merantau Isu Kebiasaannya, individu yang melakukan sesuatu aktiviti hanya sebagai hobi/ rekreasi/ riadah iaitu untuk mengisi masa lapang, mereka tidak mengharapkan kejayaan pada akhir aktiviti tersebut lantaran mereka hanya bergantung pada tuah masing-masing seperti hobi memancing, tidak semestinya berjaya mendapat ikan yang banyak, berlayar dan mengembara, tidak semestinya diakhiri dengan kejayaan Untuk melaksanakan/ melakukan kegiatan hobi, seseorang itu terpaksa berjimat cermat dalam berbelanja/ menabung/ mengumpul wang untuk membeli peralatan seperti membeli joran untuk memancing, membeli kasut untuk bersukan, membeli setem untuk mengumpul setem dan lain-lain. Hasil usaha sebegini tentukan mereka akan berjaya

Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan Bermandi peluh Jauh berjalan banyak pengalaman, lama hidup banyak dirasa

Indah khabar daripada rupa

Paparan daripada iklan tentang tempat-tempat menarik/tempat rekreasi selalunya hebat, walhal apabila kita pergi sendiri ke tempat-tempat tersebut kerana beriadah/ berekreasi, kita akan tahu sendiri keadaan sebenarnya

8. Dimensi: Masyarakat Tema: Perpaduan/Kerjasama/Kejiranan/ Rumah Terbuka Peribahasa Bagai aur dengan tebing Ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni Maksud Hidup saling membantu Bermuafakat dan sentiasa bersatu padu Isu Di sesebuah kawasan petempatan, penduduknya perlu mengamalkan sikap bantu-membantu, bermuafakat/ bermesyuarat supaya mereka sentiasa bersatu padu serta hidup dalam keadaan yang aman damai Jika susah senang dihadapi bersama dan diselesaikan secara berunding/bermesyuarat, segala masalah dapat diselesaikan dan akan mencapai kemakmuran Serumpun bak serai, sesusun bak sireh Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah Bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing Rendah hati Murah hati Hidup yang saling bermuafakat Setiap kerja/ tugasan bergotong royong diagihkan sama banyak/ seimbang supaya semua penduduk berpuas hati

Kata sepakat yang dicapai melalui mesyuarat Mengalami susah senang bersama

Pengagihan yang sama banyak Pentingkan diri sendiri, orang yang tidak bermuafakat dan berpegang pada pendapat masing-masing sahaja Tidak meninggi diri Pemurah Hidup berjiran tidak boleh mementingkan diri sendiri sahaja jika ingin mewujudkan perpaduan dan keharmonian Amalan rumah terbuka bagi penduduk/jiran yang pemurah dan tidak bongkak dengan kekayaan yang ada, akan mengeratkan silaturahim antara penduduk

Maksud Hadis Nabi Muhammad SAW bersabda, sebaik-baik umatku ialah mereka yang banyak manfaatnya. [ Disediakan oleh BKKeng] Berilah sesuatu walaupun sebuah senyuman sudah memadai daripada mengeluarkan katakata yang menyakitkan hati.

Isu Amalan jiran tetangga yang baik

9. Dimensi: Negara Tema: Teknologi Maklumat/Telekomunikasi/lnternet/ Kad Elektronik/Telefon Bimbit/TV Peribahasa Maksud Isu Bagai cendawan tumbuh selepas Maksud Terlalu banyak pada Pada zaman modenisasi ini, teknologi maklumat dan telekomunikasi membangun dengan hujan sesuatu masa banyak dan sangat cepat menunjangi hidup masyarakat alaf baru ini Kad elektronik yang banyak dicipta pada zaman sains dan teknologi yang berkembang dengan pesat adalah untuk kemudahan manusia. [ Disediakan oleh BKKeng] Seseorang tidak perlu membawa dokumen peribadi yang banyak untuk urusan rasmi tetapi cukup dengan kad pintar dan Mykad Kad elektronik senang digunakan oleh semua orang termasuk golongan yang tidak tahu membaca dan menulis Kad elektronik harus digunakan secara berhati-hati dan menjaganya sebaik yang mungkin supaya kemudahan kad ini, tidak memberikan kesan sebaliknya Usaha kerajaan untuk menjadikan teknologi maklumat dan komunikasi dapat digunakan semaksimum boleh untuk semua, perlu disambut dengan positif oleh rakyat supaya penggunaan teknologi canggih ini dapat dimanfaatkan Apabila rakyat menggunakan teknologi moden seperti komputer, Internet, televisyen dan radio, mereka tidak lagi akan ketinggalan zaman, kerana dapat mengetahui semua isu yang berlaku dan tidak lagi sempit pengetahuan Jika terlalu asyik menghadap komputer pastilah seseorang tidak akan mempedulikan lagi perihal sekelilingnya

Buta huruf Ingat sebelum kena, jimat sebelum habis Bertepuk sebelah tangan, tidak akan berbunyi Seperti katak di bawah tempurung

Tidak tahu membaca dan menulis Perlu berhati- hati supaya tidak menyesal kemudian hari Kedua-dua belah pihak sama-sama bertanggungjawab Orang yang sempit pengetahuannya Tidak ambil hirau sekeliling

Wau melawan angin

10

10. Dimensi: Negara Tema: Alam Sekitar/Bencana Alam Peribahasa Seperti enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna Sediakan payung sebelum hujan Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih Maksud Hidup yang hanya mementingkan diri sendiri Sebelum mengerjakan/ melakukan sesuatu, hendaklah difikirkan habishabis Sentiasa bersiap sedia sebelum terjadi sesuatu yang kurang baik Jika menghendaki sesuatu, bermacam-macam ikhtiar dapat dijalankan, sebaliknya jika tidak mahu pelbagai alasan diberikan Malang tidak diketahui bila ia akan terjadi Walau betapa susah seseorang melihat kesusahan yang ditanggung oleh orang lain, tetapi lebih susah orang yang menanggung kesusahan itu Sudah terlanjur/buat salah, meskipun sedikit akibatnya sama dengan yang besar Hutang yang banyak Isu Sikap mementingkan diri sendiri perlu dihindarkan demi mengelakkan pencemaran alam yang akhirnya merugikan diri sendiri Sebelum sesetengah pihak melakukan sesuatu yang mencemarkan alam, lebih baik difikirkan dahulu kesankesannya kepada mereka sendiri Seseorang perlu menjaga kebersihan alam sekitar sejak kecil lagi/ sejak awal lagi, supaya dapat elakkan pencemaran serta kemusnahan alam Penjagaan alam sekitar bukanlah susah untuk dilakukan, tetapi semuanya bergantung pada kehendak masyarakat sendiri sama ada hendak atau tidak

Guruh tak berbunyi, malang tak berbau Betapa berat mata memandang, berat lagi bahu memikul

Malapetaka boleh berlaku pada bila-bila masa dan menimpa sesiapa Kesan bencana alam lebih dirasai oleh mangsa sendiri

Gadai terdorong ke pajak, sehari sebulan juga Hutang berbaris/ hutang keliling pinggang

Walaupun seseorang hanya membuang sampah/sisa toksik dan lain-lain yang dianggap remeh, tetapi lama-kelamaan senario ini akan menjadi masalah yang besar iaitu dengan mencemarkan alam yang boleh menyebabkan kesan buruk pada hidupan di bumi juga Bencana alam menatijahkan mangsa hidup susah, hilang pendapatan dan terpaksa membuat banyak hutang

11

Dimensi: Negara Tema: Ekonomi - Pelancongan/Pertanian/ Perindustrian/ Pelaburan Peribahasa Berbudi kepada tanah, tanah tidak tipu Ibarat berdagang buluh kasap, hukum hilang pangkal lesap Yang jolok tak jatuh, penjolok tersangkut Rezeki secupak tidak akan jadi segantang Tidak lari gunung dikejar, hilang kabus tampaklah ia Ulat dalam batu pun ada rezeki Tak kenal maka tak cinta Maksud Maksud hasil usaha bercucuk tanam pasti berjaya Menjalankan perniagaan yang belum pasti akhirnya menanggung rugi untung tidak dapat, modal pun lesap Tanpa usaha tiada tambahan untung Sikap yang hanya menunggu tidak akan mendapat apa-apa faedah Jika kuat berusaha pasti ada rezeki Kalau tahu baru timbul suka Isu Masyarakat harus menjalankan kegiatan pertanian secara bersungguh-sungguh kerana hasil usaha daripada bercucuk tanam selalunya akan berjaya Kita perlu berhati-hati dengan pelbagai perniagaan/ pelaburan yang begitu banyak diwujudkan kerana menjalankan perniagaan yang tidak kukuh/ tidak terjamin, akhirnya boleh mendatangkan kerugian, iaitu modal kita hilang dan tiada keuntungan daripada perniagaan tersebut Masyarakat perlu berusaha untuk meningkatkan taraf ekonomi mereka dan supaya mendapat untung berlipat ganda Walaupun terdapat banyak peluang pekerjaan iaitu dari segi pelancongan/ pertanian/ perindustrian, rakyat tidak harus menunggu sahaja untuk mendapatkan tawaran kerja tersebut kerana sikap ini tidak akan memberikan sebarang faedah. Rakyat sebaliknya perlu berusaha merebut peluang pekerjaan yang ada lantaran orang yang kuat berusaha pasti ada rezekinya Sektor pelancongan perlu dijalankan secara meluas dengan mempromosikan negara kita kepada negara luar kerana jika masyarakat luar negara mengenali Malaysia ini, barulah timbulnya rasa suka untuk datang melancong ke sini Janganlah hanya pihak kerajaan sahaja yang bersungguh-sungguh menjalankan usaha untuk meningkatkan ekonomi negara dalam bidang pelancongan/pertanian, tetapi rakyat tidak menyambut baik usaha kerajaan. Jika semua pihak tidak bergabung tenaga, pastilah usaha ini menuju kegagalan Industri Kecil Sederhana (IKS) di negara kita ini sebenarnya sudah lama ada dan beroperasi, tetapi kewujudan industri ini seperti tidak dipedulikan dan kurang dimajukan seperti industri-industri lain Dengan meningkatkan industri pelancongan yang menguntungkan negara, industri ini

Bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi

Kedua-dua belah pihak mesti samasama bertanggungjawab

Hidup segan mati tak mahu

Sambil menyelam minum air

Orang yang hidup melarat kerana kemiskinan/ selalu sakit. Keadaan yang melarat/ tidak maju Sekali melakukan pekerjaan,

12

beberapa maksud tercapai Di mana-mana air bertakung, di situ ikan berkampung 11. Dimensi: Negara/Antarabangsa Tema: Sukan Peribahasa Bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing Berat sama dipikul ringan sama dijinjing Banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam Cencaru makan petang Berakit-rakit ke hulu, berenangrenang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit Di mana-mana tempat berpeluang mencari rezeki orang akan bertumpu

juga telah memberikan faedah kepada para peniaga makanan, pengusaha penginapan dan banyak lagi rakyat Malaysia yang berpeluang mencari rezeki kerana orang akan bertumpu di tempat pelancongan itu

Maksud Hidup yang hanya mementingkan diri sendiri Mengalami susah senang bersamasama Kemahuan dan kegemaran setiap orang berbeza-beza Memperoleh kejayaan pada akhir perlawanan Bersusah payah terlebih dahulu untuk mendapatkan kesenangan pada kemudian hari Sesuatu kejayaan berpunca daripada usaha kecil-kecilan akhirnya menjadi besar dan mencapai apa-apa yang dihajati Segala kesusahan biasanya akan

Isu Setiap individu yang terlibat dalam sukan, terutama dalam sukan secara berkumpulan seperti bola sepak, bola jaring, ragbi dan hoki, mereka tidak boleh mementingkan diri sendiri. Sebaliknya antara sesama ahli perlu bertolak ansur kerana masing-masing mempunyai kemahuan yang berbeza-beza. [ Disediakan oleh BKKeng] Mereka juga perlu bersama-sama menghadapi susah dan senang, demi mencapai kemenangan dalam setiap pertandingan

Para atlet disarankan supaya dapat mengamalkan disiplin diri yang baik dan sanggup bersusah payah menjalani latihan intensif demi memperoleh kemenangan pada kemudian hari, lantaran setiap kejayaan berpunca daripada usaha secara kecil-kecilan supaya lama-kelamaan mereka sudah terbiasa dengan kesusahan yang dirasai semasa latihan dan akhirnya mereka akan mencapai kemenangan/ kejayaan idaman semua

Alah bisa, tegal biasa

13

dirasai pada peringkat awal, setelah sudah biasa, kesusahan itu tidak terasa lagi Koleksi Peribahasa Senarai Peribahasa Nilai Murni Baik hati / Berbudi bahasa / Berhemah tinggi Baik membawa resmi padi daripada membawa resmi lalang - Merendah diri lebih baik daripada bersikap sombong Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali -Melakukan kebaikan biarlah berpatutan tetapi elakkan daripada berbuat jahat Hancur badan dikandung tanah, budi baik dikenang juga - Seseorang yang berbuat bakti dan jasa akan sentiasa dikenang walaupun telah meninggal dunia Hidup kayu biar berbuah, hidup manusia biar berjasa - Berbuat baiklah semasa hidup untuk diri sendiri dan masyarakat, sebaliknya berbuat jahat jangan sesekali Kalau asal benih yang baik, jatuh ke laut menjadi pulau - Orang yang berketurunan baik. ke manamana dia pergi akan baik juga jadinya Umpama minyak setitik, di laut sekalipun timbul jua - Orang yang baik biar di mana-mana sekalipun akan dimuliakan juga Daya Usaha / Kesungguhan / Kerajinan Alah bisa tegal biasa - Kerja yang sukar kalau selalu dilakukan akan menjadi mudah Alang-alang menyeluk pekasam biarlah sampai ke pangkal lengan - Setiap perbuatan yang dilakukan biarlah meraih hasil daripada perbuatan tersebut Bagai lebah menghimpun madu - Sangat rajin Belakang parang kalau diasah lagikan tajam - Orang yang lemah atau bodoh kalau berusaha bersungguh-sungguh akan berjaya juga akhirnya Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian -Kesenangan akan dicapai setelah berusaha dan mengalami kepayahan Bulat kata - Keazaman yang sungguh-sungguh Cepat kaki, ringan tangan - Rajin dan cepat bekerja Diam ubi berisi, diam penggali berkarat - Pendiam tetapi rajin bekerja Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan - Jika seseorang mempunyai cita-cita, dia akan berusaha dengan bersungguh-sungguh Genggam bara api biar sampai menjadi arang- Melakukan sesuatu biarlah sehingga mendapat hasil Hati waja - Tidak mudah berputus asa Hendak seribu daya tak hendak seribu dalih - Jikalau ada kemahuan tentu ada cara untuk melakukannya. [ Disediakan oleh BKKeng] jika tidak mahu pelbagai alasan diberikan

14

Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya - Kita tidak akan mendapat hasil jika tidak berusaha Malas bergarit perut perit - Sikap malas berusaha akan mendatangkan kesusahan Malu berkayuh perahu hanyut. malu bertanya sesat jalan - Orang yang malas tidak akan maju Mandi peluh - Bekerja keras Memeras otak - Berfikir atau belajar dengan bersungguh-sungguh Rajin dan usaha tangga kejayaan - Jika seseorang itu berusaha. [ Disediakan oleh BKKeng] sudah tentu dia akan berjaya Sambil menyelam minum air - Membuat dua pekerjaan dalam satu masa Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit - Sabar dan tekun mengerjakan sesuatu. akhirnya berjaya Juga Sehari selembar benang. lama-lama menjadi kain - Apabila bersabar melakukan sesuatu. akan berhasil juga akhirnya Seperti anai-anai makan kayu - Mengerjakan sesuatu pekerjaan dengan tekun dan rajin Ulat buku - Rajin membaca Yang bulat tidak datang bergolek. yang pipih tidak datang melayang - Sesuatu yang dihajatkan mestilah diikuti dengan usaha kerana tidak datang dengan sendirinya

Semangat bermasyarakat / Kekeluargaan / Perhubungan Air dicencang tidak akan putus - Hubungan persaudaraan yang tidak akan putus walaupun berlaku perpecahan/perselisihan Bagai beliung dengan asahan - Perhubungan yang akrab Banyak orang banyak ragamnya - Banyak orang. maka banyaklah perangai/ buah fikiran yang berbeza-beza Biduk berlalu kiambang bertaut - Dua pihak yang bergaduh akan berbaik-baik semula apabila tiada penghasutnya Buang yang keruh ambil yang jernih - Melupakan perkara yang tidak baik dan mengingati perkara yang baik sahaja Carik-carik bulu ayam lama-lama bercantum juga - Adik-beradik yang bergaduh akan berbaik semula Cubit paha kanan, paha kiri terasa juga- jika orang yang rapat dengan kita mendapat kesusahan. kita turut berasa susah Darah daging - Anak atau saudara-mara daripada keturunan sendiri Enggang dengan enggang, pipit sama pipit. baru dapat terbang bersama - Perhubungan yang sama taraf Hilang di mata di hati jangan - Walaupun berjauhan. tetap ingat di hati Ibarat telur sesangkak, pecah sebiji pecah semua - jika seseorang ahli dalam sesuatu kumpulan mendapat susah. ahli yang lain juga turut merasai kesusahannya Ikan di laut asam di darat, di dalam periuk bertemu juga - jikalau jodoh. di mana-mana pun akan bertemu juga Jauh bau bunga, dekat bau tahi - Kaum keluarga yang berjauhan akan rindu-rinduan tetapi apabila berdekatan akan berkelahi Kalau bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi - Sesuatu perkara tidak akan berlaku jika "melibatkan satu pihak sahaja Mati anak berkalang bapa, mati bapa berkalang anak - Anak dan bapa saling bertolongan Melentur buluh biarlah daripada rebungnya - Mendidik seseorang wajar dilakukan semenjak kecil Seperti isi dengan kuku - Hubungan yang sangat akrab

15

Seperti pungguk merindukan bulan - Seseorang yang sentiasa ingat akan kekasihnya

Penyesalan Ikut hati mati, ikut rasa binasa - Orang yang mengikut nafsu akan musnah akhirnya Nasi sudah menjadi bubur - Perbuatan yang terlanjur tidak dapat diubah kembali Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna - Kita hendaklah berfikir dahulu sebelum melakukan sesuatu agar tidak menyesal pada hari kemudian Sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan-Sekiranya terlanjur dalam melakukan sesuatu kesalahan, eloklah insaf dengan segera Sudah terhantuk baru tengadah - Sesudah ditimpa kemalangan, baru hendak beringat-ingat Takut akan bayang-bayang sendiri - Rasa takut kerana bersalah Berhati-hati / Teliti / Berjimat cermat Air yang tenang jangan disangka tiada buaya - Orang pendiam jangan disangka bodoh atau penakut Alah membeli, menang memakai - Biarlah barang . yang dibeli mahal asalkan tahan lama Berjalan pelihara kaki, bercakap pelihara lidah- Melakukan sesuatu kerja dengan berhati-hati Biar titik jangan tumpah - Lebih baik rugi sedikit daripada rugi banyak Biar lambat asalkan selamat - Melakukan sesuatu pekerjaan biarlah berhati-hati supaya hasilnya baik Cencaru makan petang - Pekerjaan yang lambat tetapi mendatangkan hasil yang baik Berkata siang melihat-lihat, berkata malam mendengardengar - Seseorang itu perlulah berhati-hati apabila berbicara tentang sesuatu perkara Cicir dipungut, hilang dicari - Jangan membazirkan sesuatu makan kerana hendak berjimat Daripada segenggam jadi segantang - Daripada sedikit lama-lama menjadi banyak Ikat perut - Mengurangkan makan kerana susah Ingat sebelum kena, jimat sebelum habis - Selalu berwaspada dan berhati-hati Memasang telinga - Mendengar dengan sungguhsungguh dan teliti Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati - Sesuatu perkara yang buruk dapat dielakkan jika melakukan langkah pencegahan dari awal Mengukur baju di badan sendiri - Berbelanja mengikut kemampuan diri Rosak badan kerana mulut - Seseorang akan menerima akibat buruk jika tidak pandai mengawal tutur kata Sediakan payung sebelum hujan - Berjaga-jaga sebelum ditimpa bencana Sekali jalan kena, dua kali jalan tahu - Sekali tertipu, tentu akan berhati-hati pada masa akan datang Seperti air di dalam kolam - Orang yang bersifat tenang Tepuk dada tanya selera - Sesuatu pekerjaan yang dilakukan hendaklah difikirkan baik-baik Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya - Berhati-hati apabila bercakap kerana ditakuti akan menyinggung perasaan orang lain

16

Keberanian Berani buat berani tanggung - Bertanggungjawab terhadap sesuatu yang dilakukan Berani kerana benar, takut kerana salah - Berani kerana berada di pihak yang benar Cacing hendak menjadi naga - Orang kecil yang hendak menyamai orang besar Membujur lalu melintang patah - Tidak menghiraukan halangan/masalah Pantang berundur sebelum berjuang - Tidak mudah berputus asa sebelum berjaya Pantang mati sebelum ajal - Tidak akan tewas/ berundur sebelum masanya Permuafakatan/Bekerjasama Bagai aur dengan tebing - Tolong-menolong antara satu sama lain Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing - Kerja yang berat atau yang susah akan menjadi senang dan mudah sekiranya dilakukan bersama-sama Bersatu teguh, bercerai roboh - Bersatu padu menyebabkan masyarakat menjadi kuat, perpecahan pula akan melemahkan masyarakat Bersekutu bertambah mutu - Perpaduan dalam kalangan rakyat menjamin kesejahteraan hidup Bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat - Mencapai kata sepakat Hati gajah sama dilapah, hati nyamuk sama dicecah - Pengagihan yang sama banyak Ibarat telur sesangkak, pecah sebiji pecah semua - Orang yang bermuafakat akan sehidup semati dan tidak berubah kesetiaannya Ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni - Perhubungan yang sangat akrab, susah senang ditanggung bersama Muafakat membawa berkat - Sikap bekerjasama membawa kebaikan kepada semua Ringan tangan - Suka membantu Kepatuhan /Kesetiaan Air orang disauk, ranting orang dipatah, adat orang diturut - Hendaklah patuh kepada undang-indang negeri yang didiami Biar mati anak, jangan mati adat - Adat resam yang tidak boleh dilanggar atau dibelakangkan Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung - Kita hendaklah mengikuti undang-undang atau peraturan di tempat kita menetap Hidup dikandung adat, mati dikandung tanah- Semasa hidup mengikut peraturan atau adat, apabila sudah mati terserah kepada hukum Tuhan Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, baik juga negeri sendiri - Walaupun kelebihan di negara orang banyak, namun negara sendiri lebih baik lagi Jika kerbau dipegang talinya, manusia dipegang janjinya - Janji mesti ditepati Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak - Menyesuaikan diri dengan tempat dan keadaan Seperti kerbau dicucuk hidung - Seseorang yang menurut sahaja kemahuan orang lain Semangat patriotisme / Cinta akan negara Seperti belut pulang ke lumpur - Orang yang kembali ke tempat asalnya setelah lama merantau

17

Seperti gagak pulang ke benua - Orang yang pulang ke tempat asal Seperti ikan pulang ke lubuk - Orang yang pulang ke tempat asal Setinggi-tinggi bangau terbang, hinggap di belakang kerbau juga - Sejauh mana pun seseorang itu merantau, dia akan kembali ke tempat asalnya Juga

Rasional Ada akal - Mempunyai cara untuk menyelesaikan sesuatu masalah Akal budi - Fikiran yang sihat Cari akal - Berikhtiar menyelesaikan sesuatu perkara Jangan bercermin di air keruh - Perbuatan yang negatif janganlah ditiru Ke tengah boleh, ke tepi pun boleh - Orang yang dapat menyesuaikan diri dalam semua keadaan Mencari jalan - Mencari akal atau idea ketika melakukan sesuatu Kepentingan ilmu Diam ubi berisi - Diam orang yang berilmu sedang berfikir Harimau menyembunyikan kukunya - Orang yang menyembunyikan kelebihannya Ilmu itu pelita hati - Manusia yang berilmu hatinya akan tenang dan hidupnya tenteram Jauhari juga yang mengenal manikam - Orang yang bijaksana sahaja yang mengetahui kelebihan sesuatu perkara Kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga - Sekiranya tiada ilmu untuk melakukan sesuatu lebih baik jangan melakukannya Membaca jambatan ilmu - Membaca dapat meluaskan pengetahuan Kepentingan Masa Bertangguh itu pencuri masa - Tidak wajar berlengah-lengah apabila melakukan sesuatu kerana membazirkan masa Kita mesti menepati waktu, waktu tidak menanti kita - Manusia tertakluk kepada ketentuan masa untuk melakukan sesuatu, masa yang terlepas tidak akan kembali lagi Masa itu emas - Masa sangat berharga Kesesuaian/ Kesepadanan Bagai bulan dengan matahari - Pasangan yang sepadan Bagai pinang dibelah dua - Pasangan pengantin yang secocok Bertemu buku dengan ruas - Pasangan yang sesuai Duduk sama rendah, berdiri sama tinggi - Sama taraf/ sepadan Enggang sama enggang, pipit sama pipit -Bersahabat dengan orang yang sama taraf Kasih sayang Air yang dingin juga yang dapat memadamkan api - Kata-kata yang lemah lembut saja yang dapat meredakan kemarahan seseorang Bagai menjaga intan dicanai - Kasih sayang yang teramat sayang

18

Mabuk kepayang - Dilamun cinta sehingga terganggu fikiran Hilang di mata di hati jangan - Walaupun berjauhan, tetap ingat dalam hati Karam sambal oleh belacan - Seseorang yang dikasihi telah merosakkan harta yang diberikan kepadanya tetapi ia tetap disayangi Kasih ibu sepanjang jalan, kasih anak sepanjang pegangan - Kasih ibu bapa kepada anak-anak untuk selama-lamanya, tetapi kasih anak terhadap ibu bapa tidak tetap Kasihkan anak tangan-tangankan. kasihkan isteri tinggal-tinggalkan - Mengasihi anak dan isteri biarlah berpatutan, jangan terlalu dimanjai bagi mengelakkan perkara buruk berlaku Menatang minyak yang penuh - Dijaga dengan sempurna kerana sangat dikasihi Tatang di anak lidah - Terlalu kasih akan anak dan isteri

Berdikari Kalau pandai meniti buih. selamat badan sampai ke seberang - Orang yang pandai membawa diri, di mana-mana pun pergi tentu hidupnya selamat Ke tengah boleh, ke tepi pun boleh - Seseorang yang pandai menyesuaikan diri Pandai menyelam air dangkal - Orang yang pandai membawa diri Timba air mandikan diri - Berusaha sendiri dengan tidak mengharapkan pertolongan orang lain Hormat-menghormati Menjaga hati - Bertolak ansur dan saling menghormati Yang tegak disokong. yang lemah ditopang - Orang kaya dimuliakan, sedangkan orang miskin diberikan pertolongan Keadilan Duduk dengan cupak dan gantang - Ketua yang adil Seduit dibelah tujuh - Pembahagian yang sama rata Seperti menghela rambut dalam tepung, rambut jangan putus, tepung jangan terserak - Menghukum hendaklah dengan seadil-adilnya Umpama jari di tangan, ada bercincin ada tidak - Hukuman yang kurang adil Kebebasan Diberi berpadang luas - Seseorang diberikan kebebasan sepenuhnya Nafsu-nafsi beraja di mata, bersultan di hati - Orang yang bebas untuk melakukan apa-apa sahaja Orang berdendang di pentasnya, orang beraja di hatinya - Setiap orang berkuasa di rumah masing-masing Tepuk dada tanya selera - Terpulanglah kepada diri sendiri untuk membuat keputusan

19

Anda mungkin juga menyukai